Followers

Friday, October 31, 2008

Apabila Satu lagi MASJID telah terbina..

Sedikit sebanyak Gambar Kawen Abang Zali tempoh hari(25 Oktober 2008)..Serba Sederhana tetapi Tetap MERIAH.. Dengan bertemakan Purple..


Ni gambar masa kat luar Guest House sebelum bertolak ke rumah pengantin..
ni masa kat masjid sementara tunggu rombongan 11 buah kereta menghantar pengantin lelaki sampai..

Suka aku ngan suasana Desa di pinggiran Machang ni..Tenang dan damai jerdi rasakan..
Ni kat lorong masuk sebelum berjumpa ngan Rumah Pengantin..

Sessi berarak menuju rumah pengantin Perempuan.


Then pengantin Perempuan bersalaman ngan Pengantin Lelaki yang telah kunjung tiba..



Sessi Photo Shoot oleh fotografer yang tak bertauliah..fotografer yang betul tak kasi lagi gambor gambor yang dia duk amik arituh so aku tempek la mana yang sempat snap..ok lah kan dari takdak lansung..

Habis sessi bergambar dalam bilik pengantin terus ke makan beradab bersama keluarga mentua masing masing..

Kak La yang malu malu bila abang Zali nak suap makan kat dia..haha..macam kekok di situ..biasalah..pengantin baru kan..:)sat lagi lama lama dah tak malu dah..:)

Ni adik beradik yang hadir..Alhamdulillah cukup korum kali ni..sumer ada skali dalam usaha untuk memeriahkan majlis Abang Zali..Tema Purple ni Cantik jugak kan..

Mana cukup ngan satu persalinan.kata Raja Sehari..hehe..ni persalinan yang satu lagi..:)

Baru lah segak bagai Raja Sehari:)
Atas sebab sebab tertentu kitorang kena gerak balik awal petang tuh..tak sempat nak tunggu majlis abang Zali betul betul habis..(Gambar: Kasih Ibu yang tiada bertepi...)

Kami sekeluarga terus balik ke Terengganu malam tu jugak..Walaupun Hujan agak lebat tetapi kami tetap puas..Sebab sekurangnya Abang Zali dah di raikan..Dan bermulalah episod baru dalam diri dia sebagai SUAMI...aku doakan yang terbaik untuk dia,semoga akan Cekal dalam melayari bahtera Perkahwinan yang sering jua dilanda badai..

Semoga Kalian berdua dikurniakan Tuhan Jodoh yang berpanjangan..

Ameen..Apa apa pun sekali lagi aku nak ucapkan:

..SELAMAT PENGANTIN BARU ABANG ZALI..
..SEMOGA PERKAHWINAN KEKAL KE ANAK CUCU..
(cepat cepat lah beranak pinak..hehe)


*Menurut Islam, perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama. Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shahawat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah. Kerna itulah, setiap muslim perlu merancang dan berusaha agar perkahwinan mereka tergolong dalam perkahwinan mithali.

Thursday, October 30, 2008

Preview:Casa Damai Guest HousE

Masa duk kat Kota Bharu aritu sempena majlis pernikahan abang zali,kitorang empat keluarga(keluarga saudara mara) menyewa kat Guest House yang amatzz selesa ni.


Nama Guest House nya:Casa Damai Guest House..
Lokasi di Pasir Tumbuh Kelantan..




Laman yang bersih dan luas...sedap mata memandang..


Ni ruang tamu pertama
dan ni ruang tamu kedua..actually ada tiga ruang tamu..jadi korang bayangkan lah betapa besarnya rumah ni..

Dilengkapi dengan empat bilik tidur berhawa dingin..memang selesa sangat..
Ni pulak ruang dapur..memang boleh memasak siap..sumer kelangkapan ada tapi kitorang tak la sampai memasak..beli jer mana yang patut.


Kalau korang berhajat untuk datang ramai ramai ngan Family dan berminat untuk singgah rehat di Rumah tamu ni boleh hubungi nombor yang tertera di atas..Yang paling menarik bagi aku sebab harga Rumah Tamu ni Hanya lah RM300 semalam..murah bukan???


Tak percaya??


Percayalah.....


*Lupa nak bagitau,masa menginap kat sini sempat meluangkan masa berjumpa ngan sorang Blogger dari Kelantan-Ted Baker..kitorang pi lepak lepak minum kat KB kopitiam tapi lupa lak nak snap snap gambor..anyway,it's nice to meet you!!Thanks for belanja makan dan minum tempoh hari..ada ubi ada batas,ada hari boleh ku balas..:)

Chili's Restaurant Before Eid Mubarak

Time time tengahari ni rasa nak terlelap jer.waktu rehat Lunch nie..tapi aku tak kuar makan pun..just lepak kat opis duk berbloghop kejap.. Kan tadi pagi ada kursus,so ada makan pagi dalam kul 10 tadi..jadinya aku masih kekenyangan akibat makan Kueytiow Goreng yang sangat berminyak itu(ewww...)..Petang ni kursus sambung balik dalam kul 2.30 ptg..Praktikal plak cara cara nak menyelamat mangsa kebakaran..

Malas nak story pasal mender tu...Tak menarik dan bushsan..baik kita story mory pasal makan makan lagi..hehe..aku seronok kalo dapat bercerita pasal makan makan ni..rasa tenang jer dapat tengok makanan..Hilang masalah Dunia kejap..kahkah..actually ni Entri makan makan yang tertunggak sejak sebulan lamanya..moh la kita layan je lah k..takyah citer panjang...Zasssssssssss....

*************************************************

Al-kisah nya berlaku masa hujung bulan Puasa sebelum balik Kampung halaman untuk beraya..kalau tak silap dalam 27 Ramadhan kot..(if i'm not mistaken)..Sempat berbuka puasa ngan beberapa ahli YKWYA yang masih available untuk di ajak keluar.Dan peserta-pesertanya adalah:Lily,EA,Ziana,MNN,dan AXIM.
Bertempat di MIDVALLEY megamall-yang mana aku memang sesat barat nak sampai kat Midvalley ni..siap sampai pusat sains negara tah mana mana ceruk namun sejam kemudian aku mampu untuk muncul bersama sama dengan diorang kat Midvalley ni..haha..Kitorang memang dah plan nak berjumpa lepas waktu berbuka..so memang berbuka dulu dalam kereta sebelum tuh.diorang plak sempat lepak kat Coffe Bean sementara tunggu aku yang kesesatan..alas perut dulu.

Dan tempat sasaran untk kitorang melampiaskan nafsu serakah makan yang masih belum tertunai ni di CHILI'S...Licensed To Grill.

yaaa...dan ini dia EA bersama Tunangnya-Lily yang Chomey..Seronot la tuh bila bab bab makan kan..:)

Yang berkepala botak di sebelah kanan tu AXIM..dan di sebelah kiri tu Ziana.


Mula mula kitorang order dulu makanan apa yang patut..
Dan yang sampai dulu Tripple plate nih(betui kaa namanya macam tuh..tak berapa ingat..)

Oleh kerana memang masing masing kelaparan ni lah hasilnya..sekelip mata jer kami semua membaham dengan lahap tanpa menoleh kiri dan kanan..kalau toleh kiri toleh kanan alamat tak sempat nak makan ler..sumer tengah kelaparan kan..

Tu Lily duk ratah tulang ayam plak,,,sebab sumer da habis..sian dia lapor kan...sabar Deq....nanti menu lain sampai yer..hehe

EA yang masih sempat kontrol macho walaupun masih setia menanti hidangan lain yang belum kunjung tiba...cepat la weeehhh....kitorang dah lapor ni....dan akhirnya...


Sampai jua hidangan yang di pinta..ni Lamb grill kalau tak silap..mana nak ingat nama,dah sebulan lebih tinggal..haha..yang ni Lily kongsi ngan EA.

Yang ni MNN aka Bang Chik punya..dia memang suka makan Burger kat Chili's nih..dia kata bila makan burger ni gigitan pertama jer dah mengingatkan dia kembali pada zaman Childhood nyer...uihh...ko membesar kat Nevada yer Bang Chik..:)

Yang ni AXIM punya..Grilled Salmon with Garlic Rice and Herbs..sedap Salmon...rugi kalo korang tak makan Salmon..memang tangkap leleh la...isinya lemak yang amatttzzzz...

Angah aka Ziana order menu yang baru ada dalam Menu...mashed potato yang ni Sedap!!lagi sedap dari Kenny Rogers punya..cubalah!!yang ayam tu pun sedap!!


Kitorang makan kongsi kongsi sumer...sharing is caring kan..sambil makan sambil bergelak ketawa..tahu tahu jelah kami bila dah berjumpa..mana bleh nak duk diam..konpem akan sembang dan keluar topik topik hangat..tapi bukan mengumpat yek..sebab mengumpat tuh ibarat memakan daging saudara sendiri..tapi orang kata daging manusia ni sedap..tu pasal kot ramai umat manusia yang suka mengumpat..haha


Air plak toksah cakap lah..duk refill dalam 20 kali kot(tipu la sangat kan..)..kitorang order 3 gelas air then duk ulang ulang Refill sampai naik jenuh waiter yang served kitorang..Dengar citer lepas kitorang makan malam tuh dia terus berenti kerja sebab tensen(yerr..aku tipu lagik..)..Yang penting sumer makanan kat sini memang SUPERB!!!!aku suka bangat!!aku kasi 9/10!!


Kalau dah makan mana nak lengkap tanpa Dessert kan..yang ni mula mula semua duk sembang tanak makan dah..dah kenyang lah..dah penuh perut lah..skali bila Lily Order..

Sumer duk pakat Serbu sebab tak tahan tengok ais krim yang tergolek golek tuh...

AXIM yang kegirangan sampai terbeliak bijik mata...sedap sangat Dessert apa kebenda ntah namanya ni aku pun tak taw!!


Then macam biasa lah,after makan kena la blah..actually blah pun sebab kedai tu da nak tutup..mana taknyer..dah pukul sebelas lebih..bukannya Chili's ni 24 Jam kan..haha..cop cop tunggu dulu...aku belum habis cerita lagi nih..

Sessi makan makan dan sembang sembang tadi tak terhenti di situ jer..after makan kitorang pi jelajah Panggung wayang plak..nak tengok Citer Mama Mia yang kebetulan masa tuh baru jer keluar panggung panas panas lagik..sapa tak geram kan tengok mender yang panas panas..tu yang kitorang serbu panggung masa nih..


Overall citer ni Best!!sapa yang suka Musikal Filem mesti suka kan citer ni..kitorang siap nyanyi sama sama dalam panggung sampaikan budak yang duk satu line ngan kitorang berpindah tempat...bising gamaknya..tapi tak kisah la kan..berlambak lagi tempat duduk lain dalam panggung..aku kasi citer ni 8/10 sebab musik dan lagunya yang ceria dan menambat jiwa..


After habis wayang baru la kitorang berpecah dan bergerak menuju haluan masing masing..aku keesokannya menuju balik ke kampung halaman untuk berhari raya..To all of you,tahnks sebab sudi luangkan masa before Raya arituh..Appreciate it so much!!


**************************************


ehhhh dah terflash back plak aku kan..memori indah kena lah di kenang kan..:)ok lah,dah pukul 2,30 pun ni..aku nak sambung Kursus plak..nak pi belajar cara cara menyelamat kan mangsa kebakaran plak..sampai ketemu lagi yaa...


babai..


tata..titi..tutu..

*Credit to ADEQ sebab ada gambar kat atas cilok dari blog dia a long time ago..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails