Followers

Monday, February 20, 2012

KOTA KINABALU WEEKEND GETAWAY PART 3 : WHITE WATER RAFTING @ SUNGAI PADAS !!

Hari kedua di bumi Sabah.

Hari ini ada agenda penting.actually today's activity lah yang membuatkan aku datang ke Sabah..iaitu nak buat white water Rafting di Sungai Padas.Ceritanya Tahun lepas May 2011 dah buat water rafting di Sungai Kiulu, kiranya macam sesi pengenalan tentang water rafting..since that day aku dah memasang impian untuk datang lagi ke Kota Kinabalu untuk buat water rafting di sungai Padas pula.Oh ya, last month pun aku dah buat white water Rafting ni di Kuala Kubu Bharu Selangor.sangat mencabar dan sangat best!!


Thanks to Nikli yang tolong arrange kan agent untuk aktiviti ni..seawaal jam 6 pagi wakil dari agensi Borneo Wave Hunter dah datang ambik kat rumah..sempat la solat subuh dulu dan bersiap siap semuanya..sebab for te whole day akan di spendkan untuk this activity sahaja.


Borneo Wave Hunter, Paddling with the legend


Perjalanan jauh jugak..nak menuju ke Sungai Padas ni memakan masa selama 4 jam dari Bandar KK..aku suka tengok kiri dan kanan jalan on the way ke Tenom..Hijau mata memandang..kawasan yang masih belum terusik dek arus pembangunan..


Berhenti rehat sementara di 'RnR' sini, di Ulu Kimanis, Papar


Antara makanan yang dijual.Just beli jagung sahaja untuk alas perut


Borneo ni besar..kami merentas banjaran Crocker


Perjalanan merentas Banjaran Crocker ni sangat lah besst..sebab boleh tengok alam yang menghijau dan cuaca pun menjadi sejuk.tak perlu pasang aircond dah dalam kereta..sekali sekala tersengguk sengguk juga lah sebab kemengantukan..sampai satu jalan berbukit ni drebar van berhenti sebab nak buktikan hukum fizik yang macam mana ntah aku pun tak sure tetiba kereta ni naik sendiri atas bukit bila free gear.kalau turun tu aku tak lah rasa pelik, tapi bila naik sendiri tu musykil lah jugak..


Berhenti di satu lereng gunung..dapat lihat KK dari atas


Tapi tak nampak sangat pun.tak berani nak jengah dekat dekat.tergelincir kang naya..


layan diorang hisap rokok dan bersembang kejap..


Alas perut makan jagung.Sumpah sedap jagung ni!!sangat manis ok!


Sampai di Tenom kira kira jam 10 pagi..Di sebalik Banjaran Crocker yang kitorang rentas tadi ada sebuah Pekan di panggil Tenom..ada satu Tugu Antanom yang aku rasa mesti ada kisahnya yang tersendiri..


Dari pekan Tenom kami straight away ke satu stesen janakuasa Hidro Pangi


belakang kami ada sungai,dan sungai itu ialah sungai Padas


Menyelusuri masuk dari Pintu hadapan Stesen janakuasa Hidro sambil di iringi sekuriti yang bertugas di stesen berkenaan..kemudian sampai lah di tempat permulaan kami akan ber white water rafting..segala peralatan keselamatan mula di beri di situ - jaket keselamatan, dan helmet.


Oh lupa nak habaq, group yang aku join ni sama ngan group mat salleh dari mana aku tak pasti, depa naik van lagi satu..kami tiga orang naik van lain sebab bawak barang barang untk aktiviti ni..masa ni diorang keluarkan rafting dan mula masukkan angin..then ada penerangan pasal apa yang perlu di buat dan apa yang jangan di buat semasa ber rafting kejap lagi..Nervous jugak tengok arus sungai yang deras..


Lets do this yowww!!


me with henry, yang datang ambik kitorang pagi tadi.lawak gak mamat ni


Group oreng putessss..


Actually aku terlupa nak caj kamera underwater aku..nasib baik abang shah ada bawak kamera dia.kalau tak konpem takdak gambar lah kitorang kat sungai padas ni..sungai padas ni lebih lebar dari Kuala Kubu Bharu Selangor, dan arusnya sangat kuat serta ombak menjulang tinggi..setiap rapid yang kitorang lalu ada nama masing masing macam rapid minnie mouse, rapid cobra, rapid washing machine dan ada a few lagi..Alhamdulillah kami survive semuanya, just jatuh sekali sahaja sebab terlanggar batu..Overall semuanya Ok..cuak tu cuak jugak tapi seriously it was fun!!


yeah!!we did it bro!


Jarak perjalanan kami menyelusuri sungai Padas ni 25 KM..macam ekspedisi dah..Henry kata Group lain biasa buat dalam 10 KM sahaja..pakej yang kitorang ambik ni (RM200) include 25 KM, sekali ngan Lunch..sampai di tempat rehat ni makan Roti dan minum air dulu sebelum mula ber rafting kembali, tapi dalam mood yang tenang sebab dah tak ada rapid.jadi boleh enjoy the scenery dan buat seketika aku terlupa terus pasal urusan kerja dan urusan lain di dunia sebenar..rasa macam bersatu dengan alam pun ada..tengok burung air sungai bukit bukau tumbuhan menghijau di sekeliling..Masya Allah..Subhanallah..Allahuakbar.Indah sungguh alam ciptaan Mu ini ya Allah..

Alhamdulillah the mission accomplished!!Thanks to Group yang best.Kitorang join local Sabah dalam satu rafting..diorang buli oraang putih dalam rafting lagi satu suh semua jatuh.hahaa..nasib  baik kitorang tak perlu jatuh macam tu..Habis 25 KM nak dijadikan cerita kitorang stranded di Stesen Keretapi Halogilat..dari Stesen keretapi Halogilat ni akan terus ke stesen Beaufort..dalam 4 jam kami stranded dan sangat helpless!!baju takdak duit takdak ic takdak..yang lagi menyedihkan sangat kelaparan!!punca stranded sebab keretapi ada yang rosak..so delayed nya memang panjang..Nasib baik tak kena tunggu sampai esok pagi..


Akhirnya keretapi sampai pada jam 5 petang, dan paling best sebab bawak makanan..diorang bawak KFC, probably sebab ada group mat salleh tu..Masa ni masuk tren makan tak ingat dunia.tak pandang kiri kanan dah sebab lapar..tapi tak berapa kenyang lah sebab nak nasik jugak.huhu..sabar lah dulu malam karang melantak betul betul. for the first time aku rasa naik keretapi koboi yang sungguh lah antik..bateri kamera abang shah dah abis masa ni so aku tak dapat nak snap gambar that tren untuk kongsi ngan korang kat sini..best gila naik tren macam tu tengah tengah hutan belantara..such a wonderful experience!!dan berakhirlah satu hari yang panjang, tapi berbaloi baloi..Sungai Padas sudah ku tawan..next ekspedisi nak tawan Gunung Kinabalu pulak ..Insya Allah!

*hasil dari aktiviti ni kulit aku terbakar gila gila.korang sila lah pakai sun block bebanyak ya.pancaran matahari adalah terik..kalau nak contact number untuk this agent do email me ya!!tq

3 comments:

ANR said...

ala, tak berkesempatan naik train kat sane. cume member tu dok bercerita je. xpe, next trip to KK msti nk naik train n kundasang. :)

Adam said...

rafting... best tu.. takde jatuh ke? hehehe! pertengahan tahun ni pergi taman negara pahang... :D nak try.. by the way, nice picture..

sepul said...

bersateww dengan alam katanya. nice and fun aktiviti oiiii behnyaa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails