Followers

Friday, October 2, 2009

DAMAI SEAFOOD VILLAGE RESTAURANT

Wow.

Sedar tak sedar Jumaat kembali menjelma..siapa yang tak gemarkan jumaat??penghujung weekdays dan permulaan kepada weekend yang di nanti-nantikan..Hujung minggu ni mesti ramai gila umat manusia yang akan berlumba-lumba buat rumah terbuka..setakat ni pun aku sendiri ada terima 4 undangan untuk 'Open House',yang mana dah keliru tak taw nak pi mana satu dah,in conjuction with Hari Raya Aidilfitri yang baru sahaja meninggalkan kita sejak seminggu yang lalu.

Hujung minggu ni sebenarnya ada wedding my best fren masa di Uitm dulu,Famoque yang dah bertunang bulan 12 tahun lepas(klik link ni untuk cerita lalu)..bakal isteri dia Orang Penang so mesti lah aku kena pi majlis ni,ambil berkat pengantin..hehe..Selamat Pengantin Baru in Advance buat Famoque..Tak sangka aku cepat benor ko kawen yek..ish ish ish..

Cukup pasal isu kawen.

Jom kita sambung ke agenda kita yang seterusnya k..tak lain tak bukan pasal jalan jalan cari makan lagik..Maaf lah,time aku takdak mood nak bercerita idea makan-makan ni jugak yang datang untuk di ketengahkan kepada semua pembaca budiman..jom jalang-jalang cari makang!!

1

Ni kisah tahun lepas..masa aku pi JB untuk urusan kerja di Pasir Gudang..masa tu si Nikli still kerja kat JB lagi(seperti yang telah sedia maklum,dia dah bertukar ke Miri Sarawak Nunn..Over da Sea sana)..So time malam aku tak taw nak watper,then dia pi amik aku kat Pasir Gudang duk bawak makan malam kat sini-DAMAI SEAFOOD VILLAGE nama di beri.

2

There you go..very Nice Restaurant..

3

Besar dan Luas kawasan Restoran ni.

4

Then kitorang order lah apa yang patut..Untuk pengetahuan tuan-tuan dan Puan-Puan sekelian,Kacang yang dalam piring tu bukan Compliment yek..tapi dah ada depan mata makan jer lah then ada caj sikit dalam bil..haha..tak kesot la kan..Boleh gak mengunyah dulu sebelum main meal sampai..(yang dalam peket cantik tu tisu basah)

5

Yang ni aku tak paham kenapa makan dua orang tapi airnya sampai empat..kalau tak silap yang lagi dua tu air batu kosong jer..Then dua lagi tuh ayaq kelapa dan air tea'o limau ais.

6

kelip kelip ku sangka api..

7

Nampak jer nasik ni macam sikit depa duk bubuh dalam mangkuk macam nih,tapi sekali hadap banyak sebenarnya..nasi nya pun wangi..Beras siam aku rasa..dan tekstur nasi nya just nice..just like what i want.nak tengok lauk-lauknya tak??Jomm!!

8

ni namanya DAGING MOGHUL masak apa ntah..aku tak ingat..tapi dagingnya tender yang amat dan sekali gigit maka terperciklah rempah dan bahan perapan daging tu kedalam mulut seraya merembeskan enzim amilase dalam mulut yang bakal mencernakan daging tersebut..memang sedap sangat!!Juicy and tender..what else could we want??aku tak berapa gemar kan daging tapi pekena daging ni terus aku jadi suka la pulak.macam macam peel kan.

9

Yang ni takyah la aku perkenal kan lagi yek.Konpem korang semua taw ni apa..tapi aku nak kasi tahu jugak-ni namanya TOMYAM SEAFOOD..rasanya??rasa tomyam lah..tapi still tak leh celen kat Thai punya restoran..but this one still nice..nak sedap macam mana lagi kan.

10

Untuk malam ni,aku nobat kan lauk ni sebagai Meal of Da night..sebabnya memang aku teruja gila bila dapat makan sotong ni.Namanya SOTONG GORENG BUTTER..memang kau terangkat lah makan sotong butter nih..dengan lembutnya,manisnya,wallah!!sampai sekarang aku duk teringat ingat..Tapi ntah bila lagi nak mai restoran ni aku pun tak taw.

11

Tengok pun sedap kan..haipppp..

12

And last but not least,this is SAYUR ASPARAGUS GORENG..cara masaknya sedap..setengah kedai tak reti nak goreng sayur nih,tapi yang ni memang ok dan cun..standard rasa sayur la kan..aku pun dah buntu nak explain macam mana tang sayur ni..haha

13

Lauk sumer dah sampai,apa lagi-Jom kita Serrrrraaaaannnggggg!!!..makan sampai muntah ok..haha..i just realize lauk ni terlalu banyak untuk makan berdua..aku siap bungkus lagi lauk ni wat balik pasir gudang..makan pulak esok paginya..dari membazir kan.Tapi one important fact-makanan kat sini memang sangat sedap!!tak sis-sia aku request kat Nikli suh bawak aku makan kat tempat yang sedap,dan ternyata pilihan beliau bijak sekali!!bijak..bijak..(*baca macam dalam iklan susu a long long time ago k)

13a

Jangan nak compare gambar dulu ngan gambar sekarang k..maca ada beza kan..kahkah..taw takper jangan tanya..masa ni rambut botak.saja nak ringankan kepala sikit.Overall,aku sangat berpuas hati dapat makan kat Restoran ni dan sememangnya aku memang berhajat untuk datang kembali ke tempat ini suatu masa nanti dengan keizinan tuhan.(awat tetiba ayat jadi skema gila babas aku pun tak taw..haha)

14

Dah kenyang,dah siap bayar apa lagi jom lah kita berangkat pulang..Thanks Nikli for fetch me up..(amboi dah setahun lebih baru nak ucap thanks..kahkah..dah basi daaa...)and thanks sebab bawak aku makan kat sini.ada ubi ada batas...ada hari boleh ku balas..apa yang nak di kesalkan..sudah nasib badan..(ehhh ni dah macam lagu dalam pilem P.Ramlee citer anak bapak..).

Salam berhujung Minggu saya ucapkan kepada semua!!

*Have A GREAT weekend yaa!!Take Care.

4 comments:

Ad Rifza said...

Sedap sggh tgok sotong iteww...terliur den dibueknyo..hehe..

Faisal Admar said...

haha jim, ko kan flogger... so pic makanan wajib okeh? ;) dah ada dslr... tak guna rugi pula nanti :P

wah! sangat romantik okeh!

"kelip-kelip ku sangka api" macam quote movie je... cerita hantu kan?

aku suka daging! nampak sedap sangat! terliur bebeh... :P

tak berkuah sangat ke tomyam tu? tapi still mouth watering lah!

sotong goreng butter? omg. tak pernah try... confirm sedap kan? selama ni try butter prawn n crab jek! leh celen sotong tepung pen mutiara tak? :P

asparagus bukan mahal ke? wah berapa sepinggan tu???

eh, pegi dengan sape tu? ehem... :P

bozzobattousai said...

aduh...lama tak minum air kelapa muda....

chen said...

place looks real nice!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails