Followers

Thursday, January 26, 2012

MEDAN, INDONESIA TRIP DAY 2 PART 4 : ARRIVED AT BERASTAGI - DURIAN,JAGUNG & AIR TEBU - PASAR BERASTAGI - CHECKED IN @ HORISON HOTEL

Alhamdulillah.Perjalanan kami semua di permudahkan.Akhirnya kami sampai di Berastagi, dan waktu ketika itu lewat petang..dan keadaan belum lagi gelap.

7 JANUARI 2012

Berastagi di Tanah Karo yang terletak di ketinggian sekitar 4.594 kaki dari permukaan laut dan dikelilingi barisan gunung-gunung, memiliki udara yang sejuk dari hamparan perladangan pertaniannya yang indah, luas, hijau.Dari Kota Medan jaraknya 66 Kilometer. Brastagi merupakan daerah tujuan wisata yang memiliki kemudahan lengkap di Tanah Karo, seperti hotel berbintang, restoran, golf dan lain-lain. Brastagi juga dikenal dengan julukan kota “Markisa & Jeruk Manis”.

Sampai di Pekan Berastagi perkara pertama yang aku nampak ialah kuda kuda yang berkeliaran di tengah pekan.Rupanya kuda ni untuk pelancong dan juga irang tempatan bagi tujuan mengelilingi pekan naik kuda.ada rate tertentu tapi tak ingat berapa sebab aku tak berminat.Kalau korang berminat nak naik tanya jer pada pemilik kuda berapa rate yang dicaj untuk seekor kuda.


Mungkin sekarang musim durian di sini.sebab sepanjang masa di kawasan tertentu ada jer durian yang dijual..Pak Rizal mencadangkan kami rasa durian di sini sebab kami cerita pada dia durian di Danau Toba tak sedap dan isinya tak manis..so dia ambiks ebijik yang besar untuk kami makan berlima.sekadar untuk merasa.sebijik dalam RP25,00.lebih kurang RM8++ duit kita.


Boleh nampak perbezaan yang ketara tang isi durian di Berastagi dan di Parapat.Isi durian kat sini lebih tebal dan lebih besar..rasanya juga lebih manis dari yang terletak di parapat.tapi tetap lah tak boleh lawan durian D24 kat penang.hehee..isi kuning dan manis tak ingat..Durian di Indonesia rasanya sesuai untuk orang berdiet.Durian kesihatan.heheee.aku actually bukan peminat durian.Datang kat tempat orang nak lah jugak merasa.so makan dalam dua ulas sahaja.yang palin pak ajuan tolong habiskan.peminat durian rupanya mamat tu.


Di tepi Gerai yang kami duduk makan durian ada banyak jagung bakar dan jagung rebus di jual


Jagung bakar yang sedap.ni bakar pakai mentega dan butter.ada juga boleh sapu sos, which is aku tak biasa lihat di malaysia..tapi tak berani nak rasa.macam tak sesuai jer taruk sos kaler merah atas jagung..aku nampak ada juga kedai menjual bakso.Rasa macam nak makan bakso tapi lidah kelu tak order sebab sebenarnya dah kenyang pun makan jagung bakar.Perut kita ni boleh sumbat banyak mana sangat lah kan..


Order jugak air tebu yang didakwa sedap di sini


Dan ternyata memang sangat sedap air tebunya!tak perlu letak ais dah sejuk pun.sebab ni kawasan tanah tinggi..apa yang boleh aku katakan rasa air tebu ni memang sedikit lain dari air tebu yang aku pernah minum.sedap!lain kali boleh order lagik.Alhamdulillah dah kenyang so memang malam ni kami tak bercadang untuk keluar dinner dah..Tambahan pula makan tengahari pun lewat tadik..makan ringan ringan macam ni pun dah ok.



Agenda seterusnya apa lagi, memborong souvenir di Pasar Buah..memang namanya pasar Buah tapi ada lah deretan kedai yang menjual souvenir seperti Fridge Magnet, Keychain dan T-Shirt untuk para pelancong yang datang..suasana sedikit sunyi sebab tak ramai orang.mungkin sebab dah lewat..



Fridge Magnet wajib lah dibeli..dan keychain juga.Untuk souvenir mereka di sana.



Datin syarliz sangat garang masa memborong baju di kedai auntie ni..Auntie ni pun satu kejap letak harga lain pastu bila tanya lagi harga dah jadi lain pulak.mana datin tak mengamuk kan sampai naik jari telunjuk.takut aku yang melihatnya..tapi dengan peniaga kena lah pandai tawar menawar..dan kena berkeras sikit.kang tak pasal kena tipu hidup hidup.aku ambik jalan mudah malas nak masuk campur..ada lah auntie tu hasut suh aku beli satu jacket tapi sebab cutting tak best tak jadi aku nak beli.


Ini ialah suasana yang mengingatkan aku pada cameroon highland.ada banyak pokok yang dijual dan banyak kaktus juga..suasananya yang nyaman memang rasa best.nak bersiar siar dua jam kat sini pun takper.sebab sejuk yang amat.


suasana di pasar buah Berastagi.


Antara Buah buahan dan sayuran yang terdapat di Berastagi.seronok tengok sebab buah buah dan sayurannya kelihatan segar di pandangan mata kasar..strawberry pun ada..aku tak beli buah apa pun kecuali manggis.harga murah sikit dari yang beli kat Parapat semalam.saja beli taruh cadang boleh makan malam karang kalau lapar.


Aku rasa kitorang macam orang last dalam pasar buah ni..sebab masa nak blah dari sini banyak kedai dah tutup..so dari pasar buah kami semua meneruskan perjalan ke Hotel.Tapi sebelum ke Hotel Pak Rizal saja bawak round round di kawasan sekitar..nak tunjuk gunung sibayak dan gunung sinabung pun dah gelap.so dia bawak ke area Gundaling iaitu di kawasan tanah tinggi yang boleh menampakkan seluruh pekan Berastagi dari atas..Indah sangat pemandangannya!Subhanallah..

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ali ‘Imran ayat 190 – 191  Maksudnya : “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukuran malam dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah bagi orang-orang yang berakal: Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata: Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari azab neraka.”


Gundaling adalah sebuah bukit di BerastagiKabupaten KaroSumatra Utara. Gundaling merupakan kawasan pelancongan di Berastagi. Gundaling terletak di 1.575 meter dari permukaan laut. Di Gundaling dapat melihat Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung.
 

Seharian kami dalam perjalanan dan akhirnya kami tiba di tempat bermalam untuk berehat..Kak Leez ada buat reservation di Hotel Horison ni ada lagi hotel yang mahal tapi sekadar tempat untuk tidur buat apa membazir duit..Horison Hotel ni macam baru jer aku tengok..Rate satu malam RM150. Thanks kak Leez booking kan dulu!


Setelah selesai membuat bayarn dan dapat kunci bilik, pekerja hotel dah siap sedia tunggu kitorang ngan buggy ni untuk hantar ke bilik.rupanya bilik ngan Lobby quite jauh jugak..kalau menapak dalam 5 minit sampai lah..so dengan barang yang ada naik buggy ni tak lah penat..


Quite nice biliknya!dan tak ada aircond.dah sejuk gila gila kat sini buat apa pasang aircond..dapat masuk bilik aku terus terlelap sekejap..penat lah seharian berjalan..bangkit dari tidur baru mandi dan solat sebelum kitorang keluar ke lobi hotel..dah janji nak melepak kat sana sekejap malam ni sebelum tidur.cuma satu jer komen aku kat sini pressure airnya slow..so tak puas mandi..yang lain tu ok lah.


Hotel ni ada wifi tapi hanya di Lobi Hotel.so kitorang ke lobi hotel lepas masing masing dah siap mandi dan bersolat..dah dekat pukul 12 tengah malam..


Lepak di lobi sambil online.aku tak tahu apa problem ngan laptop aku ni takleh nak connect wifi..kak leez online ngan galaxy tabnya pakai wifi Hotel ok jer.ada lah tu connection problem..minta kak nani yang pakar IT tu tengokkan pun dia tak berjaya menyelesaikan masalah..so transfer gambar dan layan gambar jer lah ngan diorang malam tu..sambil makan buah dan biskut yang ada..dan baru beransur balik ke bilik.aku tidur pakai 3 lapis baju pun sejuk lagi.memang sejuk gile lah!!so kalau korang nak stay kat sini sila lah prepare baju sejuk tebal tebal ya..

Berakhirlah hari kedua kami di Medan..menanti hari esok,hari terakhir sebelum pulang ke Malaysia oh tanah tumpahnya darahku..

*to be continued..

Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. [al-A’raaf 7:54]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails