Followers

Friday, April 16, 2010

LANGKAWI & JJCM KUALA PERLIS PART 2

Kisah Hari Rabu baru ni.

Aku kena pergi Langkawi..Lama dah tak ke sana.Kalau tahun lepas boleh kata tiap tiap bulan aku akan ke Langkawi,tapi tahun ni banyak hal lain..so ada kesempatan macam ni ikut saja lah.Boleh menyelam sambil minum air..Yang penting takyah masuk Opis pun dah di kira Rahmat..hehe..

2

Aku bergerak lambat..dalam Petang rabu tu pukul 6.30 pm baru bertolak dari Penang.Matahri pun dah nak terbenam..actually sebab jadi lambat aku tertidor sebab Pagi Rabu tu duk Gatal pi Derma Darah..Terus rasa penat dan terlajak tidor.Never mind since aku memang ingat nak bermalam di Kuala Perlis sahaja,pagi khamis baru pi Langkawi naik feri pukul 7 pagi..

3

Sampai Alor Setar hari pun dah gelap..Ok lah tu.aku guna jalan dalam jer ke Kuala Perlis.Malas nak masuk Tol Hutan Kampung..Dalam Dua jam sampai lah kat Kuala Perlis.Speaking of which,aku memang berhajat nak Dinner kat Kuala Perlis ni.makan seafood lagi..nak Cari MENTARANG BAKAR.tu jer hasrat di hati..

4

Sampai kat Kuala Perlis aku ajak member aku,Zaidi join sekali makan kat sini.Mula mula dah ke Restoran LINDA,tapi kat LINDA takder Mentarang so tukar lah kedai tepi laut..tempat Seafood punya stall banyak..kalau last week makan kat MONA minggu ni saja lah nak tukar selera pulak kat Gerai lain.Akhirnya Restoran EDAH menjadi pilihan kalbu.

5

Ingat nama ni betul betul ok..EDAH SM 4

6

Macam biasa lah kan,setiap kedai kat sini semua ada Barang basah nya.Pilih jer lah nak yang mana satu..semua aku ambik setengah kilo setengah kilo jer.Sotong ambik Setengah Kilo,Mentarang setengah Kilo,Kepah setengah Kilo.kang banyak banyak tak habis pulak.yang makannya berdua ajer.

7

Ingat nak try Udang Lipan tu tapi tak jadik.lauk dah banyak.

8

Yess..nak rasa MENTARANG BAKAR pulak kali ni.last week makan Mentarang masak Asam.kali ni aku mintak bakar Kosong jer.nak rasa manis isi mentarang tu serbab ramai pengomen entri makan makan di Perlis minggu lepas kata sedap.aku memang suka lah mender mender laut berkulit macam ni.Tapi tak leh amal selalu lah.Kolesterol tinggi.

9

Sementara tunggu makanan siap,order lah dulu Air Fresh Orange..sedap gak air tuh!manis nak mampuih!..the day before(13 April 2010) Birthday si Zaidi tuh.Happy Birthday Fren!Moga oanjang umur murah rezeki.ni member lama aku masa zaman Uni dulu..sekarang duk kerja kat Perlis tu yang aku hangkut skali mai makan.Belanja Dinner sempena Birthday lah ni.haha

10

This is Our First Dish-SOTONG GORENG TEPUNG...kecewa sebab rasanya tak sehebat di MONA..MASINNNNNN...kalau taw memang aku ke Restoran MONA jer.kat situ Sotong Goreng tepung nya meletup!yang ni ok,cuma terlebih garam lorr..terus B- aku rate.

11

Masin masin pun habis la jugak kami sebat.Sebabnya SERVIS kat sini LAMBAT yang amat.nak tunggu lauk lain sampai Sotong ni dah habis pun tak sampai sampai lagi lauk lain..hmmmmm apa lah malang nasib kami..nak kata orang ramai memang lah ramai tapi suppose takder lah lambat macam ni kena tunggu.

12

macam berselera jer orang lain makan aku tengok..tak masin ker??

13

Akhirnya sampai lah jugak MENTARANG BAKAR ni..

14

KEPAH TIGA RASA-Masinnn jugak!!B-

15

KAILAN IKAN MASIN-C..ntah.tak segar jer aku tengok

16

ULAMAN.takder masalah.Cuma SAMBAL FAIL.

17

Yang ni jer A+ aku bagi.tu pun sebab MENTARANG ni BAKAR KOSONG

18

Overall memang tak di recommend lansung untuk korang makan di GERAI KAK EDAH ni.sebab nya tidak mempromote gaya hidup sihat.nak kena DARAH TINGGI cepat boleh la try makan sebab semua masin kat sini.dah la servis lambat.actually ada lagi SIAKAP BAKAR tapi aku mintak bungkus sebab kami dah habis makan ikan baru sampai apa cerita??tu pun sempat calit calit ikan tu pun MASINNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN jugakkkkkkkkkk!!arghhhhhh..pressure aku pressure..Sesungguhnya MONA jauh lebih baik..(kalau nak taw MONA tu sapa klik pada perkataan Mona)

19

Ok lah.Lupakan soal makan makan tadik..Alhamdulillah Rezeki tuhan bagi tapi lain kali tak mau dah pi makan kat situ..Fail.Berdekatan Jeti Kuala Perlis ada T-HOTEL.aku saja nak try bermalam kat sini,memang betul betul depan jeti Kuala Perlis.sepelaung jer.Harga satu malam 89 Ringgit Malaysia.Ok lah tu.

20

Biliknya Besar dan quite Comfortable.ASTRO pun ada..cuma tak puas hati sikit sebab tekanan air dalam bilik air slow sangat.paip tu kalau bukak aku kencing lagi laju..pastu ingat nak buat air 3 in 1,gelas pulak takder kena ambik kat kaunter bawah.dah ambik gelas sudu pulak takder takan nak kacau ngan jari..air panas wooo..Aku rasa kalau nak stay sementara ok lah..kalau tak baik pi try duk kat PUTRA BRASMANA HOTEL..

Pagi esoknya,aku bertolak ke LANGKAWI..

(*to be continued lah.malas dah nak upload gambar bebanyak..kang overloaded pulak.Salam Jumaat semua!!Yang laki-laki jangan Ponteng semayang Jumaat nanti Tuhan Murka..ADIOS!!)

12 comments:

wira said...

axim,
pernah tak naik feri dari penang - langkawi?
xnak try?

kucingorengemok said...

garam murah kat sana gaknya, heh..

Wira Nordin said...
This comment has been removed by the author.
Wira Nordin said...
This comment has been removed by the author.
@xiM said...

WIRA,

memang ada..tapi tak pernah lagi try.sebab nak makan seafood kat Kuala Perlis.haha

@xiM said...

KOG,

i think so..tapi diorang patut berjimat cermat..takyah la nak buh garam selambak kan dalam makanan..

Sofya said...

salam azim..

dah lama acik tak g langkawi..nak wat camno..uncle tu asik dok keje jek..hehehe

*jgn mkn masin2 ye..jaga kesihatan*

Cik Wanie said...

alamak,
kali nie tgk pengulas makanan kasi byknya B kebawah saja,
hihihihi,
garam terlebey???
ini maknanya mereka bukan saja kaya ngn gula,
tapi kaya ngn garam jugak,
hahahahaha:)
kalau den yg poyi makan kat sana,
alamatnya,
mlm tue tido kat Hospital Besar kat Perlis lah,
hahahahaha:)

bila mung nak review pasal makang kat tuttttt;)
hahahahaha

xplorer said...

pergh!!!! metarang bakar tu my pebret

CIKGU ZAM said...

makanan itu,,,,,,,,,,,,,,,,,,, arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, kempuanan yang bertambah rindu pada maskan bonda di tanah air

tunbegia said...

pernah sampai sekali je kat kuala perlis, tu pun 10 years ago, aha, padan muka haku,

salamm,

kaplabot said...

pernah makan sekali kat situ ...
sekali & terakhir kali la.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails