Semalam terima Emel dari pihak bertanggungjawab kat tempat kerja:
Salam & Salam Sejahtera...,
Peringatan kepada tuan2 dan puan2, esok dan lusa (27 & 28 /11/2008) telah dikenalpasti bagi tujuan Audit 5S. Kerjasama dan usaha tuan puan bagi menjayakan perlaksanaan audit ini amat dihargai....
Sekian, terima kasih..
5S AMALAN SEMUA.......
*********************************************
Nak kenal bilik opis tempat aku kerja tak??jom kita terjah sama-sama...layannnnnn....(maaf naa terpinjam TAGline Fara Fauzana dalam Rancangan MELODI..bukan milik peribadi kan..hehe)
ni pemandangan pertama yang korang akan nampak bila bukak jer bilik opis aku kat sini..This room is very small yet adequate enough untuk aku duk sorang sorang..buat apa bilik besar besar kan..susah nak jaga nanti.
dalam bilik aku yang serba kecik ni cuma ada dua almari yang bertindih ni jer-untuk kemaskinikan semua Dokumen dokumen penting..Banyak dokumen tuh nak kena jaga..safety helmet pun aku taruk kat almari ni jugak..boleh guna sebagai alternatif kalau helmet motorsikal kena curik..hehe..
Kat atas almari ni aku buh pokok kaktus yang aku beli kat Cameroon Highland Tahun lepas..sihat walafiat lagi pokok pokok tuh walaupun sekali haram jadah pun aku tak pernah siram..memang semangat depa nak hidup kuat gamaknya..buh pokok ni sebagai penyeri bilik..tak la nampak bosan sangat kalau ada tumbuhan..:)
dan di sebelah almari ni ada satu sudut bercermin kaca tempat aku rehat rehat nakcari ilham nak wat entri Blog...haha..boleh kaa macam tuh..tapi kerja aku tetap wat okeh..dah setel kerja baru aku berblog..:)..tak percaya??percayalah...
Biasanya kat tepi ni jugak lah aku brekpes sambil tengok bangunan kat luar..(motiff tengok banguanann??)..Kadang kadang ni pun bleh jadi tempat aku melelapkan mata jugak time lunch hour kalau aku rasa malas nak kuar..aku tak tidur time opis hour okeh..jangan syak wasangka yang bukan bukan..tak baik nanti kubur korang berasap plak..kehkehkeh
ni salah satu sudut lain yang dalam bilik ni..susah aku nak terangkan struktur bilik nan kecil ini tapi tak penting untuk korang taw kan..haha..jam yang tergantung kat dinding tuh bengong...selalu lambat sepuluh minit dari masa asal tu sebab aku selalu lambat masuk meeting..nasib GM tak pernah sound...
Korang nampak tak ada telefon tuh?aku tahu korang nampak kan..
telefon ni lah wat kol klien ataupun kontraktor kalau ada apa apa hal..tapi kebanyakannya macam dah termis-used ajer...haha..duk kol kawan kawan dan family pun kadang kadang pakai tepon ni jugak..save bil tepon sendirik....boleh camtu??(mamposs la kalau boss aku baca blog nih..sure kena ban line tepon dalam bilik nih..hehe)
dan ni lah meja tempat aku hari hari merosakkan mata mengadap PC..dengan wat rutin report yang biasa..dan lain-lain tugasan..
atas meja ada Kalendar 2008,gambor konvo,stationary holder dan jugak opis tray.
tiap tiap hari aku duk tengok gambaq nih..sangat bermakna gambar ni-gambar family skali ngan mak ayah masa aku Konvo beberapa tahun dulu..semangat sikit nak wat kerja hari hari duk tengok gambar mak bapak sendirik..cuma berharap mereka di kampung sana sihat sihat sahaja..Insya Allah..
kat sebelah meja plak ada kerusi tetamu-tempat ni lah hari hari Enchek Salman duk datang nak melepak sama ada nak bersembang ataupun nak menghabiskan makanan makanan yang aku duk bawak hari hari..haha..tapi aku ngan dia tak berkira punya...sempoii aja kami nih..oh ya,selain dari tempat nak melepak ni jugak merupakan tempat yang di guna pakai oleh staff staff aku ketika hari penilaian prestasi(KPI) bermula..nak pujuk rayu segala tu sumer kat sini lah..:)..aku tak kasi can punya..yang bagus kita kasi,yang tak bagus tu paham paham la kan..
Yang pasti dua footballer figure ni tetap menjadi mata dan telinga aku kalau aku takdak kat bilik..diorang la duk report kat aku kalau berlaku sebarang non-conformity kat sini..:)..terlanjur bicara pasal Bola semalam Chelsea hanya mampu Seri dengan Bordeaux 1-1..takpa lah..still position pertama kan dalam Kumpulan A UEFA Champion League..:)
Si Podolski dan Lampard tu aku letak atas PC ni sebenarnya..Jatuh bangun aku sumer ada dalam PC ni..banyak maklumat penting wooo kat dalam..naya aku kalau sumer tu jatuh ke tangan orang yang tak bertanggung jawab..walaupun PC ni memang PC yang ketinggalan zaman,So far everything's went well..i'm happy to live my life in this Small little Office..:)
Sekian Terima Kasih..
*****************************************
Audit 5S ni kiranya macam nak audit kebersihan dan keceriaan sesebuah tempat kerja tuh..mementingkan kecepatan proses pengambilan data dan everything must be organize well and happen to be in its place..ini audit Ke-enam kot kat tempat kerja setakat nih..suka benor diorang nak mengaudit mender cenggini..tapi untuk kebaikan diri dan juga Syarikat-Why Not kan??
jadi para Auditor sekelian(which is my colleague jugak)silalah mai opis aku ni dan auditlah sepuas hati mu..aku baru jer lap sumer habuk dan sawang yang ada pagi tadik..haha..sila kasi markah penuh k..:)
*kisah malam tadi bakal menyusul kemudian yaa..makan malam kat Palace of India ngan tengok movie citer 'TWILIGHT'..layan gak laa....tunggu aku story nanti yaa...Insya Allah.