Followers

Monday, June 6, 2016

DIARI 1 RAMADHAN 1437 H

Sedari pagi agak keletihan kerana saya baru sampai di Paka jam 8am kerana flight dari Phuket malam tadi tiba di KLIA2 jam 12.10am.. Kemudian terus ke Putrajaya Sentral via ERL Transit jam 12.59am, ambil kereta di parking dan terus menuju ke Paka. Berhenti juga sekejap berehat di RNR Temerloh sebab mengantuk.. Take a nap kejap dan Alhamdulillah, sempat sampai Paka untuk masuk kerja pagi tadi.

After Marathon event. Kaki memang akan sore sikit-sikit. Itu perkara biasa tapi tak ada lah sampai jalan pun terjingkit jingkit. Ok lagi. Mungkin sebab kaki dah terbiasa.

Corak bekerja hari ini agak kelam kabut kerana badan letih dan ini adalah hari pertama puasa. Waktu rehat tengahari pun masih sibuk siapkan report bulanan. Selesai waktu pejabat jer ada masa untuk rehat sebentar selepas solat asar. Terlelap lah sekejap sampai jam 6.15pm.


6.30pm terus saya memandu untuk pulang berbuka puasa bersama keluarga di Kemasek. Hari pertama puasa mesti lah nak raikan dengan keluarga. Pagi tadi tak sempat sahur dengan mereka, jadi berbuka puasa ni kena bagi sempat lah. Saya singgah di Kerteh beli 3 biji murtabak. Mana boleh balik rumah dengan tangan kosong. Itu ajaran arwah ayah. At least kena bawa balik juga buah tangan untuk ahli keluarga. Insya Allah saya akan amalkan pesanan tu sampai bila-bila.

Sampai rumah tepat tepat azan berkumandang.

Masuk rumah mak semua adik beradik yang lain dah makan kurma. Dan di ruang tamu sudah terhampar sejadah untuk solat. Kiranya berbuka dengan kurma, solat maghrib dahulu kemudian baru mula makan yang berat. Meihat keadaan ini terus saya terkenangkan arwah ayah. Kalau dulu masa arwah ayah ada macam ini juga lah keadaannya di ruang tamu. Alihkan semua sofa dan hampar sejadah. Untuk ahli keluarga yang besar macam kami memang boleh dah berjemaah ramai-ramai.


Saya tukar persalinan untuk solat. Mengenakan jubah biru dan kopiah putih. Kemudian sama-sama bersolat maghrib berjemaah. Sesekali keletah anak saudara qayyum dan qawwiy memecah kesunyian ibadah di waktu maghrib ini dengan kerenah cilik mereka. Penyeri dan penghibur suasana. Usai solat, bersalaman dan kami mahu mulakan dengan makan yang sebenar.


Lauk yang menjadi seleksi berbuka puasa - kari ikan gelama, kerabu bilis, sayur campur dan ikan goreng. Semua lauk ni nampak sangat sedap di kala perut memang nak makan.. Bagi saya, lauk pauk ni dah tak penting. Yang paling penting ialah kebersamaan kami di meja makan ini lebih dari segalanya. Walau lauk cuma ikan kering dan nasi kosong, pasti akan jadi sedap juga bila dikongsi makan bersama yang tersayang. Itu pendapat peribadi saya sahaja. Tidak mewakili pendapat adik beradik yang lain.
😝😝




Oh. Keropok lekor juga ada. Wajib.

Macam biasa lah bila tengah makan suasana menjadi sibuk bila pinggan lauk bertukar tempat. Nasi tambah nak kena ambil lagi dalam periuk. Air cincau pun dah habis kena buat air lain pula. Murtabak yang kononnya simpan untuk moreh terus buka sahaja dan kami makan bersama. Kak ija buat air bandung pula sebagai tambahan. Lauk semua habis just nice untuk kami semua. Itu lah suasana yang normal dan memang akan sentiasa jadi ingatan dalam kepala saya sampai bila bila. Moment yang indah ini tidak perlukan kesempurnaan. Ketidaksempurnaan dan kekurangan yang ada ini lah yang membolehkan kami lengkap melengkapi antara satu sama lain. And that's what family is all about.

Mak kata nasib baik kita dah solat maghrib dulu. Tak lah terkejar kejar nak makan cepat cepat sebab dah tak perlu kejar waktu maghrib. Just tinggu waktu isyak sahaja. Tapi ketika selesai berbuka kami menunggu ketibaan abang zali pula dari tempat kerja dia. Ada surprise untuk hari lahir dia semalam. Ulangtahun kelahiran abang zali ialah pada 5 june setiap tahun. Jadi sempena hari pertama puasa ni kak ina dah siap siap buat cake untuk dia. Jadi boleh sambut Ramadhan sekali dengan ulangtahun kelahiran abang zali.


Sebelum waktu isyak kami buat sambutan kecil kecilan. Nyanyi lagu doa selamat dan acara potong kek. Sanah helwah abang zali! Moga Allah akan sentiasa merahmati hidupmu.. Sedap betul cake chocolate yang kak ina buat. Ye lah, memang dia meniaga buat cake. Kalau tak sedap customer tak beli lah pula kan. Thanks mokna untuk kek dan arrangement majlis surprised untuk abang zali. Spontan macam ni sentiasa best. Tak perlu planning yang hebat hebat pun. Just do it dan Alhamdulillah semua berjalan lancar.


Waktu isyak kami menuju ke masjid jamek kemasek. Meriah betul masjid. Sampai ke luar jemaah ada. Macam biasalah di awal Ramadhan memang lah ramai. Harap berkekalan sampai hujung Ramadhan insya Allah. Seronok tengok jemaah yang ramai datang memakmurkan masjid. Selepas isyak sambung solat taraweh 20 rakaat di ikuti witir 3 rakaat. Hampir jam 11pm juga baru selesai semuanya. Dan kami 8 orang dalam kereta baru bertolak pulang ke rumah. Berkat bulan Ramadhan - kereta yang muat 5 orang boleh sumbat sampai 8 orang!nasib baik masjid dekat sahaja dengan ru


Tiba di rumah dah terhidang pula laksa penang. Kak ija dan kak ina sediakan sebab mereka tak pergi sekali solat taraweh. Anak anak kecil siapa yang nak tengok kan kalau mereka semua pergi. Jadi sambung makan moreh dengan laksa penang pula. Ada buah durian juga. Sempat lah saya makan dua ulas. Murah rezeki bukan Ramadhan ni.. Syukur sangat. Dan usai moreh sempat lah kami tengok kan baju raya yang dah beli. Tak sambut puasa lagi tapi baju raya semua dah beli. Memang bagus buat macam tu supaya tak kelam kabut di hujung bulan Ramadhan nanti.



Bersembang lah sekejap dengan mak dan adik beradik yang lain. Bukan senang nak dapat berkumpul macam ni. Itu antara sebab saya sangat suka bila bulan Ramadhan muncul. Kita akan mula menghargai waktu untuk bersama. Makan dan beribadah berjemaah. Itu adalah sangat indah!


Sudah hampir jam 12am. Perlu tidur dan mendapatkan rehat kerana jam 4.30am nanti perlu bangun untuk bersahur pula.

Selamat bersahur nanti buat semua! Dan pada yang masih punyai keluarga, hargai lah masa dan kesempatan yang ada kerana moment yang sudah berlalu tak akan mampu untuk kita dapatkan kembali. (*pesanan untuk diri sendiri juga)

Keluarga ku, kalianlah sumber kekuatan untuk aku terus mengharungi kehidupan ini dengan tabah!



Azim Ashaary
6 Jun 2016
1 Ramadhan 1437 H
11.58 pm

KINDNESS WILL ALWAYS WIN




Kisah malam tadi dalam flight AK823 dari Phuket ke Kuala Lumpur.

Flight attendant wanita ketika sedang kalut ambil barang untuk buat demonstration safety sebelum flight take off terjatuhkan seatbelt buckle atas bahu saya. 2 buckle. Boleh tahan juga impak nya. Saya di seat 31 D , seat paling last. Tempat luggage atas kepala saya memang khas untuk letak barang-barang tu.

Ada lah rasa sakit sikit. Tapi saya tahu flight attendant tu bukan sengaja pun. Jadi saya ambik seatbelt buckle tu dan serahkan balik pada dia sambil senyum. Berulangkali kali that flight attendant say sorry. Ada dalam 4-5 kali kot. Saya kata it's okay. Takde apa pun. You did that unintentionally so it's okay. Smile.

Ketika flight sudah take off dan isyarat pasangkan tali keledar dipadamkan, flight attendant tu datang pada saya dan dia offer food and beverage on flight. Dia kata you don't have to pay sir it's all on me. Rasanya sebab dia rasa bersalah pasal kes tadi ni. 'Anything sir, coffe tea or hot chocolate?'

I just smile. Nak makan kenyang lagi dh pekena tomyam di Patong beach sebelum ke airport tadi. So saya minta hot chocolate sahaja. Thanks to you! Terus lena tidor lepas pekena hot chocolate ni.

No act of kindness is ever wasted. Because in the end, kindness will always WIN.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails