Followers

Thursday, August 6, 2015

AKU, DIA DAN SOTONG

 
Malam tadi balik rumah mak.
 
Sebelum balik tu dah bagitau siap siap nak balik kemasek. Mak pun sibuk sibuk lah Goreng sotong ni untuk makan malam. bukan sebarang sotong.. sotong telur penuh lagik.. kami adik beradik tak boleh bawa bergurau bab telur sotong. Boleh bergaduh wooo. hehehe.. Tq mak sebab goreng sotong ni! appreciate sangat sangat. sekarang kalau rasa nak makan masakan mak je aku balik lah ke kemasek. dari Paka nak balik ke sana tak jauh dah..
 
 
Ajak abang jalee makan sekali. dia tak nak pulak. so aku makan sorang lah. sambil bersembang dengan mak. kat rumah ada abang shuk, kak ija, Ami dan abang jalee sekeluarga. seronok lah time ramai ramai ni bersembang.. pasal isu keluarga.. majlis hari sabtu ni.. nak ke Kota Bharu.. dan macam macam lagi. tapi tu lah perancangan terdekat nya.
 
 
Dah kenyang berbuka puasa semalam makan nasi minyak. Jadi makan nasik sikit je lah. lauk sotong goreng kunyit macam ni memang lauk pilihan lah dari zaman kecik lagi.. Alhamdulillah aku berjaya habiskan puasa 6 di bulan syawal.. mak dan ami dah habis dari minggu lepas lagi.. kiranya hari ni dah hari raya lah buat aku.

 
 
 Tak terliur tengok telor sotong penuh ni??
 
Lepas makan tengok cerita zombi kilang biskut di astro ria.. sekali buka TV2 ada cerita hindustan Kuch Kuch Hota Hai. legend cerita ni.. terus layan sampai habis. tengok dengan mak tapi mak deh mengantuk pada jam 12am.. aku layan sorang2 sampai lah jam 1.15am.. Abang Shuk baru balik dari lepak ngan member dia kat kedai makan.. then aku terus balik ke Paka semula.. Tidur lebih kurang jam 2.30am jugak.. sekian lah kisah malam tadi.
 
Hari ni hari yang lembap.
 
Hujan Lebat.

SEMOGA ALLAH PELIHARA AIB KITA SEMUA

Di dalam bilik meeting, dia dipuji kerana berjaya menaikkan rating syarikat. Semua eksekutif yang hadir mengucapkan tahniah dan memberi kata kata pujian yang memberansangkan.
Tapi dari raut wajahnya, dia hanya tersenyum sipu sipu seolah tidak berapa gembira. Padahal pencapaian yang dibangga banga semua ialah hasil usaha kerja keras dia selama 4 bulan kebelakangan ini.
 
Keluar dari bilik mesyuarat.
Saya merapati dia. Sampai ke bilik. Dan saya cuba tanya dia, apa kau tak gembira dengan hasil kerja keras kau selama ini? Management telah noted dan beri penghargaan yang tinggi. Rakan kerja kita semua memuji. Apa masih belum mencukupi?
 
'Zim..'
 
Dia membuka bicara. Senyum sumbing seperti tadi juga.
 
'Bukan aku tak gembira. Malah aku bersyukur Allah beri kejayaan hasil dari usaha kita. Tapi aku takut sekali dengan pujian.'
 
"Maksud mu?" Saya bertanya kembali.
 
'Kau tahu kenapa mereka semua memuji aku? Kerana mereka hanya lihat kejayaan yang aku cipta. Hasil dari anugerah Allah. Tapi kalian belum lihat keaiban dalam diri aku. Aku banyak aib. Kita semua banyak aib. Tapi syukur banyak banyak Allah tutup aib kita. Cuba kau fikir zim.. Kalau Allah bentangkan aib kita satu persatu, agak agak akan ada lagi ke orang yang datang memuji? Fitrah manusia - sejuta kebaikan akan terhapus dengan satu kejahatan cuma. Itu lumrah. Sebab itu aku tak hairan dengan pujian. Kejayaan itu milik Allah. Kita mengusahakan saja.'
 
Panjang lebar dia terang pada aku. Dan aku mengangguk tanda setuju.
 
'Sebab tu kalau orang puji kita, jangan mudah terpengaruh dengan tipu daya syaitan. Susah nak didik hati supaya jangan rasa kejayaan itu milik kita. Semua hak Allah. Tapi walau susah macam mana sekalipun kita harus terus mencuba. Moga Allah beri pertolongan'.
 
Ya. Aku kagum dengan susuk tubuh ini. Benar sekali kata-katanya.
 
Dunia masa kini, setiap kejayaan akan dilihat sebagai kejayaan makhluk. Sedangkan itu sebenarnya milik Allah. Hari ini aku mendapat satu lagi peringatan berguna. Peringatan untuk kita sentiasa lihat aib dalam diri. Orang memuji kerana mereka tak nampak aib kita. Orang memuji kerana lazimnya kita akan persembahkan diri kita yang baik baik saja depan orang ramai. Yang tahu aib dalam diri kita ialah antara diri sendiri dan Allah s.w.t. Sebab tu jangan kita buka aib orang. Itu perbuatan keji.
 
Semoga Allah akan pelihara aib kita semua.

Wednesday, August 5, 2015

YOU KNOW YOU'RE IN LOVE WHEN.. KUCH-KUCH HOTA HAI



Terasa sesuatu.
 
Hujan turun.. menyaksikan Rahul dan Anjali menari dalam hujan.. di iringi kenangan silam semasa mereka masih berada di kolej. Kebenaran tetap sama. Rasa Anjali pada Rahul tak pernah berubah. Masa berlalu yang menjadikan mereka mangsa keadaan.. terpisah kerana berlainan arah dan tujuan. Di sini, mereka bertemu kembali. Bersama kisah lama yang menghantui.
 
Ketika Rahul menarik sari merah Anjali, mereka berdakapan dengan berlatar belakang kan muzik hujan. Dosa menerpa ke dalam jiwa Anjali saat terpandang cincin pertunangan yang telah tersarung erat di jari nya.
 
Ya.
 
Anjali telah bertunang. Dengan Aman.
 
Dan untuk ke sekian kalinya, Rahul terlepas lagi peluang keemasan ini dalam usaha nya untuk mendapatkan kembali cinta Anjali. Bergegas Anjali pergi berlalu dalam hujan, berhenti di sebelah pokok kelapa sambil melafazkan rasa cintanya pada Rahul. Tetapi dibalas dengan pelukan erat oleh Aman yang kebetulan datang membuat kejutan.
 
Dipendekkan cerita, akhirnya Rahul dan Anjali kembali bersama.
 
And they lived happily ever after.
 
Ahhhhh.
 
Saya bukan nak cerita sinopsis movie 'Kuch-kuch Hota Hai' ni sebenarnya. Sebab semua dah maklum. Rasanya semua pernah tahu dan pernah tengok movie hindustan ni. Kisah percintaan dan persahabatan - hidup sekali, mati sekali, kahwin sekali, dan bercinta pun sekali.
 
Yang saya nak sentuh pasal peluang dalam hidup.
 
Tak semua orang mampu untuk dapat peluang yang sama berulang kali. Yang sentiasa jadi, peluang hanya datang sekali. Peluang yang datang kembali selepas itu sentiasa tak akan pernah sama dengan peluang yang pernah singgah itu tadi. Jadi ambil lah pengajaran, jangan kita lepaskan peluang yang muncul dalam hidup.
 
Seperti Rahul yang akhirnya berjaya mendapatkan kembali Anjali, saya harap kita semua mampu untuk membetulkan kesilapan lalu dan tidak mudah mempermainkan perasaan orang. Soal hati sukar untuk di mengerti kan, tetapi itu lah soal paling agung dalam kehidupan.
 
Kerana CINTA lautan bergelora.
 
Terasa sesuatu.
 
*Syawal 1436H kali ni banyak pulak cerita hindustan di Television..

Tuesday, August 4, 2015

KEKAYAAN DAN KECUKUPAN!!

Beri jawapan di tempat kosong di bawah ini dan mohon dijawab dengan jujur di dalam hati masing-masing..
 
1. Allah menciptakan tertawa dan ______
2. Allah itu mematikan dan ______
3. Allah menciptakan lelaki dan ______

4. Allah memberikan kekayaan dan ______
 
Kebanyakkan kita tentu akan dengan mudah menjawab:

 1. Menangis
2. Menghidupkan
3. Perempuan

 Tapi bagaimana no. 4?
 
Adakah Kemiskinan menjadi jawapannya???
 
Untuk mengetahui jawapannya, mari kita lihat rangkaian firman Allah dalam Surah An-Najm ayat 43-45, dan 48, sebagai rujukan:

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﺿْﺤَﻚَ ﻭَﺃَﺑْﻜَﻰ
"dan Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (QS. An-Najm : 43).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻣَﺎﺕَ ﻭَﺃَﺣْﻴَﺎ
"dan Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan." (QS. An-Najm : 44).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﺰَّﻭْﺟَﻴْﻦِ ﺍﻟﺬَّﻛَﺮَ ﻭَﺍﻟْﺄُﻧﺜَﻰ
"dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki-lelaki dan perempuan. "
(QS. An-Najm : 45).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ
"dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kecukupan." (QS. An-Najm : 48).
 
Ternyata jawapan kita semua betul untuk no. 1-3, tetapi jawapan untuk no. 4 ramai keliru.

Jawapan Allah Ta'ala dalam Al-Qur'an bukan Kemiskinan, tapi KECUKUPAN.
 
Subhanallah..

Sesungguhnya Allah Ta'ala hanya memberi Kekayaan dan Kecukupan kepada hamba-Nya. Dan ternyata yang "menciptakan" kemiskinan adalah diri kita sendiri.
 
Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yang sentiasa bersyukur; walaupun hidup serba kekurangan ia akan tetap tersenyum dan merasa cukup, bukan merasa miskin!
 
Jadi, marilah kita bangun rasa kesyukuran dan kecukupan di dalam hati dan fikiran kita, berhenti mengeluh, berhenti mengatakan rezeki kecil, agar kita menjadi hamba-Nya yang selalu bersyukur.
 
Semangat menjemput rezeki yang halal, biar semakin berkat..
 
Insha'Allah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails