Followers

Thursday, December 30, 2010

WARUNG NASI UDUK vs NASI KANDAR BAWAH POKOK

Second Day of Course(28/12/10)

Hari kedua ni ada site visit..kitorang lawat melaka Blending Plant,tempat diorang campur lube oil ngan additives tambahan sebelum jual ke pasaran.interesting lah jugak because now i know what's inside our lubricant tu..and what's the function of all those additives.

1
Diorang punya Head paling besar Mr.Luca from Itali..friendly lah jugak diorang..lawat site dalam 3 jam macam tu,then dalam pukul 12.30 just buat sessi penggambaran sikit then terus bersurai..Makan tengahari diorang dah order kat WARUNG NASI UDUK sungai Udang..lupa nak bagitau kawasan perindustrian ni kat Tangga Batu.

2
Ingatkan dekat jer restoran ni sekali jauh ke dalam daaaa..Sungei Udang ni dah nak hala hala ke Masjid Tanah.lajak sikit lagi dah sampai port Dickson..Jauh benorrr jalan jalan cari makan..tapi depa belanja so ok lah.Kawasan ni pun kawasan baru aku tengok,kawasan penjara tapi penjaranya cantik gilos..

3
semua yang hadir untuk lunch..

4
Set Ayam Bakar Uduk..sampai sekarang aku still tak tahu Uduk tu apa maksud..anyone can help??set ayam bakar macam ni lebih kurang macam set ayam penyet jugak ada tempe tauhu sambal dan sebagainya..cuma nasi uduk ni dibungkus dalam daun pisang dulu untuk beri aroma wangi daun pisang tu kot..tapi susah aku nak makan.hahaha..ok jugak rasanya cuma takder kuah.

5
Ni macam Gado gado..yang ni aku tak boleh nak makan..rasa kuahnya semacam.entah tekak aku tak boleh nak terima sebab aku tengok member aku yang lain makan sedap jer..

6
tembikai pencuci mulut..

7
This is the time nak kenal orang dan get some new expeience pasal tempat kerja orang lain.so i just utilised time yang ada..after all,learning is a long life journey ya..it will never end..lepas dah siap makan so its time to say goodbye.

8
Dari warung Uduk ni semua bawak haluan masing masing..hope dapat jumpa lagi someday..Insya Allah..

9
On the way balik sempat beli belacan ngan cencaluk..saja nak bagi kat orang..dari Melaka kami pi KL dulu sebab member aku nak jumpa adik dia,then dapat berita anak sedara masuk Hospital Kajang..pi lawat kat Kajang dalam pukul 9 malam baru dapat keluar dari KL..jem sesangat tambah tambah time hujan..member aku drive aku duk pulun tidoq kat sebelah.lahabau kan aku.haha..berenti rehat kat gunung semanggol untuk solat then dalam pukul 12 am lebih lebih sikit sampai penang..dapat lah diskaun 10 persen..:)

10
Tapi kami tak terus balik.lajak ke Butterworth pulak sebab aku duk teringin nak makan nasi kandar Jamal bawah Pokok kat Jalan Telekom..lama dah dengar member member rekemen suh pi makan kat sini..apa yang specialnya aku tak ketahui..

11
Bila tengok orang beratur ramai macam ni aku impressed.impressed sebab masa ni hujan rintik rintik..mesti sedap ni kalau dah sampai tahap sebegini.member aku kata ni tak berapa ramai lagi,tunggu hujung minggu memang beratur panjang gila dan boleh sampai beratur dekat sejam baru dapat makan.tapi orang sanggup tunggu tu yang aku tabik spring toing toing toing tuh.

12
Apa yang ada kat sini-Nasi Kandar lah..standard nasi kandar lain tapi aku syak mesti kat sini lain dari yang lain sikit..dia ada dua pilihan nak nasi putih atau nasi minyak..so aku nak try nasi minyak tu..sama dengan kuah daging..

13
Actually yang lagi specialnya pinggan tin kat sini,tapi kebetulan masa kami nak dapat makanan pinggan tin tu dah habis so tukar dengan pinggan biasa..ish ish ish takder rezeki.tapi sama jer rasanya,tak mempengaruhi pun..ambik lauk daging hitam ngan Telur Ikan serta bendi..mari kita makan..

14
Masa makan aku faham lah kenapa ramai orang beratur..memang sedap dan nasi minyak nya tu lain dari yang lain..rasa macam ada santan pun ya.tapi tak boleh amal selalu lah.,sure berlemak tinggi.hahaa..sekali sekala boleh..yang best telur ikan dan kuah daging hitam tu.actually ada macam macam lagi lauk tapi tu aku reservekan untuk next trial.

15
orang ramai tak ramai sangat lah..

16
kalau kena formula mesti kedai makan boleh untung juta juta

17
And ini ialah result nak bagitau betapa sedapnya nasi kandar ni..memang beratur panjang pun berbaloi..tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas..cuba lah nasi kandar jamal mohamed betul betul kat Telekom Butterworth..senang jer nak cari..Overall aku suka..dan pasti aku datang lagi.hehee..Lately semangat makan aku menjadi jadi..nak reservekan perut untuk tahun baru baru nak stop makan berlebihan dan exercise regularly.(cehhh)

*Dari tempat makan ni terus balik rumah dan tidoqqq lah apa lagi.perut kenyang suka hati.mana badan tak naik menjadi jadi..:)

2 comments:

NizamA said...

gado-gado: oh..ada jugak makanan yg kamu x boleh makan eh..hehehee..

pyanz said...

memang sempoi nasi kandar pak jamal ni..
Jangan nanti pergi awal pula.. rasa2nya dia buka lewat.. jam 10 malam camtu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails