Sampai Penang sabtu pagi (30/09/207) jam 6am. Kerana sampai awal sempat lah ke Astaka Taman Tun Sardon untuk sarapan pagi.. rindu gila lama tak singgah sini.. makan kueytiow sup kaki ayam sri buana, makan sandwich ketam dan kuih serabai. After breakfast gerak ke Grand Swis hotel di Georgetown jumpa Fandi Galaticos, Hisham Ibni Thalib dan zailie. Depa ajak aku breakfast di Transfer road pula. Makan roti bakar telur goyang. Roti canai kuah darah. Kat sini ramai runners dikesan iaitu Mohd Azmi, Rudy Irwan, Omaysi Adot (Iman Syahril Mohamed), Ahmad Fadhil, razif dan ada lah beberapa lagi tak metioned kat sini.
After sarapan terus ke REPC di Padang Kota Lama, meet and greet lagi ngan fellow runners. Lepas REPC Hisham ajak naik bukit bendera kejap. Layan kan ajer lah. Seram pulak bila tengok bukit bendera yang curam. Naik ngan train ok lagi. Kalau naik ngan kaki sendiri mahu ingat lah.. yang buat PU 100 KM memang ketar lutut habis tengok penang hill ni haihh.. lepas makan ABC Viral kat astaka bukit bendera, turun balik and sedar sedar dah balik semula ke hotel jam 3pm. Kemas barang, mandi solat jam 4pm baru boleh tidor.. tu pun sekejap je sebab jam 6.30pm dah terjaga dan takleh tidor dah. Lapar. Terjah makan kat Nasi Kandar Imigresen ngan Fandi. Isi perut sebelum race malam ni jam 9pm. Sudah makan hantar dropbag kat starting point then balik hotel siap siap untuk our big race.
Nervous!
Flag off 9.00pm (Saturday 30 Sept)
Di starting point Rudy minta Vaseline. Sapu kat kaki. Aku memang suka Vaseline. Sangat lah membantu aku dalam setiap game yang aku join untuk elak melecet. Tak bersembang banyak pun dengan runners.. just meet and greet mana yang sempat. Then ada ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang kejap. After that baru flag off. Dan semua runners mula mengorak langkah! It’s gonna be a long nght for all of us. Flag off kategori 100km dan 84 km ialah pada 9pm dan kategori 50 km ialah pada jam 3am nanti.
Start line to CP1 (16.3km)
Bermula dengan baik. Maintain pace 7 jer pun di awal-awal.. lalu tepi laut area jelutong. Cuaca takde tanda tanda nak hujan pun. Ok lah tapi macam humid sangat. Lepas dapat rentak mula lajukan sikit pace - First 10 km dapat buat 1 jam. Terus rasa nak muntah sebab makan nasi kandar petang tadi. Mula rasa menyesal sebab makan banyak. Berhenti dua-tiga kali untuk Cubaan muntah tapi air je yang keluar. Never mind. Teruskan berlari dan sampai CP1 terus minum 100 plus yang sejuk. Terus rasa ok sikit perut. Ada buffer time lebih kurang 50 minit di CP1.
CP1 to CP2 (12.58km / total distance 28.88km)
Dari CP1 memang tak berhenti rehat. Awal lagi. Terus jer nak menuju ke CP2. Jalan dah ada yang mula gelap. Offroad sikit. Ada jalan raya duk tengah buat kat batu maung.. lalu belakang airport. Sempat aku singgah kat 7ELEVEN beli air kopi ubat mengantuk. Masa nak ke CP2 ni terserempak ngan Cepoi dan Sazli. Cikgu Syed pun ada. Rasa seronok dapat berlari sama sama ngan kawan-kawan. Keep them as my benchmark so aku dapat keep moving. Sampai CP2 di Shin Choon Kopitiam Teluk Kumbar dengan buffer 40 minit. So ada banyak masa lagi. Kat sini pun tak rehat lama. Just minum ais dan basahkan kepala.
CP2 to CP3 (6.5km / total distance 35.38km)
Nak menuju ke CP3 ni ada mendaki Bukit Genting dalam 3 km. Naik tu aku lari slow slow.. actually aku tak tahu camana orang boleh fast walk. Kalau aku jalan laju pun mesti lambat. Kena belajar ni.. slow jog aku baru sama ngan orang lain fast walk. What to do. Lari lah slow slow. The best part about uphill ialah lepas tu mesti aka nada downhill. So masa downhill tu lah nak tekan betul betul lari supaya compensate balik masa yang banyak habis masa naik.. Sampai CP3 di SK Genting iaitu tempat flagoff kategori 50 km. aku sampai jam 1.40 am.. buffer time ada satu jam. Masa ni sakit perut pulak so buang air dulu di tandas sekolah. 28 minit habis kat sini.. dekat jam 2.20am baru start lari balik. Masa ni peserta kategori 50 km ada yang dah sampai. Sempat aku isi air coke untuk bekal 14 km yang membosankan lepas ni. COT kat CP3 adalah pada jam 2.40am.
CP3 to CP4 (14.3km / total distance 49.68km)
Dari CP3 nak ke CP4 ini adalah laluan yang paling mental. 14 km yang lurus tapi tak tahu bila nak habis. Aku bersaing lari lari anak ngan ulwan masa ni. Then dia tinggalkan aku. Bila sorang-sorang ni memang teruskan berjalan je lah. Slow jog listen to the sound of nature. Nak pasang lagu malas. Layan perasaan. Tetiba jumpa Fandi kat depan. Dia tengah tidor kat bus stand. Aku memang mengantuk so join dia tidor. And this is the first time aku rasa Power nap aku 10 minit tu berkesan. Aku tak mengantuk dah lepas tu. Berlari sama sama ngan Fandi. Aku kejar dia. Aku ke depan dia kejar aku balik. Target nak sampai CP4 pada jam 4am sebab COT di CP4 adalah jam 5.10am. so at least ada buffer satu jam untuk salin baju dan makan. Sampai di CP4 pada jam 4.05 am. Dan kat sini lah kesilapan aku sebab membazir banyak masa. Aku gi mandi salin baju dan makan. Tapi I should do it faster lah. 50 minit masa terbazir kat sini, dan aku and fandi gerak pada jam 5am.. Risau dah sebab buffer time dah takder.. Redah je lah dulu tengok apa cerita. Kaki Alhamdulillah masa ni masih boleh bekerjasama dengan baik. Takde blister. Kat CP4 ni jumpa lah rakan rakan runners yang familiar. Semua berusaha gigih. Syabas korang!!
CP4 to CP5 (13.1km / total distance 62.78 km)
Dari CP4 nak menuju ke CP5 ini agak mencabar juga. Dah habis 50 km pertama, ini adalah permainan sebenar bagi kategori 100 km. Kena naik bukit dulu lalu air terjun titi kerrawang. Dalam perjalanan azan subuh kedengaran , iaitu azan kejutkan orang. Tapi bila menurun kat situ aku ambil peluang untuk lari non stop sampai ke CP5. Dalam hati memang risau sebab aku tahu buffer time memang takde dah. Aku dah habis kan masa kat CP4 tadi. Menyesal pun tak guna dah. Nampak empangan teluk bahang dah rasa seronok. Sebab tahu dah nak sampai CP. Sempat terserempak dengan Hisham, Fadhil dan Aziz AG sebelum sampai CP5. Fadhil tanya nak solat subuh kat mana.. aku jawab kat CP ada masjid. Sampai CP5 dengan buffer 10 minit. Minum air dan solat subuh. Tak terasa nak makan pun. Kat sini jumpa abang Shahrizan Md Haris dan abang Fakhrul Rambo yang decide untuk DNF. Teringat abang shah pesan kat aku, kalau nak habiskan jugak kategori 100km ni aku kena keep moving tak boleh berjalan dah. Sebab buffer time takde. Kalau tak akan DNF. Aku ambik pesanan dia tu dan lepas solat subuh, terus bergerak untuk ke CP seterusnya.. hari dah mula cerah. Alhamdulillah dah tak mengantuk.
CP5 to CP6 (9.77km / total distance 72.55km)
Dari CP5 ke CP6 ini adalah waktu yang paling mencabar. Mencabar dari segi cut off time di CP6. Kena sampai CP6 sebelum jam 8.40 am. Bertolak dari CP5 tadi jam 7.10am. so ada masa lebih kurang 1 jam 30 minit untuk 10km. Memang kedengaran possible tapi dengan keadaan pewai sikit sikit mender tu agak tight. Cuba lah jugak banyakkan berlari dari berjalan. Jumpa Safary juga masa ni. Then Fandi ada belakang aku. Laju lagi dia ke depan. Bila tengok jam lagi 15 minit nak Cut off time aku dah gelabah dan masa ni terus berlari selaju yang boleh. Tak laju mana pun but at least nak kejar jugak supaya tak DNF. Sempat lah aku support dan push rakan runner yang lain supaya berlari untuk tak DNF. Ada yang ikut . ada yang dah tak larat nak ikut. Bukan boleh paksa kan. Keupayaan lain lain. Ada jumpa supporter bila aku tanya jauh lagi tak CP dia kata lagi 2.5 km. tengok jam lagi 10 minit tinggal, aku dah macam putus asa sebab mustahil 2.5 km dapat buat dalam masa 10 minit. Aku berhenti kejap. Then ada suara dalam diri aku kata kenapa nak cepat mengalah? Cuba lah dulu lari mana yang terdaya. Aku tak datang ke Penang Ulta ni untuk DNF. With that aku teruskan berlari dan aku ambil keputusan yang tepat. Lagi 500 meter jer sebenarnya CP6 dan bukannya seperti yang supporter tadi kata. Phewwww lega.. Buffer time 5 minit lagi tinggal. Minum air kejap, isi dalam botol then terus gerak ke CP seterusnya.
CP6 to CP7 (7.9km / total distance 80.45km)
Menuju ke CP7 kena sampai sebelum jam 10am. Ada masa 1 jam 20 minit untuk 7.9km. that’s pretty much doable. Teruskan berjalan laju, berlari slow slow. Then stop. Jumpa epoi. Sembang sembang ngan dia. Then dia tinggalkan aku kat strait Quay. Tak larat nak kejar dia. Jumpa Imaan ngan Redz jugak. We all are a fighter. Terus berjuang. Cuaca dah mula panas. Aku lapar. Singgah beli air kopi kat 7ELEVEN strait quay mall. Masa nak meuju ke CP7 ayie pun ada datang beri support. Sampai kat CP7 rasa legaaaaa gilaaaa.. buffer time 10 minit macam tu. Panas ya Rabbi. Ambik air sejuk basahkan seluruh badan. Sebab ada perjuangan lagi getir lepas ni. PENANG HILL!!! Thanks Ahmad Azri tolong pegang head lamp dan safety vest aku. Malas dah nak angkut naik Penang hill. Sempat letak ais dalam Hydration bag. Then ajak ezam berlari sama sama naik Penang Hill. Ada 4 orang masa ni sama sama ngan aku menuju ke Penang hill.
CP7 to CP8 (7.48km / total distance 87.93km)
Dari CP7 aku menuju ke penang Botanical Garden. Laluan untuk naik ke Penang Hill atau Bahasa melayu nya Bukit Bendera. Terserempak ngan Wei Kent masa ni. Dia datang support Utara Runner MKMK yang baru sahaja naik Penang Hill jugak. Thanks a lot bro bagi Kit Kat! Bagi air 100 plus jugak. Sampai di Kaki Penang Hill siap dia tolong beri kayu kat aku untuk bantu naik atas sepanjang 5 km. sangat helpful. Kerana runners adalah bersaudara kan. Dan mimpi ngeri pun bermula. Untuk naik ke Penang Hill selepas dah habiskan distance 82 km bukan lah suatu yang kelakar.. tag long dengan Shahrul Ezam masa ni naik penang hill. Sepanjang naik terserempak lah dengan ucle uncle yang naik dan turun bukit ni.. Rileks jer Nampak. Hehe. Aku dah separuh mati dah.. terserempak ramai kawan runners yang dah mula turun – Mohdkhusaire Mohdkhalil, Afizan, Ijai, Sazli, Din, Cikgu Syed, Poh, Mathew Ezam Izudin dan yang lain lain. Bestnya tengok diorang dah turun. Tapi aku keep the positif vibe. Boleh habis ni. Teringat kata kata Cikgu Syed Syco – ‘ko naik ni sampai atas jam 12.15, jam 12.30 turun then bole sangat nak sampai CP 7 balik sebelum jam 2 pm. Memang boleh habis lahhh.. I know you can do it!!’. In a time like this, kata kata semangat macam ni sangat membantu untuk aku habiskan distance. Thanks a lot bro!! that motivation is really helpful.. sampai atas penang hill di CP8 minum 2 bijik air kelapa. Then tak rehat lama sangat ngan shahrul ezam. Kami terus turun.. sebab nak kejar masa ke next CP takut tak sempat,
CP8 to CP7 U-turn (7.49km /total distance 95.42km)
Laluan menurun dari Penang Hill adalah lebih best dari menaik. Memang sakit lutut sebab turun laju laju tapi aku mesti habikan apa yang aku dah mula kan. Alang alang sakit biarlah sakit segalanya. Biar sakit badan nanti recover dari sakit hati DNF yang tu lagi lah berkekalan lama. Huhu.. terus turun dan berlari sampai ke CP7 di gurney drive.. actually CP7 juga adalah CP9. Sampai di CP 9 ni jam 2pm, so masa ni memang dah rasa lega sangat sangat sebab aku tahu berjalan kaki pun dalam masa satu jam aku akan mampu habiskan lagi baki 5 km. ambil air mineral sejuk dan basahkan badan, kemudian terus bergerak dengan Afizan (Geng Ganu jumpa masa trip ke Iran January 2017 yang lalu.)
CP7 - Finish Line (5.05km / total distance 100.47km)
Dengan baki lagi 5 km, within masa satu jam memang rasa happy giler. Terus jer berlari lari anak dengan Afizan then stop. Sembang sembang. Sambung lari balik. Nampak Hotel E&O dah rasa seronok lain macam. Sebab aku tahu dah dekat sangat dengan finishing line. It’s all become reality now.. aku dah berusaha selayaknya so ini lah yang aku dapat.. Menuju ke Finishing line pada jam 2.35 pm, lagi 25 minit untuk Cutoff 18 Jam bagi kategori 100 km. dan itu adalah kejayaan dan pengalaman manis saya di Penang Ultra 2017!
Terima kasih kepada semua yang menyumbang kepada kejayaan ini! Di garisan penamat ada rakan rakan menanti dan jurugambar. Tak tahu nak describe macam mana perasaan dapat habiskan. Kaki dah sakit sengal semua segala. Takde blister Alhamdulillah! Cuma aku pelik untuk event ni aku tak makan satu pun coklat atau hutan ration yang aku bawak. Banyak minum air 100 plus dan ada makan bubur jer di CP4. Tu jer. Maybe lemak dalam badan nil ah jadi sumber tenaga utama.
PENUTUP
Bagi saya pengalaman Penang Ultra 2017 ini sangat berharga dan memberi saya ruang untuk terus training dan tak ambil mudah. Memang masa register seronok jer tangan klik. Tapi kena ada komitmen lah untuk pastikan semuanya dapat di habiskan. Kepada kawan kawan yang DNF usaha lagi. Aku pun DNF masa join kategorik 84 km tahun 2014 dulu. But now boleh habiskan 100 km. selagi ada kemahuan di situ ada jalan. Bila dah berusaha, Semoga Tuhan permudahkan.
Tahniah kepada semua! Semoga kita bersua lagi di lain masa.
*bercinta nak buat race report ni.. huhu.. akhirnya siap juga..