Followers

Tuesday, December 28, 2010

EVERLY RESORT HOTEL,ADIKKU SAYANG & ASAM PEDAS MELAKA

Pagi-pagi bangun dan bersiap untuk menghadapi hari baru.

Kursus Lube Oil anjuran Petronas ni bertempat Di Everly Hotel..so aku ngan member aku sorang lagi yang datang kursus sama sama bersarapan pagi di Hotel emperor dulu sebelum memulakan perjalan ke Everly Resort hotel yang bertempat di Tanjung Kling..tak jauh sangat dari Town..

1
Hotel everly ni sangat lah besar..menarik pula tu..kalau tahu stay kat sini tapi semua bilik dah penuh.tanya reception bilik yang tinggal RM362 satu malam,pehhhh sangat mahal dan tak berbaloi kalau nak stay semata mata.kalau bawak family lain cerita.

2
Hotel ni macam apartment hotel pun ya..ada number owner apartment yang iklan kan satu malam RM100..with term and condition..maybe boleh stay satu malam 100 kalau stay seminggu or macam mana.lain kali boleh la try nasib kan..tepi pantai lagi..macam menarik.

3
kerjasama our company with Petronas

4
Course ni sangat lah bermanfaat bagi aku.sebab memang apply dalam kerja kat stesen..kursus ni pasal lube oil-pengenalan pasal lube oil and how they produce lube oil..dan yang paling penting pasal lab analysis testing.tu yang paling berkait rapat dengan my job.speaker dari Petronas dagangan pun best.ok lah.sempoi.

5
semua peserta yang hadir..nice to know all of you!!
6
Course habis dalam pukul 5.30 pm..dari tanjung Kling aku balik ke kawasan bandar semula..kebetulan adik da buat masa sekarang ni belajar di melaka so aku kol dia dan ajak dia keluar..dia stay di Bukit Katil,tapi OUM dekat dengan MaSJID aL-aZIM..Melilau jugak aku nak cari masjid tu sebab dia tunggu aku kat situ.Alhamdulillah jumpa dan lepas solat maghrib kami menuju ke Parkson Melaka Mall.

7
Hujung tahun ni Sale gila gila kan..up to 80 persen..wahhhh..memang bagus la kalau nak beli barang tapi masa ni just nak makan makan dan minum minum with my adik kesayangan..

8
teringin nak makan asam pedas melaka

9
Ini ialah Asam Pedas Ikan Pari..rasanya tak mengancam.kalau korang nak makan asam pedas jangan lah makan kat Foodcourt macam ni..rasanya macam masin dan maybe dah dipanaskan berulang ulang..tak dapat nak habiskan nasik pun..jangan tertipu dengan rupanya yang nampak sedap..

10
didatangkan dengan set sebegini..telur masin sedap.

11
Adik da & i..kinda miss her lah right now..

12
Duk minum dan bersembang dengan adik da pasal keluarga ,especially pasal ayah di kampung..ayah still ada di wad sekarang..dan keadaan ayah stabil,cuma kaki sangat sakit akibat arthritis dan tak boleh nak bergerak..Doktor buat Fisioterapi jer sekarang sebab Operation is not an option setelah mengambil kira faktor umur dan risiko yang akan timbul kalau operate..doakan lah ayah ya..semoga semakin sembuh..

13
Dalam pukul 8.45pm aku hantar adik da balik ke rumah sewa nya di Bukit Katil,dan aku balik ke Hotekl Emperor untuk mandi mandi solat dan sebagainya..actually dah janji ngan my fren untuk keluar makan malam ni so tak kisah lah since makan nasik ngan adik da tadi pun tak habis sebab tak sedap.heeheheeee..

14
Plan asal nak singgah makan di RAMLY ASAM PEDAS POKOK BESAR..sekali kedai tu tutup..kalau korang anak melaka tolong lah bagitau bila kedai tu bukak sebab member aku kata asal dia nak singgah mesti tutup..so waktu operasi tak tahu..yang happening nampak kedai ASAM PEDAS CLAYPOT bertentangan dengan Ramly asam pedas pokok besar tu..so menyinggah jer lah malas nak pikir panjang.

15
Hasilnya sama jugak macam yang aku makan di Foodcourt Parkson Melaka Mall tadi..tak sedap dan rasa masin seperti dah dipanas berulang ulang..makan nasi memang tak habis lah jawabnya..sedih..puas duk tanya Nazla kat mana kedai asam pedas sedap..

16
Lepak lepak lah minum kejap.kat restoran ni orang ramai nak mati.sangat ramai macam sedap sangat jer.tak tahu lah takut tekak aku ni tak reti nak nilai rasa asam pedas melaka..last last aku teringat asam pedas selera kampung dekat plaza mahkota area dataran pahlawan mahkota parade tu.so kami bergegas pi situ..kot kot la tak tutup lagi dan rezeki masih ada..

17
Parking dekat dataran pahlawan dan jalan jalan kat area sini..nak menuju ke asam pedas selera kampung yang aku pernah singgah bulan Jun yang lalu,datang dengan Kak Tie ngan Ziana..jauh jugak nak menapak tapi ku gagahi jua demi mencari sebuah asam pedas..

18
Tapi alangkah kuciwa rasa hati sebab masa kami sampai kedai ni baru jerrrr tutup..ish ish ish sangat takder rezeki..nak buat macam mana kan..so berjalan kaki lah kami patah balik ke kereta dengan lemah longlai sebab malam ni semua serba tak menjadi..bukan our night lah tonight..:(

19
Dari Dataran Pahlawan tu kami ronda ronda pusing pusing melaka..pukul 10.30 pm bandar melaka dah mula sunyi dan mati..takder sangat tempat nak melepak kecuali kedai mamak..kedai mamak tak nak singgah sebab kat Penang pun bersepah ada..last last nampak satu warung tepi jalan,Restoran Kenanga nama di beri so berenti makan kat situ dan menu yang tinggal hanyalah mee goreng.belasah jer lah..rasa biasa jer..Then terus balik ke Hotel untuk beradu..

Sekian berakhirlah satu lagi hari di Melaka dengan misi yang gagal-kempunan nak makan asam pedas..huhuhu

9 comments:

Faisal Admar said...

Asam pedas yang sedap makan dekat dengan Pusat Bandar tu. Aku lupa nama apa, ko boleh refer dekat blog aku:

http://faisaladmar.blogspot.com/2010/06/malacca-day-2.html

:)

Favorite aku asam pedas Melaka ni!

Elle Rasid said...

Yg biasa sy pergi kat jalan perigi hang li poh..asam pedas power nama kedainyer..skrg dah ada cwgn kat setiawangsa..kat sini kita boleh pilih sendiri ikan mana yg kita nak so boleh tgk ikan fresh ke tak..worth a try

ciK mOt ©™ said...

hurmm...dah lama tak p melaka sejak putus cinta ngan orang melaka dulu...sihhh....

kenduri kat guar perahu bulan 2 ni p ke tak...kalu p leh jumpa kat sana...
tolong amik gambar kami sefamili..hahaha...nak jugak tuuuu

Anonymous said...

en axim... hi, nama saya ayu.... asam pedas yang paling best setau saya di pasar borong batu berendam... Kat town selalunya saya dan kawan2 jarang makan sebab penuh tourist aje... Ade banyak gerai tapi pergi gerai yang tengah2 dan pastinya gerai tu yang paling penuh, selalu sampai pukul 3 pagi baru tutup... bila malam penuh dengan org, mat rempit jgn cakap la, memang ramai kat kedai tu walaupun pekerjanya semua lelaki, maknenye sedap lah kan. Orang melaka mesti rekemen yg kat situ... Tapi saya dah jarang pergi sejak pindah kerja di KL ni, bila balik kampung aje baru saya datang sane... good luck ye en axim dan jgn lupa pergi sane, must try.

catz said...

i've been staying at this resort in 2009 kot. nice place lah coz ngadap laut.sesuai utk family vacation.
but for me, this hotel is quite expensive.
if nak bawa family at reasonable price, try hotel mahkota, tapi tgh town (dekat asam pedas selera kg).
:)
tapi harga for apartment at mahkota mmg resonable and ok.
stay there last month one room apartment RM155.00 je.
:).

asam pedas melaka..some are too pedas and masin. had taste / sample few kedai.dia lain dgn asam pedas johor.
tapi utk tekak ku, yang ok is asam pedas selera kampung. last month catz ada ke sana. but this kedai, agak mahal. tapi sebab sedap, kira oklah.

Happy new year.

:)

Sofya said...

salam...

hmm..ke melaka lagik ek?..

Wahidah said...

hurm sian azim...mmg tk de rezeki..tp rsnya asam pedas yg selera kampung tu sedap gk..

as for me jrg mkn asam pedas kt luar..kalo nk yg btol2 kaw suh my nenek masak..mmg terbaek..:)

asam pedas power abg piee said...

boleh lihat asampedaspower.blogspot.com

asam pedas power abg piee said...

boleh lihat asampedaspower.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails