Hari Rabu..
Agak lambat untuk mengemas kini kan laman ini.Kerja yang banyak dan komitmen lain yang ada..lagi pun sekarang FaceBook lebih mencuri tumpuan dari Blogging kerana Fungsinya yang lebih mudah dan user-friendly.Tapi jangan bimbang,aku tetap di sini..tetap mencoretkan pengalaman hidup dan aktiviti yang pernah aku jalani.Berblog tetap minat aku..Cuma kekangan masa yang jadi penentu cerita yang akan di paparkan..
Kali ni aku nak sambung lagi Kisah percutian ke KOTA KINABALU Bulan lalu..entri sebelum ini terhenti di petang hari,sewaktu menikmati panorama Indah matahari Terbenam Di tanjung Aru..Dari Tanjung aru kami terus pulang ke Rumah Abang Bear dan Dr.Shah dan bersiap siap untuk Dinner..
**************************************************************
27 MAC 2010
Dari Tanjung Aru kami semua bergerak balik ke kediaman Abang Bear dan Dr.Shah yang terletak di....ntah.tak ingat spesifik nama tempat rumah diorang ni..diorang duk kondo siap ada swimming pool.very nice place..
Rumah ni memang besar..fully furnished rasanya di sewa..sesuai lah sangat untuk kami yang ramai ni bertandang.ada 3 bilik tidur dan 3 bilik air..dapurnya pun luas..wahhhh bukan main kan aku duk describe orang punya rumah.aku sendiri nak beli rumah tak taw bila..
swimming pool..tutup pukul 9 malam.
Alang-alang dah nak membersihkan diri aku ambil peluang la nak berenang dan berendam dalam pool barang setengah jam..kalau lah rumah aku ada swimming pool memang lah hari hari aku berenang..senaman yang sangat santai lagi menyihatkan badan!
Dalam pada aku berenang tu semua orang yang lain pun bersiap siap sama sebab malam ni kitorang pla nak keluar Dinner di Restoran yang Best..Dr.Shah nak meraikan ulang tahun nya yang ke-10 sebagai Doktor..10 tahun just pass us by macam tu jer kan..just wonder kat mana la aku 10 tahun akan datang kan..
gambar dalam Lif dah jatuh WAJIB dah untuk di ambil..
Plan asal Dr.Shah nak bawak makan kat satu restoran apa nama ntah,tapi kat situ ramai lah pulak orang sampai nak parking pun payah so plan bertukar di saat akhor,di mana kami di bawa makan di Restaurant China Muslim Seafood,DONG YI SHUN..diorang pun tak pernah makan kat sini so sama-samalah kami semua bereksperimentasi..
ini adalah Abang Bear..kuning sangat malam ni
Dan lupa aku nak bagitaw,kitorang juga di sertai oleh Wan Hidayat dan sekutu kuatnya,Farid Kamil Zamzuri..member masa kitorang ke Miri Bulan Februari yang lalu..diorang datang dari Miri semata-mata nak beli Bola Bowling..hehe..bukan main-main,betul.memang itulah tujuan mereka ada kat sini..Tapi orang kata The More the merrier..so lagi best kalau ramai ramai cenggini.
Wan Hidayat & Nikli Nodin(Blur)
Dr.Shah dan Abang Bear
Sekali lagi gabungan mereka berdua..
Ini air namanya KIM CHAU..limau asamboi sebenarnya..
Gembira sungguh Abang Bear dapat minum Jus Tembikai..
Aida Hanim Daud yang memang Ceria sentiasa..
Ok.so mari kita beralih kepada apa yang kami order pada malam ni..nama menu ini ialah FRIED BUTTER PRAWN ataupun nama melayu nya ialah Udang Goreng Mentega..yang ni memang A+++ lah..sangat sedap!!tak pernah lagi makan Udang Butter yang cenggini.memang kelassss!
Ini SAMBAL BELACAN..
Menu yang seterusnya-SOTONG GORENG TEPUNG..aku rate yang ni B+..sedap..tapi aku tak suka sangat sotong goreng tepung yang tak berkruk krak kruk krak..i mean,tak crispy..but still nice.Cuma bagi aku macam masin sikit.Ntah lidah aku yang tetiba nak makan yang tawar tawar jer..
Bila tiba gambar ni,aku dah Lost.dah tak ingat ni lauk apa..tapi ada Daging kat dalam tu ngan sayur sayur..apa kata kita kasi namanya SAYUR CAMPUR DAGING BEREMPAH..aku reka jer nama tu..kira halal lah sebab aku pun dah tak ingat.rate B+ jugak..sebab terlalu berminyak..
TAUHU MASAK SAMBAL ni menarik..aku kasi A-..orang kata Tauhu baik untuk kesihatan..tapi depend pada cara penyediaan lah yer.kalau dah bergaram dan minyak lada macam ni tak berapa sihat dah kot..
Last but not least,SPECIAL MIX VEGIE..yang ni aku kasi A..aku suka..sedap!maybe sebab ada cendawan China tu kot..(Chitake)
Dah dapat lauk pauk dan nasik..maka bermula lah sessi makan memakan dan umpat mengumpat lite lite..seronok bersembang cuma yang tak best bila dah ramai sangat macam ni bahan perbualan tu macam tak sampai..yang meja sebelah berbincang isu lain,meja lagi sebelah duk berbual hal lain..but we still enjoy!!
Macam banyak kan lauk pauk yang ada..but never mind..kami semua boleh habiskan..jangan tak percaya dengan kuasa yang kitorang ada..haha..semua lauk buat dua hidangan sebab memang ambik dua meja.
Tengah tengah makan sampai lah lauk yang paling last..IKAN KERAPU STIM..terlupa lak ada lauk ikan ni..wahhh memang mentekedarah lauk lah jawabnya..Ikan ni pun Dua ekor..dalam mulutnya ada Baby Tomato.haha..aku rate hat ni A..sedap lah..tapi still tak leh celen Ikan Stim kat Riverview lah.
Abang Bear nak habiskan ikan tu sorang sorang
Farid Kamil dan Nikli Nodin..Licin tu pinggan mereka
Dr.Shah dan Wan Hidayat..
Ikan Kerapu stim yang akhirnya akan tinggal tulang semata mata..kesian..
Kalau di perhatikan secara detail maka akan terlihatlah gambar lauk pauk yang telah licin kami kerjakan..memang seronok sangat dapat makan ramai ramai macam ni..Semua nya sedap dan tambah lagi sedap Dr.Shah yang belanja..Thanks Doc!we owe you this time..semoga di murahkan rezeki ok..Dari tempat makan ni kitorang pi lepak berkaraoke sebelum balik ke Rumah dan berehat,bersedia untuk aktiviti yang akan di jalankan pada esok hari..
(To Be Continued..)
*Hari ni dapat Saham.Yeayyyyyyyyyyy!!