Followers

Wednesday, October 7, 2009

WELCOME TO PENANG HILL!!

Selesai menghadiri majlis akad nikah famoque tempoh hari,aku dah tak taw nak bawak Sam dan Angah pi jalan-jalan kat mana..nak pi Batu Feringghi depa kata dah pi aritu,nak ajak pi shopping mall depa kata kat KL berlambak lambak shopping Mall..sudahnya kitorang menuju ke BUKIT BENDERA/PENANG HILL..

1

which is for da very first time since aku duk kat Penang ni aku datang..Bukan tak pernah mai,dulu ngan family ada jugak mai sini tapi sejak kerja kat penang,ni lah kali pertama datang.Tu pun sebab Sam dan Angah datang.Kalau tak diorang datang memang lah aku tak datang sendirik..haha

2

so here we are,at PENANG HILL

3

Mereka berdua first timer..

4

Sampai kat pintu masuk dah tengok banyak Burung Merpati yang jinak-jinak duk cari makanan atas floor..terus feeling feeling macam kat obersea nih..tapi memang jinak sangat..patut lah ada pepatah menyebut jinak-jinak si burung merpati..

5

ni mesti tourist kan duk ambik gambar..

6

Seronok tengok telatah budak nih..dia duk hambat burung burung yang sedang makan tuh..tapi yang best nya burung burung tu ta bertempuaran lari pun..lagi lah galak budak tu duk ligan..

7

Tanpa melengahkan masa kitorang terus ke kaunter tiket..mestilah nak beli tiket takkan nak beli meatball bolognaise pulak..Tiket dua hala untuk dewasa berharga RM4 ringgit sahaja..kalau anda rasa anda kanak kanak di bawah umur 3 tahun,maka tiada bayaran akan di kenakan.

8

tiket pukul 5.30 petang..

9

Masa ni baru pukul 5 petang..tapi tiket yang available pada jam 5.30 petang so kena lah tunggu barang setengah jam lagi.sementara tunggu tu yang kitorang duk ronda kawasan entrance ni,duk seronok tengok bebudak main ngan burung merpati kat sini..

10

welcome to PENANG HILL..

11

Happy Husband & Wife..

12

single but not ready to mingle..:-p

13

muka tak tahan panas..haha

14

Ruang transit menunggu punya lah ramai orang..memang kena berasak-asak jugak lah nak naik tren ni..ada ruang for improvement lagi lah rasanya untuk tren ni jadi lagi elok..sebab bila orang dah ramai sangat semua duk pulun sumbat masuk,jadi tak selesa kat dalam tuh..but what to do..semua pun nak naik cepat dan turun cepat.Redha ajer lah.

15

mari mendaki bersamaku..

16

as the train goes higher..

17

the view from the top become more rigid

18

a part of Penang Town from the Top

19

train berselisih..naik dan turun

20

transit di Middle station,tukar tren lain

21

do Both of you enjoy dat??

22

Bila sampai ke puncak tertinggi,lebih kurang 705 meter dari paras laut(if i'm not mistaken,correct me if i'm wrong..) suhu mula turun dan cuaca mula menjadi sejuk..lagi sejuk dari Genting Highland aku rasa..tapi puncak Gunung Mat Cincang(Langkawi cable car) lagi sejuk rasanya..

23

Dari atas ni memang nampak semua kawasan di Penang ni..nampak Georgetown..nampak jambatan Pulau Pinang yang cinonet..sometimes it was so good to be in this position,to be grateful with all of HIS creatures,while it's give u some space to think..Subhanallah..

24

Masa ni terlupa pulak nak bawak bateri spare kamera,tertinggal bateri my DSLR dalam kereta so this is the last frame for today..huhu..tak sempat nak ambik gambar gambar lain..what to do,so pakai apa yang ada jer lah..Sam pun ada bakak Handycam JVC,which is boleh jugak nak ambil gambar..so gambar gambar seterusnya semua dari dia nyer Handycam..:)..ni lah yang orang kata tak ada Rotan akar pun berguna juga..

25

pose apa apa ntah..

26

Cuaca nya sangat nyaman..

27

apa yang sam cuba buat tuh??hihihi

28

Peace peace peace..!!

29

Jalan Tuanku Yahya Petra

31

aik??model tiang ker nih??

32

enjoy to be here!!

33

Sam dah mula dah keluar aksi lompat tu..

34

ko ingat ko jer boleh lompat..aku pun berkemampuan okeh

35

Sam yang tanak kalah..hahahah

36

badan berat lompat pun tak tinggi..kehkehkeh

37

Dalam duk lompat melompat tuh kami ternampak la pulak ada orang duk jual Corn In Cup..terus la mengorder barang secawan dua,saja gatal nak mengunyah jugak..tak senang duduk la aku kalau tak mengunyah dalam satu hari..nasib baik harganya tak la mahal sangat macam kat genting..RM2,50 kira ok lah kan.

38

lai lai lai..mai makan jagung.

39

mak aku pesan tak baik makan berdiri tapi masa ni tak jumpa tempat duduk la pulak..terus makan sambil berdiri jer..amaran untuk anak anak yek,jangan tiru perangai sebegini..kalau nak makan sila duduk..lebih bersopan santun dan beradat ketimuran.

40

Jom jom kita teruskan perjalanan..

41

kat atas ni siap ada balai polis siap ada pejabat pos siap ada rumah orang lagik..memang ada laluan kereta pun untuk ke puncak tapi aku tak taw lah securam mana jalannya..mesti jalan yang macam nak ke Cameroon Highland kot..Tengah nak menikmati panorama tetiba hujan turun dengan sangat lebat sekali..berlari lari lah semua insan yang ada kat situ nak cari tempat berteduh..yang penting kami basah bersama..haha..Hujan lebat menyebabkan kitorang terus beratur kat ruang menunggu untuk turun..gelap gelita dah walaupun baru pukul 6 lebih..Oh ya lupa nak bagitau masa tren untuk turun available setiap 15 minit sampai jam 11 malam..in case korang nak datang sini nanti..:)

42

After dah turun terus kitorang gerak balik menuju ke Seberang,sempat singgah di Giant untuk beli barang nak wat masak UNGKEP(aku dah ada publish gambar dalam entri neh)..sedap maa ungkep tuh..Thanks Angah kasi resepi!!nanti aku nak try buat pulak k..(yang lawak masa angah duk sibuk memasak kat dapur aku ngan Sam duk buat Kardio depan TV..kahkahkah..sempat lagi kan..)..Len kali datang lah Penang lagi,banyak tempat menarik yang lain belum korang jejaki..Jangan Lupa yang PENANG ada segalanya..:)

Salam ketemu lagi yaa!!Adios,Amigos,Beramboss..

*Lucu pula bila teringatkan seorang kawan-dia ingin berubah dan membataskan pergaulan nya dengan kawan lelaki,tetapi boleh pula berkepit 24-7 dengan boipren nya,siap duk berdua-duaan satu rumah..kalau dah kahwin itu lain cerita lah kan..entah FATWA mana dia pakai aku pun tak tahu..so FUNNY lor!!Dunia sekarang macam-macam ada kan..hahaha.kita ketawakan aja lah.

10 comments:

chen said...

tak ambik gambar ngan ular sawa ka?
:-)

@xiM said...

tak amik la doc..cuaca pun tak elok masa neh..sempat duk tengok tengok sekejap jaa pastu terlari lari nak cari tempat berteduh sebab hujan lebat sangat..:)

Anonymous said...

cheq orang penang.tanjong tokong mai!

@xiM said...

ANON,

Salam kenal orang tanjung tokong!!

Wahidah said...

last year time pi penang..tk naik pun kabel car..p bukit bendera kt bwh jer..huhuhu..lgpun dh pernah naik kabel car ngan family dl..sort of gayat gk la..huhuhu

edizulam said...

adoi jeles siot.. ako slalu dtg penang tapi naz tak penah bwk ako nek

m.q said...

punn xpenah naik bukit bendera
(^_^)

Faisal Admar said...

dekat situ ada taman burung, tak pi ka? rugi tau... sebab boleh ambik pic banyak2...

lg satu ada padang kat atas tu pun boleh snap pic kaw2... ada kawasan taman bunga pun cun...

kat situ ada restoran english kan? aku dengar makanan not bad :D

Unknown said...

hehe..ha btol la ketinggian bkt bendera tu..706m.really enjoyed our vacation :) hehe..dlm tren tu aku "just enjoy d ride" bab kate ko tu..hehe..

Izan said...

hang ni rajin tol melancong. bila plak nak smpi sini ni?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails