Followers

Monday, October 24, 2016

EUROPE TRIP 2016 : BARCELONA CITY DAY 1


Trip Spain/Portugal ni dah plan setahun lalu. Tapi macam biasalah. Sibuk memanjang, seminggu sebelum trip baru sibuk nak study attraction place + booking hostel + booking bas + booking tiket atraction + stop point mana dan sebagainya. Ada beberapa masalah sikit timbul di awal nya kerana ada antara kami tak dapat pelepasan cuti. Long story cut short, semua nya lepas dapat cuti dari management. Then aku yang plan all the itinerary schedule dan stop point serta kat mana akan tidur termasuklah overnight atas bas. Memang itinerary yang memenatkan but that's how it is. Travel bukan untuk bersenang lenang. Kena gunakan masa yang ada sebaiknya dengan rehat yang minima. Itu style aku. Jadi diorang serah semua pada aku, jadi ikut je lah apa yang telah direncanakan. 


So here we go.

(I'd rather do this part by part or else it's gonna be a long long story)

1 OKTOBER 2016

KUALA LUMPUR - BARCELONA, SEPANYOL

Flight dari KLIA menaiki Singapore airline, transit di Singapore dahulu. 


Geng-geng Opis nak ke Spain!!


The one and only Azim Ashaary




Flight dari KLIA ke Singapore dengan menaiki Singapore Airline




Di Changi Airport, Singapore


Kami tiba di Frankfurt Germany



Setelah menempuh perjalanan selama 12 jam dalam flight lufthansa dari Singapore, akhirnya kami tiba di Airport Frankfurt Germany. Flight Lufthansa yang kami naiki sangat selesa dan makanan halal juga disediakan kerana kami telah request terlebih dahulu beberapa bulan sebelum Trip Spain/Portugal ini bermula. Dalam flight macam biasalah. Tidur , makan dan layan movie. Sedar sedar dah nak sampai. Kami berempat dalam seat paling depan dalam line jadi that's quite nice. More room for leg. No complaint about flight. Everything was tastefully done. 




Dari Frankfurt kami kena naik another connecting flight ke Barcelona selama dua jam. Flight lufthansa kali ini kecil sahaja. Untuk kegunaan domestik rasanya. Dalam flight ada disediakan kek butter dan jus buah/soda whicever you want for breakfast. Selepas dua jam, Macam tak percaya akhirnya tiba di Barcelona, Sepanyol. Syukur Alhamdulillah.


Kepenatan sebab flight 12 jam dari Singapore ke Frankfurt


Snack dalam flight dari Frankfurt - Barcelona


Wajah kegembiraan kerana telah tiba di Barcelona!! walau kepenatan..


Setelah mendarat..



Barcelona Airport ini boleh tahan besarnya. Sampai di airport cari toilet dulu untuk refreshing. Seperti yang telah diketahui umum mana mana tandas di eropah memang tak akan ada air di dalam. Jadi sila standby botol kosong untuk memastikan korang sentiasa dalam keadaan bersih dan suci. So how do we get to the Barcelona city?


Mulanya kami bercadang untuk menaiki bas ke kawasan hostel yang telah di booking. Bas will cost us seorang around 10 Euro. Jadi kami decide untuk menaiki teksi yang akan cost us sebanyak 40 Euro . Lebih kurang sama sahaja kosnya. Cuma dengan teksi perjalanan lebih mudah kerana akan terus dibawa depan hostel. Untung berjalan 4 orang kerana boleh split the cost. Dalam teksi tengok meter macam bergerak laju sahaja. Tak apa lah janji selamat sampai di kawasan hostel. Sampai di area town hall Barcelona, drebar teksi memberhentikan kami di tepi jalan sahaja kerana kereta tidak boleh masuk ke dalam, ada perhimpunan persatuan orang pekak. Ramai betul.



Dalam teksi dari Barcelona Airport ke Barcelona city



Ni lah persatuan orang pekak di Barcelona.. ada perhimpunan diorang waktu ni

Kerana teksi tak boeh nak masuk jalan ni, Jadi kami berjalan kaki mencari di mana hostel yang telah di booking. Jalan dalam 10 minit akhirnya jumpa. So here we are at Sun and Moon Hostel. (Hostel 15 € seorang per night)



Hostel sun and moon ini aku booking kerana berdekatan dengan jalan La Rambla. Selain mudah mencari makanan halal, jalan la rambla ini juga merupakan favorite bagi kebanyakan pelancong yang datang ke Barcelona. Jalan La Rambla ini berdekatan dengan Plaza Catalunya, yang merupakan city center di Barcelona. Seperti biasa kerana kami sampai awal jam 9am, jadi masih belum boleh checked in. Checked in time pada 12pm dan ke atas. 


Selesaikan urusan booking terlebih dahulu dan kami bersarapan di Hostel sebelum memulakan perjalanan. Makan apa yang ada. Maggi, Brahim dan air 3 in 1 yang dibawa dari Malaysia. Kebanyakan hostel di Eropah memang facility nya bagus. Ada kitchen ada peti ais ada tempat makan yang luas dan sesetengahnya ada perkhidmatan dobi. Just ask the receptionist. Makan dahulu dan kami bersiap siap untuk pusing area city yang berdekatan. City walking tour sahaja.


Makan megi asam laksa.. sedap!!

Keluar dari hostel, kami menuju ke area city hall. Di situ masih ramai orang kerana perjumpaan persatuan orang pekak masih belum usai. Kami berjalan mengikut kaki sahaja melalui lorong lorong yang ada. European style building nya memang klasik dan cantik. Berjalan kaki hingga lah kami berjumpa cathedral of the city. Eropah dan gereja tidak dapat dipisahkan. Kerana gereja itu lah simbol kekuatan mereka. Jadi gereja adalah besar dan gah. Bersebelahan chatedral ini ada muzium gaudi. Siapa gaudi? Antoni Gaudi ni arkitek catalan yang berasal dari Reus, yang banyak memodenkan barcelona ni dengan design architecture nya. Yang femes di Barcelona ni Casa mila, casa batillo dan sagrada familia. Kami tak masuk pun muzium ni. Lebih berminat untuk jalan-jalan explore kawasan.



Ada flea market juga berdekatan chatedral ni jual barang barang antik. tengok tengok sajalah di situ, tak ada apa yang berminat nak beli pun.

Lanjut lagi ke hadapan dari bahgian Chatedral ni, kami lalui satu lorong yang ada picasso museum. Aku dan marwan berminat nak masuk tengok karya picasso. Bai dan hadi senang tunggu di luar sahaja kerana bukan minat mereka katanya. Beratur punya beratur sampai di kaunter tu aku nampak diorang tulis hari ahad entrance adalah percuma. Hari ini sabtu, jadi aku dan marwan cancel nak bayar fee entrance. Keluar dan kami sambung jalan-jalan lagi. Kononnya nak datang esok lah. sebab esok hari ahad.

Menuju ke kedai souvenirs. Beli souvenirs. Jumpa kedai kopi singgah dulu minum dan makan rotinya. Kopi murah dalam 1 euro sahaja. It's our first day so takde apa nak rushed. Just enjoy our day. Cuaca pun nyaman sekitar 22 degree celcius. Jumpa restoran makanan halal dan kami merasa Tapas - udang dan sotong. Tapas ni makanan tradisional spain lah kiranya. Nak tahu lanjut pasal Tapas sila tanya abam gugel.

Sangkaan kami barcelona ini pasti payah mencari makanan halal. Rupanya banyak sahaja yang ada. Kena pandai cari lah. Ada kedai roti & pastri halal. Kedai kebab pun ada dua tiga kedai. Semua ni boleh dikatakan dekat dengan kawsan La Rambla jadi tak risau sangat pasal makan. Lagipun sarapan pihak hostel pun ada sediakan. Nak makan sedap sedap tunggu balik Malaysia lah.

Jam dah menunjukkan 4.30pm waktu tempatan. 

So we decide to going back to hostel dan checked in untuk mandi dan rest sekejap sebelum keluar semula waktu senja nanti. Bilik hostel kami ni 8 orang satu bilik so basically memang share with others. Bilik air di dalam. Ok jer locker pun besar. Katil double decker. For 15 Euro per night this is worth the money. Kami masuk bilik untuk mandi dan solat serta rehat seketika sebelum merayap semula.

Jam 6.30pm, kami bersiap keluar untuk berjalan di La Rambla street. Jalan ni memang femes untuk pelancong. Kiri dan kanan jalan ada kedai macam macam. La rambla ni merentang straight sampai ke plaza catalunya. Metro pun ada kat sini. Memang must visit place if you in Barcelona. Tujuan kami nak ke La Bouqeria Market - market yang jual buah segar dan dessert serta barang- barang basah sama ada seafood ataupun ayam dan daging. Market ni wajib singgah yer. Memang best beli buah dan makan. Cuma kami sampai da lewat, market ni close jam 8pm. Tapi sempat je beli buah buahan yang di ingini. Aku beli buah 1.50 Euro dan beli kacang mixed harga 14 euro.. beli ikut timbang. boleh la buat bekal makan atas bas dalam perjalanan ke mana mana nanti. Suasana market ni aku suka. macam pasar kat freemantle perth.. macam kat Queen Victoria market Melbourne. lebih kurang macam tu lah.

Selepas market tutup, hari sudah gelap. Kami teruskan perjalanan melihat gelagat pelancong dan juga orang tempatan yang membanjiri street ini. Suasana mula dingin. Sampai di depan satu teater, ramai betul orang. Seolah sedang menunggu untuk menyaksikan persembahan. Bangunan tersebut ialah bangunan teater poliorama. Rupanya malam ni ada persembahan magic dari magician Jorge Blass - palabra de mago. Mende macam ni bukan senang nak tengok live. So after some discussion with my travel buddies semua setuju nak masuk tengok magic show ni. Teringat last year masa di Berlin tengok juga show di palace of Berlin. Kali ini di Barcelona tengok persembahan magic pula. Tak pernah dengar pun nama jorge blass ni tapi dari crowd yang ada boleh agak persembahan mesti best. Harga tiket walk in per person 29.50€. Maybe kalau beli online lagi murah. But this is adhoc plan so bayar je lah. 

Kami berempat dapat seat atas. Ok jer. Nampak jelas juga dari atas. Cuma tak paham sebab magician jorge blass ni cakap spanish. Tapi menghiburkan je magic yang dibuat. Kerana penat dari awal lagi travel sampai malam dua daripada kami dah tertidur tidur dah. What to do kan. Hadi dan marwan dah tak tahan mata. Tinggal lah aku ngan bai enjoy the show. Ada aksi potong badan. Ada aksi tukar katak jadi manusia. Dan macam macam lagi. Nak kata kamera trick pun aku tak sure sebab all of it nampak sangat real. Memang tersilap lah mata aku. Aku boleh katakan berbaloi jer duit fee entrance dengan show ni sebab memang best! Tak sesia kami masuk tengok. Tapi yang tidur tu tak dapek den nak nolong nya lah. Hehehe.. 

Habis magic show bergambar dengan jorge blass. Sembang sembang dengan dia skit. Dia tanya aku magician from asian ker. Aku kata no. Just peminat magic. Tetiber. Padahal sebelum ni takde nya nak tengok magic show macam ni. Well, that's the beauty of arrange your own vacation. Boleh sesenang je nak add dan buang agenda yang kita suka.

Sambung berjalan kaki lagi di malam hari sampai ke plaza catalunya. Plaza pun da tutup sebab da jam 11pm. Member aku hadi da balik bilik dulu sebab mengantuk sangat. Tak tahan dah kena rest. So kami bertiga je lah jalan jalan menuju ke hard rock cafe barcelona. As usual mana boleh lepas dari singgah hard rock. Beli baju tshirt 27€ dan shotglass classic design 6.90€ . Design tak banyak yang latest. Ada satu je design latest. As usual aku selesa beli yang collection gambar bendera setiap negara tu. Lain dari tu takde beli apa. Oh lupa nak pesan sila minta diorang beri borang untuk claim VAT nanti ya. Banyak juga kalau setiap tempat ada hard rock shop korang nak singgah di Europe ni.

Keluar dari hard rock shop kami just jenjalan di lorong belakang nak menuju ke hostel sun and moon. Semua dah keletihan. Untuk hari ni ok lah sebagai pengenalan Barcelona. Belum panas engin lagi. Esok akan kami jelajahi city barcelona ni dengan naik bus city tour. Dengan masa singkat that's the best choice untuk dapat cover satu city barcelona ni. Balik hostel terus tidor dan berehat.. 

End of day 1 in Barcelona,Espana.

Sunday, October 23, 2016

AKU, MATADOR & MADRID ESPANA


'Kita dah sampai Madrid Sepanyol ni. Rugi tak tengok show Matador tu.. biasa kita tengok dalam tv jer.. jom la tengok live'

Kata travel buddy aku.

Iya.

Aku mengiyakan. Lalu kami terus ke Plaza De Toros Las Ventas Madrid untuk tengok tiket yang available bagi show petang nanti. Show bermula jam 5.30pm dan akan tamat jam 7pm. Dua jam. Dan harga tiket nya berbeza mengikut tempat duduk. Kami just mengambil tiket berharga 8.70€ sahaja. Tak perlu lah mahal mahal. Sekadar untuk tengok what this matador is all about.

Pengetahuan aku pasal this show adalah cetek. Sebab tak berminat nak tahu sebelum ini. Just tahu game ni macam acah-acah lembu dan mengelak dari lembu untuk tonjolkan keberanian sang matador. Guna kain merah. Matador pakai baju ketat. Lembu tanduk tajam. Main atas pasir.

Itu je yang aku tahu.

Jadi kami berempat dapat tiket. Excited. Sebab this is new thing dan boleh tengok live. Habis pusing plaza de toros ni ambik gambar. Dan beli kacang serta air berkarbonat sebelum tengok show. Cuaca adalah panas ketika ini dan matahari memancar terik.

Masuk stadium. Ambil tempat duduk. Dan standby with kamera untuk snap shot menarik. Sebelum bermula ada perarakan kuda dan ada live band main alat muzik. Pusing stadium untuk greet penonton.

Tiba-tiba keluar seekor lembu bertanduk tajam.

Terus kejar matador sampingan yang pegang kain pink. Aku pun tak faham kenapa bila diorang kibar kain tu lembu kejar. Dan matador mengelak. Then datang matador lain pulak rentang kain tu. Lembu kejar yang tu pulak.

Pusing-pusing macam tu sampai lembu tu pening. Kami yang tengok ni rasa macam kesian pulak kat lembu tu dipermainkan sebegitu rupa.

Kemudian keluar seekor kuda. Yang dipasang kain getah menutup badannya. Mata kuda tu pun ditutup. Dengan seorang penunggang pakai kasut besi pegang macam lembing di tangan. Bila kuda tu keluar lembu tadi terus gi serang kuda tu.

Bila diserang, penunggang tu terus tikam belakang lembu tu dengan lembing yang dipegang. Sampai berdarah-darah. Ditikam dan dipusing lembing tu hingga lembu tu lari menuju ke matador lain.

'Weiiiii bodoooooo.. berdarah lembu tu.. kesian kat dia weyyyyy!!!'

Tempik member sebelah aku.

Emosi.

Ala bukan dia jer rasa macam tu. Aku pun rasa tak selesa. Memang rasa macam bangang pulak bila diorang cederakan lembu tu. Dan game terus berlansung sampai keluar ketua matador pakai kain merah. Di sebalik kain merah tu rupanya ada pedang panjang yang Tajam.

Untuk tikam lembu sampai mati.

Dipermainkan lagi lembu tu. Kemudian keluar dua orang bawa besi tajam cucuk belakang lembu. Dan lembu tu berpusing pusing makin lemah.

Hal yang mengganggu fikiran aku ialah apabila semua hadirin dalam dewan akan bertepuk tangan dan memberikan standing ovation apabila lembu berjaya dicederakan tanpa belas. Seksa menatang tu.😡😡😡😡😡

Kemuncak nya ialah apabila ketua matador berkain merah menikam tulang belakang lembu. Dan paksa lembu tu berpusing pusing hingga terduduk. Di tikam kepalanya dengan pisau kecil hingga lembu terkulai jatuh mati hingga hilang nyawa.

Dan semua penonton bertepuk bersorak riang meraikan kejayaan Matador menumpaskan makhluk Tuhan yang lemah bernama lembu itu.

Keluar 4 ekor kuda. Menarik dan heret lembu yang mati itu keluar dari stadium. Di iringi muzik kemenangan dan matador mengangkat tangan kepada semu penonton isyarat kejayaan membunuh lembu liar yang bengis.

Kami memang rasa terkilan dan tergamam dengan aktiviti ini. Baru kami sedar dan tahu - rupanya pertunjukan ini ialah mengenai pembunuhan seekor lembu secara kejam oleh manusia berbaju ketat bertopengkan matador.

Dalam masa satu jam 3 ekor lembu telah mati. Aku mengambil keputusan untuk mengajak semua kawan-kawan ku keluar dari stadium. Dan meneruskan agenda lain. Dari membuang masa menyaksikan pembunuhan lembu secara seksa ini beramai-ramai.

Sewaktu pertunjukan tak henti henti aku berharap agar matador itu ditanduk lembu hingga cedera. Biar dia rasakan pula sebagaimana lembu yang telah mati rasa.

Mungkin interpretasi mereka warga Spain pertunjukan ini merupakan tradisi untuk menonjolkan keberanian mereka melawan lembu bertanduk tajam yang bengis. Masakan tidak berani. Game ini mempertaruhkan nyawa. Julai 2016 aritu ada seorang matador berumur 29 mati ditanduk lembu. Tapi untuk apa? Mati sia-sia i might say.

Persepsi aku tetap berbeza. Makhluk Tuhan bernama lembu itu tidak layak mendapat layanan sebegitu. Dipermainkan, ditikam berulang kali sehingga mati.

Akal aku tidak mampu untuk menghadam realiti ini. Kata lah apa alasan sekali pun pertunjukan ini, tapi sebagai manusia yang ada adab pertunjukan seperti ini adalah tidak bermoral dan tiada etika. Kerana lembu itu diseksa sampai mati.

It just doesn't make sense to me.

Judge all you want, but this is my stance. Tidak mewakili mana-mana pihak. Cuma pendapat peribadi.
Dan jika kalian tanya aku, adakah berbaloi untuk menonton pertunjukan madrid bullfighting ini, maka aku akan kata lebih baik jangan menontonnya. Membazir masa dan wang. Tapi terpulang lah. Duit sendiri sendiri. Cuma ini pendapat aku.

Akhirnya kini ku tahu.

Madrid Bullfighting adalah medan menyeksa lembu sampai mati!










(Gambar bertarikh 9 Oktober 2016, Plaza De Toros Las Ventas Madrid, Sepanyol)

Wednesday, October 12, 2016

ONE OF THE MOST BEAUTIFUL THINGS : LA-HAMBRA GRANADA ESPANA







Ketika Matahari mula terbenam di bumi Granada, saya menanti-nanti untuk menyaksikan keindahan al-Hambra yang luas terbentang di depan mata, bersimpul rasa tidak percaya kerana mampu melihat pemandangan ini.

Subhanallah.

Terpaku dan tergamam, kerana akhirnya Allah izinkan saya menjejak kaki di bumi yang pernah megah dengan tamadun islami.

Seketika bayangan keagungan dan kegemilangan islam di Andalusia terbayang di dalam kepala , betapa suatu masa dahulu islam merupakan suatu kuasa besar dan meneraju satu pertiga dunia.


Tapi itu kisah dulu. Dan bila kita akan mampu belajar dari sejarah lalu?


Azim Ashaary
Puncak Mirador De San Nicholas
(Gambar non-edit fresh dari NX300)
Granada
Spain
8.12pm
4 October 2016

Sunday, October 9, 2016

EUROPE TRIP 2016 : ESPANA & PORTUGAL!!

(Bas berhenti. Minum kopi panas. Makan chips. Have a good laugh with friends at RnR here. Don't know where but it's in Spain)

Best datang negara orang. Visit here and there. Spain and Portugal. 2 weeks is not enough. Banyak sangat tempat nak cover. Cuma sempat pergi mana mana tempat attraction yang paling top dalam list must do. Cantik. Beautiful. Amazing. Socializing with people from other country. Belajar dari pengalaman orang. Bina pengalaman sendiri how to survived because this trip plan sendiri dan arrange sendiri jer.

Nowadays senang sebab banyak rujukan dalam internet tinggal kena rajin dan ada effort nak buat research dan pandai bahagikan masa. Banyak tempat menarik yang tak ada di Negara kita jadi bila tengok sendiri boleh kutip cerita dan ambil iktibar dari sejarah lalu terutamanya kisah kejatuhan al-Hambra di Granada Sepanyol. Kisah Andalusia sangat menarik untuk dikongsi bersama mungkin saya akan cerita di siri akan datang. Pointnya ialah memang seronok berjalan dan kenali tempat baru. Europe tour always going to be fine provided you are prepared and do some research la. Or else you gonna end up wasting money and time.

Tapi.

Sehebat mana pun negara orang. Secantik mana pun pemandangan. Dan sekagum mana pun saya dengan sejarah andalusia serta sejarah portugal, akhirnya saya tetap nak balik negara sendiri juga. tiadalah yang mampu untuk tandingi negara sendiri. Malaysia di hati saya.Tanah tumpah darah.

Di Malaysia ada keluarga. Ada mak. Ada awak. Ada nasi lemak sedap. Nasi dagang. Nasi kerabu. Keropok lekor. Ada masalah politik dalaman yang merepek. Ada traffic jammed di KL. Ada nasi kandar di Penang. Ada beban kerja yang menanti jika masuk pejabat semula nanti. Ada kawan kawan kawan runner yang supportive. Ada drama pelbagai rasa. Ada macam-macam. Yup. Bukan kesempurnaan yang perlu kita cari dalam kehidupan. Janji boleh membahagiakan.

Baru 10 hari trip Europe kali ini. Tapi dah rasa macam lama. Hehe. Dah mula rindu masakan malaysia. Dah mula rindu nak mandi betul-betul. Bertabah lah. Beberapa hari saja lagi baki trip yang ada. Sekarang dalam perjalanan menuju ke Madrid, destinasi terakhir untuk trip Europe edisi Spain & Portugal. Hola Espana again! Syukur Alhamdulillah setakat ini semua plan adalah berjalan lancar dan mengikut perancangan asal.

Take a chance. Take a risk. Make a change. Do something you never did before. And at the end of the day, you'll find yourself are stronger than before. Because if you want to make yourself stronger - always learn how to fight alone.

Azim Ashaary
Atas bas 
Lisboa - Madrid 
3.11 am
9 October 2016

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails