Followers

Monday, February 20, 2012

KOTA KINABALU WEEKEND GETAWAY PART 4 : DINNER @ GAYANG SEAFOOD RESTAURANT, TUARAN

Setelah penat seharian dengan aktiviti White Water Rafting di Sungai Padas, sebelah malamya aku berhasrat untuk makan seafood yang sedap di bumi kota Kinabalu ni..Memang masing masing tengah lapar pun sebab Late Lunch cuma makan KFC yang di providekan skali dengan pakej White Water Rafting..agak terkilan sebab aku ingat ada buffet makan tengahari disediakan..never mind.we can find a good food by our own.


So here we are at Gayang Seafood Restaurant..sampai rumah tadi terus mandi tukar baju solat dan straight away keluar rumah untuk ke sini..daerah Tuaran..memakan masa dalam 45 minit juga dari Bandar KK..Abang Shah kata this Restaurant dah berpindah tempat..dulu kat tempat lain.maybe sebab nak meluaskan lagi kawasan kedainya..nak parking pun senang kat sini.


Macam baru habis function jer..kalau pergi peak hour mesti lagi penuh.kami sampai dah dalam pukul 9 pm lebih..dah dekat pukul 10 so keadaan agak tak berapa ramai lah..aku first time dengar about this restaurant encik sepul yang bagitau.tu yang aku ajak abang shah datang sini..dengan misi nak makan Seafood puas puas.FYI, aku ni pencinta makanan laut.saja lah nak habaq walaupun ampa tak tanya.


As usual, kalau datang kedai seafood memang kena pilih sendiri..yang aku suka sebab boleh tengok hidupan tu hidup depan mata dan pilih man ayang  berkenan di hati untuk dijadikan lauk..Udang dan ketam pasti menjadi pilihan hati..Minta depa buat Ketam Nipah salut Telur Masin..nyammm...ambik jugak siput tarik dan Butter Prawn.


Dan satu benda yang aku memang dah lama teringin nak makan : Lobster!!Cuma satu benda jer..Harga Lobster adalah sangat mahal..King Lobster ni RM220 per KG..Kitorang just ambik seekor yang beratnya lebih kurang 600 gram..sekadar nak merasa..Minta masak Butter Cream..tu pun atas recommendation waiter yang ambik order.takut nak mintak bukan bukan..rugi nanti bayar mahal tapi tak sedap.


Carrot O ais, Fresh Orange dan Teh Cina(???)


Ini lah dia LOBSTER BUTTER CREAM yang aku tunggu tunggu..memang sedap dan lazat!Isinya pejal dan fresh..Seriously rasa happy sebab lama dah teringin nak makan Lobster di Kota Kinabalu jua menjadi kenyataan..kat belah semenanjung pun ada sebenarnya tapi tak pernah rasa nak carik..harga pun mesti mahal jugak..sekali ni jer aku nak try.lepas ni tunggu lagi 5 tahun akan datang baru aku makan lobster lagik.(ok jangan percaya sangat lah statement tu)


SIPUT TARIK aka GONGGONG..yang ni rebus kosong jer..


Yang lawaknya this restaurant hantar lauk satu per satu..tak hantar sekaligus..even nasik pun tak samppai lagik..mengadap lah tengok Lobsterdan Gonggong tu dulu.Lobster tak sentuh lagi sebab kena save da best for the last..so what to do ratah Siput Tarik tu dulu lah.Kali pertama aku makan siput tarik ni kat JB di Senibong last year..sedap okeh!


Bersungguh benar Nikli duk tarik..


Ni lah rupanya isi dalam Siput Tarik..senang cerita kalau korang memang peminat haiwan bercengkerang macam kepah, lala kerang ataupun kupang maka secara automatisnya korang pasti akan meminati siput tarik ini.macam aku lah.suka!!!


BUTTER PRAWN..lately too much udang pulak rasanya in my system..


KETAM NIPAH TELUR MASIN..aku order masak telur masin sebab teringat yang di Restoran Pak Ya di Ampang..kuahnya creamy pekat likat dan lazat!!!sekali sampai sampai Ketam ni cenggini rupanya..kering..siap ada salut oat..tapi still sedap!!ratah ketam nii memang lah yummy!!ohhh aku terasa lapar sekarang masa tengah menaip.


Last but not least SAYUR SABAH GORENG BELACAN..


Bila semua lauk dah sampai apa lagi masing masing terus serang lah.tapi kami baca doa makan dulu.serius tak tipu..tengok baik memang banyak sangat lauk yang di order.memang nafsu sangat..tapi kena salahkan tren yang rosak sampai kami stranded dan kelaparan di stesen tren halogilat..Malam ini ialahh misi membalas dendam atas kekurangan kalori pada petang tadi.sekian terima kasih.


Isi Lobster..ishhh sayangnya nak makan..


Dapat ratah ketam separuh jer..dah tak larat..


Sebab lauk banyak nasik makan separuh.ratah lauk yang lebih


yer saya sangat berpuashati dengan makanan di sini.anda bila mau datang??


Thanks abang shah bawa kami datang makan kat sini


Di area Tuaran ni ada satu lagi Restoran Seafood Salut nama di beri.saingan kepada Gayang ni.Tapi abang shah kata tak sedap tu yang datang ke gayang sahaja..Overall aku berpuas hati dengan mutu persembahan dan corak makanan yang disediakan..Harga pun ok..affordable kalau tak include kan lobster tu..macam Ketam tu seekor cuma RM10 compared than in Ampang seekor macam tu RM30 kena caj..Insya Allah kalau berkelapangan ke Kota Kinabalu lagi akan ku jejaki this restaurant again.

Gayang Seafood Restaurant
Address Kg Baharu, Jln Sulaiman
Tuaran, P.O Box 12629, 88300
Kota Kinabalu
Telephone +60 16 810 2395

*Balik dari Dinner, sampai ke rumah terus terbongkang tidor tak ingat..perut dah terisi kekenyangan so selamat malam lah!Good Night!

5 comments:

ANR said...

haah. kwn kite pun suggest mkn kat sini. tp since ktorang lalu siang hari kat sini, so xdelah makan. tp next time mmg nk makan kat sini. :)

sepul said...

oh gayang dah renovate? nice. dulu kayu kayan macam nak roboh.

aku tak pernah try ketam salut telur masin.

lobster butter cream sedap nya oiiiii teringat -ingat. tapi aku takleh mkn byk2 sgt sebab cepat muak.

siput tarik???? what the..... ok aku mmg tak makan sgt siput-siput mcm ni. tapi tgk abang Nik duk tarik macam nice.

azim hensem macam Aaron Aziz.

tangan abang Nik banyak bulu.

Lieya said...

Siput gonggong memang superbbb.... lagi superb cecah air asam... opsss tumpang lalu sini... ehehehe

Zura said...

kedai ni stat bukak kul bape erk..?

@xiM said...

Zura lee, waktu operasinya saya tak pasti pulak caman

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails