Followers

Monday, January 30, 2012

TERJUMPA USTAZ AZHAR IDRUS DI PASAR CHOW KIT!!

Kan best kalau tiap tiap hari adalah hari Ahad.

Ahad maksudnya bercuti  je lah kerjanya.tak perlu nak masuk Opis macam hari ni..Monday blues sangat..Alhamdulillah selamat sampai malam tadi ke Penang dari Kuala Lumpur..actually hujung minggu yang baru saja berlalu aku spend di KL lagi memandangkan Ayah masih berada di Wad Nefrologi di HKL..dan kebetulan tarikh 28 January 2012 aku dah book untuk buat White Water Rafting di Kuala Kubu Selangor.

Seriously sangat teruja lepas dapat buat white water Rafting di KKB!!memang lagi best dari Sungai Kiulu Kota Kinabalu yang aku dah try ber water rafting kat sana pada May 2011..Berbaloi lah harga RM165 untuk seorang sekali lunch di KKB..Ada kesempatan nanti aku share kan dengan korang pasal White Water Rafting di KKB..Banyak gambar gambar mebarik untuk dikongsi..sakit sakit badan pulak hari ni sebab dua tiga kali jugak aku terjatuh dalam air..More details dalam entri kemudiannya ya.


Nak cerita pasal pagi semalam.

Aku macam biasa lah, bermalam kat wad ayah jer teman mak..Faiz pun ada sekali tidor satu malam di wad ayah sebelum dia balik ke Nilai Semula..Pagi pagi lagi kami dah bangun dan solat subuh..lepas solat subuh duk baca kitab Hikam dengan Mak dapat dua tiga topik then Ayah suruh pi cari sarapan pagi di Pasar Chow Kit..Kali ni aku tak bawak kereta turun KL..so aku,mak dan Faiz menapak je lah dari HKL menuju ke Chow kit..exercise di pagi hari..


Sampai di Chow kit ternampak sekumpulan manusia..


Rupanya kumpulan USTAZ AZHAR IDRUS..ok ni kali pertama aku nampak Ustaz Azhar Idrus secara Live..Biasa dengar ceramah agama dia sahaj di You Tube ataupun vcd ceramahnya..Kebetulan duk bersembang dengan mak pasal Ustza Azhar, tetiba masa mak beli kuih aku ngan Faiz perasan Ustaz Azhar duk tengah ambik gambar peniaga di pasar Chow Kit ni..Panjang umur dia..


Ustaz Azhar sekarang ni memang menjadi sebutan ramai kerana cara dia beri ceramah yang tak terlalu serius, ada jer lawak diselitkan tapi tetap memberi penekanan dalam menyuruh umat islam mengikut syariat islam yang sebenarnya.Aku mula mula tahu pasal Ustaz Azhar pun sebab dengar CD dalam kereta Abang Shuk..sejak daripada aku dengar tu yang aku terus berminat untuk dengar ceramah ceramah dia..selalu tengok kat Youtube..masa di Pasar Chow Kit ni Sham Kamikaze pun ada..Alhamdulillah aku tengok ramai jugak artis yang dah nak berubah dan ikut kembali pada ajaran islam yang sebenarnya..Hidayah itu milik Allah.


Konpem tak lepaskan peluang untuk ambik gambar ngan Ustaz Azhar..kalau nak tahu Biodata Ustaz Azhar boleh rujuk link ni. Suka tengok kamera yang dia pakai tu..UAI memang suka ambik gambar dan gambar gambar dia ada di studio digital Mukmin. Malam tadi dia ada ceramah di Masjid Sultan Salehuddin Shah Alam..elok lah tu, bertanding antara ceramah agama dan Anugerah Juara Lagu..Alhamdulillah aku dengar ramai yang pergi ceramah tu..Pilihlah jalan yang mampu membawa anda semua ke syurga..Alhamdulillah walaupun aku tak berpeluang lagi untuk hadir ceramah ustaz Azhar secara live dapat jumpa macam ni pun dah cukup baik..selamat maju jaya Ustaz!semoga Allah terus mmeberkati usaha anda dalam menarik minat orang ramai terutamanya golongan muda untuk lebih mencintai agama Allah dan para RasulNya.


Lepas dah beli makanna dan apa yang patut di Pasar Chow kit jalan kaki balik menuju ke Hospital..Nak naik teksi tapi mak kata berjalan sahaja lah.aku ok kalau berjalan cuma kesian kat mak..memang la tak jauh Hospital ngan Chow Kit tapi berpeluh jugak lah..Sampai Hospital makan apa yang patut and then aku keluar pi plaza Low Yat sekejap sebab abang zalee mintak tolong aku belikan hard Disk 500GB..Harga Hard Disk sekarang quite mahal since Thailand Banjir so supply kurang..tu yang harga naik.500GB pun harga RM245..Biasa RM190 je..


Balik dari Plaza Low Yat Kak Tie dah ada di Wad ayah..so duduk sembang sembang sementara aku menunggu waktu untuk pulang ke Penang..Masa nak balik ayah kata nak turun ambik angin kat bawah..ye lah, bila dah sebulan asyik terperap kat bilik mana nak tahan..aku faham perasaan ayah..tapi nak buat macam mana..prosedur di wad pesakit yang ada tak boleh keluar..


Mak dan ayah, dont worry minggu depan kita akan jumpa lagi..Hujung minggu depan saya turun KL lagi sebab ada cuti panjang sempena Maulidur Rasul dan Thaipusam..so boleh la spend masa di KL bersama kalian..Penang ngan KL pun bukan jauh mana sangat..4 jam perjalanan..Jaga diri ya Mak dan Ayah.saya sayangkan kalian berdua..Semoga dapat lah ayah cepat keluar dari wad..Insya Allah.

*Dari HKL aku terus ke Puduraya dan ambik bas untuk ke Penang..Alhamdulillah sampai awal jam 12 tengah malam tadi dah sampai Penang.so sempat lah berehat sebelum ke tempat kerja..

"Dan Rabbmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah (beribadah) selain Dia dan HENDAKLAH BERBUAT BAIK KEPADA KEDUA IBUBAPA. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya telah sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah engkau mengatakan "Ah!" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah "Wahai Rabbku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidikku pada waktu kecil" (Surah al-Isra': 23-24)

Sunday, January 29, 2012

KENNY ROGERS RESTAURANT @ QUEENSBAY MALL


Early dinner at Kenny Rogers Queensbay Mall..what more can i say??servisnya lambat, dan for this time around i did not enjoy to eat chicken here..Rasa macam lembik dan side dish nya pun macam tak fresh..Entah.maybe sebab dah selalu makan kat Nandos jadi aku compare rasa ayam kat sini ngan Nandos..i think this is most probably the last time aku makan di Kenny Rogers.Lepas ni pikir banyak kali lah nak menyinggah..Cuma muffin vanilanya lah takder tandingan.Other than that, they should probably invent a new menu or do something extra to attract me back..hehe..

*26 January 2012

Saturday, January 28, 2012

KULIYYAH ILMU VS NAAN TANDOORI RESTORAN KAPITAN

Hari yang agak busy jugak..

Adat bekerja..mesti banyak perkara nak di selesaikan..Jangan lupa bekerja juga satu Ibadah..Kerja merupakan” kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia bagi mendapatkan upah atau ganjaran”.Manakala ibadah bermaksud” kepatuhan dari ketaatan kita kepada ketinggian dan kekuasaan Allah yang diiringi kesanggupan menyerah diri kepadanya”. Apabila digabungkan ,ia bolehlah diertikan sebagai tugas atau tanggungjawab untuk meraih pendapatan dan keredhaan Allah.

Allah Taala berfirman dalam surah AtTaubah ayat 105 yang bermaksud:


“Katanakanlah(Wahai Muhammad):”Beramallah kamu(akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan  kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”

Balik dari kerja tadi sempat berlari 5KM..training dan terus training..tahun ni aku ada misi nak buat Full Marathon dalam Bulan Jun nanti..so setakat 5 km dan 10KM aku kena biasakan diri berlatih..memang letih tambahan pula bila balik dari kerja agak exhausted tapi hendak seribu daya tak hendak seribu dalih..di mana ada kemahuan di situ ada jalan.Insya Allah.


Lepas Maghrib tadi ada kuliyyah agama oleh Ustaz yang dijemput..Bicara pasal kepentingan ilmu..

Tuntutlah ilmu, sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah Azza wajalla, dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sodaqoh. Sesungguhnya ilmu pengetahuan menempatkan orangnya, dalam kedudukan terhormat dan mulia (tinggi). Ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan di akhirat. (HR. Ar-rabii')


Lepas isyak jumpa seseorang di Restoran Kapitan Queensbay Mall..Carrot sus dan Carrot o.


Roti Naan dan Ayam Tandoori Restoran Kapitan memang yang terbaik lah..sedap tak taw nak habaq.korang patut cuba rasa ayam ni..Kalau mai penang bagitau nanti saya boleh belanja..hehe..Hari ni sebenarnya hari yang memenatkan sebab saya baru balik dari KL semalam..Terima kasih lah awak sudi temankan saya dinner..Kalau tak memang saya tak dinner lah jawabnya malam ni.

Ehhhhh entri ni sepatutnya bertarikh 25 January 2012.Tapi saya post pada 28 January 2012.Tak mengapa lah.Blog saya kan.jadi saya punya suka lah nak post bila bila pun.:p

Ok dah mengantuk.dan nak Tidor.

Assalamualaikum.

Friday, January 27, 2012

MEDAN, INDONESIA TRIP DAY 3 PART 2 (PART FINALE) : LUNCH @ RESTORAN GARUDA - MASJID RAYA ALMASHUN MEDAN - ESTELLER SUN PLAZA - POLONIA AIRPORT - SAYONARA MEDAN!!!

Dari pasar Ikan kami menuju ke sebuah Restoran Makanan Padang yang terkenal di Kota Medan iaitu Restoran Garuda.Ada satu Restoran Garuda di Kuala Lumpur, bertempat di Kampung Bharu.aku pernah makan kat situ tapi tak sedap..menurut pak Rizal Restoran Garuda di Kota Medan sahaja yang paling lazat.Luar dari Kota Medan rasanya tak berapa sedap.Wallahualam.dia lebih arif.

8 JANUARI 2012


Restoran Garuda dengan tagline 'Nikmatnya Santapan Sejuta Kesan'


This tempat makan sangat eksklusif..dengan ruang yang luas dan dekorasi yang menarik.aku rasa mesti mahal ni kalau makan kat sini.tapi tak mengapa lah.ini yang terakhir kalinya kami makan di Medan Indonesia sebelum pulang ke Malaysia..Kat Malaysia juga ada nasi Padang tapi kalau mahu rasa yang lebih asli lebih baik makan di Indonesia sahaja..


As usual lah kalau dah nama Restoran Nasi Padang bila kita masuk dan duduk sahaja akan terus di hidang dengan berbagai bagai jenis lauk pauk yang menggugat jiwa bila melihatnya..dah la kami semua tengah lapar..kena buat pilihan yang bijak supaya tak lah terlebih bayar nanti.again, aku nak puji ambience this restoran - sangat lah bersih dan toiletnya pun cantik!


laparnya tengok lauk pauk ni!!!jom ushar lauk!


Tengok Udang ni rasa Geram tapi tak ambik lah.nak makan yang authentic dari Indonesia je


sambal hijau tu tetap menjadi pujaan hatiku!!


Jom kita makan!!lapar dah masa ni..Bismillah..


Jus Alpokat dan Jus Markisar


Time makan semua senyap dan khusyuk mengadap makanan..sedar sedar semua dah siap makan..Alhamdulillah..syukur pada Allah atas rezeki yang tak putus putus kau kurniakan kepada kami semua..

Mahfum Firman Allah (Saba’:24)
Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.


bergambar bersama seorang pekerja di Restoran ini


Daripada Restoran Garuda, kami semua singgah di sebuah masjid yang paling besar di Kota Medan iaitu Masjid raya Al-Mashun.Untuk bersolat Zohor dan jamak asar. Komuniti islam ramai juga di Medan.Maka mudah untuk mendapatkan makanan halal di bahagian sini.

Satu lagi peninggalan Sultan Deli, yaitu Masjid Raya Al Mashun yang berjarak tak jauh dari Istana Maimun (200 m). Menurut sebuah sumber, masjid mulai dibangun tanggal 1 Rajab 1324H atau 21 Agustus 1906 dan selesai 10 Sept 1909 oleh Makmun Al Rasyid Perkasa Alamsyah. Beberapa bahan dekorasi dibuat dari Italia dan Jerman serta konon dulunya menjadi satu bagian dengan komplek istana. Masjid yang dirancang oleh Dingemans dari Amsterdam (dengan bentuk yang simetris jika dilihat dari keempat sisinya) memiliki gaya yang diambil dari budaya Timur Tengah, India, dan Spanyol. Masjid dibangun dengan bentuk segi 8 (oktagonal) dan memiliki 4 sayap disetiap bagian selatan timur utara dan barat yang berbentuk seperti bangunan utama namun berukuran lebih kecil. Luas keseluruhan bangunan adalah 5.000 meter.


dekorasi dalaman masjid


kawasan sekitar masjid


Konsep bangunan utama beserta bangunan sayap katanya merupakan konsep bangunan masjid kuno di timur tengah. dsana masjid dibangun dengan ruang tengah sebagai ruang utama (disebut sahn) dan empat sayap berupa gang beratap untuk berteduh (disebut mugatha/suntuh). Hiasan di masjid ternyata bukan berupa kaligrafi melainkan ukiran bunga dan tumbuhan. dan berbeda dengan masjid lainnya, kubah masjid ini tidak berbentuk bulat namun persegi 8 dan agak gepeng. kubah berjumlah 5 buah, yang paling besar berada diatas bangunan utama dan 4 lainnya diatas masing2 sayap. disetiap ujung kubah terdapat ornamen bulan sabit sebagai penghias.


Kota Medan adalah ibu kota daerah Sumatera Utara, Indonesia. Ia adalah bandar terbesar di Sumatera. Medan bersempadan dengan Kabupaten Deli Serdang di sebelah barat, timur, dan selatan dan dengan Selat Melaka di sebelah utara.Penduduk asal bandar ini adalah orang Melayu, tetapi kini bandar ini merupakan bandar pelbagai kaum yang menarik. Majoriti penduduk bandar Medan sekarang adalah Suku Mandailing dan suku Jawa, namun terdapat juga kaum India dan Cina. Kaum Cina di Medan cukup besar.


Istana Maimun adalah salah satu dari ikon kota Medan, Sumatra Utara, terletak di kelurahan Sukaraja, kecamatan Medan Maimun.Didesain oleh arsitek Italia dan dibangun oleh Sultan Deli, Makmun Al Rasyid Perkasa Alamsyah pada 1888, Istana Maimun memiliki luas sebesar 2.772 m2 dan 30 ruangan.Istana Maimun menjadi tujuan wisata bukan hanya karena usianya yang tua, namun juga desain interiornya yang unik, memadukan unsur-unsur warisan kebudayaan Melayu, dengan gaya Islam, Spanyol, India dan Italia, namun sayang keadaanya kurang terurus sekarang.


Kami sempat singgah di Sun Plaza Mall untuk menikmati esteller di sini..


Es Teler adalah jenis minuman dingin berupa buah-buahan segar - nangka, alpukat dan kelapa, dengan racikan sirup istimewa yang membuat minuman ini asyik untuk dinikmati. aku baru first time nak try rasa minuman ni.biasa datang indonesia tak pernah try.dan aku suka lah rasanya!sedap!patut lah azuan ngan kak leez bersungguh sangat nak makan esteller ni.hehee.memang sedap rupanya.


semangkuk seorang.Puas!


Selesai makan es teller aku sempat lagi cari sehelai seluar jeans di kawasan tengah mall.ada sale sempena perayaan taahun baru cina tak lama lagi..memang berbaloi baloi sebab harga jatuh banyak..aku beli seluar Jean Hugo sport dengan harga RM40..mana nak cari seluar jeans murah macam tu.nasib baik muat aku pakai sebab tak boleh nak test..phewww..


Dari sun Plaza Mall kami bergegas nak menuju ke Airport sebab flight pukul 5.45pm..sebelum sampai ke airport sempat singgah di tepi gerai yang menjual Bilis Goreng dan Kuah Pecal.aku beli dua bungkus bilis Goreng dan sebungkus kuah pecal.beli sebab tengok azuan dan Kak Leez beli.ada jugak macam tu yek..


Kembali semula di Polonia Airport, Medan Indonesia.It's time to say goodbye..


Terima kasih Pak Rizal atas layanan baik kepada kami sepanjang trip 3 Hari 2 Malam ni..terima kasih kepada travel partner ku : Kak Leez, Kak Nani dan Azuan sebab jadi travel partner yang best!!korang memang sporting!masa di airport ni keadaan agak kelam kabut sebab airportnya kecik saja.so quite confuse sikit which way to go..masa nak balik sila spare kan duit Rp 70,000 untuk tax.kitorang ada checked in barang dan nasib baik semuanya cukup cukup..:).Untuk info pasal Medan boleh lah email kat aku kalau ada soalan apa nak tanya.kalau nak lagi mencabar korang baca balik entri ni dari awal ataupun baca jugak entry di Syarliz.blogspot.com.Dia pun dah update habis dah cerita pasal this trip.

Alhamdulillah perjalanan kami semua ke Kota Medan berjalan Lancar..dari Medan- lake Toba- Berastagi - Kota Medan semula, sememangnya menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan.apa yang aku paling suka tang scenery yang sangat cantik di Lake Toba dan air terjun sipiso piso..tidak dilupakan kedinginan di berastagi..Keindahan Alam Ciptaan Allah..Dari segi shopping aku tak berapa enjoy di Pasar Ikan.other than that aku rasa trip kali ni memang sempi dan best!!Terima kasih sekali lagi aku ucapkan pada kalian bertiga yang menjadikan percutian kali ini satu realiti.

Sampai bertemu lagi di Percutian yang akan datang.

Insya Allah.

The End.(for now)

MEDAN, INDONESIA TRIP DAY 3 PART 1 : CHECKED OUT FROM HORISON HOTEL BERASTAGI - JUS BUAH - BIKA AMBON ZULAIKHA - PASAR IKAN KOTA MEDAN

Hari ketiga..Hari terakhir untuk kami berada di Medan indonesia.

8 JANUARI 2012

Sangat liat nak bangun pagi..sebab cuacanya sangat lah sejuk!!selesai solat subuh terus mandi dan bersiap siap untuk sarapan pagi..pagi ni jugak kami akan Check out sebab nak menuju ke Kota Medan pula dari Berastagi...Jarak Berastagi dan Medan ialah 66 Kilometer.Orang kata save the best for the last.so hari last ni baru kami nak shopping apa yang patut sebelum pulang ke Malaysia.

suasana pagi di luar Horison Hotel..Nyaman sangat!


Hotel ni pun ada swimming pool.tapi aku respek sesangat lah pada satu family ni yang boleh bawak anak dia mandi swimming pool pagi pagi hari macam ni..tak takut sejuk ke depa ni aku pun tak sure..aku mandi tadi pun macam mandi ngan air batu..aku tak pakai heater saja nak rasa airnya sejuk macam mana.senang cakap kalau korang tak mandi pun takpaa lah kat sini.hehee.suka dengan kehadiran pokok pine yang ada di seluruh kawasan hotel.


Tempat sarapan pagi bersebelahan dengan lobi hotel.


Variety makanan kat sini bagus.ada mee Goreng ada Bihun ada ayam goreng ada roti bakar dan ada jugak moi sup.(bubur nasik).Buah Buahan pun ada sekali.Pilih je lah korang nak makan apa..Aku berkenan betul dengan telur di area Bubur sebab telur kuningnya separuh cair..slurppp..


Makan meehon Goreng + ayam goreng + telur rebus


ehhh mana azuan??dia pi balik bilik sebab sakit perut.


Overall makanan kat sini biasa biasa sahaja..selesai sarapan pagi sempat lah ronda ronda kawasan keliling hotel dengan diorang.hotel di jaga rapi..nampak bersih dan maintenance nya pun bagus.Cuma komen aku pressure air di bilik mandi adalah slow, dan jarak hotel dari Lobi adalah jauh.yang lain tip top.rate 1 malam ialah RM150.


Its time to checked out..Pak Rizal dah tunggu pada jam 9am dengan kijangnya..so kami memang dah siap kemas barang sebelum sarapan tadi so just load all of our stuff and belonging into his avanza.memang just nice lah kami pergi berempat.senang nak ayur kenderaan untuk dipakai.kalau 5 or 6 orang mesti nak kena sewa dua kereta pulak.so jumlah traveler juga akan mempengaruhi perbelanjaan dan perjalanan anda.please take that into consideration too kalau korang plan nak jalan ramai ramai.


mari lah menuju ke Kota Medan.


Dalam perjalanan ternampak banyak ladang ladang strawberry dan ladang sayuran serta bunga..Cuaca kat kawasan Berastagi memang sesuai untuk tumbuhan beriklim sejuk untuk tumbuh..Pak Rizal nak bawa kami ke Ladang strawberry tapi masih awal sangat..lagipun buah strawberry dah habis dikutip memandangkan baru sahaja Tahun Baru 2012 di sambut..maksudnya dah ramai pelancong datang dan petik buah strawberry masa new year eve so buahnya semua dah habis.Lebih kurang gitu lah maksudnya.tak paham?paham kan lah..aku bukan tulis bahasa omputih.ni bahasa malaysia sahaja.


Sepanjang perjalanan masing masing memendam rasa dan melayan perasaan..tak pasang aircond pun dalam kereta sebab nak beri ruang rasa angin luar..memang lagi sejuk dari aircond..sesekali ada sekumpulan cyclist datang melintas kereta kereta yang sedang turun dari tanah tinggi..dan jalannya memang bersimpang siur..sapa tak tahan jalan bengkang bengkok memang akan muntah..Alhamdulillah kami semua steady.semua mampu bertahan dengan kerenah jalan yang tak berapa nak straight tu.Dalam masa 2 jam akhirnya kami tiba jua di Kota Medan.


Persinggahan pertama kami ialah di Yenny punya kedai..This kedai jual oleh oleh khas medan seperti jeruk jambu,dan berbagai jeruk jeruk lain..yang menarik kat sini ada dijual jus buah yang asli tanpa sebarang pengawet..Tokey kedai bagi testing suh rasa satu satu jus air yang ada.memang sedap dan pure!!aku suka jus terung belanda.baru first time try dah jatuh cinta dengan rasanya yang masam.


Banyak pilihan yang ada.Jus Kuinin jus markisar jus terung belanda jus durian belanda dan banyak lagi jus jus lain.semua menarik..tapi aku rasa harganya a bit mahal..setiap satu berbeza harganya mengikut kadar kepekatan.


Aku beli 3 botol sahaja.Tumpang kotak kak Leez dan Azuan.


Our Next pit stop ialah di Kedai Kek Bika Ambon Zulaikha.Sapa sapa yang dah datang Medan mesti rekemen kedai ni atas status kehalalannya..mencari yang halal itu wajib bagi umat islam..kat kedai ni ada jual macam macam makanan, tapi specialistnya ialah Bika Mabon dan Kek Lapis.


Tengok kak leez Borong banyak gila kek Lapis dan Bika Ambon ni.aku test makan satu.biasa jer kek nya.macam kek lapis di Kuching Sarawak.Tapi rasa Bika Ambon aku tak suka..Bika ambon tu kenyal entah camana ntah.tapi aku tak suka rasanya.aku beli sebagai ole ole nanti tengok lah sapa yang suka makan..Kek Lapis aku beli 4 kotak dan ada jugak aku beli jus buah lagi.nak beri pada orang.


ini lah rupa Bika Ambon(gambar atas) dan Kek Lapis Legit Blueberry (gambar bawah)


Daripada Bika Ambon Zulaikha kami terus meneruskan perjalana ke Pasar Ikan.Pasar Ikan ni lah yang menjadi kegilaan ramai kaum perempuan terutamanya sebab kat pasar Ikan ni banyak kain telekung dan kain baju serta kelengkapan Ibadah tersedia.Korang siap kan duit sahaja..Cuma nya oleh keran akitorang datang hujung minggu maka banyak kedai yang tutup untuk berlibur..pelik juga aku kenapa weekend diorang tutup kedai.Bukan ker weekend ni ramai orang cuti dan tu je lah masa untuk shopping.biaq la.malas nak pikir.tu sistem depa lah kan.

Azuan sibuk mencari souvenir.aku pun beli pen dan Fridge magnet ngan pakcik ni jugak.


Kak Leez ngan Kak Nani duk sibuk nak beli kain telekung sembahyang.aku pun nak cari sehelai untuk mak aku..diorang duk sibuk tawar tawar..tak dapat harga yang dikehendaki terus keluar pi cari kedai lain..then bila dah selongkar kain sembahyang then negotiate pasal harga..Harga nak turun tak boleh terus kak leez nak pi cari kat kedai lain pulak.skali mbak dalam kedai tu membebel bebel sebab dia kata duk selongkar itu ini tapi tak beli.Rupanya kedai yang first tadi tu pun kedai dia jugak.cesssss..tapi bila dia duk marah marah macam tu semua orang mood nak membeli dah mula kendur.terus terbayangkan tanah abang dan shopping di bandung sahaja.


kain telekung dan kain sembahyang para wanita banyak duk ada di Pasar Ikan


ehhhhhh aku silap tengok ke apa ni..mana satu model mana satu patung mana satu datin..


Yang kelakarnya aku berulang kali pusing di tempat yang sama..sampai ada orang keliling tegur kamu dah kenapa ya mas asyik musing musing dua tiga kali di tempat ini..actually aku nak cari diorang sebab ada ketikanya kami terpisah.nasib baik ada number telefon SIMPATI..so boleh kol azuan dan dapatkan lokasi diorang yang sebenarnya..akhirnya dapat lah aku beli kain sembahyang untuk mak dan kain pelekat untuk ayah.Orang lain aku beri souvenir jer lah yek.sebab serius wehh.takdak mood nak membeli..tak taw pasaipa.


Masa nak keluar dah dari Pasar Ikan kami terserempak dengan pakcik yang jual Fridge Magnet.Kak Leez tak beli lagi Fridge Magnet so terus rembat kat situ jer..sempat pulak kitorang beli beg corak batik nak buat isi barang..nice bag tu.aku suka..boleh lah beri kat mak nanti suh dia buat isi kain sembahyang.


Di sekeliling pasar ikan ni ada orang jual sate Padang dan air tebu berastagi.tak beli pun


Dan ini lah keadaan belakang Kijang Pak Rizal setelah kami semua bershopping apa yang patut di Kota Medan..Banyak juga tuh..berkotak bagai..jenuh la nak bawak ke airport nanti..will see how..dah puas shopping perut terasa lapar la pulak..makanya kami semua menuju ke Sebuah Restoran Makanan Padang terkenal di Medan, Restoran Garuda..

*to be continued..

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah mengasihi hambanya yang bersifat taqwa, kaya jiwa serta tidak menonjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi)". (Riwayat Muslim)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails