Followers

Wednesday, July 4, 2012

RESTORAN IKAN BAKAR @ TEPI PANTAI DI PAKA

Seronoknya dapat bekerja di kampung halaman.

Pagi tadi sempat berlari keliling kampung..Then selesai berlari sarapan sama sama ngan keluarga..Mak buat spaghetti Goreng..abang shuk baru balik dari platform laut semalam..so pagi ni Abang jalee, kak Ina, Kak Ija dan abang shuk serta ami dan faiz ada sekali..selesai sarapan pagi baru aku bergegas ke stesen janaelektrik sultan ismail Paka untuk urusan rasmi..Audit masih belum selesai..esok hari last.

Time minum pagi mok wook sms ajak makan tengahari sama sama..Mok wook kerja di Petronas,so dekat sangat dah kalau nak lunch sama sama. aku kalau bab makan di area Paka memang tak tahu sangat..padahal tempat sendiri ni.haha..so janji date ngan Mok wook pada jam 12.45 berjumpa di ESSO Paka.


Nampak ESSO, Masuk ikut lorong jalan siakap..kemudian sampai junction ambik simpang kanan..singgah di kedai nombor dua, di belah kiri..nama Restoran aku tak ingat..Tapi kedainya kaler oren macam gambar kat bawah ni.


Boleh tahan ramai lah orang yang datang makan..Mok wook dah datang awal lagi dari aku..sebab dia kata kalau lambat takut tempat tak ada..kat sini kedai ikan bakar.Konsepnya kena order baru diorang bakar. so memang still panas panas dan fresh..


Ada Sup tulang juga..Mok wook dah ambik dua mangkuk siap siap..aku tak berapa minat sangat tapi boleh lah kalau nak makan..sekali sekala kan..sedap jugak supnya.


Yang paling tak tahan bila tengok budu. Meleleh air liur!!


Sambal tempoyak dan sambal belacan


Ulaman


Sotong Bakar Kosong


Ikan pari Bakar


Ikan Cencaru Bakar


Gulp.Makan dua orang penuh meja...


Sotong telur penuh!!!


Alhamdulillah!!semuanya dapat di habiskan dengan tenang..hehe..makan dalam keadaan perut lapar semuanya adalah berbaloi ya..dari segi rasanya memang sedap dan aku suka sos ikan bakar tu..sotong pulak sedap bakar kosong dan ratah..terasa manisnya..kat sini sekarang musim sotong still ada lagik..Overall i like this restaurant..kedainya tak lah cantik mana tapi makanannya adalah superb!siap bertambah nasik lagi.hehee


Restoran ni tepi pantai 


Terima kasih daun keladi mok wook sebab bawak makan kat kedai yang sedap!dan sebab belanja makan tengahari kali ni..nanti next time turn saya pulak belanja mok wook ya..This restaurant actually remind me of Ikan Bakar jalan bellamy, Kuala Lumpur.


Habis lunch terus balik ke stesen tempat kerja semula. By right semua dah siap dah.tinggal nak buat report je lagi..esok closing meeting then Jumaat boleh la rehat..Yang best semua auditor sempoi sempoi..tu yang buat kerja lagi fun.

Nak sambung buat report.

Ok nanti aku story lagi ya.

Bai.

5 comments:

chazully said...

kalau tengah lapar memang semua nampak sedap...Anyway makanan kat sini memang nampak sedap dan lazat. Tempat buruk tak per...janji makanan yang dihidangkan superb...dan berbaloi

CikNi Ahnie (KakNi) said...

Alamak, sayang nyer pulok tak de nama restoran tu... hmm.... nampak sedap sangat ikan bakar tu... teringin lah pulak

DrSam said...

Assalamualaikum Axim. Terimakasih berkongsi 'secret location' di Paka. Rasa macam pernah singgah kat Esso tu :}

Papa-NtiQ said...

waduhhh...tak tahan beb...terliur nih kat opis nengok!

Abah Mui'zz said...

xim, nanti kalau singgah sini lagi, kena order ikan barat bakar. perghhhh.

Abah tiap kali balik Paka akan dtg sini. :-)

Slmt berpuasa!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails