Followers

Sunday, January 27, 2008

Sotong Goreng Kunyit Sayuran

Menu kedua pula ialah Sotong Goreng kunyit Sayuran.Bahan-bahannya ialah:

-Sotong saiz besar(dalam lima enam ekor)
-kunyit debu dan sos tiram(untuk perapan)
-bawang putih dan bawang merah kecil untuk tumisan
-sebahagian bunga kobis
-3 biji lobak dipotong bulat-bulat
-8 tangkai cili padi
-sebiji onion ring
-6 urat kacang panjang
-2 biji tomato
-sedikit garam dan penambah perasa

-Mula-mula macam biasalah sotong harus dibersihkan terlebih dahulu..buang isi isi perut dan tulang nya sekali.

-Potong sotong kecil-kecil ikut citarasa anda.


-Kemudian gaulkan sotong yang telah di potong itu tadi bersama serbuk kunyit dan sos tiram.Biarkan selama sepuluh minit.


-Setelah sotong siap diperap,tumiskan bawang putih dan bawang merah kecil yang telah di tumbuk halu sehingga naik bau..
-Kemudian masukkan sotong yang telah diperap dan goreng sehingga sotong itu masak.sotong yang sudah di masak akan mengecil dari saiznya yang asal.


-Setelah sotong dah masak,campakkan semua sayuran yang telah dipotong itu tadi.



-Gaul hingga rata dan masukkan garam dan penambah perasa.Gaul dalam lebih kurang 5-8 minit,dan tutup api.

-Sotong Goreng Kunyit Sayuran siap sedia untuk di hidangkan.Menu ni lagi senang kan?

2 comments:

rehan said...

Sallluuttteeee!!!!!
Terrroorrrr nyeee!!!!!
Mmg tabikkk!!!

Nikli said...

One of my feveret..!!
fehhh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails