Followers

Wednesday, July 20, 2011

TRIP LANGKAWI PART 3 - THE DAY BEFORE CONVENTION & THE CONVENTION DAY

18 Julai 2011

Seawal jam 7.30am,kami semua dah bersiap sedia di lobi hotel untuk bersarapan pagi dulu sebelum memulakan tugas.Sarapan pagi di gerai berhampiran plaza Langkawi,dekat jugak dah dengan Bayview Hotel Pekan Kuah Langkawi.Makanan situ ok ok lah pilihan yang ada.Yang penting rezeki masih terbuka Luas.Syukur pada Allah.
.

Selesai sarapan pagi terus bertolak ke Teluk ewa untuk buat slide presentation for convention


This past few month our station sangat sibuk dengan berbagai bagai aktiviti yang ada..staff pun masing masing duk sibuk jugak dengan urusan masing masing..nak gather AJK skali macam ni payah so that's the reason why slide presentation tak dapat nak disiapkan awal..so our mission and objectif today ialah untuk siapkan slide presentation ni dengan sempurna.nasib baik tarikh presentationnya esok petang so tak lah rasa tertekan sangat..dari pagi duk dalam bilik meeting sampai waktu lunch keluar lunch kejap then sambung balik.
.

Time petang rasa macam dah tepu sangat so kitorang keluar lagi pi cari capati ngan roti arab di padang mat sirat dekat dengan airport Langkawi.kerja kerja jugak makan tetap kena jaga.hehee.kalau perut lapar mana boleh nak berfikir dengan baik..idea pun tak keluar nanti.
.

roti arab cicah kuah sardin,capati cicah kuah daging


sebenarnya slide kitorang still banyak yang tak siap..tuan syed dah warning awal awal dah konpem kena stay sampai lewat malam ni.aku tak lah ambik pusing sangat..maybe sempat lah kalau siapkan before 12 tengah malam nanti..so lepas dah alas perut sikit kitorang gerak balik masuk stesen semula.
.

kali ni semua orang betul betul fokus dengan apa yang nak dibuat..
.

Masuk jam 12 tengah malam still ada lagi yang tak berapa nak siap..ada 5 elemen semuanya,so dalam dua orang buat satu elemen.bila nak merge tu yang jadi macam lambat sikit..sedar sedar dah pukul 4 pagi..lapar perut ni tuhan jer yang tahu..ada lah roti ngan air kopi sebagai alas perut tapi macam tak cukup jer aku rasa..what to do,kerja kena di utamakan.tertidur terbaring terbongkang semua adalah senang cerita..nak buat skrip lagi,nak rehears lagi..sampai lah subuh menjelma,Alhamdulillah siap semuanya.syukurr..solat subuh then rehears buat kali terakhir baru kitorang gerak keluar stesen untuk pi sarapan pagi..mengantuk toksah nak habaq lah..amat mengantukkk okeh.


19 Julai 2011

Matahari pun dah muncul..Dalam keadaan restless kamis emua pi cari sarapan dulu..hajat di hati nak makan nasi lemak or something heavy sebab semalaman tak makan..sampai kedai untuk bersarapan pagi roti canai jer yang ada..masing masing dah malas nak pi cari kedai lain so makan jer lah roti canai dulu..Then kitorang terus ke Hotel Meritus Pelangi di Pantai Cenang untuk pendaftaran kumpulan.after pendaftaran balik ke Hotel untuk mandi dan siap siap..sempat lah aku lelapkan diri satu jam dari pukul 10 am hingga 11am..pukul 12pm dah bergerak ke Hotel Pelangi balik untuk berkonvensyen.


Untuk konvensyen QE/5S ni ada lebih kurang 11 pasukan bertanding(kalau aku tak silap lah..not really matter pun kan).our company dari division berlainan ada 4 team,yang lain lain campur dengan kilang dan beberapa agensi lain..actually this is for the very first time MPC anjurkan konvensyen untuk 5S/QE..biasanya konvensyen ICC/WIT jer yang ada..now i know what it feels like untuk join konvention macam ni..diorang pulak style tak kisah pasal makan..makan letak nombor dua so aku jugak yang kelaparan.huhuhu..
.

Our group present pukul 2.30pm..Alhamdulillah presentation kami tepat pada masanya dan memang on time.masa yang diperuntukkan ialah 20 minit satu pasukan.berkat latihan tak tidur malam our presentation ambik masa 19.30 minit..ok sangat dah tu.cantik cantik jer habis..overall we all satisfied dengan apa yang diprsent kan dan para juri pun nampak berpuas hati.


Alhamdulillah we did it!selesai presentation ada beberapa group lain lagi yang akan present so kitorang tunggu lah.sambil tunggu pi solat dan sebagainya..masing masing dah nampak exhausted sebab tak tidur sepanjang malam dan memang tak makan..i mean,makan betul betul punya.but we satisfied with this because the presentation went very well.
.

majlis penutupan konvensyen pukul 4.30pm
.

Punyalah lama tunggu masa YB berucap..ramai jugak peserta yang hadir.ada 64 team semua sekali,campur antara Konvensyen ICC dan Konvensyen QE/5S..masuk dewan pun kena berdiri..bila diumumkan kitorang ounya team dapat anugerah 3 Bintang,the highest point lah tu..ada beberapa kompeni lain jugak yang dapat 3 bintang..nantui bulan Oktober ada Konvensyen peringkat Nasional di Kuala Lumpur harap harap MPC pilih kami lagi untuk bertanding.Insya Allah.


semua team member yang best!congratulations to all of us!
.

Balik dari tempat konvensyen baru kitorang singgah makan.kat Hotel tadi ada disediakan makan tengahari tapi kami tak pi makan pun.nak fokus pada presentation dulu.hal makan tak peduli dah..so lepas dah terima anugerah tiga bintang baru masing masing sibuk kata lapar.heheeee..singgah di Restoran Nasi Kandar Ali untuk makan.aku ambik nasik ler..tak bermaya kalau tak makan nasik..
.

aku enjoy lah join diorang ni.Gila gila punya.ada jer mender nak jadi bahan..memang duk gelak saja lah..aku ngan Faiz jer makan nasik masa ni,yang lain lain makan mee Goreng sebab dah lewat petang,malam nanti nak makan besar di Bamboo Beach Restaurant di area Penarak.tapi aku takleh tahan punya.nak pekena nasik jugak.ngan gulai ayam kampung.serius sedapppp.
.

Selesai mengisi perut,kami balik ke Hotel untuk berehat rehat..aku macam nak tidor tapi tak leh nak lelap pulak.so aku decide untuk jalan jalan tengok barang di sekitar pekan Kuah..tapi tak beli apa pun,tunggu esok sebelum balik lah baru beli barang apa yang patut..Bila maghrib menjelma,balik ke Bilik hotel azio mandi dan solat dulu sebelum keluar makan malam beramai-ramai di Bamboo Beach Restaurant, Langkawi..

*to be continued.

1 comment:

NM02 said...

azim,

beli la umh satu kat langkawi tu

tiap bulan rasanya kamu kesana

hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails