Followers

Thursday, December 16, 2010

ROJAK ASMA,PLAZA KOTARAYA,TIP TOP IKAN BAKAR & BAZAAR JB

Salam..

Aku kembali lagi berblogging..macam dah lama sangat tak berblog..sejak dah boleh online di hujung jari blog sekan dilupakan bilamana tumpuan asyik diberikan pada Facebook dan juga twiiter.rangkaian social network yang bisa membuat anda leka dan lalai..termasuklah aku..haha..memang syok duk layan sampai tak tahu waktu..

Tahun 2010 hampir sampai ke penghujung..sebelum tirai berlabuh aku nak habiskan cerita lama yang pending..yang tak sempat aku nak ceritakan di ruanagn ini..cerita zaman bulan 7 yang lalu waktu aku ke pasir Gudang atas urusan kerja..mari lah kita imbas kembali.

29 JULAI 2010

Petang aku dah habis urusan di pasir Gudang,Aida datang ambik aku di stesen Pasir Gudang..dia nak aku bermalam jer kat rumah parents dia tapi aku macam segan..so just minta dia bawak aku jalan jalan kat JB dan nak pekena Rojak Asma kat plaza larkin,which is makanan wajib yang akan di order kalau datang JB..

1
Asma Rojak ni terletak di Plaza Larkin..dah banyak kali jugak try makan tapi tak puas..kesedapannya terletak pada kuah kacangnya..bahan kat dalam tu ala ala pasembur penang jugak..

2
ini lah rupa rojak asma sebelum di siram kuah

3
me and aida..thanks to u tolong fetch..kalau aida takder memang aku dah balik ke penang terus naik bas..kebetulan dia pun kerja di Jb so apa lagi ambik kesempatan yang ada minta dia bawak aku jalan jalan di Jb..mai mai jemput makan semua..
5
lepas dah siap makan aida bawa aku ke rumah parents dia untuk refresher..sempat lah mandi solat dulu dan bersembang ngan mak ayah dia..siap makan nasik masa ni..ayah aida duk suh aku tambah nasik sampai aku pulak tak reti nak menolak..hantam saja lah labu..lauk simple tapi sangat enak!!tak snap la pulak gambar segan ngan ayah ngan mak dia..hahaha

5a
Lepas da siap makan kami keluar balik..aida dan kawan dia,wea yang aku pernah jumpa sekali masa diorang holiday kat penang..kami berjumpa di Plaza Kotaraya..saja nak tengok apa ada kat dalam..lebih kurang macam PKNS kompleks jugak..banyak kedai jual baju especially batik dan baju melayu.tapi masa kami sampai ni dah dekat pukul 10 malam..semua kedai macam dah nak tutup.

6
Ni lah Wea,kawan si aida..aku pernah jumpa jugak dia sekali..so friendly and ramah..lawak jugak..she's having a good sense of humor..asyik gelak jer lah kalau duk lepak ngan minah ni..

7
and Guess what?kami heading to tempat makan yang agak popular jugak di JB ni iaitu TIP TOP IKAN BAKAR..ramai yang buat review kata kedai ni sangat sedap..well,just wait and see..selagi tak try tak taw kan.

9
ais batu kacang

10
ais batu Cendol
11
lai chee kang

12
Untuk makan kami pesan Sotong kangkung..turns out this sotong kangkung rasa berangin macam mint dan kuahnya not so good..maybe because ada campuran yang ntah apa apa..whatever it is kami tak satisfy dengan meal ni.

13
siput sedut masak tiram pedas

14
killer menu kat sini aku rasa ROTI BUN ni lah..sangat lembut dan sangat sedap di makan begitu saja..cicah ngan masak tiram siput sedut tu..wallah!!memang sangat marveles dan kami tak cukup 5 bijik..terus order lagii 5 bijik..ish ish ish padahal kat rumah aida tadi dah melantak dulu..buruk peel..

15
see,i told you..it does look attractive right??

16
Dari restoran Tip Top,depa duk bawa aku jalan jalan kat Bazaar JB..alhamdulillah ramai orang membanjiri kawasan JB Bazaar..kat sini ala ala Uptown kat KL lah..banyak barang yang ada dijual.

17
just a normal view at the night market like this

18
bukan setakat baju,cenderamata dan aksesori jer yang ada,PETAI pun ada jual!!

19
round lebih lebih kurang..aku ada berkenan satu design t-shirt..tapi saiz tak kena..konon konon nak cari sweater tapi tak jumpa pulak..end up aku tak beli apa pun dari bazaar JB..but it a nice place untuk hang around malam malam..dari bazaar JB ni aku minta diorang hantar aku ke stesen bas larkin sebab tiket bas aku ke KL jam 1 pagi..segan lah nak bermalam di rumah aida walaupun mak ngan ayah dia duk jemput..so aku ke KL dan next time aku datang lagi ke JB..Insya Allah.

*sampai KL kak tie yang Fetch aku..then ada beberapa aktiviti yang aku buat akan aku story dalam entri seterusnya..tungggguuuuuu..

3 comments:

Wahidah said...

welcome back tuan tanah..dh bersarang dh blog mu ne azim..hehehe


petai pun ade...:P

Benedict Bernard said...

nak siput sedut!!!!

kaplabot said...

spesifik lokasi tip top ikan bakar tu kat mana ek?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails