Followers

Thursday, December 31, 2009

GOODBYE 2009!!

new year

And So it Goes

When something ENDS,

Something else begins..

HAPPY NEW YEAR 2010

*seakan sedih untuk meninggalkan 2009 jauh ke belakang..but we just can't turn back the time..after everything has been said and done,here i am-fully prepared with my new 2010 resolution.Welcome 2010!!i just want to be better..

Wednesday, December 30, 2009

BURGER KING @ MESRA MALL

Tinggal satu hari sahaja lagi sebelum 2009 melabuhkan tirainya.

Usah bercakap pasal azam tahun baru jika diri tak punya keazaman yang tinggi untuk melaksanakannya.Macam mana dengan azam 2009?semua sudah usai atau tidak sempat di sempurnakan sepenuhnya?Tepuk dada tanya selera.

(ok i'm done with ayat-ayat skema macam kat atas)

Ni ceq nak habaq mai kat hampa sumer pasal citer masa balik kampung beberapa kurun yang lepas,tapi memang citer lama nih.kalau letak bawah tudung saji bukan setakat dah berkulat tapi dah takder kesan sebab dah lama sangat.(ni kisah bulan Mac 2009 yang lalu rasanya..haha)

1

Masa balik kampung sempat la pi jalan jalan kat pantai kemasek.duk tengok kerbau lembu kat sana.sebab kat Penang tempat ceq duduk ni takdak dahh lembu kerbau.Ayam pun jarang nampak.kat kampung ni jer lah tempat ceq mengubat rindu dendam nak tengok semua menatang tuh.best ker??tak best punn..

2

Actually kat kampung,Kemasek sinun nun ada bukak satu Mall baru(masa mac tu baru bukak lah,sekarang ni dah tak berapa nak baru dah..).MESRA MALL nama di beri..sebut betul betul..MESRAAAAA...(sambil buat gaya tangan Bob AF2-dalam hati konpius sebab sejak bila pulak duk minat AF ni..).Kat dalam ni bukan main ok-ada Secret Recipe,ada Starbax,ada Burger King,Ada Pizza Hut,ada Big apple donut,ada Roti Boy,ada macam macam lagi lah..(ehhh baru aku perasan yang aku duk sebut tadi tu semua kedai makanan)

3

Maka tersebutlah alkisah kami yang lapar ni menyinggah makan di BURGER KING dalam Mall yang baru siap di kala itu..amaran:tak elok makan fast food.sebenarnya patut jauhi diri anda dari fast food.tak mengenyangkan sangat.

3a

kak tie duk pesan makanan

4

Aku mai sini ngan Kak tie,kak ina dan Nuyul yang tembam ini.memang nakal sangat dia masa ni.buas semacam.Bebudak,biasalah.ada inquiry yang tinggi tu yang tak berapa nak boleh duduk diam.kesian kat mak dia penat nak layan kerenah.tapi tetaplah budak ni chumilll..nak marah pun tak sampai hati.

5

she's adorable!isn't she?

6

Kalau bab bab makan ni memang la tersengehh jer memanjang..

7

French fries kat sini tetap tak leh nak lawan MacDonald punya Fries..pehhh ni semuanya memang makanan yang menggemukkan..

8

deep fried food = not healthy food

8a

Suka tengok keletah si manja nih.duk makan Fries pun comel jer.patutnya bebudak toksah duk ajar makan makanan segera macam ni.sat lagi besar besar jadi macam aku.sihat walafiat lagi tembam gitu.nanti balik kampung lagi aku nak warn kak ina supaya menghentikan pengambilan fasr food untuk si nuyul ni.Prevention is always better than cure.

8b

siap makan Ice-Cream tuh..

9

Cuba tuan tuan dan puan puan sekelian teka ni apa??ini lah namanya Cheezy Stick..aku tak gemar.dan memang tak makan pun.sebab dalam batang tuh ada Cheese kental.memang sesuai sangat untuk peminat Cheese tanah air.

10

Itu lah Cheese yang aku maksudkan.

11

kentang goreng yang bertaburan..

12

Ni burger apa aku dah tak ingat.Tapi rasanya boleh tahan.tapi kan,sepanjang pengalaman aku lah makan di Burger King ni,aku dapatai burger di Mekdonel lagi best..tak taw lah,bagi aku beger mekdi lebih lazat berkrim di sukai ramai..nak nak Prosperity..mmmmm nyam nyam..

13

ehhh dapat jadi KING pulak..

14

berkerut minum ayaq gas..ish ish ish..

16

Nuyul yang cuba lari dari ibunya..

17

Selesai makan,(tak bayar dah la kan sebab kena bayar masa kat kaunter.)duk round round la jalan sekeliling Mesra mall nih.Bolehtahan jugak projek Petronas nih.ada macam macam Outlet jugak dalam nih.ada Body Shop,ada Key Chain.ada spa,ada Reject Shop,kedai gambar dan kedai spek mata tu biasalah,dan yang paling best siap ada tempat main Bowling dan Futsal.8 minit dari rumah kalau naik kereta.Ni rasa nak balik kerja kat kampung nih.

18

Dalam pada tengah jalan jalan,sempat lagi si Nuyul mengorat budak lelaki itu.pehhh kecik kecik dah gataii kan.Ikut bapak dia lah tu.takper,gatal main main ok lagi.jangan duk permainkan orang sudah.aiseh..rindulah sama ini nuyl...bila nak jumpa lagik tak tau.

19

Kalau tak silap masa ni aku dan Kak Tie nak balik ke Kuala Lumpur dan Kak Ina nak balik ke Dungun..membawa haluan masing masing..thank you kakak-kakak ku,nanti ada masa kita datang ramai ramai lagi wat gathering kat sini.Kasi gegar satu Mesra Mall dengan puak-puak Pak Ashaary..hehe

*esok aku nak cuti.Encik Boss sila luluskan Cuti saya dengan kadar segera okeh.tanpa kompromi.Rugilah OIL Deepavali tak amik lagi.kalau tak Burn lah jawabnya.

Tuesday, December 29, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU EN.SEPUL!!

Hujung minggu lalu.

27 Disember 2009

Atas urusan kerja,aku terpaksa pulang awal dari kampung halaman.sempat balik seketika untuk celebrate ayah punya besday,then keesokannya dah mula bertolak ke Penang.Pagi ahad menyelesaikan urusan kerja yang ada..Tengaharinya Berkesempatan untuk menghadiri majlis kahwin seorang rakan Blogger/Rakan FB-encik sepul di Alor Pongsu,Bagan Serai,Perak.

1

Aku bukan berseorangan.aku pi majlis tu dengan Nikli Nodin,kebetulan dia balik kampung mak dia kat Kuala Kurau so aku pi amik dia,then perjalanan ke Alor Pongsu di teruskan..Honestly,this is my very first time datang sini.Syiokk jugak lalu kawasan pedalam macam ni.Hijau jer mata memandang.

2

Nasib baik ada Kad jemputan en.Sepul kasi.sampai dalam dua minggu lepas dah.Kalau tak sebab kad ni konpem aku dah sesat barat tak taw nak pi macam mana.Thanks atas undangan by da way!!

3

Akhirnya kami sampai juga di kawasan Rumah pengantin perempuan..

4

Mula-mula kami konpius sama ada ni rumah yang betul atau tak,sebab duk banyak sangat bunga manggar yang ada.Biasalah ni kan musim orang kawe,duk salam ngan Tuan Rumah then bagitau yang kitorang kawan encik sepul..Tuan rumah kata betul.Terus di suruh kami makan dulu sebab pengantin lelaki tak sampai lagi.kami datang dalam pukul 1 pm lebih,pengantin sampai dalam pukul 2 ikut tentatif program depa.

5

Dah suruh balun dulu apa lagi,makan la apa yang patut..memang kelaparan dari pagi tak makan sarapan so nak bedal cukup cukup.last last aku makan tak habis sebab macam tak kena ngan selera aku.Bukan makanan tak sedap,sedap jer tapi aku macam tak boleh pi.tak taw pasai apa.Kembungkan perut ngan minum ayaq oren jer lah jawabnya.


6

Dalam pukul 2 keadaan menjadi ribut.Rupanya pengantin dah sampai.maka masing masing mengambil posisi untuk menyambut ketibaan pengantin.aku duk sibuk nak amik gambar jer lah jawabnya.

7

betulkan sampin kaa bang..

8

perarakan pengantin pun bermula..

9

berarak tak jauh pun..dekat jer..hehe

10

Nita-Bini Encik Sepul-gorjes kan?

11

jom masuk rumah bersanding

12

Masa diorang bersanding,tetiba aku tengok ada upacara membasuh kaki.Adat orang jawa kata mereka.nak mensucikan diri sebelum memulakan kehidupan baru sebagai suami isteri.mau tak lencun basah seluar dan kain laki bini ni..kalau korang perasan laa kan..haha

13

sessi menepung tawar

14

Tahniah encik sepul!!semoga berbahagia ke anak cucu.aku taw masa ni hang pun dah lapar gila kan.lepas dah habes sessi menepung tawar majlis di teruskan dengan sessi makan beradab.

15

nice tempat makan beradabnya!

16

sabar..baca doa makan dulu..

17

suami menyuap bini dengan ganazz

18

ni baru bersopan santun..

19

aik,minum pun bersuap yaa..

20

senyum jer pengantin perempuan..:)

21

pic yang aku paling suka

22

aku,Nikli Nodin dan pengantin Baru

24

Sebab Nikli nak balik ke Kuala Kurau kembali,so takleh nak lama-lama..tengah pengantin makan kami minta diri dulu..kalau tunggu ke petang leh wat outdoor kan..hehe..anyway,lawak encik sepul ni.tak habes habes kata dia terharu sebab kami dapat hadir..hehe..Selamat Pengantin Baru untuk hang.Majlis aku nanti jangan lupa datang.Bawak Sepul Junior skali..:p

25

tak dapat outdoor pengantin,yang ni pun jadi lah

26

suasana desa terasa..bau rumput dan bau hutan


27

Perjalan di teruskan..dan aku pulang ke Penang,mengambil masa untuk mendapatkan rehat yang secukupnya..Selamat Pengantin baru buat Encik Sepul!!semoga berbahagia ke akhir hayat..:)

*asyik pergi kenduri orang,kenduri sendiri entah bila gamaknya..:p

CURRENT SITUATION

Nak bercerita pasal keadaan semasa tapi tetap nak selit jugak gambar makan kat KFC..Sesungguhnya aku sudah mula bosan dengan rasa ayam di KFC..ada cadangan lain tak?kadang layan ayam goreng McD pun layan jugak..


Tapi nugget kat KFC aku suka.makan nuget jer lah takyah makan ayam goreng.kata nak start kurang makan tapi makin banyak makan ada lah.tak taw nak sampai seru bila.Tunggu ada orang beli Threadmill kat aku kot baru nak buat latihan intensif mati-matian.nak masuk gym??erkkk..tak minat lor.tak dak duet nak masuk Gym ni.Baik kurang makan.lagi jimat duit ada lah.

Nuget ni setakat 6 keping aku leh habiskan sorang..haha

Keadaan sejak akhir-akhir ini:

-Pagi tadi sarapan makan Murtabak Daging..Sedap sesangat!Terima kasih Kak Tim!rezeki di permudahkan hari ni.Alhamdulillah.

-sudah semakin sayu sebab Tahun 2009 dah nak berakhir..What a great year you know!nanti aku nak wat Rumusan tentang 2009 dalam satu entri khas.aku akan kenang 2009 ni sebagai the greatest year i've ever had.

-Liat dan lemau di opis.Kemalasan yang amat.nak cuti?cuti dah habes daa..haha..satu bulan ni Punch Card setiap pagi paling awal ialah 7.55 am.yang paling lambat 8.00 am.aku ikut budaya jepun.tepat pada masa.(tapi time nak balik aku beratur dulu depan punch card..ho ho ho mery Christmas!)

-Kabel adapter Laptop Compaq aku rosak.Jadinya tak leh nak online kat rumah.Tanya kedai Komputer kat sini paling murah RM128.Kalau kat KL rm40.HARAM JADAH jauh sangat beza harganya.Baik beli kat KL.aku rindu sama Muka Buku!Makanan kat Cafe dah Busuk dan Pokok semua dah mampus..memang petani gagal nampaknya.

-Kerja di Opis makin banyak..Boss aku pulak duk amik kesempatan nak habeskan cuti dia.so takder la pressure sangat duk kat opis.Tu yang kerja duk bertangguh ni.hihihi..

-masih berfikir fikir nak sambut tahun baru kat mana.Yang paling ligat sekali dalam kepala nak sambut depan TV di ruang tamu rumah sahaja.Malas nak bersesak sesak dengan orang awam.Konpem JAM gila babi punya.Tengok lah macam mana nanti.

-Last But not least,Chelsea menang malam tadi 2-1 lawan Fulham..muahahaha..still on top of the league.Keep da Blue Flag flying High..!!

*anything perkara berbangkit yang lain akan di ceritakan kemudian..Adios amigos!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails