Followers

Saturday, June 30, 2012

SOMETHING ABOUT YOU..

I've been sleeping since 4pm due to the bad headache after PKPI program is over.

6.50pm.

Got a wake up call telling me to look outside my house..dalam keadaan mamai aku jawab telefon and separuh sedar..terhuyung hayang aku bangun..kepala makin sakit pulak lepas bangun tidur..tapi gagahkan diri jugak untuk ke depan pintu rumah..


and i see one Body Shop paper bag hanging at my grill.

There's a note inside the paper bag with  3 tupperware. and i know mesti makanan dalam tu..and at the same time i was hoping to meet the one who delivered me this..But she's not around anymore. Dia kata just try her luck untuk hantar makanan since dia tahu aku nak ke KL petang ni..yeap.aku nak ke KL tapi sebab pening kepala aku just rest lah dulu..Maybe later we can meet ya.


Aku bukak satu tupperwre - nampak ada kek..so yummeh and tempting!!tak pikir panjang aku terus  makan satu slice..dan memang sangat sedap ye.Bukan aku puji sebab si dia yang bagi. Tapi sebab memang sedap. Namanya Chocolate Almond Torte..This is Recipe dari Masterchef Malaysia aritu..kalau nak resepi rujuk link ni : http://www.zestbyezani.com/choc-almond-torte.html. Tak muak kek ni.


Ada satu lagi makanan - Roti Jala + Kuah manis Durian..Biasa roti jala kaler kuning ni kaler Hujau pulak..kalau buat warna warni mesti cantik jugak kan.hehe..apa apa pun thanks a lot pada yang memberi..Boleh la buat makan malam..Thanks ya.ada ubi ada batas ada hari boleh ku balas..tapi aku tak reti lah nak buat kuih..buat nasik goreng boleh la..haha.:)

Thanks for giving me joys and smiles 
Thanks for being you.
Thank you.

*Malam ni aku akan bergerak ke Kuala Lumpur..maybe rest satu malam kat sana then esok akan bergerak ke Kemaman..balik kampung since seminggu ni 1 - 5 Julai ada Audit di Paka..so dapatlah teman mak minggu depan..Insya Allah..Wish me a safe journey ya!

SEKITAR PROGRAM JOM KE KUARTERS ZON UTARA TNB 2012

Alhamdulillah..

Program yang telah dirancang sejak dua bulan yang lalu akhirnya telah berjalan lancar..Proram Jom ke Kuarters anjuran PKPI dan PAKATAN TNB.. Program bermula pada 29-30 Jun 2012..

29 JUN 2012


Antara Urusetia yang terlibat


Perasmian oleh Pengurus Besar Stesen Jaanelektrik Gelugor


forum perdana : kearah pemantapan institusi kekeluargaan, Kejiranana dan Masayarakat


Panel jemputan : Ustaz Mutalib Maarof, Ustazah Nazrah, Imam Muda Azhar


Ramai tetamu yang hadir..Orang luar dijemput sama


Forum berakhir kira kira jam 11.45 pm


Imam Muda Azim & Imam Muda Azhar

30 JUN 2012


Qiyammulail jam 4.30am & Kuliyyah selepas solat subuh berjemaah


Sarapan pagi bersama sama para jemaah


Aktiviti sukaneka di Padang Kilat


Pelbagai acara dipertandingkan


Kategori wanita dan kanak kanak


Pertandingan mewarna dan kuiz sejarah islam untuk anak staff


Penyampaian hadiah untuk para pemenang sukan, kuiz dan mewarna


Makan tengahari dan solat zohor berjemaah


Mempengerusikan majlis penutup program


Ucapan aluan YDP PKPI & Ucapan perasmian penutup Timbalan Presiden PAKATAN TNB


Penyampaian hadiah acara sukan dan sumbangan kepada fakir miskin


Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar..Majlis berakhir pada jam 3.30 pm..bagi aku program ni sangat bagus terutamanya dalam usaha untuk mengeratkan silaturrahim antara warga kerja yang tinggal di dalam Kuarters..Pengisian Rohani juga penting dalam mencari keberkatan dalam hidup..Terima kasih pada semua yang terlibat sama ada secara lansung atau tidak lansung..Semoga kita semua bertemu lagi dalam program Jom ke Kuarters akan datang..Insya Allah!

*Habis program aku pening kepala sangat sangat..balik rumah terus tidur..maybe sebab cuaca panas sangat.

Thursday, June 28, 2012

DARI DAPUR AXIMUD : NASI GORENG SOTONG CILI PADI !!

Uishh..

Agak lama jugak aku tak buat segmen dari dapur AXIMUD ni. Kisahnya malam tadi rajin pulak nak memasak. Duk tengok Sotong ada dalam peti (mak kirim masa balik kampung dua minggu lepas.). Beras pun ada. So cadangan nya ialah nak buat Nasi Goreng Sotong..tapi kena buh cili padi baru ngam.Aku mempunyai pertalian yang sangat erat dengan Cili Padi. Ahli keluarga aku faham lah maksud aku ni.hehe


Tumis Bawang Putih then masukkan sotong sampai masak..pastu masukkan sos tiram sikit..Ambik Udang Kering segenggam dan tumbuk seara hancur..masukkan sekali dalam bahan tumisan ni.Pastu ambik nasi putih hancur hancurkan then tabur dalam kuali dan kacau..Masukkan daun celery + carrot + cili padi + garam. Gaul hingga rata dengan api besar..then rasa.kalau sedap sila tutup api.Nasi Goreng siap!!!!


Aku rasa nak buat nasi Goreng ialah benda paling senang dalam dunia ya.hehe..


Maka siaplah Nasi Goreng Sotong Cili padi versi AXIMUD. resepi ni tak boleh jual kat kedai kalau tak mesti bangkrap sebab kandungan sotong yang banyak. Sotong bukan murah sekarang..sekilo RM18 kalau kat Penang..kat kampung aku dapat lagi sekilogram RM14..Selamat mencuba resepi ni ya!!gandingan Udang kering dan cili padi adalah sebagai penguat rasa bagi menu kali ini.Kalau tak tahan pedas jangan letak banyak yer cili padi.kang sakit perut.

Salam bertemu lagi di dapur akan datang!!

ISO 9001 : 2008 INTERNAL AUDITING COURSE

Minggu ni merupakan minggu yang sibuk.

Actually kalau nak di ikutkan sibuk memang setiap hari adalah sibuk sebenarnya.Banyak kerja peru diselesaikan. Tinggal rajin atau tak rajin jer lah nak menyiapkan kerja yang ada.Kalau rajin setelkan semuanya dengan cepat.kalau malas faham faham sajalah..This week sepatutnya aku ke Putrajaya atas urusan audit tapi since boss aku pun tak ada atas urusan rasmi lain so aku tak dapat ke Putrajaya..bertindih tindih kursus sebenarnya..di Bangi pun ada..So kursus yang dapat attend hanyalah di Sunway Hotel Seberang Jaya, sebab tak jauh dari stesen. Standby mode.in case anything happened kat stesen ada person in charge.


Hari ini dan semalam kursus Internal Auditing Course bagi ISO9001:2008. kompeni aku memang multi tasking. Aku dah pegang ISO 14001 ni nak jadi auditor untuk ISO 9001 pulal..tapi tak kisah sangat sebab sistem ISO ni lebih kurang sama jer elemen nya..ada lah a few things yang berbeza tapi secara keseluruhannya konsepnya adalah sama. so senang nak faham.


Panggil external penceramah bagi course, Encik Yusoff dari execpro..Ok jugak dia ni bagi talk..boleh melawak kira ok lah..sebab kelas macam ni adalah boring yer.so penerangan yang penuh sense of humour adalah di harapkan daripada penceramah. Kalau tak.masing masing zzzzzzz lah jawabnya.


Classic!!KOPIKO untuk melegakan mengantuk.dari zaman kecik lagi duk ada


See. This is what happened untuk kelas macam ni.Ramai yang lenaa..angguk tanda faham..


Oh.terasa diriku sungguh skiny bila berdiri sebelah encik yusoff


Orang kuat SJ. Gelugor


Tea Time..Sunway Hotel dah renovate sekarang.Cantik!


Makan nasi lemak dua tiga sudu..Piring jer disediakan.sabo je lahh..


Makan makan sambil sembang sembang..release tension!


Kursus kat Hotel macam ni time makan lah yang paling di tunggu tunggu. Bila lah agaknya nak datang ke Hotel sendiri makan Buffet. rasanya tak lah kalau sendiri nak pergi. Harap kursus macam ni je lah nak merasa.lunch time di Cafe Oriental.


Kalau dah namanya buffet memang macm macam lah ada..ni bukan makanan hari ni jer..termasuk yang semalam..saja aku compile nampak macam banyak menu..so far aku rasa makanan di Sunway Hotel ni not bad lah..Pilihannya ok dn rasanya pun sedaap.Boleh try buffet berbuka puasa nanti..dah tak lama nak puasa ni.


Sebelum bersurai ada test kena buat.hantam sajalah.Tiru dalam notes.hehee


Ni merupakan wajah wajah hensem dan cantik peserta kursus bagi 27 dan 28 June 2012..Kompeni aku kalau bab bab Kursus memang terbaik lah..Macam macam kursus ada sampai tak larat nak attend dah..tapi kalau tak attend pun tak boleh if manday tak cukup..so pandai pandai lah manage untuk pi training mana mana..Kursus luar pun banyak..Takpe next week aku nak audit di Paka seminggu..tak sabar nak tunggu. Sebab boleh balik kampung sekali!!:)

*Petang tadi sempat berlari larian 5KM jer..target nak dapat mileage 100 KM sebelum June berakhir..11 KM lagi tinggal..hopefully this weekend sempat lari.

Wednesday, June 27, 2012

FOOD REVIEW : NASI LEMAK FAMOUS BANGSAR

Singgah makan malam di Nasi lemak famous Bangsar


Nasi Lemak + Ayam Goreng = RM6.00..sambal sedap.ayam gorengnya berempah dan mantap.Ok lah..lain kali nak try makan lauk lain pulak..banyak lauk pauk pilihan yang ada macam kerang, paru, telur goreng, sotong kembang dan macam macam lagi..Tokeynya tak berapa nak senyum tapi tak kisah lah kan.maybe muka tokey dia dah macam tu..janji kaya raya meniaga nasi lemak.kalau nak mai makan sini alamat kat bawah:


Nasi Lemak Famous
Corner of Bangsar Selera Food Court
Jalan Telawi 1
59100 Kuala Lumpur.

FOOD REVIEW : SABA RESTAURANT CYBERJAYA

24 Jun 2012.Selepas berlari Full Marathon 42 KM.

I think i really deserve to get some good food into my digestion system. Plus i really need a great carb to replenish my energy back yang dah hilang masa habiskan 42 KM before..at this time, all i can think of ialah makanan arab. Nasi arab would be nice to ease my hunger..With my running mate, Faiez and i went to the Restoran Saba located at Cyberjaya. Lama dah nak try makan kat Restoran ni. Cuma kali ni baru impian menjadi realiti. FYI, ni kali pertama aku datang ke cyberjaya. Tu pun sebab nak makan. Kalau tak, tak ada sebab lah aku nak datang sini.


It was confusing to search for this Restaurant. None of us have been here before, so with some help from Samsung S2 GPS,  we managed to find this Restaurant..and it looks so meriah dari luar. Banyak kereta and in my mind : Mesti sedap Restaurant ni kalau tak kereta takdelah penuh macam ni. That was my first impression. We'll see how later.


Luas juga Restaurant ni. Nak duduk kat dalam ataupun kat luar pun boleh..aku lebih suka duduk kat dalam.sebab bimbang kat luar nanti akan ada smoker smoker menghembuskan asap naga..I dont hate anybody, but i do hate smoke from cigarette. it makes me sick. so i decided to go inside..and lucky us to get the table. It seems like full house with all the table taken, because this is the peak hour, i presumed.padahal dah pukul 3pm yer.memang semua jenis makan tengahari lewat kot.


we take a look at the menu. semuanya nampak tempting dan menarik, considering our stomach is empty from pagi..Rasa macam nak order a lot of menu inside. Tapi kena beringat..sat lagi bila makan silap silap tak habis. You know lah kan when we talked about makanan arab portion nya adalah like portion untuk orang arab.. Boleh makan dua tiga orang satu plate tu..so apa yang kami order??tengok kat bawah:


A plate of Chicken Shawarma - served with Kentang Goreng dan salad serta yogurt


Chicken shawarma tadi kena makan with this bread. our appetizer


Saba Salad


Masa mula mula nak order nasik tadi, aku mintak Roasted Chicken served with rice. Sekali dah habis pulak..so we decided to order satu large set Hanith Chicken served with Rice..nasib  baik just order satu jer nasik.sebab portion last ni memang untuk makan 2-3 orang..dua orang yang kelaparan just nice rasanya untuk habiskan nasik ni.

 
Ayam diletak dalam foil tu bersama beberapa herbs dan spice..rasanya sungguh mengagumkan.!i like the marinated flavor and the chicken adalah sangat lembut. Enjoy je nak makan ngan sudu..isinya tak overcooked dan it almost perfect!i love this meal. 


Style makan di Restoran arab, satu dulang ni makan dua orang..baru feel.tak syok makan asing asing satu pinggan..Pekena pulak dengan Saba Salad tu tadi. Lagi menarik. Sebab aku perasan kalau makanan arab mesti kurang sayur..Cuma nasik dan ayam. Macam a bit boring. Tambah salad as ulaman boooommmm!Perfect!!


Teh Turki dan malt drink Pineapple.


Alhamdulillah, dapat habiskan nasik tu dengan cemerlang. Aku suka nasik arab sebab berasnya panjang panjang.. nasi nya pula kalau makan saja pun dah sedap. Apatah lagi makan ngan ayam.. Cuma kami dah tak mampu nak habiskan A plate of Chicken Shawarma..Minta waiter kat situ bungkuskan.Sayang jer kalau nak tinggal. At lest mana tahu taruh cadang boleh makan malam karang ker..Overall the food was great!!seriously. Bukan sebab kami lapar. Tapi memang sebab sedap. No wonder orang adalah ramai.


Aku pakai Finisher Tee of 42.195 KM standard Chartered KL Marathon. Kalau ikutkan hati nak pakai T- Shirt ni 42 hari 42 malam taknak tanggal bila membayangkan keperitan aku habiskan 10 KM last.. Tapi aku tahu, kesakitan hanyalah sementara..nanti bila dah recover aku akan tersenyum dan pasti nak ulangi lagi this sweet moment. Moment bila sampai di Finishing line knowing you are able to finish 42 KM on your own.Wallah!!


Dah kenyang apa lagi. Jom balik. Sebelum balik kena bayar dahulu ya. Kang tak saja saja kena hambat ngan tokey kedai..ke kaunter bayaran dan harga untuk our meal tadi tu dalam RM 50++..sorry i cant remember the exact figure. Dalam 25 hengget lah seorang. I think its quite affordable compared than nasi arab Al-Rawsha kampung Pandan. Well, Depend pada individu lah.ada cakap mahal ada cakap harga ok. But for us, dengan kualiti makanan dan servis kat sini yang boleh kata sedap jugak, i think it does worth it.


Operation Hours. Ini yang penting kalau korang nak datang makan kat sini


Kesimpulannya, aku pasti akan datang lagi nanti. Banyak cawangan sebenarnya saba restoran ni..Cuma aku datang di area Cyberjaya sebab sebelum mai sini Checked out dari Residen Hotel Bangi ( a few days before aku ada muktamar Pakatan TNB kat situ)..Theres a few pantang larang kalau korang nak makan kat sini.rujuk link ni ya.in case korang nak datang this Restaurant, ni alamatnya:

4800 Suite 0-2, Ground Floor,
Block A1,Jalan Perdana,
CBD Perdana, Cyberjaya,
63000 Selangor.
Tel: 03 8320 2544 (for reservation)

Selamat mencuba!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails