Followers

Tuesday, April 6, 2010

KOTA KINABALU TRIP DAY 1 : SNORKELING @ PULAU MANUKAN

Di Petang Selasa yang berbahagia ini,saya mendapat kekuatan untuk meng-hapdet Kisah Percutian Ke KOTA KINABALU,SABAH pada minggu lepas..Satu percutian yang sangat mengujakan!!tak tergambar dengan kata-kaat..Cukup Gambar-gambar menjadi Bukti..What more can i say?Definitely i will come again to KK!!So let's share our Story ok..Zasssssss...

27 MAC 2010

Flight kami ke Kota Kinabalu ni tak sama time Departurenya..Aku ngan Aida akan naik satu Flight,tapi duduk asing asing,Zie akan bertolak sejam lebih awal,dan Nikli dah pun sampai ke KK sebab Flight nya dah di retime malam tadik..Tak kisah lah macam mana pun,janji kami semua dapat berkumpul sama-sama untuk menjayakan Trip kali ini..

1

Setibanya di LCCT,(naik bas jer dari KL sentral ke LCCT..thanks Dofy sebab hantar di awal pagi..)..kitorang lepak makan pagi di Old town bersama Liana..dia tak join Trip kali ni,tapi sekadar nak bertemu mata sahaja..lagi pun aku nak pass kan souvenir dari Miri dan Vietnam dari trip yang lepas..Zie bertolak dahulu,then baru aku ngan Aida depart dari KL ke KK..flight AK berapa aku dah tak ingat..malas nak state,bukan penting pun kan.

3
mari kawan-kawanku,kita ke Bumi Sabah pulak bulan ni..

4
saja ambik gambar ni,suka tengok muka bumi yang berpola itu..

5
Perjalanan ke KOTA KINABALU memakan masa Dua Jam Setengah..dah la kitorang duduk asing asing,sorang ke barat sorang ke Timur so what to do,makan lah dulu..kat Old Town just makan telur separuh masak,so dalam Flight aku order Nasik Lemak ni..tak habis makan sebab sambalnya masin yang amat..Kalori tinggi tuh.Rugi 9 hengget..

6
ni air wajib kalau aku naik AIR ASIA-Green Tea dan Air Mineral

6a
Lepas da siap makan apa lagi,membuta lah kejap..tapi tak la membuta lama sangat sebab sebelah aku ada Indian Guy,duk bersembang sembang..aku apa lagi,orang nak ajak bersembang abis segala cerita aku story ngan dia..duk cerita pasal kerja,aku asal mana,dan topik yang paling dia berminat pasal Travel..sebab dia kata umur dia dah 47 tahun but tak pernah nak travel jauh jauh..dia kata ada lagi 3 tahun sebelum dia cecah umur 50 n banyak tempat dia nak pi..seronok gak berkongsi cerita at least kita dapat tahu sisi hidup orang lain kan..Nice to meet u Veloo!

7
Oleh kerana terlalu rancak bersembang,tak sedar masa berlalu..dua jam setengah just pass me by sekelip mata..alih alih da sampai..kami bertolah pukul 10 pagi,dalam pukul 12.30 dah sampai..masa ni Zie dan Nikli dah ada kat Airport..Tunggu kitorang lah.Cuaca sangat panas yer masa ni..


8
SABAH TOURISM WELCOME YOU!!

9
Ambik Brosur mana yang patut..saja lah untuk rujukan.

10
Dan sesungguhnya ketibaan kami di sambut meriah oleh Abang Bear dan Dr.Shah!!it's been a year since kitorang tak jumpa mereka berdua,since diorang dah pindah ke KK ni..rasa macam seronok sangat dapat berjumpa lagi kali ni..YKWYA kembali bersatu di Bumi Kota Kinabalu!!Alhamdulillah mereka berdua sihat sihat sejahtera saja..

11
Bergambar itu sudah satu kemestian..


11a
tak leh nak lama lama kat Airport,kena segera bergerak ke destinasi seterusnya..

12
Oleh kerana kami berempat,so tak muat lah kereta sebijik bila campur mereka berdua..so Abang Bear ngan Dr.Shah bawak dua kereta mai jemput kitorang..aku naik ngan Abang Bear dan mereka yang lain lain tu naik ngan Dr.Shah..Misi untuk hari ini ialah ke PULAU MANUKAN untuk berSNORKELING di sana..

13

Setibanya kami di JESSELTON POINT so masing masing berangkut lah segala barang yang nak di bawa,aku bawak sekali bag aku yang ada Laptop..kang tak pasal pasal kereta abang Bear kena pecah tak larat eden nak menanggung nya..Tapi kan cuaca masa ni dah tak panas sangat..mendung jer..berkat kitorang datang kot.haha terperasan la pulak.

14

Abang Bear dan DR.shah yang menguruskan pendaftaran Bot..TQ TQ TQ

15

SUNGGUH TERUJA NI NAK PI SNORKELING KAT MANUKAN ISLAND..

16

Aku tak bawak selipar pun masa datang sebab tak Check-In bag..bawak barang pun ala kadar jer..so kat Jeti ni beli lah dulu selipar jepun RM10.90 ni..ok lah buat sementara waktu..jangan di tanya mengapa kuku aku terkoyak sebegitu rupa..ntah.aku pun tak taw kenapa kuku aku jadi macam tu

18

Selesai urusan pendaftaran tu kitorang bergerak lah ke Jeti nak naik Bot yang tersedia..aku tak taw apa apa ni memang serah bolat bolat kat Abang Bear ngan Dr.Shah selaku pemandu pelancong kitorang..yang aku taw ambik gambar lagi dan lagi dan lagi..yesss...

19
Jeti di JESSELTON POINT

20
Bergambar sementara menanti Bot siap sedia

21

alamak gambar ni macam over expose fulakkk..
22
Sudah tukar seluar nak bersnorkeling..pakai seluar jean kang tenggelam terus

23 24 25
Ini lah wajah wajah keceriaan KAMI semua..YKWYA rocks!!

26 27
Dalam tak sampai setengah Jam kot maka sampai lah kami di Pulau Manukan,tempat untuk bersnorkeling bagi pengunjung Bumi Kota Kinabalu ni..macam tempat wajib jejak lah kiranya kata abang Bear..memang semua kengkawan dia yang datang sini pun dia bawak jenjalan kat sini dulu..

28a 29
Jeti PULAU MANUKAN..

29a
Nasib takder yang MABUK LAUT kan..

31
SELAMAT DATANG KE TAMAN TUNKU ABDUL RAHMAN PULAU MANUKAN

32 33 34
Tanpa melengahkan masa yang ada Abang Bear terus menghamparkan Kain di meja kami nak letak barang,tanda cop kawasan tu lah..bagus kan depa ni,siap ada alas meja lagik..alat untuk snorkeling ni kena sewa 10 hengget,life jacket pun 10 hengget,maknanya dalam 20 hengget sorang..fee masuk 3 ringgit kalau tak silap..(correct me kalau salah ok.tq!)

35
Jajan yang tersedia siap ngan Air Tin..

36a
Maka melompat kegirangan lah kami semua..tak sabar nak snorkeling!!

38
kami terus terjun ke dalam air..

39
Abang Bear tak masuk sekali sebab dia nak jaga barang..nasib baik Abang Shah ada kamera Underwater so gambar seterusnya di dalam ar adalah ehsan dari kamera beliau yang boleh masuk 10 meter itu..TQ tq tq abang shah..kalau tak mesti tak lengkap story ni tanpa gambar underwater..

40
ni kat bahagian depan..belum masuk bahagian dalam lagi..PEACE!!

41
NI EPISOD BERCAKAP DENGAN IKAN..ntah apa NN berbual ngan ikan tu aku pun tak taw

42
yesssss saya sungguh seronok dapat bersnorkeling di sini!!

44
axim.Nikli.aida.Ziana dah naik dulu..tak tahan air masuk telinga

45 46 47
Cantik kan Gambar Gambar UNDERWATER NI??SUBHANALLAH!!

48
Oleh kerana Ziana dah naik awal so Abang Bear pun turun sekali join kitorang

49 50
Dalam sejam jugak lah kitorang bermandi manda dan melihat hidupan alam kat sini..siap jumpa Obor Obor lagi tapi tak la sampai kena sengat..Sea Bugs banyak yang menyengat tapi biasa lah..kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai..Landak Laut aku suka tengok tapi awas!!bahaya yer..jangan terpijak..

52

Masa ni baru pukul 4 nak dekat pukul 5 tapi hari macam dah nak malam..kami bersiap siap untuk pulang..pi mandi dan bersihkan badan apa yang patut..then berkeliaran jap kat Pantai ni ambik gambar ..patu terus ke Jeti menunggu Bot..

53

Here i am @ MANUKAN ISLAND,sabah

56
Nikli Gigih duk ambik gambar Scenery kat sini..

5861
Sementara menanti Bot..untuk kembali ke KK

65
Di dalam Bot..tadi datang kami jer yang ada..balik ramai ramai..

64
Masa sampai semua kepenatan sudeyy..

66
Kat sini sementara menunggu pihak Wanita menyalin pakaian(lelaki semua dah siap salin di Pulau tadi),kitorang ambik gambar lagi dan lagi..Pondok telefon ni macam kat LONDON la pulak kan..KLASIK sangat!!!canyik..:)

67

KOTA KINABALU WELCOMES YOU!!!

68

Dari JESSELTON POINT ni kitorang terus bergerak ke satu tempat yang dikenali sebagai TANJUNG ARU,untuk menikamti keindahan Matahari Terbenam..bukan setakat tunggu sunset,siap makan kepak ayam ngan makan ABC Spesial lagi..kalau nak tengok gambar Sunset,kena tunggu entri seterusnya ok..nak siap kan Entri ni pun punya lah seksa..Alhamdulillah berjaya menyiapkannya..Stay Tune With AXIMUD !!

*ni kali ketiga aku Snorkeling di Pulau..First dulu kat Pulau Pangkor,second di Pula Redang,and for the third time kat Pulau Manukan..rasa macam nak ambik lesen diving la pulak..

23 comments:

Marzalina said...

wah...syoknya gi KK..jelesnya hehehe

tunbegia said...

sungguh seronok gi sabah bah,

Beruang Madu said...

Sila sila amiklah lesen diving tu... tak mahal sangat bah... murah jer.. tapi dah dapat memang best. terlanjur azim dah pandai berenang tu.. bagus amik

sepul said...

yaaa cantik cantik sekali ya. dari epot ke jeti nak ke pulau manukan tu berapa jaraknya?

Faisal Admar said...

wei axim, lain kali aku nak ikut la.
isk, hang ni sombong betul.

eh, aku baca dalam fb ari tu, nikli cakap kena pakai baju sebab ada bug apa tah, nape selamber je abg bear tak pakai baju?

Ziana said...

best best best...!!
nk mai KK lagik..
pasti...!!!
:)

@xiM said...

MARZALINA,

memang sangat seronok!!

@xiM said...

TUN BEGIA,

memang seronok bah!!

@xiM said...

ABANG BEAR,

kena sabar dulu bah..kalau lah kat Penang ni ada Pulau..nak pi Pulau Payar lah lepas ni..

@xiM said...

ENCIK SEPUL,

alamak..soklan tu aku tak dapat nak jawab bah..Abang Bear tolong jawab!!tapi rasanya tak sampai setengah jam pun kotorang dah sampai..so ko kira sendirik lah yer berapa km..haha

@xiM said...

FAISAL ADMAR,

sebab abang Bear tu badang!!haha..dia memang dah biasa..memang ada benda kecik kecik sengat tapi alah bisa tegal biasa..

next time jom ke Pulau Payar jom??

@xiM said...

ZIANA,

pasti!!jom jadikan KK annual event!ok jugak kan??

Tny said...

Pergghhh!!!! Banyaknya pixs dalam N3 kalini..

Keje dia pegi jenjalan tempat2 best je.. alaaa... syioknya!!!! Tnegok gambar2pun jadi lah...


Next trip plan nk ke mana plak ni? ;)

@xiM said...

TNY,

haah..takper,tengok gambar pun ok what..

next trip tak leh habaq mai..biar lah rahsia..:p

Cik Z@i Pen@nG said...

bestnya...
bl la leh p..

Kniedaz said...

rajinnya berjalan..best betul la

Mak Su said...

wow! sy x penah terai snorkeling, tapi teruja bila tgk xtvt orang lain :)

@xiM said...

CIK ZAI,

nanti ada rezeki pi lah ok..KK sangat best!!

@xiM said...

KNIEDAZ,

jauh berjalan luas pandangan..:)

@xiM said...

MAKSU,

kalau maksu minat laut,kena try snorkeling ni..best!!

Faisal Admar said...

bila nak gi pulau payar?

penahatiku83 said...

i like :)

mR B said...

HI saya menawarkan perkhidmatan sewa kereta kat kota kinabalu dengan harga berpatutan ..Myvi auto 1.3 RM120 sehari .. saga blm auto RM120 ,nIssan Urvan 14seater RM350 sehari ambil lebih dari 3 hari boleh discount sila buat booking awal ya.. 0138999242 brandon.. or website kami kat www.kkrentacar.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails