Followers

Saturday, July 9, 2011

TRIP PULAU PERHENTIAN PART 4 : LUNCH TIME,SANTAI PETANG & BBQ DINNER

Salam hari sabtu.

Mari kita sambung lagi cerita pasal Trip Pulau Perhentian Last week.kalau duk tangguh tangguh nanti aku rasa alamat tak siap lah entri aku pasal pulau perhentian..ni kira dah nak habis dah pasal perhentian Trip.ada satu lagi jer entri last.so moh kita layan kejap.ehh kat mana dah aku story??owhhhh lepas balik dari snorkeling di hari kedua..(klik link ni untuk refresh your memory)


Balik dari snorkeling memang penat tak hengat..perut pun dah kelaparan..lewat jugak kitorang balik untuk lunch..dekat pukul 3pm.maknanya kami berada di laut selama 5 jam lebih..yer lah dari pukul 9.30 sampai 2.30pm..yang penting enjoy..aku suka lah suasana Bayu dive lodge ni.kemas dan teratur..well maintained sangat.
.


Makan tengahari pun dah tersedia..aku tak tukar baju dan tak mandi apa pun..terus makan tengahari jer dulu.Baju pun dah kering kat badan.siap kitorang ajak mizi makan skali..memang makanan yang disediakan lebvih dari 8 orang boleh makan so apa salahnya kalau ajak dia makan sama sama.after all, he is very helpful to all of us.Thanks Mizi for your kindness!memang aku akan recommend dia lah kat sapa sapa yang nak ke Pulau perhentian.
.

Our main meal Tengahari ni : Sup Ayam
.

Kangkung goreng belacan.kali ni macam terlebih pedas..tapi still sedap
.


Paprik campur yang lazat.semuanya sedap lah senang citer
.


Sambil makan sambil sembang sembang lah ngan Mizi..dia citer lah susah senang dia kerja macam ni..dan memang dia duk buat kerja ni jer.dia stay di Pulau Perhentian Kecil..i think he still young kot sebab dengar khabar baru nak bertunang lepas raya nanti.Whatever it is good luck to u.semoga rezeki makin murah lepas ni,..yang penting ko buat kerja dengan ikhlas kan.terpulang pada customer untuk menilai.
.


Dah setel makan balik bilik lah untuk berehat..mandi dan solat..tapi sebelum tidor aku dah siap siap transfer gambar dari underwater camera sebab nak tengok hasil snorkeling tadi.teruja tengok gambar penyu ngan gambar shark..Bilik pulak selesa siap ada dua aircond lagik..pasang aircond,selubung badan ngan comforter terus hanyut..sedar sedar jam dah pukul 6 pm lebih..
.


Plan asal kitorang time petang macam ni nak berkayak..tapi since hari dah lewat,masa ni dah dekat nak pukul 7 habis cerota lah pasal nak berkayak.memang penat betul ni tertidor tak terjaga lansung..so what to do,petang petang macam ni just lepak kat tepi pantai lagi lah.as usual tempat lepak di B-First Cafe.
.


aku ngan azuan keluar lambat..keluar ke B-First cafe dah ada kak Nani,kak zahrah,kak zack,syazana ngan seripah duk lepak minum minum..minum Chocolate milkshake ngan order makan French fries..makan lite lite dulu.Kak leez pun keluar lambat..orang yang duk beria snorkeling tu yang paling letih.heheee.tak gitu kak leez.
.


Order Chocolate Milkshake ngan Jus mangga
.


sembang sembang kosong sampai hari nak masuk gelap..
.


As usual,kat sini memang tak dapat nak tengok matahari terbenam.i think lokasi kawasan sini memang tak dapat nak observe kot..bila dah masuk maghrib semua pakat pakat pi bersolat dulu..aku,azuan ngan kak leez ambil kesempatan yang ada sebelum waktu makan malam untuk pi tanya pasal nak ambik lesen diving..ada satu tempat tu kos untuk dapat lesen RM780.tapi 3 hari sahaja..mana nak sempat.sekadar nak dapat lesen boleh la..tapi knowledge about diving mesti tak banyak..780 tu cover skali dengan tempat tinggal,makan minum dan test untuk lepas exam sebelum dapat lesen.so takper dulu.ada lagi dua tempat nak survey..
.


Untuk malam last,pakej yang kami ambik ni ada BBQ Dinner..bukan kitorang lah yang bakar..kitorang makan sahaja.geng geng B-First cafe yang bakar..dalam pukul 8.30pm dinner is ready.so jom kita makan..
.


ada ayam bakar
..

ni paling marveles.Sotong bakar Yowwww!!
.


Hotdog yang di bakar jua.dah nama BBQ kan.
.


Ikan Bakar.ikan apa ni ekk.hilang ingatan kejap..besar besar ikannya..
.


Nasi Goreng Cina.sedap okeh..
.


Maka bila rezeki sudah tersedia depan mata bermulalah acara makan makan yang sungguh rancak..overall semua makanan adalah sedap.betul aku tak tipu..kalau tak sedap sure aku tak kan makan habis..kira berbaloi baloi lah dinner BBQ macam ni.ikan besar besar..sotong pun besar..rempah bakar ayam tu pun sedap..sampai kitorang tak larat nak habiskan.so bungkus lah balance yang tak habis.mana tahu tengah malam karang lapar lagik..Geng geng Pee Ai ni semua best.sporting!!:)
.

Habis makan apa lagi nak buat..berjalan jalan tepi pantai lah..jumpa pulak ngan ketam.ingat kan dah mati sekali bila aku sentuh terus angkat sepit nak serang..garang okeh.haha..basically untuk malam ni aku,azuan ngan kak leez duk mengumpul info untuk tanya kat mana best price untuk ambik lesen diving..semangat berkobar kober lepas dah puas bersnorkeling pagi tadik.Insya Allah kalau diizinkan Tuhan kami nak buat lesen diving tahun depan.

The Professional Association of Diving Instructors (PADI) is the world's largest recreational diving membership and diver training organization founded in 1966 by John Cronin and Ralph Erickson.[1] Cronin was originally a NAUI instructor who decided to form his own organisation with Erickson, and to break diver training down into different courses instead of the single universal course then prevalent.- Wikipedia


Untuk di Pulau perhentian we found out pakej kat Flora Bay diver ni is the best..harga dalam RM1400++ 5 hari 4 malam termasuk penginapan+ makan minum,tambah ngan test dan dapat lesen..instructor kat sini kata test tu budak 10 tahun pun boleh lepas.tapi diorang akan ajar intensively lah how to dive in a proper way in a small group.satu instructor dalam 4 orang jer.so boleh ajar betul betul..kalau korang ada tempat untuk ambil lesen ni lagi murah tolong lah bagitahu ok..aku just rasa harga tu macam berpatutan sebab 5 hari.so boleh belajar banyak mender dan tak rush..Insya Allah kalau ada rezeki tahun depan boleh ambik lesen ni.

*Malam tu aku,azuan dan kak leez sambung sembang sembang lagi di beranda Chalet..macam macam lah hal duk bersembang..korang memang steady..duk mengilai tengah malam pun takder hal punya.hehehe..sedar tak sedar jam menunjukkan pukul 2am++..kena tidor sebab esok dah nak balik,bas ke KL dari Kuala Besut pukul 9am..(to be continued..stay tune on the last episode of Pulau Perhentian Trip)

3 comments:

Leez M. Saaid said...

aikk...hang dah bedal berekor-ekor ikang tu pun masih tak kenal ke beb?? itu namanya ikang kembong...hehehe.

sepul said...

Hai mizi,
selamat menjadi penyelam yang berlesen

V said...

KAT MANA NAK MENONTON TV1 ,TV2,TVi,TV3,NTV7,8TV,TV9 alhijrahtv, ,Astro Ceria ,Astro Prima ,Astro Oasis , Box Office Movie YA OK KINI ANDA TAK PERLU RISAU ANDA BOLEH MENONTON SEMUA CHANNEL TERSEBUT FREE DI http://vecasts.blogspot.com/2011/10/malaysia-tv-online-watch-malaysia-tv.html
TERDAPAT JUGA LEBIH 207 BUAH SIARAN RADIO ONLINE BOLEH DI DENGARI SECARA LIVE DI SINI http://vecasts.blogspot.com/2011/11/listen-malaysia-radio-online-live-radio.html
jom terjahhhhhhhhhhhhh ,maklumat penting,ada ketikanya sesetengah saluran tidak beroperasi kerana masaalah server down atau pun offline,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails