Followers

Sunday, February 5, 2012

KISAH BALIK KAMPUNG PART 2 : MAIN BOWLING BERSAMA FAMILY @ U-BOWL, MESRA MALL KEMASEK

Tiba-tiba plan nak main Bowling muncul.

Tak rancang apa pun..just terkeluar dari mulut ajak adik beradik main Bowling..mula mula just suka suka ajak  then semua setuju apa lagi, kira jadi lah..kebetulan yang ada masa ni aku, Kak tie,Kak Ina, Faiz,Abang jalee dan Kak La..so lepas maghrib dalam pukul 8pm terus bergerak ke Mesra Mall untuk main bowling di sini. I think this is so our family..just go with the flow dan tak perlu nak plan sangat..Biasa kalau plan mesti tak jadi.


Korang jangan pandang rendah ok pada kampung aku..Kemasek sekarang dah maju sebab ada Mesra Mall..starbucks secret recipe Burger King semua ada..Bowling dan Wayang TGV pun ada okeh..habis lah anak muda kampung aku ni menghabiskan masa kat Mesra Mall jer kerjanya sekarang..Kemasek dekat dengan Kerteh..kat Kerteh ada Petronas..so jangan korang kata lah harga makanan di kampung aku ni murah.Harga standard orang petronas diorang letak..lagi murah aku makan di Butterworth..nasib lah kan orang kampung ambik kesempatan..


Masuk Mesra Mall memang tak singgah kedai lain dah, terus menuju ke matlamat asal iaitu nak main Bowling di U-Bowl..Kak Ina pada asalnya nak balik awal tapi berjaya di hasut suruh tunggu main satu frame dulu baru balik..heheee..


Harga satu frame RM5.80 setiap seorang..sewa kasut Pulak RM2..bila tanya stokin dah ada ke belum semua jawab dah ada.tak kuasa aku nak beli stokin baru..kat kampung kan ni so takyah nak berkira sangat..as usual saiz kaki aku ialah 10.Kaki gorgon.Masing masing dah excited ni..Orang tak berapa ramai masa ni..kami dapat lane hujung sekali lane 23 dan lane 24.


Qayyum pun ikut sekali nak main bowling..Kak La dan abang jalee dah tak sabar tu


Jommm..Lets berbowling yowwwww!!


Adik Mimi tak pernah lagi main Bowling..ni first time dia nak try main..Kak Tie lah berhempas pulas ajar dia camana nak pegang bola sebelum baling..duk cari jugak bola yang ringan tapi yang paling ringan pun bola number 8 sahaja..Orang lain dah ambik kot yang ringan..


Tambah menceriakan suasana malam ni ada tetamu undangan peserta Cilik Nurul Nadiah Salwani dan Nurul Qiadah..tomey tomey depa berdua ni..duk susun bola dan angkat bola..bahaya jugak kalau tak tengok kang ada terkepit jari kena hempap bola..


Kami yang dah ready untuk membaling!


Risau tengok diorang tunggu kat tempat bola nak sampai tu..takut terkepit tangan..


Dan permainan pun dimulakan..macam macam pesen ada cara baling nak nak adik sebab baru nak belajar baling..siap baling pakai dua tangan lagik..Nurul Nadiah dan Qiadah pun sam anaik nak baling bola tengok orang lain baling..haha..yang penting we all had so much fun!!kali last main bowling sama sama family macam ni bulan Dua tahun 2011 kat Port Dickson..masa tu kak Ija dan Abang Shuk yang ada..Kesempatan yang jarang sekali ni lah kami manfaat betul betul..


Masing masing menunjukkan skill tersendiri!


Dan aku pun tak melepaskan peluang untuk menunjukkan skill balingan yang tak seberapa ni..hehe..boleh strike sekali kira ok lah tu..ada satu insiden Nurul nadiah baling bola ke tengah tapi slow..masa tu turn kak tie rasanya..Kak tie pergi ke tengah lane nak ambik balik bola tapi jatuh tengah tengah lane sebab licin.hahahaa..patut aku snap gambar kak tie tengah jatuh tu..tak kisah lah kan macam mana pun janji kitorang enjoy!


Dan ini lah dia score for tonight punya game.aku juara dengan markah 113 sahaja.sikit sangat..Bukan terer pun main bowling.sekadar suka suka..kalau dapat tinggi tu kira nasib lah tu..i'm not a bowler but setakat nak main boleh la..


Semoga ukhuwah keluarga kita terus utuh hingga ke jannah..


Masa nak keluar dari tempat Bowling Nurul Nadiah menangis pulak sebab dia kata dia tak dapat main pun..tunggu nadiah besar sikit yer nanti baru kita main sama sama lagik..Puas kak Ina pujuk tu..Biasalah budak budak kan..


for me, bukan markah yang jadi ukuran..tapi keseronokan meluangkan masa bersama keluarga sekali sekala lebih menjadi keutamaan.seriously aku rasa sangat seronok tambah tambah lagi dengan keletah anak kak Ina dan Anak abang jalee yang duk sibuk nak main sekali..ada masa nanti insya Allah kita semua luangkan masa lagi..tambah pulak ada Abang Shuk,Kak Feeza, Adam, Kak Ija, Adik Da dan Zul, Ami sekali mesti lagi gamat..kena main 4 lane lah nampak gayanya..Aku bersyukur padamua Ya Allah sebab kurniakan keluarga yang besar sebegini..sesungguhnya Nikmat dan rahmat yang Kau Limpahkan pada kami tak terhitung banyaknya..Syukur..Syukur..syukur..

“Ya Robb-ku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang ibu bapakku, dan untuk mengerjakan amal sholeh yang Engkau ridhoi. Dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang sholeh.” QS. An Naml : 19.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak dah sampai Mesra Mall tu. Asal mula nak isi minyak kat Petronas sebelah Mall itu tapi bila nampak Mesra Mall terus kami masuk... tapi taklah main bowling sebab tujuan kakak terus ke Dungun sebab dah booking homestay di sana.....

Banyak-banyak kakak suka tengok Qayyum. Montel, cute, geraaammmm:)

JembalCastle said...

Assalamualaikum...Selalu baca blog azim nih, seronok baca kisah dan aktiviti kekelluargaan yang di cerita dekat sini.. Keep it up!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails