Aku masih berada di Pasir Gudang.
Insya Allah hari jumaat boleh bertolak Pulang..Seronok juga sekali sekala ambil angin lepak seminggu di Negeri Orang..bekerja sambil jalan-jalan..best!Tengahari semalam masa Lunch time,aku ajak member aku pi lunch di KEDAI MAKAN RAHMAT di kampung Pasir Putih..Teringin nak makan kat sini lagi..Kali last aku sampai tahun lepas..so alang alang dah ada di JB ni wajib menyinggah di Kedai Rahmat.
Lets makan-makan!
27 JULAI 2010
Dari tempat kerja aku dah tak jauh nak ke Kampung Pasir Putih ni..kawasan Pasir Gudang ni memang kawasan Industri.di kiri kanan semua kilang kilang jer yang ada..tempat ramai umat manusia mencari sesuap nasik.
Nampak signboard Kampung Pasir Putih belok ke kanan..Direction dalam ni kalau aku nak taip gonna make all of you confuse pulak..tapi senang jer nak ke sini..sampai Jumpa Sekolah Rendah depan sikit jer sampai lah kat Kedai Rahmat ni..
Tengok Parking pun sure korang boleh agak lah kan ramai mana orang duk mai makan kat sini..datang pulak time peak Hour..Konpem orang memang ramai.aku gamble jer lah..try jer masuk then cari tempat duduk.
See,Korang tengok sendiri lah betapa Full house nya Kedai makan Rahmat ni..mesti tokey Restoran kaya raya kan.hehehe..Rezeki dia..Kat sini memang ramai orang time lunch hour..kebanyakannya semua pekerja dari kilang berdekatan lah..
Dari this Restaurant dah boleh nampak Negara Jiran,Singapore
Akhirnya kami dapat tempat duduk..dan terus la mengorder makan..First meal yang kami dapat SAMBAL BELACAN ni..hehe..nampak pun dah menyelerakan apatah lagi time perut tengah lapar..
SAMBAL KICAP ni pun bukan main menggoda lagik..Kalau kat Johor memang glemer kan sambal kicap macam ni..even aku tengok orang JB makan Goreng Pisang pun cicah sambal kicap..
And the Killer meal kat sini semestinya SIAKAP GORENG KOSONG macam ni..this is the real reason why people like to come here again and again and again..sebab kat tempat lain takder siakap goreng macam ni..aku rasa ni siakap bela..bila kita order baru diorang goreng..Ikan sampai panas panas..memang Fresh!!lawan pulak dengan sa,mbal kicap..two thumbs up + ibu jari kaki lagik!!
UDANG GORENG ni pun sama..kat tempat lain jarang nak jumpa goreng macam ni,biasanya mesti goreng sambal ataupun buat masak lemak cili padi.kat sini diorang just goreng ngan sedikit Garam.sedap buat ratah ni..
KOBIS MASAK LEMAK ni my faveret!!kalau balik kampung aku ada jugak suruh my mum buat..sedap sangat!!kira memang paduan yang kena lah dengan lauk oauk yang ada..
Sidekick yang pasti ada-SAMBAL TEMPE & TAUHU serta SAMBAL PETAI IKAN BILIS..yang ni ambik sikit jer sebab my fren tak makan tempe..aku bedal sorang sorang..memang sedap lah sambal sambal ni..masakan kampung memang sedap kan..
Semua lauk dah sampai so apa lagi bedal lah!!FYI,aku makan berdua jer lauk lauk banyak macam ni..sekali sekala outstation tu yang ambil kesempatan nak bedal habis habisan..Kat kedai Rahmat ni ada lagi lauk pauk yang lain..tapi yang specialnya macam yang kami order ni lah..setakat ayam goreng kat mana mana pun sama..mai mai jemput makan..Bismillah..
Lihat lah isi ikan yang nan memutih bak salji tu..tambah pulak bila kopek isi berasap sebab baru angkat dari Kuali..lagi lah menambahkan keghairahan kami nak ngapp ikan ni..memang terangkat!!Korang kena try makan dulu kat sini kalau tak percaya..Serius Sedap.aku tak tipu.
Dan seperti biasa lazimnya,bila aku mengadap makanan ini lah yang jadi..Ikan yang dari tadi segar seekor terus becerai tulang dari Badan..dengan sisik sisik sekali kami makan..haha..rakus sangat.Tapi memang seronok lah boleh lepak makan di sini lagi..this is my 3rd time makan kat sini..tapi ilike this Restaurant punya dish..Unik!
Harga untuk dua orang makan macam ni ialah RM45 (termasuk air tea'o' ais Limau dua)..aku rasa sangat reasonable sebab Ikan siakap tu besar jugak..bukan cinonet punya saiz..apa apa hal pun bersyukur dengan Rezeki Tuhan..Alhamdulillah..Setel makan terus balik ke tempat Kerja untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai..
Malam nya,aku sempat masuk ke Singapore..Entri seterusnya lah aku citer.Chiaow..
*Syok lah Outstation seminggu macam ni!!Rasa bebas dan tak tertekan dengan masalah masalah di Opis..Buat semua rakan Blogger,for the timebeing aku busy so tak sempat nak tinggal jejak..nanti aku singgah rumah korang yer..Thanks for your support guys!