Followers

Wednesday, May 20, 2009

Hong Kong Day 1- Arrival & Victoria Peak

Salam bersiaran kembali..

Penat bercuti mingggu lepas tak hilang lagi tapi minggu ni dah start masuk opis..dah cuti seminggu paham paham je lah kan kerja banyak tahap gaban..so memang sangat la ke bizian dan tak sempat nak update cerita tentang percutian di Hong Kong dari 11 Mei hingga 17 Mei 2009..Just nak bagitau yang percutian ni memang sangat sangat BEST!!dan Hong Kong memang merupakan tempat yang korang wajib jejak..banyak landmark yang menarik-BEST!

Sementara mood nak update tengah hadir meh aku nak bercerita tentang hari pertama di Hong Kong,dari permulaan hari hingga lah ke penghujung hari 11 mei 2009..alang-alang nak bercerita biarlah sampai detail kan..hehe..

Jom kita layan..Zaaaasss...

***********************************************

Seperti yang telah di rancang 9 bulan yang lalu,akhirnya tiba waktu untuk kami yang ada berangkat ke tanah Hong Kong untuk satu percutian selama satu minggu..wowww..untuk pertama kalinya aku akan terbang ke negeri orang yang jauhnya beribu batu dari tanah air sendiri..

1

Penerbangan AirAsia AK76 dari Kuala Lumpur (LCCT Terminal) jam 0700 akan membawa kami ke Hong Kong International Airport T2 dan di jangka tiba pada jam 1105..4 jam perjalanan ke sana..(separuh perjalanan jika di bandingkan masa untuk untuk ke tanah suci Mekkah yang mengambil masa 8 jam..)

2

Air-Asia-Now everyone can Fly..

2a

Time Check-in pukul 6 pagi..sesudah subuh..so memang waktu nak departure matahari baru nak keluar dan memancarkan sinar terangi alam..Subhanallah..Ciptaan tuhan untuk mereka yang mahu berfikir.

3

Pukul 7 lebih macam tu kapal terbang pun berlepas dari tanah air menuju ke Hong kong..Hong Kong,Here we come!!never been there..just wonder how does it feel when you've been in another country..(Tips:please be early at departure gate or else you'll missed the flight and have to get another ticket if you still want to fly..kalau anda banyak duit atau di taja kira ok lah kalau nak di tinggal flight berapa juta kali pun)


4

Kami yang di maksudkan di sini ialah Nikli ,Ziana, and Me ,myself and I..:)..Percutian Trio Bersaudara yang pasti menghiburkan..

4a

duk dalam flight kami memang pilih untuk duduk kat seat belakang skali..lagi pun masa pergi ni flight punya seat memang kosong banyak..tak taw la pulak kalau memang ramai yang duk tertinggal flight ni..tapi tu urusan depa lah kan..aku tak campur.

5

dah namanya bangun di pagi hari so memang kitorang tak sempat nak breakfast pun..tapi macam biasalah dalam flight ada makanan yang di jual..kitorang pakat pakat duk beli sampai 4 pack makanan kongsi 3 orang..apa yang kitorang order?

6

nasi goreng sampai dua jenis-nasi goreng vegeterian dan nasi goreng kampung..di sertakan sekali satay yang boleh tahan sedapnya..

7

ni nasik ayam..mmmm sedap la jugak..walaupun tak sesedap nasi ayam yang aku buat sendirik..hehe

8

yang ni pun ok..meatball spaghetti..kak non duk suka sangat hat nih..habih dia duk pulun makan..haha..

9

it's makan makan time..kitorang makan kongsi kongsi..plate tu berpusing pusing semua duk rasa sorang sikit..janji kenyang kan..

10

spaghetti ni boleh tahan la..masa ni baru suku perjalanan kot..ada lagi 3 jam wehh..apa korang nak buat..

11

lepas da makan kitorang duk bersembang sembang..duk bincang bincang pasal plan di Hong Kong nanti..Nikli pulak duk sibuk isi Health Declaration form..memang ketat skarang ni penguatkuasaan di Imigresen berikutan menularnya wabak H1N1 seluruh dunia sekarang..kami harus berhati hati..

12

dalam sejam lagi nak sampai depa duk pulun tidoq pulak..aku tak berapa bleh nak tidur..tak taw pasai apa..so duk snap snap la gambar awan dan gambaq depa ni duk tidoqq..boring jugak duk dalam flight ni lama lama..berkematu bontot seyyyy..

13

Tepat jam 1105 flight selamat mendarat di hong Kong International Airport..Alhamdulillah kami selamat mendarat..macam tak percaya akhirnya aku sampai jugak kat Hong Kong ni..percaya atau tidak?percayalah...

14

Welcome To Hong Kong..Masa masa nak masuk airpor terminal ada pak guard ngan Anjing duk kawal pintu masuk..cuak jugak tengok mulanya..tapi buat bodoh jer la lalu sebelah anjing hitam yang besar itu..mesti dia nak hidu kot kot ada yang duk seludup dadah kan..kami bukan pengedar dadah so takder apa yang perlu di risaukan..:)

14a

Dari airport terminal ni kami kena naik tren menuju ke airport express..tren nyer sama jer macam Malaysia punya..

15

masa kat airport terminal ni kitorang duk pulun ambik map dan guide yang ada mana yang patut untuk panduan dan pedoman sepanjang berada di bumi hong Kong ni..Nikli tu kalau bab bab Peta dunia ni memang la dia minat habis..kata best student Geografi back then in Penang Free School dulu..:)

16

Dalam tren ni pun aku duk tengok initerary untuk sepanjang minggu kami akan berada di Hong Kong..Thanks to Ziana yang gigih duk buat Initerary sampai subuh..memang lengkap la wa cakap lu..trimas!!bukan senang wooo nak come out with idea ni..melainkan yang pakar seperti beliau..salute!

17

Kemudian kami kena naik another airport express yang akan membawa kami ke MTR Central Station-Harganya untuk satu kepala 100 HKD tapi sebab kami beli group of Three so dapat la Diskaun 210 HKD untuk 3 orang..banyak jimat tuh..(FYI,nilai 1 RM = 2.16 HKD..means to say that mata wang kita lagi tinggi nilainya..)

18

me and Ziana at Hong Kong station

19

Ziana and Nikli

20

Tren dari Hong Kong station(Airport Express) membawa kami ke MTR Central Station..MTR ni memang pengangkutan utama bagi penduduk Hong Kong..semuanya bawah tanah..memang cekap dan efisyen..How i wish public transportation could be this efficient like this in Malaysia..

21

Dari MTR Central Station ni kami beli tiket ke North Point Station (Island Line)..memang besar gila diorang punya MTR Station ni..lenguh kaki nak berjalan dari satu poin ke poin yang lain..adat travel macam tu lah.

22

Yeah..we are now in Hong Kong..glad that we managed to be here,at last..

23

Setibanya di North Point maka meraban lah kami mencari pintu keluar..banyak sangat Exit yang ada sampai keliru kami di buatnya..dah la aku ngan Ziana boleh pulak tertinggal Tiket masa masuk kat pintu pelepasan tuh..(macam tak pernah naik tren la pulak..haha)..dengan bantuan Customer service centre masalah dapat di selesaikan dan kami berjaya menemui exit yang di cari.Trimas trimas!!


25

Sebetulnya kami harus Exit di Exit A kerana kami akan menuju ke South China Hotel..Sign Board yang lengkap memang memudah kan perjalan kami..actually before sampai Hong Kong lagi kitorang dah booking siap siap semua Hotel yang akan di diami sepanjang minggu ini(goholiday.com)..Bukan tanak duk kat Hostel tapi accomodation yang selesa dan sihat amatlah di perlukan untuk tidak menspoiled kan mood percutian.

26

Mula -mula keluar memang agak keliru tak taw nak pi kiri kaa kanan kaa..tapi lepas duk tanya orang tempatan baru kitorang nampak ke mana harus di tuju..tambahan pula South China Hotel ni macam glemer kat sini so senang la diorang nak kasi direction..

27

Agak sukar juga untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan yang macam tak faham bahasa Inggeris..bila sebut South China Hotel baru diorang faham..dari MTR North Point kami berjalan dalam 10 minit dan kemudian terjumpalah Hotel yang akan diduki selama dua hari ni.(masa jumpa Hotel ni dah dekat pukul 3 petang..)

28

South China Hotel

29

penat la jugak masa ni sebab duk bawak barang berat..lega rasanya bila dah sampai Hotel..rasa macam nak landing landing jer..lepas da setelkan urusan kat reception maka naik lah kami ke tingkat sepuluh-Bilik 1051 dan Bilik 1052..

30

Not Bad interior hotel ni..memang kami dah tempah dua bilik siap siap..untuk keselesaan dan kesejahteraan bersama..dah nampak katil ngan tilam ni apa lagi,terus landing sedar sedar semua terlelap sampai pukul 5.30 lebih..FYI,masa kat Hong Kong ni sama jer ngan waktu Malaysia..so senang la nak kira waktu solat(Kiblat??thanks Nikli sebab bawak kompas..)..Cuma yang kami risau sikit pasal makanan halal..yang lain lain di tanggung beres.

31

Lepas da solat dan makan serba sedikit bekalan makanan yang di bawa(baca:coklat,megi,kerepek,hot dog dari Malysia) baru lah kitorang bersiap siap untuk keluar-mengikut rancangan asal kitorang akan ke Victoria Peak for sight seeing..nak melihat Hong Kong dari atas puncak bukit.

32

Macam mana nak pergi ke sana??dari Noth Point Station ni kami amik tiket MTR ke Central Station..suka la tengok diorang punya MTR..bersih dan memang di jaga rapi..nak jumpa sampah seketul pun payah..

33

We in the Tren..

34

Trio Bersaudara

35

Dari Central Station kitorang just berjalan kaki menuju ke The Victoria Peak berpandukan peta dan guidance yang ada sepanjang jalan..plan nya nak naik bas tapi jalan kaki macam lagi best..boleh tengok sekitar bandaraya Hong Kong ni sama..dalam 15 minit jugak lah kitorang berjalan kaki sebelum sampai ke kawasan The Peak Tram.

36

Entrance The Peak Tram

37

Dah penat beralan ni kami santai santai di sini dulu..mau tak penat sebab duk kena naik bukit..berjalan kaki plak tuh..nasib baik ada sign board yang besar dan jelas di sediakan memudahkan perjalanan..Alhamdulillah tak sesat.

39

Sebelum nak masuk The Peak ni tetiba kami terjumpa Jackie Chan..ntah apa sakit dia duk senyum jer memanjang..aku duk tegur dia buat dekkk ajer..Dah namanya patung lilin kan.haha(FYI,madame Tussaude in Hong Kong ada kat The Peak ni..Fee masuk untuk dewasa 150 HKD untuk bebudak cuma 80 HKD)madam Tussaud penuh dengan famous selebriti seluruh dunia yang di buat dari wax n lilin.

40

Kami Bergambar kenangan bersama Jackie Chan..

38

Untuk sampai ke puncak The Peak ni,kami harus menaiki Tram yang di sediakan..Tram ni macam yang kat Bukit Bendera Penang tapi yang ni lagi cantik lah..Nothing comes for free so fee untuk naik Tram ni 99 HKD for 3..(33 HKD each.)

41

sebelum naik Tram

42

Jom naik Tram sama-sama..

43

Tram ni mencondong 45 degree ke atas..memang syok duk tengok semua bangunan kiri dan kanan macam terbalik..haha..

44

Ni diorang duk syok amik gambar bangunan bangunan yang kelihatan seperti condong dan macam nak terbalik..

45

ni lah mercu tanda The Peak..Standing at 552 metres above sea level, the Peak is the highest mountain on Hong Kong Island..tinggi tuh..532 meter dari paras laut..The Peak Tower ni memang menarik dari segi bentuk dan binaan nya..Dari atas menara ni korang boleh tengok keindahan Hong Kong Island..

46

Dalam Peak Tower ni ada banyak Kedai,Restoran dan tempat hiburan..kalau nak bershopping memang banyak la spot spot menarik.

46a

Replika Disneyland Hong Kong pun ada masa kitorang masuk..terus teruja nak pi Disneyland tapi sabarr..Save the best for da last ok..:)

47

Yang paling penting agenda kitorang mai The Peak (selain dari nak tengok Pemandangan Hong Kong dari atas)-Kitorang nak beli merchandise and souvenir di Hard rock Cafe Shop nih..

48

Pehhhhh punya lah rambang mata tak tau nak beli apa kat sini..sumer cantik dan lawa..t-shirt nya semua design menarik tertarik dan souvenir souvenir lain pun memang cantik..aku suka gelas kaca dan ada lah dua tiga helai t-shirt kat sini walaupun cuting baju macam tak kena ngan aku yang slim ni..:)

49

Kak Nona jangan cakap lah..kalau boleh satu kedai Hard Rock ni dia nak borong wat balik malaysia bukak cawangan nak jual kat Malaysia..nasib tak boleh jer kan..haha..tapi memang lah kitorang duk bershopping tak hengat kat sini..sampai kul 11 malam pun still kat sini lagi macam mana tuh?

50

Setelah semua kedai lain tutup baru lah kitorang siap membeli dan belah dari situ secepat mungkin..ingat kan tanak shopping lagi tapi dah jumpa kedai ni terus jadi gilakkk..haha

51

Semua duk rembat t-shirt sorang dua helai..(kak non berhelai-helai okeh..bukan dua..)Barangan lain yang di beli ialah gelas kaca Hard Rock..Very nice!!(Yang amik gambar kitorang bertiga masa nih orang yang jaga kedai..dia pun outsider datang dari mana aku pun dah tak ingat..)

52

Selesai sessi membeli belah kitorang duk berlegar legar di perkarangan Peak Tower ni menghayati keindahan alam semula jadi..sejukk...nasib baik la masing masing duk bawak jaket kalau tak terpaksa la aku kasi jaket aku kat Nikli sebab dia lebih memerlukan di antara kami bertiga nih..:)

53

Moreover, The Peak Tower boasts the highest 360° viewing platform, The Sky Terrace, that offers spectacular panoramic views of the vibrant city – from the stunning cityscape to the tranquility of greenery landscape.

54

Samnil sambil bergambar sambil kami makan coklat yang di bawak dari Malaysia..memang tu jer lah yang jadi makanan kami sepanjang malam nih..nasib baik dah melantak banyak dalam flight siang tadi kan..tak la kempunan sangat tak makan pun..

55

We are Brothers & Sisters..

56

Yang pasti pemandangan dari puncak Victoria ni sangat indah..dapat tengok keindahan Bandaraya Hong Kong yang maju ni..dengan lampu lampu nya yang stunning dan bertukar tukar kaler menyebabkan kami terpegun dan terpesona..

57

Subhanallah..itu sahaja yang mampu terkeluar dari Mulut kami..

58

2 Budak Hitam 1 Budak Cekelat

59

Jam pun dah menunjukkan 12 tengah Malam so kami pun nak beransur turun dari the Peak ni..nak turun pun kena pakai Tram..probably we took the last tram Down.

60

Lawa kan Tram dia..memang brand new jer nampak..

61

another spectacular view from the Tram..

62

Jom jom kita balik hari dah larut malam..kalau nak hang out sampai pagi pun takper kat puncak tuh tapi nanti takleh turun pulak sebab last Tram pukul 12 malam jer..so what to do jom kita turun..dah penat shopping dan berjalan..haha

63

Wajah keriangan..senyum sampai sepet..

64

We Love The Peak Tram!!

65

Dah alang alang nak balik so kitorang tak melepaskan peluang untuk bergambar di papan tanda The Peak Tram ni..dah macam apa dah orang awam duk tengok..sebab kitorang pakai Tripod..Thanks to Encik Tripod yang banyak sangat membantu kami mengambil gambar sepanjang Trip Hong Kong ini.

66

Mungkin kalau kami mai siang boleh explore banyak lagi keindahan alam kat atas The Peak tuh..tapi oleh kerana kekangan waktu dan restriction yang ada (becoz we want to stick with our initial plan) so kami rasa dah berbaloi pun datang The Peak ni..janji dapat tengok pemandangan yang Indah dari atas puncak Bukit ni pun kami dah berpuas Hati..(Tapi yang paling puas hati sebab dapat beli barang kat Hard Rock Shop Hong kong:)

67

Keindahan Malam di Hong Kong Island

68

Dari The Peak Tram ni kitorang just jalan kaki jer balik menuju ke MTR Central Station dan beli tiket ke North Point Station untuk pulang beradu dan merehatkan badan di South China Hotel..Hari pertama telah berlalu dan kami ternanti-nanti hari seterusnya untuk di lalui di Bumi Hong Kong ini..

Rumusan untuk Hari Pertama di Hong Kong:

''Sedikit keliru dengan petunjuk dan exit di MTR tetapi dengan berpandukan peta dan panduan yang ada kami berjaya menjumpai arah yang betul..sedikit penat tetapi tetap puas dengan hari pertama ini..The Peak offers you one of Hong Kong's stunning countryside..''

52 comments:

Tny said...

Bestnya korang!!!!
Klo di perantauan cm korang mmg lah syiok!!! Tapi klo cm saya nih.. huu..huuu..huu

Ehh gambar Hong Kong time malam.. yang byk lampu tu.. sangat cantek!!! =)

Ehh... takde maksalah ke nk carik makan kt sana?

@xiM said...

kami pi bercuti,tny plak kerja..takpaa nanti lama lama nanti biasalah hidup kat Larkin tuh..

memang Hong Kong time malam sangat superb!!diorang tak kedekut lampu..

makanan halal ada kami jumpa..nantikan entri seterusnya yaa...tungguuu..

:)

kojah said...

bestnyerrrrrrrrrr bro!!korg nie kwn2 ke apa??

cam nak join jerk =P

budleee said...

wah best2

mula2 si inah and geng pegi

now you and geng

pergh! best giler swine laa :p

@xiM said...

Kojah,

nak join??jom ajer...

kami lebih dari kawan..

we are family..:)

@xiM said...

BuDlee,

ehhh silap konsep tuh..

mula mula kitorang pergi dulu..sebab geng diorang kena tinggal flight..kan ramai peminat nak bergambar ngan diorang terus kena tinggal flight

lepas diorang beli tiket dengan harga yang agak mahal di sebelah petang nya baru lah mereka menyusul ikut kitorang ke Hong Kong..

itu kronologi yang sebenarnya..

:)

Wahidah said...

wah seronoknya berjalan.....smpai ke hong kong tu...tp bab saringan2 ne mmg perlu pun kan..sbb wabak H1N1 dh menular kan....

@xiM said...

Wahidah,

seronok yer..lenguh kaki pun yek..hehe

memang bab saringan ni sangat perlu..nak jaga jaga kan..harap Malaysia tak seserius negara di luar sana yang dah ada kematian akibat H1N1 ni..

LannY LennY LeannY said...

mana key chain HK untuk aku.....

Leez said...

axim...
bestnya tgk gambar2 tu..
especially bangunan yg berkilauan cahaya belah malam..amazing!

pergi bertiga aje ke?

@xiM said...

Lanny,

key chain takdaklah bro..fridge magnet ajor yang adoo..

@xiM said...

Leez,

memang best sangat tengok Hong Kong belah malam..spectacular!!bangunan nya berkilau cantik sangat..

haah..pergi bertiga aja..Trio Bersaudara..

:)

A.R.A.S.H. 910 said...

wow..bestnya!! great journey!! i wish too..huhu..

bleh capture byk view nih...

@xiM said...

ARASH 910,

memang best gilak!!

dan memang dapat amik gambar yang menarik sepanjang Trip nih..

:)

sepul said...

menarik... maybe plan for 2010. hehehe. awat tak bawak anis?

linn said...

ni yg rasa kena plan pi HK plak next year nih. iskkk!

@xiM said...

SEPUL,

woww plan untuk 2010 yek..chaiyok chaiyok..

anies akan pi Jun ni..mana bleh bawak dia kang aku kena gilis ngan treller Boy Fren dia kang..haha

just kiddin:)

@xiM said...

Linn,

sila sila..sila masukkan Hong Kong in ur list..

sure tak menyesal punya wa cakap lu..

:)

kuchairies said...

Huwaaaa cemburunya!!!! kih kih..

@xiM said...

Kuchairies,

cemburu takper..jangan cemburu buta sudah..hehe

:: p R i n c E s S _ N :: said...

wahhh....beshhnyerr HK....bjalan sakan....

:: p R i n c E s S _ N :: said...

xleyy nk kate ape....pics mmg cun..kelass ok...

@xiM said...

Princess N,

Hong Kong memang BEST!!len kali n sila pi ok..

:)

thanks for da compliment..:)

LannY LennY LeannY said...

mcm byk aje pakaian yang hampa bawak..besaq aja beg nikli tu...sama besar ngan tuan dia dah..he he

muadzlife said...

wah... bukan main byk beg kamu yer..mcm nak pindah pulak.. heheheh

bagus dah selamat pulang...

sgt jeles..lom sampai rezeki nak ke sana lagikk.. harus plan jugak nehhh...

nanti leh le bagik tips ek..

hehehheeee...

@xiM said...

Lanny,

actually nikli bawak satu beg merah tu jer..yang beg beroda tuh aku punya..haha..aku sorang jerbawak dua beg hat lain pakat bawak satu beg ajor..hari hari duk dengar diorang bebel sebab aku bawak baju banyak sangat..huhu

@xiM said...

Muadzlife,

tu lah..ingat nak pindah Hong Kong terus..haha..kerja kat sana apa agaknya rasa yek..hihi

Alhamdulillah da selamat kembali ke tanah air Malaysia tanah tumpah darah ku..

takyah jeles mak su,nanti maksu pi punya lah..kata kaki berjalan kan..hehe

selamat pi Hong Kong in advance!!

nak tips??boleh ajerr...tanya jer kakdik semua tips dia ada..

:)

MiSZuE said...

hai axim..panjang giler entry awak ni hahaha..
tadi da bace xsempat tggl komen..
bestlahh dapat g hongkong..
xpernahhh pg lagi...

pasni kemana lak eks.
^^___^^

Jelly said...

hurmmm hurmmm ????????????????

a.b geldofg said...

bila aku rasa nak gi hong kong
tapi tk mampu
akupun gi lepak kt PS

@xiM said...

MisZue,

panjang pun sebab banyak gambar..haha..thanks for dropping by..

pasni ke mana??tunggguu..:)

@xiM said...

Jelly,

hurrmm???

:-?

@xiM said...

a.b.geldofg,

lepak kat PS pun layan apa..haha

Anonymous said...

Axim ko pegi HK ni teket free masa hadiah b'day kat umah abg bear kan?
kira group tertingal flight tu ada contribute lah kat tiket hang? ngeee

- Mr William

@xiM said...

Anonymous,

haah,ni tiket hadiah diorang kasi bulan 9 tahun lepas..aku just bayar rm280 macam tu then balance diorang bayar as hadiah besday,harga asal tiket kalau tak silap rm680..

ada pihak nak menuntut balik ker??hehe..

kalau ada nak tuntut balik sila hubungi saya di talian 012-3456789,atau emelkan no.akaun anda dan bayaran akan di buat secepat mungkin.

sekian,macey!!

:)

Anonymous said...

hahahah tak tahu plak pasal pihak menuntut... cuma kalau aku jadi hang, mmg aku tak pegi ler, :)

Daripada pergi memperli, cakap tq jauh sekali *alamak terlebih sudeyyyy

Now i can see ur true colours :)

-Mr William

garb_ina said...

axim, memang best kan Hong Kong. aku pun dah gi. Mmg sgt BEST!!! tp napa ms korang naik train x guna kad octopus. sgt jimat tau. aku selama kat sn guna kad tue jer. kad tue bole refund. Suma train leh guna kad tue termsk le kat 7-11 depa. makanan halal pun x leh susah nak carik kan. Hhehhee... aku x leh lupa tgk pertunjukkan lampu kat avenue star depa. sgt le hebat. kagum le ngan HK. bila blk KL, aku dok compare train kita ngan train HK. hehehhee....alamak pjg laks kumen. sorry beb tp HK mmg best!!!! :P

@xiM said...

Anonymous,

sebab hang bukan aku lah yang aku pi jugak..kalau hang memang la tak pegi sebab tak mampu nak beli tiket kan..haha

cakap tq jauh sekali *alamak terlebih sudeyyyytak ingat la pulak kalu aku masih tak cakap TQ kat yang memberi tiket..rasanya ada kot dalam entri besday last year,coba lah hang pi cek tengok..

takut hang ni tak reti membaca wallahualam lah duk suruh orang baca kot..:)

sedutan dari http://azimashaary.blogspot.com/2008/09/its-been-week-since-i-had-my-wonderful.htmlU know what-diorang kasi hadiah berupa Trip Holiday ke satu destinasi yang akan aku kongsikan kemudian..tak bleh nak habaq kat sini..hehe...Terharu giler aku bila tengok Travel Itinerary Air Asia tuh...memang unsangkarable lah....mana nak cari beb orang kasi Pakej Holiday...YKWYA family jer yang ada...Thank you so much Guyss.....I LOVE ALL OF YOU!!!!(and i mean it...bukan cobaan nih...:)boleh baca tak?kalau tak boleh baca sila pi sekolah dulu..

:)

*try la pi Hong Kong bila hang dah mampu,best wa cakap lu!!

:)

@xiM said...

garb-ina,

hong kong sangat best kan..banyak landmark menarik kita boleh pi..

kad octopus tu tak rasa nak pakai masa tu,hehe..memang diskaun banyak ek kalau naik tren..tren diorang mantap kan..sistem transportation diorang tip top lah..jauh la kalau nak compare ngan kat sini..:)

symphony of lights tu memang sangat best!!kitorang naik cruise duk tengok lampu lampu yang chantek tuhhhh ...teruja gila!!

nanti akan ada update pasal yang tuh..tungguu..ni duk pulun nak siapkan entri ocean park dulu..

:)till later k..

Sofya said...

salam..

jauhnya jln2 makan angin..hiks

Sofya said...

salam..

jauhnya jln2 makan angin..hiks

Sofya said...

tu dia!!! smpi 2 kali kuar komen...hahahaha

Lily.Lulu said...

wallah .. damn nice
how i wish i was there
:)

RIZAL said...

bro axim da tembam. hahaha.. :P
g coti2 xajak pon.
nk ikot..

@xiM said...

Sofya,

jauh tak jauh sangat la auntie..hehe

@xiM said...

Lily,

i wish you were here too..:(

@xiM said...

RIZAL,

saya memang dah sangat tembam skarang:)

RIZAL said...

haha.. mner ader ilang komen tuh. ader jer..
xkn la lapo sngt kot.
komen pon nk mkn..
:P

xpe.. tembam comel.
nti kite g fitness program same2.
(da gmok gak)

Izan said...

wah... kitorang dua kali naik peak tp mmg nasib tak menyebelahi kami. kabus sungguh tebal. tak nampak apa. buang duit je la.. huhuhuhuhu

TheRedsOfMerseyside said...

Bro bley tanya ko amik pakej or main redah jer g sana ? Thanks

Kami.Geng.Meja.Bulat. said...

hye axim,
bole x sy nk tny2 skit pasal trip HK nie...planning nk ke HK nxt yr...bole bg email x?

TQ.

@xiM said...

salam.kalau nak tahu info pasal ni sket sket boleh la tolong.ni my emel

azimashaary@gmail.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails