Followers

Tuesday, August 18, 2020

HARUSKAH AKU BERMULA KEMBALI

Salam kepada semua..

Sudah lama daerah ini aku tinggalkan. Rindu. Dan memang teringin untuk kembali. Banyak sekali kenangan manis indah pedih sedih dan jerih tersimpan di rumah ini. Sesuatu yang menjadikan aku siapa pada hari ini. Ketika aku mula membaca semula coretan lama, aku tersenyum dan adakalanya menangis sendirian. Kerana banyak perkara berlalu sebegitu saja. Masa berlalu pantas, dan kadang tanpa sempat untuk kita benar-benar menghayati sesuatu momen indah, ianya telah berlalu pergi.

Itu lah namanya kehidupan.

Baik atau buruk, seiring waktu berjalan ia akan berlalu pergi. Saat indah mahupun saat sedih pasti akan berlalu pergi. Bak kata omputeh - 'This too, shall pass!'. So tak perlu bersedih lama jika berada dalam keadaan yang tidak indah. kerana ianya tetap akan berlalu pergi. Segembira mana pun kita, saat itu jua akan berlalu pergi. Jadi apa perlu kita buat? LIVE IN THIS MOMENT. Hargailah saat ini. saat SEKARANG. NOW. Waktu sekarang yang amat bermakna kerana ianya pasti terjadi daripada kita meratapi sesuatu yang telah terjadi di waktu lalu, atau pun kita bimbangkan sesuatu yang tak pasti lagi terjadi di masa akan datang. 

Jadi apa update terbaru Azim Ashaary?

Alhamdulillah Allah telah kurniakan berbagai nikmat kepada saya. Ujian datang bersilih ganti tapi setakat ini itu tidak mematahkan semangat saya untuk tetap meneruskan kehidupan dengan penuh tabah serta sabar. Hidup ini sebenarnya kita yang tentukan sama ada mahu gembira ataupun tidak. Dan apparently i choose to be HAPPY. Sometimes ada orang kata kehidupan mereka tidak gembira. kerana tidak dapat itu dan ini. Bagi saya sebenarnya BAHAGIA itu adalah PILIHAN. Kita yang memilih untuk bahagia. Jangan pernah ingat bahagia itu datang dari orang lain ataupun harta benda yang kita miliki. Mungkin kita tak punya harta dan wang yang banyak, tapi jika kita merasa cukup dengan apa yang ada maka kita akan sentiasa merasa tenteram dan aman dengan keadaan yang Allah telah takdirkan pada kita.

Kata kuncinya adalah : SYUKUR! 

Bila kita syukur, Nanti Allah akan tambah lagi. 

Banyak sebenarnya perkara saya nak kongsi. macam biasa lah pasal food dan travel. dua subjek utama ni memang sentiasa evergreen. tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Bila buat perkara yang kita minat, kita tak akan rasa terbeban. so sharing semua maklumat ni takde masalah bagi saya. sebab memang saya suka berkongsi. tapi tak suka lah berkongsi kasih. hehehee. berkawan biar beribu, tapi berkasih biar lah satu. tak gitu hehehhee.

Ini adalah permulaan.

Inysa Allah sedikit masa lagi saya akan mula membuat hantaran hantaran baru di blogspot ini. Matlamat saya adalah untuk merekodkan kehidupan pribadi dan juga berkongsi maklumat mana yang ada. maklumlah dunia sekarang is all about digitalization dan etc etc. so kena la up to date jugak kan.

Until later folks! chow dulu buat masa ni.

Babai.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails