Followers

Tuesday, September 23, 2014

2 TAHUN BERLALU. TAPI SEPERTI BARU SEMALAM..

'Have you been in Korea before this mr. Azim?'
 
Tanya Mr. Park Seong Sik pada aku masa lunch tadi. Hari ini ada Lunch appointment dengan beberapa orang representatives dari Korea di The Qamar Hotel, Paka. For some business purpose.
 
'Yeap.. i've been there once. In Seoul.. Back in May 2012.. But.. just for a day..something happened.. My dad passed away the day after i arrived in Seoul..'
 
Tak sempat nak teruskan ayat, seketika fikiran aku menerawang kembali 2 tahun lepas.
 
Ketika aku berada di Seoul, Korea selatan untuk bercuti. Saat ketika Arwah ayah sedang bergelut dengan sakaratul maut di Hospital Besar Kuala Lumpur.. Saat ketika aku resah gelisah di Korea kerana mesej yang memberitahu arwah ayah tidak sedarkan diri.. Dan akhirnya aku akur dengan kehendak Takdir Illahi apabila mendapat perkhabaran ayah menghembuskan nafas yang terakhir di waktu dan ketika itu juga.. lemah dan longlai, tanpa aku mampu berbuat apa-apa kerana jauhnya jarak perjalanan dan masa yang memisahkan antara aku dan sekujur tubuh bermulanya sebuah cinta dalam kehidupan aku.. Allah.. Allah.. Allah.. Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu apa ada di dalam hati dan perasaan ku.. Dan sesungguhnya kematian itu tidak dapat dipercepatkan dan dilambatkan, hanya Allah mengetahui rahsia itu..
 
Al-Fatihah untuk arwah ayah.. Semoga sentiasa mendapat ketenangan dan rahmat di alam sana.
 
'Mr. Azim.. Mr. Azim.. Are you there?'
 
Tersentak. ya. aku telah mengelamun. Baru sedar ketika waktu ini sedang makan tengahari bersama orang-orang korea. Yup. Kenangan itu kembali menghambat. Kerana kenangan itu tak akan pernah mati dan usang. Sentiasa mekar dalam jiwa. Seiring waktu berlalu, aku terus mengerti satu persatu hikmah dari setiap yang Allah telah takdirkan pada kita. Tak akan pernah Allah buat sesuatu itu sia-sia!
 
Aku mula memberi jawapan,
 
'Yup.. we are we just now? oh yeah.. Seoul is nice place.. i should go there once again later.. the place that i just got a chance to visit bla bla blaaaa.. (and the conversation keep continue to the point that i believe you guys dont want to hear about it..)



 
*Thank you Allah for another day to breath!! Setiap hela nafas yang kita hirup adalah milik Allah. Jadi jangan sombong dan berasa bangga diri. Semua nya adalah milik Allah. Daripada-Nya kita datang, dan kepada-Nya juga lah kita akan dikembalikan suatu masa nanti.

Friday, September 19, 2014

ANOTHER TRIP TO PERHENTIAN ISLAND

Ini adalah trip kali kedua aku ke Pulau Perhentian.

2 hari sebelum this trip. Ajak kawan Opis untuk ke Pulau Perhentian Mereka kata On. so aku pun arrange dengan travel agent kat sini. Book Chalet semua siap dengan pakej snorkeling sekali dengan Boat Transfer. Here we are today at Jeti Kuala Besut untuk bercuti 2 Hari 1 Malam di Pulau Perhentian. Alang-alang dah stay di Terengganu so boleh la buat trip mengejut macam ni selalu. hehe..


Sampai di Jeti Kuala Besut pada jam 7.40 am


Sementara tunggu bot sampai, kami sarapan pagi dahulu di warung berdekatan jeti.. sebelah terminal bas. makan nasi dagang dan bihun. Then bungkus sekali untuk makan tengahari nanti di Pulau. Banyak jer restoran yang ada di Pulau cuma harganya adalah mahal dari di darat lah. Makanan kat warung sini murah!:)


Kena beli Tiket taman laut harga RM5


Ramai juga orang di jeti menunggu bot


akhirnya bot yang ditunggu sampai. jam 8.30am


Yeah!! we're going to Perhentian Island!


Perjalanan ke Pulau Perhentian memakan masa selama 20 minit


Pulau Perhentian terbahagi kepada dua pulau. Ada Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Kami akan menginap di Pulau Perhentian Kecil. lebih happening dan sesuai untuk golongan backpackers. do belakang perhentian kecil ni ada Long Beach yang meriah di waktu malam.


Kami menginap di Amyns Chalet. Chalet budget. Sekadar untuk tidur satu malam sahaja. sebelah nya ada Ombak Dive Resort. Untuk Diver. kalau ada kepalangan esok pagi nak diving di Pulau Perhemtian. Agenda hari ini ialah Snorkeling dulu. Check in di bilik dan terus bersiap untuk snorkeling trip.


Ada 5 point untuk snorkeling : Coral Point, shark point, light house, Turtle point, dan di Romantic beach. Dulu pun aku dah snorkeling kat sini. we'll see how this time..


Let's go my friend!


Tunggu Bot di Jeti Perhentian Kecil.


Ok cukup setakat ni dulu. later aku share gambar snorkeling . banyak banyak nanti korang boring pulak baca.. sedang merajinkan diri untuk update blog kembali.. i feel like myself again this past few month.. Alhamdulillah.. percaturan Allah itu sentiasa kena untuk kebaikan hamba-Nya.. Moga Allah terus memberi rahmat dan berkat dalam kehidupan ku. serta dijauhkan dengan Golongan fasik dan mungkar. Ameen.

*to be continued..

Thursday, September 18, 2014

DAN KAU ADALAH MATI

Burung itu terlepas dari sangkarnya. Puas tuan nya mencari namun tiada berjumpa. Dan burung itu pun menjelajah seluruh pelusuk alam kegembiraan dapat bebas dan lari dari simpanan tuannya itu tadi. Dalam hati sang burung berasa puas dapat memilih haluan sendiri. Derhaka pada tuan tiada terkira, lantas pilihan yang ada hanyalah lari dari segala kekalutan.

Terbang bebas mengejar sesuatu yang tidak pasti.

Lama kelamaan, burung itu keletihan. Dan mula bosan dengan kebebasan yang di miliki. Sang burung berasa hairan. Kebebasan yang dimiliki tiada menjadikan dia bahagia seperti yang di impi. Lalu singgap lah ia di atas sebatang pohon ke sebatang pohon yang lain. Meniti hari dengan penuh rasa kekosongan. Tiada kawan dan tiada siapa yang peduli. 

Suatu hari, seorang pemburu ternampak burung tersebut dan menembak jatuh untuk dijadikan makanan tengahari beliau. Burung itu terkulai layu dan mati. Tanpa sempat tuannya bertemu lagi buat kali terakhir.

Hari ini, tuan asal burung tersebut telah memiliki burung lain. Yang jauh lebih cantik dan menawan dari burung yang mati itu tadi. Si tuan mula menumpukan hidup kepada burung baru. Mengorak langkah dalam mencari bahagia sendiri. Kerana kebahagiaan itu juga suatu pilihan dalam kehidupan.

Dan memori tentang sang burung yang mati hanyalah sekadar puing kenangan dan kesedihan.

M.U.S.U.H

Musuh yang paling merbahaya bagi kita ialah mereka yang pernah menjadi kawan baik kita suatu masa dulu.

Kerana kawan baik sudah pasti akan tahu rahsia, tahu kekuatan dan kelemahan yang kita miliki.. maka mudah untuk golongan ini menjatuhkan kita apabila mereka bertukar menjadi musuh. 

Moga Allah jauhkan.


Wednesday, September 17, 2014

MALAYSIA BUMI BERTUAH

Namanya wildan. Bekerja di stesen pam minyak shell. Asal dari jawa timur (tidak dinyatakan pula nama tempat. Cukup secara general sahaja). Dimintanya kad bonus link, aku kata tiada (tertinggal di rumah)

Ketika berbicara, riaknya tulus. Katanya sudah 6 tahun dia mengungsi di sini. Aku tanya dia,'kamu suka Malaysia?' Dia jawab 'Malaysia bagus sekali! Tempat mencari rejeki yang bagus.. aku suka sini.. kerja begini pun aku masih mampu untuk hantar uang sama adik beradik ku di sana. Alhamdulillah.di Malaysia ini, siapa yang rajin pasti akan melimpah ruah rejeki.. seperti lombong emas kayaknya.. siapa yang rajin maka dia lah yang dapat melombong emas paling banyak..'

Aku senyum. 

Malaysia. Tempat tanah tumpah darah kita. Aman dan damai. Tidak seperti di sesetengah tempat lain yang penuh dengan pergolakan dan perpecahan. Ya. Malaysia kita. Kadang hairan juga dengan sesetengah dari kita yang sentiasa ingin tinggal di negara lain. Berhijrah ke negara yang lagi hebat. Aku setuju, mungkin di sana lebih maju. Tapi apa darah yang mengalir itu tidak sayangkan ibu pertiwi kita? Di sana tetap bukan negara kita!

Maka, apa lagi sih mau mu?? 

Syukur lah kita dengan keamanan dan kemakmuran yang kita miliki sekarang!:)

WORDLESS WEDNESDAY


Tuesday, September 16, 2014

TRIP DIVING DI PULAU KAPAS, MARANG TERENGGANU

Ini adalah kegilaan terbaru saya.

Menjadi seorang Divers pulak. Dah lama nak menyelam dalam air. Alhamdulillah dah certified lesen diving dengan PADI pada bulan April yang lalu. Setakat ni baru dive di Pulau Redang dan Pulau Tenggol. Tak sempat nak siarkan gambar di sini lagi. Cuti 16 September ni sempena Hari Malaysia saya dan seorang kawan opis datang diving di Pulau Kapas. Sempat lah dive dua kali sessi pagi dan petang.. Di Berakit Reef dan Coral Garden reef. Alhamdulillah skill menyelam dah makin baik. Bouyancy dah makin ok..

Enjoy the pictures sahaja lah..


 
Gambar underwater semua saya rakam menggunakan Gopro Hero3+.. Seronok pakai Gpro sebab boleh ambil gambar dan video sampai 40 meter ke bawah dasar laut.. Seronok tinggal di Negeri Terengganu ni. Banyak Pulau pulau yang cantik dan dapat menenangkan jiwa.

Next trip akan ke Pulau Perhentian pula. 

Insya Allah!!

*Maaf kepada semua reader lama blog ini.. sudah lama tidak berkongsi kisah, kini saya harus kembali untuk berkongsi pengalaman. Banyak kisah bakal saya kongsikan.. yang latest pasal event marathon, ultra marathon, trip to Goald coast and Brisbane, dan trip trip diving.. Moga Allah beri kemudahan dan kelapangan masa untuk saya terus berblogging. Ameen.

THE NEVER ENDING LOVE STORY



And the rain is falling down.

I walked to the rain. Spontaneously. Don't know why. Breath heavily. and standing on the road. With arms wide open, i looked up o the sky and closed my eyes. Just let the rain fall down all over me. wishing that it could wash away all of my tears. i hear the lightning strike. i feel the rain. i smell the fresh air in the middle of the pouring rain. it's a cold night. empty. Hollow inside. But i couldn't find the reason why it was.

It doesn't matter anymore.

For one second, i looked deep inside myself. think back carefully for anything I've done. A simple mistakes that lead to major argument. An ego that blinded me to control myself. An anger and furious that just exploded when things not in track with my line. My irresponsibility. Stubborn. The immaturity. Craziness inside me. Everything. Every single negatives things about myself. And i wish the rain could wipe it all away. Wash away my tears so i could start it all over again. i wish. But nothings changed ever since.

It's not too late to let it go.

For what it's worth, somethings gotta change. it always fun to break something made of glass. But in the end of the day, the broken glass can cut my hand. Bleeding all over the place. Bleed my soul and eventually eating me up inside. Just pray. and have faith. That God always make things happened with a reason. and maybe only God knows what is the reason is.

When the rain stops falling.

Here i am. Standing on this road. alone. wet. cold. Trying to let go of the rest. The shadow and regret lingered. But i know that i can't take back all of the mistakes. Yeah, sometimes people learned the easiest things in the hardest way. Thing's cannot be undone. the memories remain, still.

and I'm still glad that I've found YOU.

Monday, September 15, 2014

SELAMAT HARI MALAYSIA


Selamat Hari Malaysia! 16 September adalah cuti umum. jadi ke mana kita mahu bercuti sempena meraikan hari pembentukan Malaysia?

*gambar di starting point sunshine coast marathon, Queensland Australia 31 August 2014

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails