Followers

Tuesday, November 30, 2010

TRIP JAKARTA/BANDUNG DAY 2 - TOKO TIGA,PASAR BARU,KARTIKA SARI & NASI PADANG SEDERHANA CIKAMPEK

Salam penghujung November..

Sedar tak sedar dah masuk hari terakhir dalam bulan November ni..Bulan 11 bulan yang sangat mencabar bagi aku..rentetan peristiwa ayah kena masuk ICU dan macam macam lagi lah..boleh kira berapa hari jer aku bekerja so sangat banyak kerja pending dan tak siap..what to do,kena siapkan juga mana yang penting..kalau tak alamatnya boss bising lah nanti..

Keadaan ayah sekarang juga dah semakin baik..perkembangan positif dapat di rasai..nanti ada masa aku share ngan korang kronologi peristiwa macam mana ayah boleh masuk ICU since hari raya haji aidiladha yang lalu..buat masa ni aku nak story lagi pasal trip ke Jakarta/Bandung bulan lepas..sambungan..

1

Dari Rumah mode kami bergerak ke TOKO 3 pulak,sebuah butik yang terkenal dengan seluar jean original yang murah seperto Levis,Edwin dan sebagainya..butik ni sangat glemer..sapa yang datang bandung mesti duk menyinggah kat Toko 3 ni nak beli seluar jeans. 

2

Sebab apa nama nya Toko 3 tidak lah aku ketahui.. 

2A

Yang banyak di jual ialah seluar seluar yang attractives.. 

3

Harga sehelai seluar jean levis yang original sangat mahal..kat sini korang boleh dapat sehelai jean levis yang original dengan harga yang lagi murah 60 - 70 persen dari malaysia..so sangat lah berbaloi kalau beli..aku tak beli pun sebab tak berapa minat..:)  

4
Kedainya juga sangat besar..

5

 Nak potong seluar juga ada diseiakan perkhidmatan.tapi kena bayar asing..

6
ada jugak lah beli sehelai seluar ka sini..tak tahan beb tengok orang lain duk sakan borong seluar.tapi aku beli seluar kasual biasa bukan seluar jeans.boleh jugak bawak pi opis nanti..

7
sakan jugak depa ni shopping seluar..

8

macam biasa lah aksi sengal NN..

10
Nak di jadikan cerita pak din beli seluar then dia suh budak kat luar kedai tu jahit pendekkan seluar.skali budak tu tak reti nak buat pulak..jenuh duk berlari balik rumah panggil mak ngan ayah dia suh jahit..ish ish ish..habis masa kitorang kena tunggu..Geng ziana dah jalan dulu ke Pasar baru so kami stay sampai lah siap seluar pak din.Tapi macam kesian kat budak tuh.memang dia bersalah tapi at least sekurangnya perkara macam ni akan jadi pengajaran pada dia..

11
Sementara tunggu seluar siap jahit tuh aku melilau lah jugak hujung ke hujung tengok ok apa menarik kat sini.Takder apa pun just pasar dan kedai biasa saja..

12
Destinasi seterusnya - PASAR BARU TRADE CENTRE..Kat sini pasar yang banyak kain batik dan baju bajuan untuk di beli..kami sampai dah lambat sebenarnya sebab kandas di toko 3 tadi..so memang rush sangat masa sampai sini sebab pasar baru tutup awal.Pukul 8 malam dah bungkus..

13
susana di luar pasar baru..mangga itu nampak sedap!!

14
Masuk dalam pasar ni sekejap jer,terus diorang tengok beli kain batik..sempat kedai ni sebijik jer pun sebab kedai lain semua dah nak tutup..tambah pulak aku ngan Nikli keluar pi cari pengurup wang sebab duit rupiah dah habis..elok jer datang semula kat pasar baru ni semua kedai dah tutup.Takper lah takder rezeki namanya..

15
Sempat lah beli ais blended ni beberapa bekas sebab semua kedai dah tutup,haus masa ni sementara tunggu drebar datang layan minum air dulu..bila pak supir sampai,kami bergerak menuju ke KARTIKA SARI punya bangunan.

16
Di kartika sari kami beli Brownies dan ada lah jugak kerepek dan makanan ringan lain.Brownies kat sini sangat sedap..aku pernah makan dulu sebelum aku datang bandung ni ziana ada belikan..memang sedap..tapi kek kukus nya cepat sangat expired..makan ngan aiskrim memang lah layan habis.!!

16A
Brownies kukus macam ni harganya dalam 9 ringgit jer..

17
Selesai urusan di Kartika sari kami pun terus bergerak pulang ke Jakarta..tapi lapar..so minta pak supir berhenti di mana mana hentian nak makan nasi padang..so here we are at NASI PADANG CIKAMPEK..restoran nasi padang sederhana ni sangat glemer di sana.

18
Belum sempat semua duduk diorang dah hantar nasik ngan air teh o kosong..servis nya sangat cepat..memang kami pun kelaparan so terasa seperti di raikan..

19
Maka bersusun lah lauk pauk atas meja tu sampai kami rambang mata tak taw nak ambik lauk apa..boleh kata semua lauk lauknya sedap..

20
antara seleksi lauk yang ada..look so tempting!!

21
Mari makan makan!!

22
pilih bang jangan tak pilih..

23
Memang makan bertambah tambah masa ni..makan pulak ramai ramai so lagi lah bertambah kesedapannya..kalau ikut semua lauk aku nak try tapi biar lah berpada pada..esok masih ada..

24
Ni desert yang di sediakan.aku tak suka sangat.

25

Terima kasih pak din sebab belanja makan..semoga di murahkan rezeki amin.. 

26
Selesai makan terus la kami bergerak balik ke Jakarta..dalam perjalanan sempat lah jugak tertidur tidur then sampai dalam lebih kurang pukul 10 malam..penat takyah cerita lah..

27
28

Bergambar kenangan dengan Pak basri dan anaknya Kiki..barang memang banyak tak hengat sakan shopping kali ni..dah memang trip shopping menyopping so macam gini lah jadinya..janji puas hati kan..anyway,day trip ke Bandung ni sangat seronok!!dengan dua buah keluarga yang pergi macam macam hal terjadi..i really had a great night!thank you so much all!

to be continued..

*akan ada satu lagi entri pasal trip ni,last day in Jakarta.stay tune with AXIMUD.

6 comments:

eLLy said...

axim dah boleh buat part time tour guide .. agak2 bila akak boleh menggunakan perkhimatan anda?

NM02 said...

hahaha... betul tu elly. nnt kita nak p sane, soh azim jadi pak supir.. upss.. tour guide lah.. hehehe

azim..tingin nak p becuti ngan hang. sudikah??

rasp said...

memang tade rezki laaa u nak sopping kat pasar baru ya...
takpe jimat duit utk labur kat jakarta plak :D

mummysyafie said...

banyaknya diaorg shopping seluar..

kalau tak minat jeans..takpe. beli gak sebab ada yang minat..hihih :P

Luv said...

salam.. boleh x saudara bgkan contact number en supir tu..

tq

zana

tony transport bandung said...

Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan / Puan
Mutiara Bandung Transport Solution menyediakan Khidmat Transport Di Bandung & Jakarta. Pemandu berpengalaman, mesra, jujur, dan peramah
Free & Eazy Program Tour (semua tempat di bandung)

Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej)

Rate Kereta Taip Daily/14 hour from 8am yo 10 pm

Suzuki APV ( 7seat ) 130 RM

Toyota Avanza ( 6seat ) 130RM

Toyota Innova ( 7seat ) 160 RM

KIA Pregio ( 10seat ) 170 RM

Isuzu Elf ( 10-15 seat ) 215 RM

Isuzu Elf Long (16-19seat) 270 RM

Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.
Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
CALL / hubungi / sms / whatsapp / konsultasi percuma : +62 858 6137 8328
WhatsApp : +62 858 6137 8328
pin blackberry : 30D1 82F0
email:
tonybandung@smartfren.blackberry.com
or
tonytransportbandung@gmail.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails