Followers

Friday, January 27, 2012

MEDAN, INDONESIA TRIP DAY 3 PART 1 : CHECKED OUT FROM HORISON HOTEL BERASTAGI - JUS BUAH - BIKA AMBON ZULAIKHA - PASAR IKAN KOTA MEDAN

Hari ketiga..Hari terakhir untuk kami berada di Medan indonesia.

8 JANUARI 2012

Sangat liat nak bangun pagi..sebab cuacanya sangat lah sejuk!!selesai solat subuh terus mandi dan bersiap siap untuk sarapan pagi..pagi ni jugak kami akan Check out sebab nak menuju ke Kota Medan pula dari Berastagi...Jarak Berastagi dan Medan ialah 66 Kilometer.Orang kata save the best for the last.so hari last ni baru kami nak shopping apa yang patut sebelum pulang ke Malaysia.

suasana pagi di luar Horison Hotel..Nyaman sangat!


Hotel ni pun ada swimming pool.tapi aku respek sesangat lah pada satu family ni yang boleh bawak anak dia mandi swimming pool pagi pagi hari macam ni..tak takut sejuk ke depa ni aku pun tak sure..aku mandi tadi pun macam mandi ngan air batu..aku tak pakai heater saja nak rasa airnya sejuk macam mana.senang cakap kalau korang tak mandi pun takpaa lah kat sini.hehee.suka dengan kehadiran pokok pine yang ada di seluruh kawasan hotel.


Tempat sarapan pagi bersebelahan dengan lobi hotel.


Variety makanan kat sini bagus.ada mee Goreng ada Bihun ada ayam goreng ada roti bakar dan ada jugak moi sup.(bubur nasik).Buah Buahan pun ada sekali.Pilih je lah korang nak makan apa..Aku berkenan betul dengan telur di area Bubur sebab telur kuningnya separuh cair..slurppp..


Makan meehon Goreng + ayam goreng + telur rebus


ehhh mana azuan??dia pi balik bilik sebab sakit perut.


Overall makanan kat sini biasa biasa sahaja..selesai sarapan pagi sempat lah ronda ronda kawasan keliling hotel dengan diorang.hotel di jaga rapi..nampak bersih dan maintenance nya pun bagus.Cuma komen aku pressure air di bilik mandi adalah slow, dan jarak hotel dari Lobi adalah jauh.yang lain tip top.rate 1 malam ialah RM150.


Its time to checked out..Pak Rizal dah tunggu pada jam 9am dengan kijangnya..so kami memang dah siap kemas barang sebelum sarapan tadi so just load all of our stuff and belonging into his avanza.memang just nice lah kami pergi berempat.senang nak ayur kenderaan untuk dipakai.kalau 5 or 6 orang mesti nak kena sewa dua kereta pulak.so jumlah traveler juga akan mempengaruhi perbelanjaan dan perjalanan anda.please take that into consideration too kalau korang plan nak jalan ramai ramai.


mari lah menuju ke Kota Medan.


Dalam perjalanan ternampak banyak ladang ladang strawberry dan ladang sayuran serta bunga..Cuaca kat kawasan Berastagi memang sesuai untuk tumbuhan beriklim sejuk untuk tumbuh..Pak Rizal nak bawa kami ke Ladang strawberry tapi masih awal sangat..lagipun buah strawberry dah habis dikutip memandangkan baru sahaja Tahun Baru 2012 di sambut..maksudnya dah ramai pelancong datang dan petik buah strawberry masa new year eve so buahnya semua dah habis.Lebih kurang gitu lah maksudnya.tak paham?paham kan lah..aku bukan tulis bahasa omputih.ni bahasa malaysia sahaja.


Sepanjang perjalanan masing masing memendam rasa dan melayan perasaan..tak pasang aircond pun dalam kereta sebab nak beri ruang rasa angin luar..memang lagi sejuk dari aircond..sesekali ada sekumpulan cyclist datang melintas kereta kereta yang sedang turun dari tanah tinggi..dan jalannya memang bersimpang siur..sapa tak tahan jalan bengkang bengkok memang akan muntah..Alhamdulillah kami semua steady.semua mampu bertahan dengan kerenah jalan yang tak berapa nak straight tu.Dalam masa 2 jam akhirnya kami tiba jua di Kota Medan.


Persinggahan pertama kami ialah di Yenny punya kedai..This kedai jual oleh oleh khas medan seperti jeruk jambu,dan berbagai jeruk jeruk lain..yang menarik kat sini ada dijual jus buah yang asli tanpa sebarang pengawet..Tokey kedai bagi testing suh rasa satu satu jus air yang ada.memang sedap dan pure!!aku suka jus terung belanda.baru first time try dah jatuh cinta dengan rasanya yang masam.


Banyak pilihan yang ada.Jus Kuinin jus markisar jus terung belanda jus durian belanda dan banyak lagi jus jus lain.semua menarik..tapi aku rasa harganya a bit mahal..setiap satu berbeza harganya mengikut kadar kepekatan.


Aku beli 3 botol sahaja.Tumpang kotak kak Leez dan Azuan.


Our Next pit stop ialah di Kedai Kek Bika Ambon Zulaikha.Sapa sapa yang dah datang Medan mesti rekemen kedai ni atas status kehalalannya..mencari yang halal itu wajib bagi umat islam..kat kedai ni ada jual macam macam makanan, tapi specialistnya ialah Bika Mabon dan Kek Lapis.


Tengok kak leez Borong banyak gila kek Lapis dan Bika Ambon ni.aku test makan satu.biasa jer kek nya.macam kek lapis di Kuching Sarawak.Tapi rasa Bika Ambon aku tak suka..Bika ambon tu kenyal entah camana ntah.tapi aku tak suka rasanya.aku beli sebagai ole ole nanti tengok lah sapa yang suka makan..Kek Lapis aku beli 4 kotak dan ada jugak aku beli jus buah lagi.nak beri pada orang.


ini lah rupa Bika Ambon(gambar atas) dan Kek Lapis Legit Blueberry (gambar bawah)


Daripada Bika Ambon Zulaikha kami terus meneruskan perjalana ke Pasar Ikan.Pasar Ikan ni lah yang menjadi kegilaan ramai kaum perempuan terutamanya sebab kat pasar Ikan ni banyak kain telekung dan kain baju serta kelengkapan Ibadah tersedia.Korang siap kan duit sahaja..Cuma nya oleh keran akitorang datang hujung minggu maka banyak kedai yang tutup untuk berlibur..pelik juga aku kenapa weekend diorang tutup kedai.Bukan ker weekend ni ramai orang cuti dan tu je lah masa untuk shopping.biaq la.malas nak pikir.tu sistem depa lah kan.

Azuan sibuk mencari souvenir.aku pun beli pen dan Fridge magnet ngan pakcik ni jugak.


Kak Leez ngan Kak Nani duk sibuk nak beli kain telekung sembahyang.aku pun nak cari sehelai untuk mak aku..diorang duk sibuk tawar tawar..tak dapat harga yang dikehendaki terus keluar pi cari kedai lain..then bila dah selongkar kain sembahyang then negotiate pasal harga..Harga nak turun tak boleh terus kak leez nak pi cari kat kedai lain pulak.skali mbak dalam kedai tu membebel bebel sebab dia kata duk selongkar itu ini tapi tak beli.Rupanya kedai yang first tadi tu pun kedai dia jugak.cesssss..tapi bila dia duk marah marah macam tu semua orang mood nak membeli dah mula kendur.terus terbayangkan tanah abang dan shopping di bandung sahaja.


kain telekung dan kain sembahyang para wanita banyak duk ada di Pasar Ikan


ehhhhhh aku silap tengok ke apa ni..mana satu model mana satu patung mana satu datin..


Yang kelakarnya aku berulang kali pusing di tempat yang sama..sampai ada orang keliling tegur kamu dah kenapa ya mas asyik musing musing dua tiga kali di tempat ini..actually aku nak cari diorang sebab ada ketikanya kami terpisah.nasib baik ada number telefon SIMPATI..so boleh kol azuan dan dapatkan lokasi diorang yang sebenarnya..akhirnya dapat lah aku beli kain sembahyang untuk mak dan kain pelekat untuk ayah.Orang lain aku beri souvenir jer lah yek.sebab serius wehh.takdak mood nak membeli..tak taw pasaipa.


Masa nak keluar dah dari Pasar Ikan kami terserempak dengan pakcik yang jual Fridge Magnet.Kak Leez tak beli lagi Fridge Magnet so terus rembat kat situ jer..sempat pulak kitorang beli beg corak batik nak buat isi barang..nice bag tu.aku suka..boleh lah beri kat mak nanti suh dia buat isi kain sembahyang.


Di sekeliling pasar ikan ni ada orang jual sate Padang dan air tebu berastagi.tak beli pun


Dan ini lah keadaan belakang Kijang Pak Rizal setelah kami semua bershopping apa yang patut di Kota Medan..Banyak juga tuh..berkotak bagai..jenuh la nak bawak ke airport nanti..will see how..dah puas shopping perut terasa lapar la pulak..makanya kami semua menuju ke Sebuah Restoran Makanan Padang terkenal di Medan, Restoran Garuda..

*to be continued..

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah mengasihi hambanya yang bersifat taqwa, kaya jiwa serta tidak menonjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi)". (Riwayat Muslim)

2 comments:

Leez M. Saaid said...

jgn tak tau...ada plak yg berkenan dgn tudung yg dipakai oleh model tudung yg paling depan tu.
Sib baik xda yg cakap berkenan dgn model tudung tu...susah nak jawab nanti...ahaksss...

~MaMa RX SToRYMoRY~ said...


Pick-up point area: Putrajaya, PetalingJaya, Bangsar, Setapak, Gombak, Kota Damansara.

Brownies ETA ✈✈✈ on 2 dec 2014

Yummy & Fresh from Bandung, Indonesia

Bika Ambon Zulaikha, Medan also available

Place order or grab our limited supply now.

WhatsApp/sms dazlina +60192633431

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails