Followers

Wednesday, July 27, 2011

ROADTRIP MIRI TO KK PART 3 - BREAKFAST @ LIDO SQUARE & WHITE WATER RAFTING @ SUNGAI KIULU,KOTA KINABALU

Hari kedua di Kota Kinabalu..

22 MAY 2011

Bangun awal pagi ni..abang shah pulak nak pergi kerja,ada hal di Hospital Queen Elizabeth tempat dia bertugas.so pagi ni dia bawak kami ke Lido Square untuk bersarapan pagi..

kawasan lido square ni macam kawasan Chinese..


Tapi ada kedai mamak jugak.so singgah makan di sini


makan nasi lemak,telur separuh masak,roti canai banjir..air kopi o tidak di lupakan.


Kisah di hari kedua ni agak unik.sebenarnya aku ngan Nikli tak punya perancangan apa apa ppun tentang aktiviti apa yang kami akan lakukan di hari kedua..entah macam mana aku tak tahu tetiba ada idea keluar kami nak ber white water rafting..so bagitau lah abang shah dia kasi number agen..bila kami kol agen tu kata dah penuh untuk hari ni.tapi berbekal keazaman yang tinggi kami pi redah jer lah menuju ke sungai Kiulu.boleh tak boleh tu laon cerita.janji mau sampai dulu di area ni.


Kiulu White Water Rafting day trip near Kota Kinabalu, Sabah, Malaysian Borneo is an experience that all the family can enjoy. Kiulu River is graded as Class I / II river and provides an easier, and enjoyable, white water rafting trip in Sabah, Borneo.


Jalan nak masuk ke Sungai Kiulu ni pun agak mengerikan.tetiba jer ada tanah runtuh dan dibuat lencingan.hati hati memandu kalau korang nak datang sini.jangan tiru macam kami.prepare lah awal awal dengan agen terpilih.hehehe.seronok ok main redah redah macam ni.ada rezeki boleh lah kami ber white water rafting.


Here we are at starting point sungai Kiulu white water rafting


Masa sampai sini ada dua group tengah nak pi rafting..diorang dah masuk dalam air dah..aku ngan nikli melihat dari kejauhan dan saj alah aku ringan mulut tanya sorang mamat yang duk ada kat situ.nasib kami baik sebab orang yang aku tegur tu ialah agen untuk this activity..terus aku kata nak join jugak..aku tanya berapa harga dia kata RM80..so aku kata on then dia panggil balik dua bot yang baru nak start rafting.bergegas lah aku ngan nikli pi ambik paddle ngan safety helmet..kesian kat diorang kena delay sebab kami.hehe..tapi kalau nak dijadikan rezeki adalah rezeki di situ..Alhamdulillah..


yeayyyyyy!!first time ni aku ber white water rafting!!


Aku ngan Nikli naik boat asing asing..sebab nak balance kan orang yang ada..satu bot 8 orang..aku join ngan orang sabah jugak..aku dapati orang sabah ni sangat lah peramah dan baik hati..baru first time jumpa pun dah macam lama kenal..duk tanya macam macam dan memang enjoy lah dapat join this activity dengan diorang..


yehhhhaaa!!ada paparazzi duk ambik gambar kami..


Melawan arus yang deras..



siap berlumba lumba lagi dua bot ni..hehehe


sampai satu point kitorang berhenti rehat kejap..kat sini mandi mandi dulu..airnya sangat sejuk!


Saya teruja sebab ni kali pertama kami buat aktiviti ini!!


Oleh kerana sungai Kiulu ni gred 1-2 makan budak budak pun boleh join..budak ni pun sangat berani okeh..lagipun tahap kesukaran di sungai ni tak lah membahayakan sangat..kalau nak lagi challenging pi buat white water rafting kat sungai Padas.


yang paling syok bila buat body rafting.maksud body rafting ialah kita hanyutkan badan ikut arus.syok wooooo..dah la airnya sejuk giler..deras pulak tu.tapi kalau korang tak pandai berenang hati hati sikit.sat lagi hanyut entah ke mana pulak nanti.


sporting semua peserta kali ini..i like!!


Last minit punya perancangan yang sangat successful!terbaekkk lah!


dalam sejam lebih jugak..actually aku tak berapa ingat dah lama mana duration untuk this activity..akan ada nanti orang yang ambik gambar..tapi cd yang dijual quite mahal..RM20 satu orang..so aku combine jer gambar aku ngan Nikli satu CD tapi kena bayar lah RM40..takpaa lah...bukan senang nak dapat moment moment macam gambar di atas..ada duit semua jadi.hehehee.

 
ni lah agen yang bertanggungjawab beri peluang untuk kami ber white water rafting.namanya aku dah takkk ingat..maaf lah..actually yang aku naik tadi tu ahli keluarga dia jugak..patut lah boleh bagi kami join macam tu jer..RM80 tu include skali dengan lunch lepas penat melakukan aktiviti ini..mengikut kata abang shah memang dah harganya lah kalau macam tu.so tak lah rugi pun..apa yang boleh aku katakan aku sangat enjoy dan tahun depan pasti akan datang lagi untuk buat white water rafting di sungai padas yang pastinya lebih mencabar!!

*to be continued..

5 comments:

tintabercerita said...

bes water rafting..gyeyer..haha

Suka Bebel said...

Tamparuli ari tu aku singgah jap umah member, dia ajak makan ikan segar. nak balik hotel di kk, lalu la jambatan kayu, dekat gila dengan sungai yg deras.serammmmm

eLLy said...

akak pernah wat water rafting kat Sg Pahang.. perghhh mcm tak percaya jer akak boleh buat :D

riss said...

ada sambungan lg ke?

@xiM said...

KAK RISS,

insya Allah akan ada sambungannya lagik..lupa lak story ni tak abes lagik..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails