Followers

Thursday, May 31, 2012

FOOD REVIEW : MEE REBUS RAMLI IPOH

On the way balik dari Teluk Intan, sempat singgah di Bandar Ipoh.Tujuan asal aku ialah nak cari Nasi Ganja Ipoh yang sering di sebut sebut oleh rakan taulan..alang alang dah dekat..sekali bila pergi cari tutup pulak kedai tu..alternatif kedua ialah mencari Restoran Mee Rebus Ramli yang terkenal di Bandar Ipoh..tak dapat rotan akar pun berguna jua.


Pusing punya pusing akhirnya terjumpa lah restoran ni..


Masa ni Hujan renyai renyai..berpayung bagai lah nak datang sini..Orang boleh tahan ramai jugak..This restaurant bukan sekadar ada Mee Rebus tapi ada jugak beberapa menu lain seperti nasi lemak, moi sup, laksa dan nasi ayam.tujuan asal ialah Mee Rebus so order mee rebus sahaja lah.


aku sebenarnya penggemar mee mee berkuah macam ni..so bila makan dan rasa kuahnya terbukti kesedapan di situ..Rasa mee rebus lah..aku nak describe lebih lebih pun tak reti.tapi yang penting sangat kena dengan selera anak tekak aku.tekak korang aku tak sure lah pulak camana tastenya kan.


Mee Rebus Ramli Ipoh di jual pada harga RM4.00 semangkuk


Pekena Teh O panas di kala hujan memang syiokkk


Terbukti kesedapannya.Licin!!


Suasana di dapur yang sempat dirakamkan masa nak bayar.i think harganya quite berpatutan dengan kuantiti yang diberi..Banyak cawangan sebenarnya Mee Rebus Ramli Ipoh..ni alamat cawangan yang aku pergi:

Restoran Mee Rebus Ramli
No. 767 , Taman Tasik Jaya,
Jalan Kuala Kangsar,
31400 Ipoh, Perak.
 
Selamat mencuba!!

GENGKAKILARI @ LARIAN BENDANG MENARA CONDONG TELUK INTAN

8 APRIL 2012

Bangun tidur seawal jam 5.30am..kemudian bersiap untuk solat subuh..pukul 6.30am dah berjalan kaki menuju ke depan sekolah apa ntah aku tak ingat nama.sekolah tu dekat dengan area menara condong Teluk Intan..starting dan finishing point untuk acara larian bendang adalah di situ..boleh tahan ramai jugak umat manusia yang sertai acara ni.


#Gengkakilari yang hadir untuk this event.


Kami pakai tagline #Gengkakilari belakang baju.promote sikit beb!!


Dalam pukul 7.15am kami semua dilepaskan..Peserta 21KM dilepaskan dahulu.ada kategori lain iaitu 10KM,7KM dan 5KM juga..aku tak sure setiap kategori berlepas pukul berapa..bagi aku kalau untuk peserta half marathon seeloknya lepas jam 6 pagi..so nanti tak lah kena berlari time panas..


Mula mula berlari dalam kawasan pekan..lalu di tepi Menara Condong dan jalan jalan kampung..kemudian baru melalui satu kawasan macam kebun..aku rasa macam menarik juga route kali ni.kawasan kampung..


And this is the reason why larian ni dinamakan larian Bendang.memang bendang berada di kiri kanan jalan yang kami berlari..hijau mata memandang..mula mula aku rasa ok juga berlari..lama lama just slowkan pace dan menikmati pemandangan yang ada..terserempak ngan Zarul masa ni.Runner lain dah entah kat mana mana dah.


ehhh tu pokok jagung ker??


Ada sign board suh kurangkan laju.terus aku berhenti berlari.jalan slow slow.bahay aberlari laju laju di kawasan kampung yek.hehe


Another 5 KM to go


Aku berjaya habiskan llarian dalam masa 2 jam 15 minit..i guess boleh habis cepat dari biasa sebab route nya tak susah..21 KM berjaya di habiskan tanpa sebarang kecederaan..dapat ranking 136..top200 dapat medal..yeayyy another finisher Medal for me.


Faiz orang pertama #gengkakilari yang sampai.Ranking number 90..Bach orang kedu dapat ranking 130..aku sampai kemudiannya rank 136..Zarul dan Izman masing masing number 157 dan 158..yang penting semua Top 200.Alhamdulillah!


Peserta wanita, Izwah mula memunculkan diri..


Idot dan Fazu menyusul kemudiannya..


Bergambar atas jalan..belasah je lah.jalan ni milik orang ramai kan


#Gengkakilari @ Larian Bendang Menara Teluk Intan April 2012


#Gengkakilari VS Shah Alam Pacers


baca sejarah menara condong sekejap


Dari event kami berjalan kkaki menuju ke tempat makan..lapar dan dahaga tidak terkira.tapi singgah dulu ambik gambar di menara Condong..tengah duk ambik gambar aku mintak tolong sorang mamat ambikkan gambar kitorang.sekali bateri kamera kong pulak dah..takpe lah.dapat lah shot yang ni jer.


Then dari Menara Condong ke Food Court berdekatan untuk makan pagi merangkap makan tengahari..dah pukul 11am lebih..dekat tengahari dah..makan nasik ayam.ok lah .not bad..lepas makan kami pulang ke Anson Hotel untuk Check Out pada jam 12pm..Lepas Checkout kitorang jumpa untuk lunch di Restoran Mamak apa nama ntah di Teluk Intan ni.Then baru masing masing beredar pulang ke sarang masing masing..Congratulations to all #Gengkakilari runners yang dapat menghabiskan larian 21KM!Jumpa lagi korang semua in the next event.Insya Allah.

Sekian laporan sukan Gengkakilari kali ini.Majulah sukan untuk Negara!!

*In running, it doesn't matter whether you come in first, in the middle of the pack, or last. You can say 'I have finished.' There is a lot of satisfaction in that.

Wednesday, May 30, 2012

WARNA- WARNI MENARA CONDONG TELUK INTAN

Ini cerita lama.Kisah Bulan April lalu.

Sewaktu menyertai acara Larian Bendang di teluk Intan..Tiba di Teluk Intan Pada 7 April sebelah malam.Acara Larian pada keesokan harinya 8 April (insya Allah nanti aku kongsikan cerita pasal larian tersebut.jika berkesempatan.).Sampai di Pekan Teluk Intan dalam jam 12 tengah malam..Terpukau melihat Menara Condongnya yang berwarna warni..menarik juga rupanya..:)


Menara Teluk Intan - Bentuk pagodanya memukau mata para pelawat. Bumbung puncak bentuk tudung saji tetapi bumbung serambi pula pisang sesikat. Kelihatan dari kejauhan bangunannya memiliki lapan tingkat tetapi apabila dekat hanya ada tiga aras sahaja. Konkrit asas bangunan diperbuat daripada susunan batu-bata melebar kira-kira 43 kaki garis pusat ukuran tapak tetapi menguncup ke atas sebanyak 27 kaki. 


Di bawah bangunan terdapat sebuah telaga yang mengandungi air sedalam 13 kaki sebagai pengimbang struktur bangunan daripada gegaran di persekitarannya. Bumbung pisang sesikat dan tiga buah serambi melengkung meliliti bangunan asas seolah-olah menyembunyikan susunan batu-bata itu. 


Awal abad ke-20 menara ini berfungsi sebagai takungan air yang disedut daripada Sungai Perak untuk keperluan penduduk sekitar tetapi kini tidak lagi. Hanya dentingan jam gadangnya yang berbunyi setiap 15 minit dan dentingan ini mampu didengari sejauh lima kilometer terutama ketika malam hening. Itulah di antara keunikan Menara Condong Teluk Intan yang siap dibina pada tahun 1885. Ia terletak di suatu sudut Jalan Selat dan bersebelahan Jalan Bandar- betul-betul berada di jantung Bandar Teluk Intan; bandar ketiga terbesar di selatan negeri Perak Darul Ridzuan.


Aku dan Faiz yang sampai paling lewat..Gengkakilari yang lain semua dah tidur diulit mimpi.tengah berjalan di area menara Condong terserempak Bach dan Zarul tengah beli burger.lapar lah tengah tengah malam macam ni..Carbo load untuk Half Marathon keesokan hari..Ramai anak muda yang duk melepak di bawah menara Condong.ye lah..ni lah satu satunya tarikan Teluk intan.(rasanya lah.heheee.Orang Teluk Intan jangan marah nooo..)


Kami semua menginap di Hotel Anson..ratenya RM90 semalam.berdekatan dengan Menara Condong dan dekat juga dengan starting point untuk berlari esok.Terima kasih pada Izwah yang tolong arrange kan accomodation.ni bilik last nih..yang lain semua penuh.Penangan Larian Bendang..so masuk bilik terus berehat untuk menyimpan tenaga bagi menyelesaikan 21 KM nanti..

Nanti aku share story kisah larian bendang.agak menarik juga.

Stay Tune with AXIMUD.

Tuesday, May 29, 2012

EKIDEN RUN PUTRAJAYA 2012 : #GENGKAKILARI 1 & #GENGKAKILARI 2 DID IT!!

27 MAY 2012

First time join Ekiden Run di Putrajaya untuk tahun 2012.Ekiden Run ni macam lari berganti ganti (road relay)..satu team 5 orang dan jarak perjalanan adalah 15 KM satu team..aku join Gengkakilari punya team..in fact Gengkakilari hantar dua Team, #Gengkakilari 1 dan #Gengkakilari 2.Seawal jam 6.30am kena ada di Palace of Justice Putrajaya.Tempat berkumpul sebelum race dimulakan.nak tahu pasal Ekiden punya History?ada kat bawah gambar ni penerangan berjela jela..


The term originated in Japan, although the concept of a long distance relay race is not unique to any country. The first ekiden race was sponsored by the Yomiuri Shimbun in 1917, and was run over three days between the old Japanese capital of Kyoto and the modern capital of Tokyo, a distance of 508 km, to celebrate the anniversary of the moving of the capital to Tokyo.

As written in Japanese, Ekiden combines the characters for "station" (駅) and "transmit" (伝). This name was coined by the poet Toki Zemmaro (1885–1980), who was head of the Yomiuri Shimbun's Social Affairs Department at the time. The original concept of the race hearkens back to Japan's old Tōkaidō communication and transportation system in which stations were posted at intervals along the road. In the race, each runner on a team runs the distance from one "station" to the next, and then hands off a cloth sash, or tasuki, to the next runner.

The lengths of ekiden in Japan can vary greatly, as can the number of runners on a team. For example, in the national junior high ekiden championship, 5 girls cover 12 kilometers and 6 boys cover 18 kilometers. The national high school championship involves 5 girls in a 21 kilometer race and 7 boys in 42.195 kilometer race. In the national inter-prefecture championships, 9 women run 42.195 kilometers and 7 men run 48 kilometers. For the collegiate Hakone Ekiden, a 2 day event, 10 male athletes for each team run 219 kilometers. Each runner covers just over a half marathon. The mid-December National Corporate Women's Ekiden Championships, 6 runners cover 42.195 kilometers. In the January 1 National Corporate Men's Ekiden Championships, 7 runners cover 100.0 kilometers. For the mid January national open championships (teams composed of selected junior high, high school and open athletes), the distances are 42.195 for the women and 48.0 for the men. Read more detail at Japan Running News.


Sampai di tempat permulaan keadaan jadi agak kelam kabut sikit sebab aku lewat sampai..so masing masing dah nak kena bergerak ke Checkpoint memasing..ada 5 orang peserta satu team.tiap peserta di wakili huruf A,B,C,D dan E..Tak tahu dah apa penerangan yang diberi terus aku gerak cari Checkpoint D sebab aku runner keempat.


Petugas bawak bendera untuk kesenangan peserta


so aku follow orang bawak bendera ni


Setiap peserta kecuali peserta A akan dibawa ke Checkpoint masing masing menaiki bas..banyak jugak bas yang disediakan.so tak perlu nak berebut rebut ya.bila dah naik bas lama jugak time menunggu..takpaa lah.janji aku tak lewat dan terlepas bas sudah lah.


Tempat berkumpul peserta D.petugas memberikan sedikit penerangan


Lama jugak menunggu di sini..dekat dua jam..ramai jugak peserta yang menyertai this event.ada berbagai kataegori.Mixed, men open, junior dn beberapa kategori lagi.bebudak pun ramai aku tengok..mesti wakil sekolah masing masing.


Terjumpa Zul.dia kategori Mixed.Peserta D untuk groupnya.


Mula mula aku rasa macam tak ke kelam kabut nanti bila peserta sampai ramai ramai nak pass tali..tapi rupanya memang organised sebab peserta bukan sampai sekali sama sama..one by one.so setiap peserta yang sampai petugas akan sebut nombor giliran so peserta group masing masing akan standby..ada satu tali akan di passkan..kena bawak tali tu sampai ke hujung garisan lah..tetiba aku dengar nombor group aku dipanggil.dan terus standby ambik tali dari Faiz dannnn Run Forrest runnnnnnnnnn..mula mula pecut lah pastu terus maintain pace berlari tanpa henti..3km jer pun..takdelah jauh sangat.cuma aku tak gemar sebab panas..Route aku paling jauh antar akami berlima.3.3km within 15.30 minit..


Habis giliran aku terus ambik air dan makanan..pancit weh..masa dekat nak sampai aku pecut jugak dan pass tali kat Zarul..dia peserta akhir..Then aku terus naik bas untuk ke tempat permulaan race..terserempak ngan Faiz tengah jalan..Putrajaya tengah sibuk masa ni sebab ada himpunan Jutaan Belia.hari ni hari last.


Ni team #Gengkakilari 1..depa dapat Top 45 dalam kategori Mixed.Tahniah!!!


Team #Gengkakilari 2.kami dapat TOP 50 dalam kategori men Open.Congrats!!!


Finisher Medal untuk Top 100 sahaja..and our group did it!!Alhamdulillah..


Entah bila nak dapat trophy.heeeeheee


Berehat di depan Palace Of Justice


Kak Tie pun join jugak Ekiden Putrajaya ni.dengan geng geng Opis dia..Group diorang dapat Lucky Number 100!memang medal dan sijil disediakan sampai TOP 100..mula mula Organizer kata sampai Top 80.Kak tie fight balik then bila diorang discuss memang Finisher Medal untuk TOP 100.Congratulations kak Tie and her team!we fight till the end ya!


Sebeleum prize Giving ceremony di adakan ternampak Menteri Belia dan Sukan, Dato' Ahmad Shabery Cheekbawah khemah VIP..terus lah aku dan Kak Tie bertegur sapa..Then ajak  team Gengkakilari bergambar sama sama.heheee..Good job guys!see you guys again in our next event!insya Allah akan buat LSD sama sama sebelum Standard Chartered KL Maraton June nanti.never stop running ya!!

Ability is what you are capable of doing.
Motivation determines what you do.
Attitude determines how well you do it.
--Lou Holtz

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails