Followers

Monday, July 18, 2011

FOOD REVIEW : ICE ROOM RESTAURANT @ NILAI

Melalui satu hujung minggu yang padat dengan aktiviti.

Hujung minggu lalu 16 & 17 Julai aku ada course kepimpinan di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas..aku baru tahu kat situ ada Hotel yang nice!logik lah kan untuk jemaah haji menunggu flight mesti nak kena ada accomodation yang selesa.kalau aku rajin nanti aku buat review pasal Taha D'Mutiara Hotel tu.Course habis 17 Julai pukul 1 pm,and pukul 2pm aku kena bertolak ke Pulau Langkawi pula sebab ada Konvensyen sampai hari rabu ni.Sekarang aku bersiaran dari Pulau Langkawi..sibuk dengan preparation untuk that konvensyen.

Di kesempatan ini aku nak share dengan korang pasal RESTORAN ICE ROOM di Nilai,masa lawat faiz di USIM last month..dah lama aku duk perhati this restaurant tapi tak pernah rasa nak mencuba.So bila tanya Faiz dia duk rasa nak makan kat sini so aku bawak lah dia makan..Bukan selalu nak belanja dia makan.Jom kita tengok apa yang menarik di restoran ini.


 MAP:
Located at before shell petrol station and on the way to highway.

Location:
Lot 200-201, Jlan 6, Nilai Square, Nilai.

Tel No: 06-8506487/8506467

Untuk pembuka selera aku order ala ala kuih pau ni.Inti BBQ kat dalam.sedap yer tuan tuan dan puan puan.aku suka sangat.cuma harganya agak mahal bagi aku.3 bijik macam ni sampai 5 ringgit lebih.serius mahal.


This kuih pun sedap.tapi aku tak ingat dah namanya apa.lembut dan best..


Selari dengan namanya Ice Room,This Restaurant memang menawarkan berbagai bagai jenis ice cream..berbagai rupa,bentuk dan perasa..aku tertarik dengan this MIXED FRUIT SNOW ICE..Campuran buah buahan dengan paduan asiskrim Vanilla.Rasanya sangat lah mantap.serius sedap.aku suka.Harga untuk satu bekas macam ni ialah RM9.90


Lain macam aiskrimnya..berkeping keping dan lambat cair.Recommended lah!terbaekkkk..


Next ice cream yang dipesan ialah BLACK KNIGHT..tertarik dengan warnanya yang hitam Faiz order this ice cream.aku pun boleh lah try rasa..rupanya tak seindah yang dinampak..rasanya agak tawar dan pelik..macam rasa bijan pun ada.aku tak suka sangat..Order lah pulak aiskrim lain.


Ice cream Peanut butter ni aku suka.sedap.memang terasa kekacangannya.lain dari yang lain.


Ice Room bukan sekadar ada ice cream sahaja.banyak menu lain dalam lebih kurang 30 menu seperti mee kari,spaghetti,western food dan macam macam lagi.Faiz order lamb Chop.Dan hasilnya sangat lah mengecewakan..lamb nya agak raw dan tak berperisa.


Aku pulak pi order Spaghetti Blackpepper..sekadar boleh telan sahaja lah.memang tak berapa sedap.so kesimpulan yang aku boleh buat dari first visit ni ialah This Restaurant adalah specialist dalam bab bab ais krim sahaja..mungkin lah ada makanan lain yang sedap tapi western food bukan speciality diorang lah..so bad rasanya dan mahal pulak tu.


Tapi kalau nak rasa ice creamnya aku recommend lah.memang ada beberapa ice cream yang sedap..sesuai dengan konsep restaurant yang cozy dan sedap mata memandang.Status kehalalan jangan bimbang sebab Insya Allah this Restaurant HALAL.Untuk bacaan lanjut mengenai status kehalalan dan pemilik this Franchise boleh baca di Blog ini.Overall aku rate this Restaurant 6/10.ice cream sedap,makanan lain just so so..kuih pau kaler Hijau dan Inti BBQ tu sedap..dan yang tak berapa nak best bila harganya agak mahal dengan kuantiti dan kualiti makanan yang dihidangkan.Tepuk dada tanya selera.Selamat mencuba ya!!kat Bangi dan Kota Damansara pun ada cawangan.

*Sabda Rasulullah s.a.w, “Hindarilah sifat dengki kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering.” (HR Bukhari dan Muslim).Ini bermaksud hasad dengki akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh orang yang dengki selagi dia tidak insaf dan menjauhkan diri dari sifat buruk itu..Maka seboleh mungkin cubalah kita hindari diri dari berhasad dengki..

2 comments:

Faizal Syukri said...

mu ni... buat aku terliur je :P

Artikel terbaru:
Menghasilkan Pendapatan Dengan Blog Dan Apakah Sumber Pendapatan

shoeque said...

betul tu... dtg ke sini mkn ice je, yg lain hampeh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails