Followers

Saturday, January 28, 2012

KULIYYAH ILMU VS NAAN TANDOORI RESTORAN KAPITAN

Hari yang agak busy jugak..

Adat bekerja..mesti banyak perkara nak di selesaikan..Jangan lupa bekerja juga satu Ibadah..Kerja merupakan” kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia bagi mendapatkan upah atau ganjaran”.Manakala ibadah bermaksud” kepatuhan dari ketaatan kita kepada ketinggian dan kekuasaan Allah yang diiringi kesanggupan menyerah diri kepadanya”. Apabila digabungkan ,ia bolehlah diertikan sebagai tugas atau tanggungjawab untuk meraih pendapatan dan keredhaan Allah.

Allah Taala berfirman dalam surah AtTaubah ayat 105 yang bermaksud:


“Katanakanlah(Wahai Muhammad):”Beramallah kamu(akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan  kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”

Balik dari kerja tadi sempat berlari 5KM..training dan terus training..tahun ni aku ada misi nak buat Full Marathon dalam Bulan Jun nanti..so setakat 5 km dan 10KM aku kena biasakan diri berlatih..memang letih tambahan pula bila balik dari kerja agak exhausted tapi hendak seribu daya tak hendak seribu dalih..di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Insya Allah.


Lepas Maghrib tadi ada kuliyyah agama oleh Ustaz yang dijemput..Bicara pasal kepentingan ilmu..

Tuntutlah ilmu, sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah Azza wajalla, dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sodaqoh. Sesungguhnya ilmu pengetahuan menempatkan orangnya, dalam kedudukan terhormat dan mulia (tinggi). Ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan di akhirat. (HR. Ar-rabii')


Lepas isyak jumpa seseorang di Restoran Kapitan Queensbay Mall..Carrot sus dan Carrot o.


Roti Naan dan Ayam Tandoori Restoran Kapitan memang yang terbaik lah..sedap tak taw nak habaq.korang patut cuba rasa ayam ni..Kalau mai penang bagitau nanti saya boleh belanja..hehe..Hari ni sebenarnya hari yang memenatkan sebab saya baru balik dari KL semalam..Terima kasih lah awak sudi temankan saya dinner..Kalau tak memang saya tak dinner lah jawabnya malam ni.

Ehhhhh entri ni sepatutnya bertarikh 25 January 2012.Tapi saya post pada 28 January 2012.Tak mengapa lah.Blog saya kan.jadi saya punya suka lah nak post bila bila pun.:p

Ok dah mengantuk.dan nak Tidor.

Assalamualaikum.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails