Followers

Tuesday, July 26, 2011

ROADTRIP MIRI TO KK PART 1 : ROADTRIP FROM MIRI,SARAWAK TO KOTA KINABALU,SABAH BEGIN!!

Salam semua..

Nak cerita pasal trip ke Miri 21 May 2011 yang lalu.yer aku tahu ni citer basi tapi takper lah.mana cerita yang sempat aku kongsi aku share dengan korang..mana yang tak sempat tu tersimpan kemas dalam ingatan aku jer lah..moga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.


Flight ke Miri ni seawal jam 7 pagi..pukul 5am aku dah tunggu di LCCT


Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam lebih..dalam pukul 9 lebeh macam tu aku sampai Miri.


Sampai Miri Nikli mai ambik aku kebetulan dia memang kerja di Miri..ambik aku kat airport miri then terus ke Restoran Selera melayu tempat dia selalu lunch time lunch hour di Opis.memang aku kelaparan so layankan ajer.


Makan nasik campur.


Sempat bertemu azurah dan Hirdah.Nice to meet both of u!!


So cerita sebenarnya macam ni.aku dah rancang ngan Nikli nak buat roadtrip dari Miri nak ke Kota Kinabalu naik kereta.so akan masuk brunei keluar sarawak masuk brunei balik keluar sarawak then baru sampai Kota Kinabalu..such a long journey tapi i think this is gonna be interesting!


First dari Miri masuk ke brunei...


ada Tol pulak 3 dolar.mata wang brunei sama dengan matawang singapore.


Nikli dah ada map.map dia canggih.hanya dia jer mampu paham.tak perlu lah GPS bagai.aku pun paham paham macam tu jer lah.tapi he is a very good navigator.kalau korang berjalan dengan dia payah nak sesat.tapi kena tahan sikit lah sebab dia akan marah kalau korang duk tanya jalan dua tiga kali.


ehhhh ada lagi pesen sekolah kayu macam tu dalam Brunei..klasik!


ni di area Kuala Lurah


masuk Malaysia balik,Limbang,Sarawak.singgah Pekan limbang ambik gambar


Then dari Limbang nak masuk ke Brunei balik di Temburong..kena naik Feri di sungai Temburong.harga feri dalam 10 ringgi..tapi distance sangat lah dekat..kalau berenang gerenti boleh sampai.


Daerah Temburong,Brunei


ni di Border Brunei Sarawak,border Temburong dan lawas.


Dah masuk Malaysia balik,Lawas Sarawak..


Sebab nak kejar masa tak singgah makan pun.makan gajus yang Nikli Goreng


sempadan Imigresen Sarawak dan Sabah,Sindumin.


Dan Alhamdulillah akhirnya kami sampai di Negeri Sabah,Negeri di bawah Bayu..


Sampai di Area Sipitang,singgah makan di tepi laut.orang sarawak claim sipitang ni punya satay yang lazat.so kami menyinggah la untuk makan di sini..macam macam ada.kepak ayam pun ada.


Sesuai lah untuk makan makan minum minum di petang hari


Satay sipitang.not my faveret.entah.rasanya pelik..maybe ni cara satay orang sarawak.tapi aku just sekadar bleh telan.kalau haji samuri mai bukak satay kat sini mesti laku kot.hehehe


mai sabah pun duk cari keropok lekor.adoii laaa..kalau dah anak terengganu..


teringin nak makan nasik himpit..


Menyaksikan matahari terbenam di tepi pantai sipitang tu..kesimpulannya our journey hari ni : Miri, Swak -Sg Tujuh (CIQ Swak, Msia-Brunei)- Lamunin(BN)- Kuala Lurah (CIQ-BN)-Limbang (Msia) - Puni (post CIQ-BN masuk balik) - Temburong (post CIQ-BN keluar balik) kat temburung ni yg naik feri tuh, Sg Temburong kot -Lawas (S'wak)- Sindumin (Post CIQ border Swak-Sabah) -Sipitang(Sabah) -Beaufort-Papar-KK..phewww..what a long journey..For your info,the journey yang kami lalui ni ialah 450 KM.:)

*to be continued..

3 comments:

sepul said...

Hahahah Nikli. Dia akan marah kalau duk tanya jalan dua tiga kali. Hahahah yang ni lawak. weyy satay dia kecik.

Abg Bear said...

Ahh limbang... ada kenangan yg sangat manis di sana... I miss Limbang very much but abg takkan ke sana sorang sorang... boleh jadi gila

amilia said...

wah...singgah limbang ke...???? That is my place... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails