Followers

Wednesday, July 25, 2012

IFTAR DAN MOREH : MEE TOMYAM VS KEROPOK LEKOR

Assalamualaikum.Apa khabar semua?

Masuk hari ni kita dah berpuasa  5 hari..so far so good. Pagi tadi bangun sahur pun makan kurma dan air kosong jer..Kerja kat opis pun macam biasa lah. dah namanya kerja kan. Oh ya, di Bulan Ramadhan ni waktu kerja berubah. dapat balik awal jam 4.45pm. Waktu rehat disingkatkan dari 1-2pm jadi 1-1.30pm. Ok lah tu. memberi peluang pada para isteri memasak untuk suami. kalau yang bujang macam aku ni boleh lah pi bazaar ramadhan cari makanan.


Semua pakat pakat balik on time. jam 4.45 pm semua dah beratur kat tempat punch card. aku pun ikut sama lah nak balik awal. takut nanti jammed pulak kat jambatan  Pulau Pinang. agak jammed jugak arini. maybe sebab semua orang dapat balik awal.


Untuk hari ni, aku tak ke Bazaar Ramadhan. Malas nak pergi sana. takut terbeli lebih makanan maklumlah nafsu makan tengah memuncak.. so aku decide untuk memasak sendiri since dalam peti di rumah banyak bahan masak duk ada. Buat keluar barang tengok ada sotong mee kuning sayuran : idea nak buat mee tomyam datang!


Nak buat mee Tomyam bukan susah pun. ada pes tomyam dalam peti, so rebus air campak sotong letak pes masuk mee masuk sayur siap!! banyak pulak aku masak ni. boleh makan 4-5 orang..takpe lah kalau lebih nanti boleh buat sahur esok.


MEE TOMYAM SOTONG AXIMUD SIAP!!


Teringin nak minum jus lobak . so ambik lobak blender ssendiri lah. lupa nak bagitau aku dah ada blender yer sekarang setelah 5 tahun duk kat Penang. hehe..senang sikit nak buat jus buah ada mender alah blender ni. Time berbuka puasa jam 7.38 pm di Penang..Bismillah..selesai berbuka solat maghrib then siap siap untuk ke Balai islam. Sepanjang Ramadhan ni memang akan ada tazkirah selepas taraweh. kat sini kami buat solat taraweh 8 rakaat sahaja. + witir 3 rakaat.


Tazkirah 5 Ramadhan 1433H : 

4 ciri yang perlu ada pada diri seorang muslim : 1)iman-beriman kepada Allah dan rasul tanpa membangkang hukum agama yang telah ditetapkan 2)ilmu-sesiapa yang berkehendakkan dunia dan akhirat semuanya perlu mempunyai ilmu..kejar akhirat insya Allah dunia ikur sekali.3)amal-ilmu tanpa amal ibarat pokok tidak berbuah 4)ikhlas - berbuat amal kebaikan semata-mata kerana Allah, semata-mata untuk mendapartkan redha Allah.


Selesai Taraweh balik rumah Goreng keropok lekor pulak..Keropok lekor dari Ganu lah. kan aku baru balik kampung hujung minggu baru ni..Bulan Ramadhan ni kena perbanyakkan lah amal ibadah sebab Ganjarannya besar Allah janjikan pada kita..
 
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرغب في قيام رمضان من غير أن يأمرهم بعزيمة ثم يقول : من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه. رواه البخاري ومسلم وأبو داود والترمذي والنسائي.
Terjemahan;
Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”.
(HR al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

1 comment:

Izwa Kamaruddin said...

Ya Allah..kopok lekor!!nak jugakkk....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails