Followers

Tuesday, January 10, 2012

MEDAN,INDONESIA TRIP DAY 1 PART 1 : BREAKFAST @ OLDTOWN LCCT - THE ARRIVAL - SUN PLAZA MALL - LUNCH @ RM BERINGIN INDAH(BURUNG GORENG) - KEDAI SNEK PATEN

Assalamualaikum..

 Syukur Alhamdulillah tika dan saat ini Allah masih beri ruang pada aku untuk bernafas..2012.Tahun baru sudah menjelma..dan awal tahun baru ni pun aku dah ada Trip ke Medan,Indonesia bersama travel partner yang kebetulan jadi rapat lepas Trip Perhentian Island Julai 2011..Kalau nak bercakap pasal trip trip lepas,Banyak trip lagi aku tak update di Blog..Trip Umrah Ogos 2011 belum habis lagi story, Trip Kuching Oktober 2011, Trip Universal Studio Singapore + Batam Indonesia, Trip Hujung Tahun ke langkawi tengok LIMA pun belum cerita.wahhhhh banyaknya story pending kan.

Actually typical reason lah : Busy.memang sangat busy.banyak agenda aku nak include dalam daily life.sampai tak sempat nak update blog.aku kena utamakan yang utama dulu.karrier sekarang penting untuk pembentukan carrier yang lebih hebat di masa akan datang.Time dengan Family pun nak kena jaga.masa dengan kawan kawan lagi.Pendek kata banyak agenda lain yang perlu difikirkan..Tak mengapa..kalau mana yang sempat aku nak tulis di ruangan maya ini akan aku coretkan..

Aku baru balik dari Trip ke Medan,Indonesia pada 6-8 Januari yang lalu..Terima kasih pada Kak Leez,kak Nani dan Azuan yang banyak menjadi permudahcara bagi melancarkan Trip kali ini.Appreciate it so much.Sebelum cerita ni menjadi basi lagi,meh aku nak share serba sedikit Medan Trip Part 1 dahulu.

Terimalah.

SARAPAN PAGI DI OLDTOWN LCCT


Hari Jumaat 5 January 2012 aku ke KL dari Penang dengan menaiki Bas..sampai di KL dah pukul 4 pagi so terus ke KL Sentral..Berjumpa engan Kak Nani,Kak Leez dan Azuan di situ dan kami naik bas pukul 5.15am ke LCCT..Perjalanan mengambil masa satu jam..sampai di LCCT kami uruskan checked in bag dan solat subuh.Kemudian bersarapan pagi di Oldtown White Coffe sementara menunggu Flight ke Medan pada jam8.45 am.


Hot Honey Lemon Tea.My faveret.


Memang agak kelaparan juga lah sebab since malam tadi tak sempat nak dinner.Pagi pagi macam ni just makan Roti Bakar with butter and Kaya..Roti Bakar ada telur dua bijik tu Azuan Punya.Aku,Kak Leez dan Kak Nani memang makan Roti Bakar sahaja.Cukup lah nak alas perut sementara nak sampai Medan.


Kami berempat semua duk seat lain lain.takder maknanya lah kan nak membazirkan duit beli seat sebab nak duk skali.duk asing asing pun apa salahnya.kebetulan aku dapat seat 3C.Hot seat tu!Bukan aku beli tapi kebetulan dapat seat tu.so dapat lah masuk awal dulu dari orang lain.tu jer lah lebihnya.yang lain lain takder apa pun..duk dalam flight just baca majalah yang ada..tak sempat nak tidor sedar sedar dah nak mendarat di Medan..memang cepat jer sampai..tak sampai satu jam pun.sama macam KL ke Penang jugak.Our flight ialah QZ 8051.

THE ARRIVAL @ POLONIA AIRPORT,MEDAN


Sampai di airport ada shuttle bus duk tunggu.aku pun naik jer lah shuttle bas yang ada tu.Ingatkan jauh sangat lah tempat imigresen tup tup naik tak sampai dua minit dah sampai dah..kalau jalan kaki pun boleh.aku rasa LCCT lagi jauh dari ni kalau nak ke Flight tapi takder lah pulak shuttle bas.apa apa je lah.janji Kitorang dah selamat sampai di Medan Indonesia.This is my very first time sampai Medan.Tak pernah datang lagi sebelum ni.


here we are at Medan Indonesia


Yang aku kelakar conveyer tempat barang sampai tu tak bersambung..maknanya sampai ke hujung then semua barang akan jatuh ke lantai..Airport ni kecik jer so what do you expect kan.So adat pergi beramai ramai kena tunggu semua orang ada baru boleh move ke tempat lain.aku ngan Azuan kebetulan dapat que depan sikit dari Kak Leez dan Kak Nani yang jadi orang terakhir untuk cop pasport.Satu tips korang jangan layan orang yang duk nak tolong angkut barang sebab depa semua nak minta duit tuh..buat buat tak tahu saja unless memang barang korang banyak giler so berbaloi lah nak minta khidmat diorang.Keluar dari Airport Pak Rizal (Our Supir) dah tunggu dengan kertas bertulis 'Ibu Liz'..Kak Leez yang booking dia ni.so kami menuju ke Kijang(Avanza) yang akan menjadi kenderaan kami selama 3 hari dua malam di sini.

SUN PLAZA MALL MEDAN


Keluar dari airport kami minta Pak Rizal bawa kami ke tempat untuk cari selipar dan Google.Hotel yang kami dah booking di Lake Toba punya area ada swimming pool yang best so terlupa pulak nak bawak Google dan bawak selipar.Rugi woo kalau tak swimming..saja lah nak merasa beriadah di Negara Orang..Masuk Sun plaza Mall ni dalam pukul 9.30am..waktu di Indonesia Awal sejam dari kita.Dan mall nya pun buka jam 10am.Kiranya kami kena tunggu sekejap sebelum kedai dan shopping kompleks dibuka.


di tengah tengah Sun Plaza pada waktu ni ada Sale sampai 70 persen Barangan branded macam ESPRIT,HUGO BOSS,BALLY dan banyak lagi..harga pulak memang jatuh gila gila..kalau biasa harganya RM200 kat sini sampai jadi RM40!!mana lah tak terliur nak beli kan.tapi kami fokus pada Tujuan asal,just nak cari selipar dan Google untuk swimming sahaja.


Dalam duk tengok baju nampak ada Baju Universal Studio Singapore dijual kat sini..Tengok macam Original tapi aku pun tak sure sebab harganya way much cheaper than kat Universal Studio Singapore itself..Grab lah jugak satu..sehelai dalam 60 ribu rupiah which is RM20 ++ jer duit kita.Murah kan????


end up kami beli sorang sehelai.hehehe.awal awal lagi dah shopping apa kes..


Sebelum keadaan menjadi lebih parah kami terus ke Tujuan asal sahaja.sebab tak mahu buang masa banyak sangat kat sini.Perjalanan masih jauh lagi untuk ke Lake Toba frome Medan City ni..terus cari kedai barangan Sukan untuk cari Google..memang pecah telur lah kiranya kitorang sebab memang jadi First customer yang singgah.Beli Google dalam 89 ribu rupiah.Layankan ajer lah..janji dapat swimming nanti.


ehhh kat sini pun ada SOGO okeh


Kami beli Roti di Breadtalk juga untuk alas perut.sebab menurut Pak Rizal untuk sampai ke Tempat makan lagi 2 jam setengah..menarik Roti roti kat sini.sedikit berbeza dari Breadtalk di Malysia dari segi kreativiti dan Variety yang ada.Depan kedai Breadtalk ni banyak jugak tempat makan seperti JCO donut, A&W, Es Teller 77..Nak minum Es Teller tapi tak bukak lagi.lagipun kami nak kejar masa so terus saja Call Pak Rizal suh ambik kitorang.Call guna Sim Kad Indon, Azuan beli satu Kad SIMPATI..senang nak berurusan.


First Impression aku pasal Pak Rizal ni,friendly jugak lah.dan sentiasa senyum.senang nak bawak berbincang.takder lah memboringkan kami..so nak tanya apa apa pun ok..Tempat yang kami akan lunch kejap lagi dia jugak yang suggestkan..asalnya kitorang nak Lunch di GARUDA NASI PADANG SIANTAR tapi Pak Rizal Kata GARUDA di Medan saja yang paling best..di Siantar dia cadangkan satu Restoran Burung Goreng.

RUMAH MAKAN BERINGIN INDAH (BURUNG GORENG)


Memang kami sampai di Siantar ni dalam pukul 12.30pm ++, dan memang perut tengah berkeroncong..Pagi just makan roti so memang lah lapar..Rumah makan Beringin Indah ni specialty nya ialah Burung Goreng.sedap ker tak sedap ker jom kita tengok sama sama..Masuk dalam Restoran ni punya lah ramai Orang sampai tengok macam takder tempat duduk.sekali rupanya kawasan kedai ni ada lagi satu bahagian yang banyak kosong.so kami ke bahagian yang lebih luas.aku tengok ramai betul orang cina duk makan..
tapi Restoran ni Halal.Muslim punya.


ni korang kenal tak?Nasi Kosong..


Ini ialah satu set Burung Goreng. Serius,aku sudah lupa apa nama Burung ni.Bukan Burung Puyuh.Rupa seperti Burung puyuh tapi bukan..Kayak Burung Puyuh.Rasanya macam mana??aku suka rempahnya yang terasa macam manis manis sikit..tak cukup dengan seekor sebab isinya sikit.so aku ngan Kak Leez pi tambah lagi sepinggan Burung ni.hehe.Puas ratah!!memang aku suka.Boleh la sekali sekala tukar selera.


Sambal Kicap makan ngan Burung Goreng


Takkan makan Burung sahaja kot..lauk lauk lain standard nasi Padang lah jugak..Ada Tauhu Goreng, ada Pucuk ubi rebus, ada sambal Hijau sambal merah..cara makan nasi Padang ni ambik yang mana kita nak makan sahaja.kalau semua kita rasa semua lah dia caj nanti..since dah ada Burung Goreng so tak banyak lah lauk lain jadi tambahan.Banyak ambik sayur dan sambal sahaja.Sambal Hijau Indon memang aku suka dulu kini dan selamanya!!


satu lagi perkara baru yang aku rasa di sini- JUS TERUNG BELANDA! yang kaler merah belah kiri tu jus terung belanda..sebelum ni kalau datang Indonesia mesti nak minum jus alpokat nya.Tapi kali ni ada seorang teman yang biasa datang Medan suh try Jus terung belanda.aku suka lah jugak rasanya yang masam masam manis..Yang ada dua layer tu Jus Terung belanda + Jus Markisar.Pun ok jugak..At least aku tahu lah rasa Terung Belanda tu macam mana..Nice try!!


Lets makan makan.masa makan semua senyap khusyuk menikmati hidangan


Alhamdulillah.sangat enjoy lunch di sini..aku makan dekat 3 ekor burung rasanya since azuan ngan Kak Nani tak berapa nak makan sangat burung tu.aku bab meratah suka ajer.aku ngan Kak Leez lah duk perabihkan Burung Goreng yang ada..Harga makan masa ni 230 ribu rupiah which is RM78++ kita..dalam dekat RM20 ringgit sorang lah.aku rasa macam ok harganya sebab dengan Jus lagi,dan Burung pun ambik dua set..


Lagi memudahkan kami This Restaurant siap ada Tempat solat.so boleh singkatkan waktu perjalanan bila semua dah siap siap solat jamak kat sini..Cuma this Musolla campur lelaki dan perempuan.Ok lah tu.at least ada daripada tak ada.Tandas nya pun quite ok.takder lah teruk sangat.lepas semua dah siap solat kami semua meneruskan perjalanan untuk ke Parapat,Danau Toba.

KEDAI MAKANAN RINGAN PATEN


Dalam perjalanan atas sikit dari Siantar kami sempat singgah di sebuah kedai makanan Ringan yang diberi nama PATEN..kedai ni jual snek snek yang banyak dibuat dari kacang dan beras..Tengok kat signboard di atas ada tulis : akam, teng teng, ting ting, tang tang, Long long..ni semua actually nama snek yang dijual.Kinda Unique pulak bila beri nama macam tu.attraction untuk orang beli tu.


Aku ambil peluang untuk rasa semua snek snek yang ada.Jangan bimbang dijamin Halal.Kalau tak halal pak Rizal tak bawa lah kami ke sini..aku suka beberapa snek nya yang dibuat dari kacang..simple.Ada juga yang tak sedap.Depend pada korang punya preference lah..Untuk beri beri kat Orang sesuai lah snek macam ni.Souvenir from Medan..


Wowww kayanya Datin itu..Jutawan sangat!!


We end up beli jugak beberapa Kotak..Aku beli mana yang aku suka rasanya..apa ntah nama yang aku beli tu..Teng teng ker tang tang ker Pong Pong,,Ntah tak ingat.Tak kuasa aku nak pi tengok balik kotak yang aku beli tu.haha..Harga satu kotak dalam 15 ribu rupiah.


Keluar dari kawasan kedai Paten ni, perjalanan ke Parapat diteruskan..memang perjalanan yang agak panjang sebab Pak Rizal guna jalan alternatif..jalan yang selalu dia pakai Jammed teruk..macet bangat dong!so dia guna jalan kampung..keluar kampung masuk pekan..then keluar ke kawasan kampung lagik sebelum kami tiba ke area Danau Toba..Jalan memang tak berapa elok.kalau korang tak tahan elok lah makan Pil Muntah siap siap.Aku ok jer jalan macam mana pun..Cuma tertidur jugak sementara nak sampai..dan akhirnya,kami tiba jua ke Danau Toba setelah lebih kurang 5 jam perjalanan..

*To be continued

11 comments:

xplorer said...

Bro , aku pun mcm berkira kira nak pi medan. Supir ko tu ok tak?dia keje sendiri atau travel agent ? Aku prefer yg free itinery lebih bebas , mcm mana aku nak contact dia? Bayaran dia berapa.on my last trip tu medan supir aku asyik pow memanjang , bnyk plak additional charge yg dia charge

Anggerik Berduri said...

mmg jauh pun medan dgn danau toba.. sakit punggong. hahahahaha

wa said...

Saya akan ke Medan jugak bulan 6 ni..bawak rombongan cik kiah..mak mertua ,nenek semua bawak ..:)..nanti ikut itenary kat sini jelahah ye.. :)

Mrs Pretty In Pink said...

amboi...dendiam dah berjalan ke medan pulak noo??? tak sabar nk tgu story kt lake toba tu axim..cepat2 story..hahah..gyna pun baru je bln lepas ke sana sampai demam2...ada pegi berastagi tak??? cant wait nk tgu gambar dgn story!!!

love
-gyena-

Nieda said...

Tunggu updet terbaru ttg Medan. kalau citer makan angin suker aje.

Leez M. Saaid said...

Cantik baju uss....lupa nak kirim....ahaksss.

linaar said...

Saya nak gi medan bln 9 ni ada no contat pak rizal.. Nanti emal sy lina_ar03@yahoo.com..

linaar said...

Blh bg no pak rizal nk gi medan bln 9 ni...

@xiM said...

Siapa yang memerlukan perkhidmatan Pak Rizal boleh hubungi dia melalui number ini +6285275603660.

Pon said...

Berapa pak rizal charge utk sehari...

Hamzah Saragih said...

4D3N MEDAN LAKE TOBA TOUR
(1Nite Parapat, 1 Nite Berastagi, 1 Nite Medan
--------------------------------------------------------------------
DAY 01 : ARRIVAL MEDAN – TEBING TINGGI – PARAPAT (L,D)
Arrival at Kuala Namu International Airport. After customs clearance, meet our representative and Tour Guide who will take you to start the tours by using tourist Coach or Van. Transfer to the local restaurant for lunch. Then, depart to Parapat-drive along the road which offers the endless view of Rubber and Oil Palms Plantations through the journey. Stop should be made at Pematang Siantar for shopping of local product such as Kacang Tumbuk “Ting Ting, Teng Teng”, Other snacks Etc. Arrived in Parapat then check in to hotel for overnight stay, the rest of the day is free on your own leisure. Dinner served at the local restaurant.

DAY 02 : PARAPAT – SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI (B,L,D)
After breakfast at hotel, ready for Samosir island excursion by Boat to visits
Tomok village, to see the Tombs of The King Ompu Sidabutar & Shopping place. Ambarita village, to see the Traditional Batak village with ancient megalithic Furnitures. Return to Parapat for lunch at local restaurant. Afterwards proceed to Berastagi–a mountains resort with it’s refreshing weather and magnificent mountains scenery which has an abundance of Flowers, Vegetables and Fruits. En-route stops at Panorama Simarjarunjung hill (Sanitary stop),Sipiso-Piso waterfall. Arrived in Brastagi then to visit the Central Fruits Market (Shopping Place). Afternoon check in to hotel. The rest of the day is free on your own leisure. Dinner served at the hotel or local restaurant.

DAY 03 : BERASTAGI – MEDAN (B,L,D)
After breakfast, proceed on two hours down the hill to Medan. Visit Lumbini Park. Arrival in Medan then city sight seeing to visit a several points of interest such as the Maimoon Palace, Al-Matshun Grand mosque. After lunch at the local restaurant, and then proceed to the shopping areas as follow Danar Hadi Batik emperium and others whole Batik sellers in Medan, including to Pasar Ikan market and Malls. Afternoon check in to hotel for overnight stay. Dinner served at the local restaurant.

DAY 04 : HOTEL – AIRPORT (B)
After breakfast, free program before transfer to the airport for your flight home..END OF SERVICE





Thanks /Regards

HAMZAH SARAGIH Tour Guide Medan Sumatra Utara - IndonesiaTelp // WhatsApp : +6282160211106 Email : hamzahsaragih@ymail.com
Web : http://hamzahsaragih.blogspot.com
Facebook :Hamzah Saragih 
Ym :Hamzah Saragih.BB 512113B1

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails