Followers

Saturday, February 18, 2012

KOTA KINABALU WEEKEND GETAWAY PART 1 : THE ARRIVAL, TANJUNG ARU BEACH & MUSICAL FOUNTAIN @ PERDANA PARK


Terima kasih pada ahli keluargaku yang menghantar aku ke LCCT..


Nak dijadikan cerita Flight aku ke KOTA KINABALU yang sepatutnya berlepas pada jam 12.450pm, terpaksa di delayed sampai ke jam 3 petang atas sebab kabin pressure tak cukup dan ada lah beberapa masalah teknikal yang lain..dah naik atas flight siap kena turun semula then naik baik..Alhamdulillah berlepas juga akhirnya..mula mula memang rasa tensen tapi pikir balik biar lah nak rosak atas darat ni..di udara sana kalau rosak lebih buruk jdinya..Syukur Allah memudahkan perjalanan..


Oleh sebab flight delayed makan masa untuk Lunch pun terganggu..lapar gila gila masa ni..Order Nasi Lemak Pak Nasser je lah atas udara tadi..sedap gilos!dan minum air teh lipton.memang best lah.Then layan main game kat Playbook pastu tidor..sempat lah besembang dengan seorang chinese salesman Mitsubishi..duk tanya dia apa yang best kat KK.and dia pun sibuk ak story pasal family dia..newlywed lah katakan..tak sempat aku nak tidor.huhuhu


Sampai Airport dalam pukul 5 lebih dah..Abang Shah dan Nikli dah standby tunggu.Nikli dah sampai awal pagi tadi lagi di KK..aku jer jadi makin lambat sebab flight delayed..percutian ni dah plan since bulan dua tahun lepas masa aku meeting di pasir Gudang.Dari airport kami menuju ke Tanjung Aru untuk minum petang.


Travel mate ku.lepas ni tak taw lah bila boleh berjalan dengan dia lagik


Orag Terengganu.campak lah ke bumi manapun keropok lekor jugak yang dicari.memang lah tak sama macam kat Terengganu tapi sekali sekala layan makan keropok putih macam ni layan la jugak..tak makan pun sayap ayam yang terkenal di tepian Tanjung Aru beach.lagipun aku memang bukan peminat kepak ayam.


Jus Avocado yang dah habis


Lepas minum makan lite lite, jalan jalan tepi pantai Tanjung Aru.Ingat sempat lah tengok sunset tapi cuaca tak berapa mengizinkan..awan tebal so tak nampak dengan jelas matahari terbenam..tak ada rezeki kami..Then dari Tanjung Aru Beach kitorang pulang ke rumah Abang Shah.


Aktiviti di malam hari : berlari 7 KM di Perdana Park, Tanjung Aru..abang shah pun kaki lari jugak so sama sama training lah..Nikli pun dah mula menunjukkan minat untuk join acara lari macam ni.Bagus lah.The More the merrier.nanti boleh la jumpa di mana mana event.nak harap jumpa macam cara biasa entah bilanya kan since masing masing kerja jauh jauh..sekali sekla macam ni jumpa pun dah Alhamdulillah sangat sangat.ni first time aku datang erdana Park yang terkenal dengan Musical Fountain nya.

Perdana Park Musical Fountain merupakan salah satu lagi tempat tarikan yang terbaru di Kota Kinabalu. Perdana Park ini dibuka kepada orang ramai pada awal tahun 2011 di mana tempat ini telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.


Suka pulak aku tengok gambar Air Terjun  ni.aku guna shutter slow so dapat lah capture motion air terjun..aku suka perdana park ni!tempat joggingnya pun best, and ada musical Fountain..Musical Fountain akan bermula jam 7 pm setiap hari.ada set masanya..so kalau korang datang ke Kota Kinabalu jangan lupa singgah di Perdana Park.Unik dan memang best.


Kalerful.warna warni.cuti cuti malaysia



dah datang Kota Kinabalu dua kali,(ni kali ketiga) baru berkesempatan tengok Musical Fountain.Tak ada bayaran masuk pun dikenakan cuma ada bayaran tempat parkingnya sahaja..mungkin buat masa ni tak ada bayaran di masa hadapan kita tak tahu..wallahualam..dari Perdana Park kitorang balik rumah abang shah dulu,salin baju then baru keluar untuk makan malam.nanti  aku cerita dalam entry seterusnya ya kat mana kitorang dinner.

Stay Tune with AXIMUD!

2 comments:

fendifid said...

Wow...the fountain tu magnificent.

sepul said...

sya rasa sungguh teruja menikmati pemandangan indah yang disajikan hanya di azimashaary.blogspot.com.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails