Followers

Saturday, March 31, 2012

FOOD REVIEW : RESTORAN SATAY AH BASRI @ BAYAN BARU, PENANG

Jom kita jalan-jalan cari makan.

Episod kali ini akan membawa anda semua terbang mencari satay yang sedap di Penang..Biasa kalau bab bab satay mesti kkita duk terbayang satay kajang samuri, satay station, ataupun satay willy..adalah macam macam lagi satay yang terkenal.tapi kali ni nak story kat ampa semua pasal sebuah Restoran Satay yang agak femes juga di Penang..Jom ikut saya!!


Lokasi Restoran ni terletak di bayan Baru..AH BASRI SATAY nama diberi.aku difahamkan banyak cawangan yang ada di Penang ni..yang aku datang lokasinya terletak di area GIANT bayan Baru.kalau nak lagi detail sila gugel.aku dah try gugel nak buh alamat yang banyaknya alamat di D'Piazza  Mall, Bayan Baru.


Waktu perniagaan tertera seperti di atas..di buka dari jam 11am - 11pm pada hari isnin hingga jumaat, dan sabtu/ ahad hanya dibuka dari jam 4pm hingga 11 pm..Susunan dalam kedainya pun ok lah.siap ada surau lagi.Konsep layan diri, kena order dan bayar dulu di kaunter.menunya macam macam ada.i mean, Sataynya berbagai bagai jenis ada..satay ayam, satay daging lembu, satay ostrich, satay Rusa, satay calamari(sotong) dan juga satay Udang..aku ada baca di Restoran cawangan lain siap ada satay kangaroo dan satay kuda..tak pernah rasa tu..ada berani korang nak try?


Order satu set of nasi himpit


Bercakap pasal kuah, kuah satay di sini memang sedap.Pekat dan memang just nice dengan selera lidah aku..This Kuah remind me a lot macam kuah satay kajang haji samuri..nice lah kuahnya.tak tahu nak describe macam mana.


Untuk percubaan kali pertama ni, order dua satay Udang, Dua satay Calamari, 6 satay ayam dan dua satay ostrich.nak rasa satay ostrich tu sebenarnya.sebab tak pernah try..Harga mahal sikit lah tapinya, with chicken satay being the cheapest @ RM1 a stick, RM1.40 for lamb and beef, RM1.50 for the deer, RM2 for ostrich, RM2.50 for squid and RM3 for prawn.


Walaupun harganya a bit mahal tapi ok jugak sebab dagingnya pun banyak..satay ayam tu takder bahagian lemak.banyak lean meat..yang satay Udang dan Sotong tu sedap!!terasa perapan nya.macam BBQ pulak..memang best..Daging Ostrich macam liat sikit tapi sebab perapannya sedap maka sedap lah jadinya satay itu.Overall memang rasa satay di sini recommended lah!! (tambah lagi sedap sebab ada orang belanja dinner kali ni.TQ awak!)


Makan berdua dan inilah hasilnya.Bawang mentah aku tak suka.kena masak dulu ya.


 kedai pun dah nak tutup waktu ni..pelanggan yang last-last jugak.


Overall aku suka this restaurant..Rasa sataynya sedap!!lupa aku nak cakap this restaurant bukan ada satay semata mata..ada juga nasi lemak, nasi ayam dan nasi tomato.siap ada set nasi dengan satay..ada lah pilihan di menunya.lain kali boleh la cuba.The main meal still satay.which is aku akan recommend pada korang untuk cuba this restaurant..Insya Allah tak menyesal..Orang sekarang kalau sedap walaupun mahal tak menjadi masalah.Kualiti yang paling utama.

Ok now i know where to find satay yang sedap di Penang!

*cubaan membuat suprise malam tadi berjaya!!hehee..and now you know why i'm happy.:)

Friday, March 30, 2012

PROJEK BAITI JANNATI 2012 SJ.GELUGOR DI GUAR PETAI

Just a quick update..

Projek Baiti Jannati ni merupakan satu program kemasyarakatan TNB dalam membantu orang yang miskin memerlukan dari segi tempat tinggal.Bila sudah dikenalpasti warga yang susah TNB akan sumbangkan sejumlah wang untuk membantu membaikpulih Kediaman mereka..Untuk tahun ni Encik Nordin bin Dolah di Guar Petai merupakan orang yang bertuah untuk menerima sumbangan ini..Majlis perasmian dan penyerahan Rumah di adakan sepanjang pagi dan petang tadi..Semoga TNB akan sentiasa bertapak kukuh untuk terus mengadakan aktiviti kemasyarakatan seperti ini lagi.


Menolong orang itu gembira.

Sungguh rugi bagi sesiapa yang enggan menolong orang lain walau pun dia mampu berbuat demikian. Rasulullah saw dalam satu hadis sahih menjelaskan beberapa tanggungjawab sesama muslim serta keutamaannya yang besar.Dari Abu Hurairah r.a  Nabi SAW bersabda :

“Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya.” – Imam Muslim

Semoga Allah menjadikan kita semua hambaNya yang cenderung untuk menolong orang lain dengan ikhlas. Memadailah keredaan Allah dan jaminan selamat di akhirat menjadi impian dan cita-cita kita.

Wallahualam…

*Seperti yang dijanjikan, Hujung bulan Mac 2012 akan dapat kereta baru.and yes.You are right.Terima ksih kerana tidak memungkiri janji..:)

Thursday, March 29, 2012

SO LONG AND GOODBYE ( YOU SERVED ME WELL )


5 years ago..(April 2007)

You are my very first car..and i know i can't do a lot of things without you. You served me well Mr.TAP for 5 years..and now it finally happened. i moved on. and without any specific reason, i think i gotta change this into a new one.Graduated from National car. Thanks Mr. TAP for all of the memories..You watched me grown up in so many ways. and now its time to say GOODBYE.

You know that you are in love when the hardest thing to do is say goodbye...

Goodbye my love, my car, you shared the most happening days (& nights) of my life.

My First Car to brought mum & dad,
My Second place after home,
My house-on-wheels,
My journey with you,

All those weekends,
Lots of Memories...

Thank You.


In memory, Mr.TAP and me on the journey to Universal Studio Singapore June 2010..

Wednesday, March 28, 2012

WORDLESS WEDNESDAY : GRILLED SALMON WITH LEMON


ROTI BAKAR TRANSFER ROAD vs BAWAL GORENG WAN ZAI BANDAR PERDA

(Sambungan daripada entri sebelum ini)

Dari Padang Kota lama,Masing masing dah kelaparan..Dah berlari 17 KM mau nya tak lapar..so aku bawak diorang (baca: #Gengkakilari) datang makan Roti Bakar dii Transfer Road..aku pernah pergi sekali jer tempat ni.tapi Roti Bakarnya not bad lah..nak ke Transfer Road pun boleh nak sesat sesat.nasib baik ada 'gps' sebagai panduan..:)


akhirnya sampai lah ke Roti Bakar TransferRoad..Insya Allah tak sesat dah lepas ni



Keistimewaan Roti bakar yang ada di Transfer Road depan Milea Bakery ialah kerana Rotinya di bakar atas arang dan bukan guna toaster elektrik.Maybe tu yang buat rasa roti bakarnya lebih enak..Roti Benggali yang dipakai di supply oleh Melia Bakery kedai Roti Opposite this stall.


Dah siap bakar Roti pecah telur separuh masak dua bijik..siapp!!!


 Khusyuk masing masing mengadap makanan..semua order menu yang sama.actually aku tersilap order Roti Bakar ngan Telur ni..rasa nak makan roti canai banjir sebenarnya.tapi masa nak cancel Roti Bakar dah siap buat dah.tak apa lah.aku boleh maan lagi lain kali..kata duk kat Penang..Makan Roti bakar ngan telur separuh msak ni aku tak habis..entah.macam tak sedap perut..nasib baik ada orang sebelah tolong habiskan..selesai makan terus balik ke Villa Azim Ashaary untuk mandi dan rest rest..tidor dulu lah mana yang sempat..depa nak balik ke KL dah kejap lagi.


Tidor sampai jam 2 petang..kemudian lepas solat zohor aku bawak diorang Lunch di Bandar Perda..di Gerai Wan Zai..aku suka set bawal Goreng kat sini.sebab karinya sedap.Dah puas tidor bila bangkit perkara pertama yang muncul di fikiran ialah nak makan.lapar!!Tapi tuan tuan kena ingat ye, kat Wan Zai Restaurant ni bukan bawal goreng jer ada.Ayam Goreng, Keli Goreng pun ada juga.Untuk keterangan lanjut boleh call number yang tertera macam dalam banner di atas.


Untuk keadilan, aku mintak tiga tiga benda Goreng.Ayam, Ikan Bawal dan Ikan keli


Bawal Goreng


Ayam Goreng


Ikan Keli Goreng


Ulaman dan sambal belacan serta sambal kicap


Set macam ni datang dengan kuah kari..kesedapan meal adalah bergantung pada Kuah Kari yag disediakan which is kuah karinya adalah sedap.bagi aku lah.diorang pun kata sedap.so mengikut suara ramai aku berani reccomend kat korang.Actually ramai yang kata Bawal Gireng kat juru di ladang kelapa sawit lagi sedap.wallahulaam sebab tak pernah rasa.


Lauk pauk semua dah sampai apa lagi, serbu lah.. sebenarnya kalau ikut plan asal aku nak bawa mereka makan di Restoran Din Ikan Bakar Kepala Batas.tapi masa tak mengizinkan..keluar rumah dah dekat pukul 4 pm for sure Ikan Bakar Din tu dah tutup kedai..Tak ada rezeki kalian..lain kali sila datang Penang lagi nanti aku bawak korang kat situ ya.


Makan kat sini pun siap bertambah nasik lagi..Alhamdulillah rezeki Allah Taala beri..kenyang dan puas hati lah dapat makan..selesai makan terus pulang semula ke rumah sebab diorang nak bersiap siap untuk pulang ke Kuala Lumpur semula..esok kerja dah.Holiday is about to Over!


Kepada #Gengkakilari, korang jangan serik nak datang Penang lagi..banyak tempat lagi tu kita tak sempat nak eksplor sebab kekangan masa..selagi aku masih berada di Penang ni insya Allah boleh nak jadi Tuan Rumah kalau korang datang sini lagi di lain waktu..semoga kita bertemu lagi di Larian Bendang 8 April 2012 menara Condong Teluk Intan..Insya Allah!

Salam bertemu lagi!

RACE REPORT : MALAKOFF PENANG RUN 17 KM

 25 Mac 2011

Pagi bangun jam 5 am.sebab nak kena ada di Padang kota Lama Penang pada jam 6.30am.Flag off untuk Malakoff Penang 17 KM ialah 7am..so memang nak kena solat subuh di sekitar area Padang Kota jer..Malam sebelumnya tido lewat dekat pukul 2am..pukul 5 am dah kena bangun untuk berlari.memang tak berapa nak cukup rehat lah.tapi orang kata alah bisa tegal biasa..


Thanks Izman, sebab sediakan Tag #GengkakiLari untuk kami pakai sepanjang larian..Everybody has to start somewhere right?for a beginner runner like us, #GengKakiLari is a very clear platform for us to execute our mission and passion.Kalau korang berminat nak kjoin larian ataupun training Gengkakilari boleh like our page di FB Gengkakilari atau follow twitter @gengkakilari..di page tersebut akan di update info pasal larian yang akan berlansung serta training yang akan kami jalankan.
 

we are #Gengkakilari runners!!


Sampai di Padang kota kami parking di seberang jalan..parking area di Padang Kota ni dah ditutup untuk kemudahan majlis berlansung..solat subuh tepi kaki lima sahaja..Then terus buat light warming up sebelum flag off.aku sakit perut masa ni tapi toilet bergerak yang disediakan adalah tidak selesa untuk melunaskan hajat.so tahankan saja lah.what to do.


ehhh sapa yang ambik gambar aku ni..


Sebelum memulakan larian..


Tepat jam 7 pagi, tembakan dilepaskan dan larian pun bermula..lawa pulak diorang bukak lampu di Bangunan Padang Kota ni..


peserta larian yang gigih..17 KM sahaja


Route dari Padang Kota sampai ke TESCO tanjung Bungah then lalu di Straits Quay kemudian kembali semula ke Gurney Drive dan ke Padang Kota..dalam 17 KM semuanya..tapi routenya adalah senang sebab tak ada bukit..mula mula memang maintain pace laju 5 min per KM sebab aku follow Faiz punya pace.mamat tu memang laju..Then dapat Potong Zarul and Bach..lama lama aku exhausted, Faiz straight ke Depan, Then Bach pula potong..hehe..hidup #Gengkakilari!!janji semua dapat berlari dengn baik..


di Gurney Drive..


Ingat nak berlari tanpa henti..sampai di area Gurney drive aku berhenti jugak sebab duk sibuk nak ambik gambar.bila dah berhenti faham faham sahaja lah..putus angin..sambung berlari semula pun rasa macam nak berhenti jer..tapi tetap kuatkan semangat..


Dan itu dia!Bach sampai dulu antara kami semua..dengan catatan masa lebih kurang 1 Jam 30 minit..Maintain jer berlari..Good Job bro!!


Then tak lama lepas tu (1 Jam 38 Minit) aku pun sampai..Alhamdulillah capai target aku nak setelkan larian 17 km below 1 jam 45 Minit..Faiz patut dah sampai awal tappi 4 km terakhir kaki dia boleh pulak cramp..dia sampai 2 minit lepas aku sampai..Then tak lama kemudian Zarul sampai dan diikuti dengan man..Good job you guys!semua dapat smpai below 1 Jam 45 minit!ok sangat dah tu.


terjumpa Fadhlul Hadi.dia join 7 KM.next time belasah 17 km terus bro!


Gambar ni ada sorang akak Reporter dari Malakoff Website ambik..di website malakoff ada dua kepng jugak gambar kitorang..hehe.Puas hati dapat habiskan satu lagi event larian..to all of them, ni first time lari di luar KL/Lembah Klang.


Cantik Finisher Medalnya..


Layan je lah gambar yang ada.. sakan lah duk posing di Podium..nak naik betul betul memang tak ada harapan lah samapi ke tua pun since Malaysia punya event memang akan dipenuhi dengan geng geng Kenya.so diorang akan sapu semua wang Tunai..Dalam pada duk bergambar ada Lucky Draw di jalankan tapi kena jawab soalan soalan..Gigih diorang ni tunggu nak jawab soalan yang ditanya sebab nak hadiah.


Berkat kesabaran dan kesungguhan akhirnya Zarul ngan Man berjaya menjawab soalan yang diberi oleh pihak penganjur.dapat lah satu carton air Gathorade..Bolehlah aku menumpang sama minum air ni..:)actually banyak lagi hadiah lain tapi semuanya di monopoli oleh sorang mamat cina mana ntah.bersungguh sangat nak jawab soalan.Kitorang kasi can lah kat diorang..malas nak bersungguh sangat.hehe(ayat cover)


Air Gathorade,Compare to 100 Plus aku lagi suka air ni sebab tak bergas


Dalam jam 11 am lebih kitorang bergerak dari Padang Kota menuju ke Transfer Road untuk sarapan pagi..lapar gila wehhh.nanti aku story dalam entry lain ya..Another Finisher Medal for all of us, but the run spirit wont stop here.More to come!!Jumpa lagi nanti di Larian Bendang 8 April di Menara Condong, Teluk Intan..Insya Allah!Congratulations pada semua yang menyertai acara ni!whatever it is, just Don't stop running ya!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails