Followers

Thursday, July 7, 2011

TRIP PULAU PERHENTIAN PART 3 : SNORKELING TIME!!!!!!

Mari kita sambung lagi kisah Trip Pulau Perhentian Hujung minggu lalu..

2 Julai 2011- Aku bangun seawal jam 6.30 pagi.selesai menunaikan solat subuh,terus aku keluar ke pantai,dalam misi untuk melihat matahari terbit..teringat dulu masa pergi Pulau Redang pukul 6 pagi dah standby nak tengok sunrise..dan hasilnya sangatlah amazing..Maha suci Tuhan pencipta sekelian alam..


Tapi sedikit hampa bilamana matahari terbit tak nampak kat sini..mungkin kedudukan pantainya yang tertutup dengan bukit di kawasan sekeliling..tak mengapalah,takder rezeki lah tu..so aku just jalan dari hujung ke hujung jer menikmati udara segar di pagi hari..aku jalan sorang sorang..yang lain lain mungkin masih duk atas katil.

 
cuaca elok pagi ni..mendung dan sejuk..angin pun kuat

Jeti yang telah roboh..usang dimamah usia.


Dalam pukul 8 pagi semua orang dah bersiap sedia untuk sarapan pagi sama sama..


Untuk makan pagi ada mee goreng dan nasi goreng disediakan...yang penting ada keropok keping yang sedap..Mee goreng dan nasi goreng nya pun sedap.kitorang makan tak berapa nak habis so minta polysterin nak tapau,boleh gak makan makan atas bot nanti lepas snorkeling..pagi ni kitorang akan pergi snorkeling jam 9.30am seperti yang telah dijanjikan.tapi Mizi datang awal,pukul 9 pagi dah sampai.so kitorang ajak dia sarapan pagi dulu sama sama.


Dah siap sarapan so apa lagi,semua get ready lah untuk bersnorkeling di pagi hari.kali ni kitorang memang bawak roti,baru ikan akan datang..petang semalam lupa daaa nak bawak roti so ikan nak dekat pun tak ingin.Mizi pun ada bawak roti..yang paling aku ingat kitorang ada roti expired,ingat nak kasi ikan makan sekali mizi kata tak boleh bagi ikan makan roti expired nanti ikan sakit.ok i think that's good..means to say dia ni memang particular dalam memelihara hidupan dalam laut..kalau semua orang berfikiran macam dia insya Allah khazanah dalam laut semua dapat bertahan lama.


Dan bermulalah aktiviti snorkeling kami.seperti yang dijangka,bila ada roti maka penuh lah ikan duk datang nak makan roti..aku lagi teruja lah nak tangkap gambar tengok ikan duk mai berkerumun banyak gilerr..air jernih lagi pagi ni.lagi syok lah aku nak tangkap gambar.


ni ikan apa namnya aku tak sure..


kat mana mana snorkeling pun ikan belang belang ni mesti banyak..nampak tak atas gambar ni Mizi duk tarik pelampung?kat pelampung tu ada kak Nani ngan kak Zubaidah duk berpaut,diorang ada fobia sikit bila masuk dalam air,takut lemas so tak berani nak float sendiri walaupun ada life jacket..takper.yang penting Mizi tabah tarik korang okeh.heheee..


seriously i'm so happy!!pegang roti kat tangan ikan datang memagut magut tangan aku..rasa geli pun ada.haha..macam fish spa.


Jernihnya air..(tengok gambar belakang tu.hehehee)


ok aku speechless ni so korang layan jer lah gambar kat bawah ok..


kak leez dengan ikan ikan nya...nasib kontek lens ada kan.hehee


menjeling ikan tu..


for some good reason i love this pic.nampak futuristik.haha


Tengah tengah duk layan ikan belang belang tu,mizi duk panggil aku,bagitau ada shark lalu..aku pun pergi lah cari kat mana shark ada sebab nak tangkap gambar..laju betul shark ni berenang tak sempat nak capture..tak lama lepas tu lalu lagi seekor,so aku dapat lah tangkap gambar dari jauh.tak besar mana shark tu.tapi ok lah boleh jumpa..


ikan ni pun cantik.besar dan kalerful..


apa agaknya mizi duk tunjuk tu..aku pun dah tak ingat.


best best best!!!teruja okehhh dapat tengok hidupan laut.



Point seterusnya kitorang ke tempat Penyu.penyu ni lah yang aku nak tengok sangat..ada lagi beberapa bot lain duk cari penyu jugak.and i think we are so lucky dapat jumpa sampai 3 ekor penyu..bukan senang wehh nak jumpa penyu kat sini,tambah tambah lagi penyu dilanda kepupusan sekarang..so i guess we are lucky enough sedab dapat tengok sendiri..


penyu betina..penyu betina lagi besar dari penyu jantan


this penyu is ready to take off..


ada satu gambar tu penyu nak makan obor obor..baru jer nak makan tetiba ada manusia muncul terus dia lari..ramai jugak mat salleh duk buat skin dive nak tengok penyu..kat kawasan penyu ni totally bawahnya pasir,takder coral ataupun hidupan lain..Alhamdulillah we manage to see this creature with our naked eyes..


Dari tempat penyu,kitorang bergerak ke kawasan Lighthouse..This area macam klimaks kat sini..Coralnya sangat lah cantik!!!the best lah from all of the best.kalerful sungguh bawah dasar laut..tapi sayangnya aku tak ambik gambar yang banyak sebab nak save bateri for shark point lepas ni..lain kali nak kena beli bateri spare..boleh la nak buat video skali..but seriusly,tempat ni memang jadi satu sebab kenapa aku nak datang lagi ke Pulau Perhentian lepas ni.tak puas mata memandang.


ni ikan tomatao apa ntah mizi bagitahu.aku dah tak ingat..


Another ikan Nemo di pulau perhentian.Nemo ni memang suka duk kat celah rumpai tu kan..rumah dia kot..


ada nemo kecik dan nemo besar.


and our last point for snorkeling di shark point.masa ni aku dah malas nak [pakai live jacket.saja nak try berenang sendiri..geng geng wanita semua dah tak larat nak turun dari bot,so aku azuan dan mizi jer lah gigih duk cari shark..karen kuat masa ni..arus beralun alun..masa duk tengah cari shark nampak orang duk diving kat bawah.patutlah shark tak berapa nak ada.menurut Mizi,shark akan lari kalau nampak bubble.


ke sana ke mari kitorang cari Shark.Gigih sangat Mizi duk buat bunyi botol nak tarik perhatian shark,tapi tak jumpa..ada jumpa dua ekor tapi tak sempat nak ambik gambar laju sangat.Then another seekeor azuan nampak tapi bila aku pergi nak ambik gambar shark dah lari.takder rezeki lagi..last last Mizi ternampak Ikan Pari bintik ni.tak dapat Shark Ikan Pari pun jadi lah kan..aku dah kepenatan..swimming di laut tak sam amacam swimming kat pool..arusnya kuat lain macam.memang letih gilerr..tapi berbaloi baloi.dah dekat 4 jam kitorang kat laut masa ni.
.


This is our last destination for today..singgah di Pantai Air Berani untuk relaks relaks dan makan bekalan apa yang ada..pantai ni sangat lah cantik..terpelihara sungguh..airnya jernih memukau.Allah ciptakan semua keindahan ni sebab mahu kita berfikir dan bersyukur atas nikmat yang Dia telah beri pada kita semua.


Di pantai air berani ni ada satu mata air,air dari batu..sejuk giler air tu..dan boleh di minum begitu saja..kitorang duk lepak mandi mandi air kat situ..tenang kjer rasa..macam macam lah diorang ni.siap nak mandi bunga lah apa lah.yang jadi mak moh pun ada.hehee.. 
.

lapar giler masa ni..waktu dah pukul 1 tengahari tu yang lapar giler.nasib baik ada bawak bekal nasi goreng balance tak habis sarapan pagi tadi.roti dan serunding pun ada so sebat lah dulu mana yang patut buat alas perut sebelum balik untuk makan tengahari sat lagi.


Kepada Mizi,Thanks sangat sangat sebab very helpful pada kitorang semua..bukan senang nak dapat instructor yang turun padang skali masa snorkeling.yang penting aku tahu ko ikhlas buat kerja ko.tu yang penting.moga makin di murahkan rezeki lepas ni okeh!dengar citer dia dah nak bertunang lepas raya.siap jemput kitorang datang kat FB dia.hehee..Tahniah Mizi!


This is our last session of snorkeling.and frankly speaking,aku sangat puas hati.and this is da most beautiful experience aku pernah ada sepanjang bersnorkeling.kalau nak compare snorkeling kat tempat lain,Perhentian nombor satu lah sekarang.lepas ni kena pergi Sipadan dan Mabul pulak sebab kak leez kata kat sana lagi lah cantik dari this island.Insya Allah ada rejeki aku akan ke sana pula..Bumi Allah ini luas,sama sama lah kita hayati keindahan yang ada di dalamnya..Dari pantai air berani kitorang terus bergerak pulang ke chalet untuk menikmati makan tengahari.. 
.
*to be continued.

19 comments:

NM02 said...

ai love snokel

norh said...

pakej ni, kita sendiri ke yg decide nak snorkeling kat mana?

Watie Rose said...

kalau tak pandai berenang boleh snorkelling tak ?

Leez M. Saaid said...

cheq baca hang punya story...terasa mcm cheq yg tengah bersnorkeling.
Tapikan....bukan ke cheq pun ada kat situ...hahahaha.

Beshh...beshhh.....teringat2 saat bergurau senda dgn miji...ahaksss. Alaaaa...miji dah nak bertunang....huhuhu.

@xiM said...

NM02,

nak dive pulak lepas ni!!

@xiM said...

NORH,

pakej ni instructor tu yang bawak..just bagitahu nak tengok apa..tapi better suh diorang decide sebab diorang lebih arif..

@xiM said...

WATIE ROSE,

Boleh sebab ada life jacket..dun worry..:)

PUTUBAMBU said...

subhanallah..!

cantiknya gambor2 ikan tu..
cantiknya gambor penyu tu..
cantiknya gambor coral tu..

cantik2 le gambor axim snap..! geram tgk..

@xiM said...

KAK LEEZ,

amboii duk menggatal lagik dengan miji..dia dah ada yang empunya lar..ambik mama kat Bayu dive lodge tu lah..maw?heheeee

@xiM said...

PUTUBAMBU,

thanks akak sebab suka ngan gambor gambor tu..saya sendiri pun kagum dengan keindahan dasar laut di Pulau Perhentian ni..Subhanallah!!

Faisal Admar said...

bro, whatsapp aku camera dalam air ko guna.

very nice!

next year aku dah book mabul. so memang nak beli kamera dalam air macam ni :)

great pics!

eKa said...

terbaik !!! axim pakai kamera apa...saya nya kamera pun betri kong gak...pastu boat man tu ckp.pas snap 1 pic, off...jgn lama2.dlm air mmg kuat sket betri pakai agaknya... start kat penyu dgn shark.betri dah nyawa2 ikan..sedih giler...terpaksa limit kan pic... axim gi pakej pulau rawa ke...rasanya kat kws teluk dlm ni mmg takde sun rise dgn sunset la...saya pun tak jumpa ritu

cek chun said...

terlior aku nengok pic ikan2 nih.
nak ggggggggggggggggg!!!!!!

wa said...

mmg best snorkeling kat pulau perhentian ni..dulu masa wa snorkeling..tetiba je hanyut dibawa arus..tak sedar sbb tgh syok sgat masa tu... heh..heh..wat malu je...

lawa la gambar axim nih... :)

@xiM said...

FAISAL ADMAR,

aku pakai OLYMPUS TOUGH STYLUS 3000..tapi yang aku pakai just 3 meter waterproof.beli yang 10M lah baru best skit..

@xiM said...

EKA,

memang kat sini takder sunrise dan sunset..takper..sebab dah tengok sinset ngan sunrise kat pulau redang..

saya pakai kamera OLYMPUS TOUGH STYLUS 3000..bateri memang tak tahan lama..next time nak pi snorkeling nak beli bateri spare..

@xiM said...

CEK CHUN,

apa lagi kalau dah terliur..jom bersnorkeling!!

@xiM said...

WA,

thanks wa!keep coming back for more ya.:)

Sizzling Suzai said...

gambar gilerrr detailed n interesting especially yg dlm laut punye..tahnks 4 sharing coz im planning with dear friends right o this moment....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails