Followers

Wednesday, January 9, 2008

BBQ Dinner

Habis jer sessi forum petang tu,diorang bagitau malam ni akan diadakan bbq dinner kat gazebo swimming pool area kat hotel bayview tu..makan punya pasal takan nak tolak maa..majlis bermula pukul 8.30 malam.yang paling penting dress code bebas,so takyah la nak bertema tema sangat.sampai jer kat sana da ramai yang da sampai,so terus jer memulakan sessi makan memakan sampai kenyang.

Biasanya kalau ada BBQ mesti akan di gandingka dengan nasi goreng cina.tapi masa ni aku pelik kenapa nasi goreng cina ni sedikit manis..hmmm nasib baik bleh telan lagi.ada udang dan ikan pari bakar tu lagi la membangkitkan selera aku..habislah azam tahun baru aku...huhuhu...takper...sekali sekala je kan..(ayat nak sedapkan hati,hehehe)

Kalau dah namaya BBQ mesti ada ayam bakar dan daging bakar...yang paling tempting sekali malam ni ialah lobster yang dibakar tuh.....sangat sedap dan aku makan dalam 5 ekor jugak..banyak tuh tapi nak wat camaner tak tahan tengok.kang kempunan pulak kalau asyik nak tahan je selera makan,betul tak?

Lepas semua da kenyang maka bermula lah sessi ucapan untuk SGMO yang akan bersara 17 januari ni.ada lah ucapan ucapan dari GM yang lain atas sumbangan dan jasa bakti beliau selama berkhidmat dalam kompeni ni.yang paling best kemudiannya SGMO diminta untuk menyampaikan lagu sebelum dia melepaskan jawatannya..Tuan Haji Suhaimi nyanyi lagu getaran jiwa untuk menghiburkan kami semua..funny thing is after that the floor is open for the guest untuk nyanyi.dan aku pulak tetiba mengofferkan diri untuk nyanyi,hehehe.sajer jer nak hiburkan diorang walaupun tahu suare tak sedap..aku nyanyi lagu kau ilhamku(man bai) ngan lagu biarlah bulan bicara(broery marantika)..saja seronok seronok...lagipun ni memang masa to have some fun kan?

delegates yang lain pun turut menyanyi juga walaupun pada awalnya malu malu tapi sebenarnya mereka mahu,hehehe,ramai jek yang sporting dan memberikan sokongan.dalam pukul 11.30 malam majlis tamat..esok forum akan bersambung lagi untuk sessi seterusnya.

1 comment:

Anonymous said...

ko asyik letak gambo makan jee azim..huhu..akuu kat lab ni..tghr2 ni..menambahkan kelaparan aku bile bc blog smbil tgk gambo2 tu..hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails