Followers

Friday, November 26, 2010

KEADAAN TERKINI AYAHANDA DI HKL

ayah
Alhamdulilah.

Syukur sangat sangat atas Rahmat dan Kasih sayang Allah yang tiada Batasannya..

Kami sekeluarga telah melalui satu minggu yang sangat sukar..rentetan daripada peristiwa ayah jatuh sakit akibat pendarahan dalaman kesan daripada Ulcer usus..Dan lanjutan dari peristiwa tersebut semua darah dalam badan ayah telah di gantikan dengan darah lain..itu yang menyebabkan keadaan dia kritikal dan perlu di masukkan ke ICU untuk rawatan rapi.Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kami semua pada waktu itu,semua berserah pada Allah semata mata setelah berikhtiar..

Dipendekkan cerita,Dua hari lepas ayah sudah boleh keluar dari wad ICU dan dipindahkan ke Wad Biasa..menurut doktor ayah begitu cepat recovery nya..Alhamdulillah berkat doa keluarga dan rakan rakan semua..Terima kasih saya ucapkan pada semua yang tidak putus mendoakan kesejahteraan ayah saya dan terima kasih yang tidak terhingga pada semua rakan yang datang melawat..saya hargai sangat sangat..

Buat masa ni ayah dah boleh makan..dan aku baru sampai di Penang petang tadi,dan akan mula bekerja sehari di Hari jumaat..Malam esok aku ke HKL semula..Dah lama tinggal kerja ni rasa gerun pulak nak mengadap Opis..Buat lah apa yang terdaya..Insya Allah.

*sebelum balik penang tadi ayah nampak segar dan sihat..berbual bual dengan mak dan ahli keluarga semua..rasa gembira dan syukur sangat sangat..TERIMA KASIH ALLAH..

14 comments:

Unknown said...

syukur..syukur alhamdullilah..


nampaknya ayahanda masih on oksigen...
pasti bila di ward keadaan akan berubah kepada yang lebih bagus..paras oksigen pasti dikurangkan sedikit demi sedikit


kasihan bila waktu pagi seawal jam 4 pagi kena mandi (cuci badan), tukar pakaian dan doktor akan mengambil darah untuk ujian buah pinggang dan bacaan oksigen


semoga ayahanda tabah...dan sembuh seperti sediakala



PS: siapa yang temankan ayahanda di ward???

@xiM said...

tadi masa nak balik Nurse dah buang oksigen tu..ayah dah mampu bernafas sendiri..ni gambar dua hari lepas..dah banyak perkembangan positif.Alhamdulillah..

*mak yang temankan ayah di wad..adik beradik lain pun ada di KL tu..

Unknown said...

alhamdullilah..

pesan kat mak...sedekahkan alfatihah atas roh ayahanda tiap kali solat,,,semoga ayahanda sembuh segera,dah boleh keluar ward.

semoga mak, jaga makan walau kurang tidur...mak pasti akan mengalami kemerosotan berat badan..

jaga makan, kawal apa jua kehendak ayahanda untuk prestasi terbaik bacaan darahnya..


semoga terbaik....insyallah

sepul said...

kena tukar darah? it sounds very painful kan?
Tapi syukur ahamdulillah. Itulah kekuatan berdoa dan tawakal kita. Ayah hang pun bersemangat untuk lawan sakit tuh. Happy to see him now. Ptg ni balik ke KL semula kan?

NM02 said...

alhamdulillah... berkat doa kamu sebagai seorang anak dan ahli keluarga yang lain.

moga ayah kamu dilindungi olehNYA. amin

eqbalzack said...

alhamdulillah axim...

Zai Zamree said...

byk2kn bsabar & bdoa...
maaf...tlewat ambik tau...
moga ayah axim sihat hendaknya...

Noor said...

alhamdulillah....teruskan berdoa dan ikhtiar....

rasp said...

smoga ayah u cepat2 sembuh seperti sediakala...
u pun take care gak ya...

eLLy said...

ALHAMDULLILAH..

nieza5 said...

alhamdulillah..
i'll pray for your ayah..moga dia cepat sembuh!

Wahidah said...

alhamdulillah..ayah ajim makin pulih...syukur sgt....

ieda said...

salam..moga ayahanda kamu semakin pulih & sihat seperti sediakala..amin.

PUTUBAMBU said...

Ya Allah..! baru perasan entry ni..

semoga ayah axim cepat sedar..cepat sembuh dan cepat keluar hospital ye..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails