Followers

Tuesday, October 13, 2009

SHORT VACATION @ PORT DICKSON

Ayayayayai...

Kesibukan dengan tugas dan rutin harian menjadikan aku agak lambat untuk mengemas-kini kan aktiviti-aktiviti yang mutakhir,aktiviti yang baru sahaja berlaku hujung minggu lepas dan juga semalam.Bayangkan-dari KL(kelmarin) aku sampai ke Penang dalam pukul 4 pagi Then tidur sebentar-pukul 7.30 pagi(semalam) dah kena bertolak ke Manjung atas urusan kerja.Sampai Rumah pun dah pukul 10 malam tadi..Pagi ni pula dah kembali bekerja seperti biasa..quite hectic,you know.

So macam mana nak update banyak-banyak kan..Insya Allah aku buat mana yang termampu.If you ever wonder why i have to do this,and very commited with it-The reason is SIMPLE-This is my E-Diaries,this is the journey of my life..everything about me is all in here(probably not everything,but most of them).At least when i grow old-This page could be something that will lead me back to all of the Memories..:)

Kali ni nak kongsi kisah percutian singkat di PD hujung minggu lalu.Terimalah.

10 OKTOBER 2009

1

Dari majlis Open House di rumah Ziana(which is stated clearly in the previous entry),aku,sam angah dan nikli mengorak langkah menuju ke Port Dickson untuk bersantai di hujung minggu.sebenarnya dalam perancangan asal Ziana dan Aida hanim akan turut serta tapi mengenangkan Ziana baru je selesai Open House di rumahnya,dan Aida ada hal yang tak dapat di elakkan di JB,kami berempat sahajalah meneruskan perancangan yang sedia ada.

2

Nak buat macam mana,date yang kami pilih ni clash dengan election di Bagan Pinang.makanya keadaan sangatlah jem di sini bila dah masuk Round about yang akan ke Teluk Kemang..macam menyerah diri lah pulak yek..haha..tapi berkat kesabaran yang tinggi,perjalanan di teruskan jua..

3

Angah da siap-siap masak dari rumah lagi untuk makan malam.dia masak Ungkep-sebab duk teringat kat si Nikli yang tak sudah sudah duk sebut pasal ungkep ni.bukan apa,dia nak merasa..tapi nasi putih takdak jadi singgah sebentar di Restoran apa nama ntah ni untuk beli nasi putih..sebagai Makan malam jap lagi.

4

Dah puas menempuh jem yang agak slow motion itu,akhirnya kamis berempat sampai lah ke tempat yang ingin di tuju..Kondo Peranginan my Kompeni di Port Dickson ni..yang bestnya boleh Check-In dari jam 3 pm hingga 10 pm..masa ni jam lebih kurang pukul 8 pm dah..awal lagi kan.Aku terus setelkan urusan Check-In dan dapat bilik Kondo 203.Jom kita lihat macam mana apartmen nih..

5

Ruang tamu yang sangat besar..

6a

kalau bawak family aku pun best ni..

7

Aparetment ni consit of three room,siap ada dapur dan balkoni..memang luas sangat kawasan kat dalam tuh..yang penting tempat ni sangat laa well maintained.Tapi untuk staff sahaja yek.Orang luar tidak di benarkan untuk sewa kat sini.privilege untuk staff sahaja.

8

ni bahagian dapur-ada peti sejuk dan cerek

9

ni bilik tidur utama siap skali ngan bilik air

11

ni bilik tidur ke dua,takder bilik air

12

dan ini bilik tidur ke tiga..single bed room

13

Jadi korang boleh bayangkan lah betapa besarnya rumah ni untk di huni oleh kami empat orang..Sam ngan Angah satu bilik aku ngan Nikli siap boleh tukar tukar katil nak tidur kat mana..dah banyak sangat katil lebih..hehe..sepatutnya kalau Ziana dan Aida ada skali memang sedang-sedang elok lah..semua ada bilik.lagipun ruang tamu luas..tidur kat tengah tu lagi best..

14

Balkoni kat Luar apartment

15

Kalau buat gathering kat sini pun best juga kan..nanti lah kita arrange kan yer BSAC-BSAC sekelian..lama dah tak jumpa korang..masa ni semua berehat sebentar sambil duk online..sam duk tengok tv,angan aku dan nikli duk sibuk online..Tambah pulak PD Kondo ni ada Streamyx yang sangat laju maka lagi rancak lah sessi online mengonline nih..nak buat aktiviti lain macam dah tak larat sudahnya kami duk berehat macam ni saja.ok what,Light and easy..:)

16

kidap-kudapan yang sempat di beli

17

Ni lah Ungkep yang angah masak tu.Lepas da penat berehat masing masing kelaparan sudah..mau tak lapar last makan kat Rumah Ziana petang tadi.jam dah menunjukkan pukul 11 malam..lewat dah untuk makan malam sebenarnya tapi belasah ajer lah..Lapar sesangat..

18

nasi putih + Ungkep = Marveles!!

21

Ada lah hamba Allah ni dah lapar sangat sampai tak sempat nak baca Bismillah..terus main sumbat ker kan..tak baik tu.Nanti tak kenyang sebab berkongsi makanan dengan syaitan..Sabar sikit..(aku pun macam dah tak menyempat-nyempat tu..hehe)meh kita baca doa makan-AllahhummaBariklanafimarozaktanawakina'azabannar..Ameeen..makan masa ni memang sumer duk pulun laju..lapar lah katakan..Alhamdulillah..Kekenyangan sumernya..

20

Lepas da makan kitorang sambung duk bersembang,Sam duk tengok TV dan Angah sibuk dengan kerjan Masternya(dashyat..siap bawak proposal pi PD..hehe)..aku ngan Nikli duk Online tak sudah masa ni..sedar sedar jam pukul 3 pagi so mengantuk sudah..Terus tidor..menanti esok tiba untuk agenda yang seterusnya..

zZzZzZzzZzZzZzZzZzZ..

11 oktober 2009

22

Awal pagi(pukul 9.30 pagi kira awal kaa??musykil aku) aku,Sam dan Angah turun ke Pantai..cadangannya nak berjalan jalan di tepi pantai sebelum nak swimming di Pool.Cuaca masa ni mendung sesangat,baru lepas Hujan..Nikli mana??nikli duk buat taik mata lagik..tak larat nak turun katanya.

23

ada jugak lah orang mandi kat private beach ni

24

air kat sini tak berapa bersih laa..

26

pantai PD di pagi hari

27

bebudak berlari-lari anak menuju pantai

28

Tak menarik sangat lah pantai kat sini..kalau pantai best ingat nak mandi laut dulu baru mandi kat swimming pool..what to do,terus aja kami menuju ke kolam renang,mau berenang renang dan mandi manda di situ.Lama gila aku tak berenang siot..

29

Boleh tahan ramai jugak lah orang..

30

cetek jer pun kolam ni..1.4 meter sahaja.

31

sam menunjukkan aksi berenangnya..

32

aksi lemas di dasar kolam

34

Dulu aku pernah datang sekali PD Kondo ni tapi tak pernah la try swimming kat sini..Datang sebab ada meeting committee..tapi kali ni boleh ber swimming sebab datang dengan urusan bercuti..so i consider this is my first time berenang kat swimming poop PD Kondo ni(aku duk merepek saja jaa nih nak kasi panjang sikit karangan)

35

jom swimming jom jom jom..

36

Tetiba budak ni lalu depan aku,aku angkat sebab nak amik gambar elok pulak dia duk pose peace macam tuh..over plak budak ni kan..ok lah daripada dia meronta ronta sebab sangka aku duk buat sexual harrasment ker apa ker..hehe..tapi memang aku tak kenal pun ni anak sapa..main hentam ja.

37

aksi 18SG di dalam air

38

ombak besar melanda..

39

ko ingat ko jer boleh lemaskan aku..haaaa rasakan!!

40

yeahhhhh...

41

renang berirama skuad malaysia

42

ishhh gila ker hapa duk baling anak macam tuh..

44

pose pose harimau dalam air pun ada neh..

45

Actually mesti korang pelik kan sapa lah duk amik gambar aku,Sam dan Angah duk berenang renang dari tadik..sapa lagi kalau bukan Nikli Nodin yang amikkan..tengah tengah kitorang swimming dia datang,tapi dia malas nak swimming so tolong lah ambik gambar-gambar aksi kami di atasa tuh..terima kasih la noooo..daripada hang duk tidoq baik tolong ambik gambar kitorang berenang kan kan kan..

46

awat duk angkat kening lagu tu??ingat hang Ziana Zain kaa?

47

Mata merah VS Mata Sepet

48

Kondo Pd ni banyak kemudahan lain-ada court Tennis,ada court squash,ada Indoor Game,ada karaoke Room,dan macam macam lagi lah..Tinggal nak kena pandai utilise jer.Tapi kalau mai sehari macam ni mana sempat nak merasa kan.Rancang lah percutian anda sebaik mungkin ya.

49

antara kemudahan yang di sediakan

50

Indoor game-nak main guna duit sendirik k.

51

Dah puas berenang selama satu jam lebih,kitorang bergegas naik..Nak Check Out pukul 12 jap lagi..Tapi penat dan lapar sekarang ni.Mata sam pun dah merah semacam sebab air masuk dalam mata..maklum lah air kolam renang konpem klorin banyak tu yang merah semacam.Aku maintain senyum jaa..peace!!

52

Balik ke Kondo dan mandi semua segala.Perut lapar-nampak lah menu untuk THE GAZEBO CAFE-kondo ni punya Cafe..then mula lah kami duk tengok menu yang ada nak order suh depa mai hantar ke bili..ngada ngada kan..haha..tapi memang dah kepenatan laa..suh depa hantar kat bilik boleh gak santai santai dulu.

53

Harganya quite reasonable lah..

54

each delivery-caj RM5 di kenakan..

55

Dan ini lah dia makanan yang di order sebentar tadi..Orang Cafe duk pulun mai hantar ke bilik..Untuk Breakfast kitorang order nasi goreng ayam(aku,sam dan Nikli) dan juga nasi lemak ayam goreng(angah),serta satu pinggan Omelet(makan bersama).

56

nasi Goreng ayam-ok..sedap lah jugak!

57

nasi lemak ayam goreng-angah

58

Omelet dan Hotdog

59

Jom kita brunch..hehe

61

Lepas da siap siap makan,terus la kami berkemas..da nak Check Out maaa..ni pun dah lambat sebenarny.dah pukul 12 lebih.Reception pun tak kol lagi kira boleh lagi la tuh.Kemas kemas barang dan pack mana yang patut.tapi takder lah aku curi towel kat sini macam selalu buat kat Hotel(oppss pecah rahsia..haha)

62

kami dah siap..jom berangkat

64

make sure takder apa yang tertinggal k

65

Elok jer kami nak keluar tepon apartment berbunyik..mesti Resepsi punya orang yang kol tuh..terus kami tak angkat dan bergegas ke kaunter untuk Check Out sahaja..masa ni jam pukul 12.30 pm..Lebih setengah jam..hehe..kira halal lah kan.

66

sementara menunggu bilik di periksa

67

ni bulan syawal lagi..samat ari aya maap zaher baten

68

banyak barang duk bawak..padahal sehari jer.

69

Da setel urusan Check Out terus kami nak balik..keluar dari kawasan PD kondo..next time nak tempah lagi la kat sini..memang cool sangat tempatnya.Best dan yang penting,harganya pun murah.Guess what-it cost me only RM75 per night stay..mana nak dapat beb apartment macam tu RM75 satu malam.(nanti nak tempah kat Cameroon Highland pulak..jom!!)

70

'Sessungguhnya Allah sentiasa bersama orang orang yang sabar..'-memang kitorang bersabar sesangat..nak keluar dari PD ni makan masa satu jam..sebab nya election kat Bagan Pinang-hari mengundinya pada 11 Oktober ni lah..menyerah diri pulak kan time-time macam ni..mana nak taw kan..(kalau rajin annti aku upload suasana sekitar Pilihanraya kecil ni..siap ada FRU lagi..jangan men-men..)

71

Berkat kesabaran,akhirnya kami berjaya keluar dari kawasan yang sesak itu pada jam 1.59 pm..satu jam terperangkap dalam kesesakan lalu lintas..takpaa lah..bila berbual-bual tak lah terasa sangat kebosanan dalam kereta.Dari PD kitorang tak terus balik,Sam ajak pi Open House member dia kat Nilai..elok lah tu..kitorang pun dah mula lapar balik sebab jem lama sangat..hehe..next entri pasal pilihanraya di Bagan Pinang dan Open House kat umah member Sam.Stay tune with AXIMUD K!!

Kepada Sam,Angah dan Nikli-Nanti kalau ada masa kita mai lepak sini lama sikit k..Thanks for your accompany guys!!

*Hari ni stesen aku ada buat MAJLIS MESRA AIDILFITRI..esok pun ada majlis sama peringkat negeri pulak..makan,makan dan makan jaaaa kan...huishhh tak larat dah aku..makan jer kerjanya kan.makin sihat walafiat lah jawabnya.

15 comments:

nasazfrog... said...

uhhh berjalan sakan korang.. seronok tgk gambar2.. janji dapat kepuasan bercuti bersama rakan2 ek.. :)

kucingorengemok said...

sambil duduk dalam aircond kat ofis, tengok gambar orang mandi, rasa makin sejjjuuukkk!

Marzalina said...

syoknya pi sana...

Masy said...

mak aih letih tgk gmbr heheheeh apepon niceeeee

Unknown said...

aku x abis tension lagi kene sound lps turun pool tu.tak bole pakai baju berwarna ok??tak bole bertudung?? ape la..mengaibkan aku di tengah keramaian org tau..huhu..nsb baik baju ko kaler pink cair..bole gak aku pakai =) thnks axim..hehe..

si nikli nmpak sgt kelaparan mlm tu..hehehe...

nak sewa yg kat cameron?aku n sam jgn dilupakan :P hehehe..

Unknown said...

aku x abis tension lagi kene sound lps turun pool tu.tak bole pakai baju berwarna ok??tak bole bertudung?? ape la..mengaibkan aku di tengah keramaian org tau..huhu..nsb baik baju ko kaler pink cair..bole gak aku pakai =) thnks axim..hehe..

si nikli nmpak sgt kelaparan mlm tu..hehehe...

nak sewa yg kat cameron?aku n sam jgn dilupakan :P hehehe..

ayang ati said...

BOLEH BAGI RESEPI UNGKEP TU TAK? RASA MACAM BEST JE....

fiebie said...

berjalan je kerja ko kan. ko tak penat-penat ke? mana le korang dapat duit gih merayau sana sini semua tu

@xiM said...

nasazfrog,

betul tu akak..janji gembira bersama rakan rakan kan..tak kira walau di mana jua anda berada..:)

@xiM said...

Incik Kucing,

pergi pantry,makan banyak banyak konpem haba akan kembali di badan..hehe

@xiM said...

Marzalina,

syok tak syok sangat laaa..hehe

@xiM said...

MASY,

aikkk.. tengok gambau pun lotih yorr..hehehe..

@xiM said...

MIAMOR,

tu lah pasal..pool guard tu berlagak tanak kasi ko pakai baju itam dalam pool..hehehe..

nikli nodin memamng macam tu..dah lapar sangat sampai tak sempat nak baca doa..

dun worry,kalau aku tempah cameroon,korang dah in da list..:)

@xiM said...

ayang ati,

ekkkk dah tak ingat..jap.

nak tanya angah

heeee..

@xiM said...

FIEBIE,

berjalan selagi boleh..hehehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails