Followers

Wednesday, September 2, 2009

Suara Hati 12 Ramadhan 1430H

Aku kembali lagi di tempat ini.

Tersenyum sendirian,mengenangkan aku sudah pulang ke asalku.Kawasan Luar berselerak,pasir dan tanah memenuhi lantai mozek di luar pintu,sesekali di sulami dengan daun kering dari pokok berhampiran di bawa angin lalu..di tambah pula dengan kotor hitam bekas minyak dari motorsikal dan kereta yang di letakkan di situ.aku tetap tersenyum.Ini memang tempat asalku.

Salam diberi,seraya seluruh kerabat menyambut kepulangan.Aku kucup tangan abah.aku peluk cium mak tanda kasih yang tak pernah berbelah bahagi.aku rangkul anak saudara yang comel-comel belaka,tanda ingatan yang tak pernah putus.dan aku jabat erat tangan kakak,abang dan adik yang sudah lama tidak bertemu mata.Alhamdulillah mereka semuanya sihat sejahtera..Alhamdulillah..Terima kasih tuhan atas pertemuan ini.Dengan Izin-Nya maka kami semua dapat bertemu lagi buat kesekian kalinya.

Buat pertama kali di Ramadhan yang mulia ini aku dapat berbuka puasa bersama mereka..Riuh rendah meja makan dengan gelagat masing masing..Memang kami sebegini rupa..tak pernah sunyi dari bercakap dan sering pecah dengan gelak tawa.memang kami begini.Bahagia dengan cara tersendiri.Jauh di sudut hati aku bersyukur di kurniakan keluarga yang punya banyak ragam.punyai karakter tersendiri,saling melengkapi dan itulah punca kebaagiaan yang utama.

Nikmat sebenar apabila dapat solat berjemaah bersama-sama..Maghrib,Isyak dan Taraweh..Abah memang suka begini,jika semua anak anak nya pulang pasti kami semua tidak ke masjid,cukup dengan berjemaah di rumah sahaja..Lebih afdal katanya.Faiz lah yang menjadi imam,adik aku yang paling bongsu.Skill menghafal Quran nya tidak di sia-siakan,dan terkadang aku sebagai abang malu sendirian mengenangkan diri sendiri yang tidak mampu untuk menghafal senaskah kalam suci itu.Rezeki masing-masing.

Selesai Bertaraweh,keadaan menjadi Riuh seketika.Abang Shuk seperti biasa dengan perangai selambanya sibuk mengusik anak saudara yang ada.Kak Ija sibuk mengajar Ika(anak kak ti yang paling bongsu) mengaji Al-Quran.Anak kecil senang di bentuk makhrajnya sedari kecil sebegitu.Ayah yang berbaring di ruang tamu hanya memerhatikan gelagat kami semua tanpa sebarang kata,kadang-kadang berbicara dengan nada mengusik..itu lah ayah yang kami kenal.Mak di sofa sambil memejam mata,tanda keletihan setelah sehari suntuk di dapur menyediakan juadah berbuka tadi,dan aku pula senang dengan keadaan begini,tanda ikatan kami semua yang tak pernah berubah.Yang berubah hanyalah jarak dan waktu yang ada untuk aku luangkan bersama mereka.

Kalau dulu sebelum kerja pun aku sudah tidak punya waktu yang banyak bersama mereka.Sekolah berasrama dan Universiti menjadi benteng pemisah.Sebab itu dengan waktu yang ada,peluang keemasan tiada aku akan sia-sia kan.Asal ada kesempatan pasti aku sedaya upaya cuba untuk kembali di tempat ini,sekadar mempastikan mak dan ayah sihat sejahtera.Siapalah aku tanpa mereka berdua.sudah banyak pengorbanan yang mereka lakukan untuk membesarkan kami.Untuk membesarkan kami adik beradik.aku tak pernah lupa.Masakan aku lupa.Masakan kami adik beradik lupa.

Aku tahu dan faham setiap keluarga pasti punyai masalah tersendiri.Kami juga tidak terkecuali.Tapi itu semua bukan alasan untuk menjadikan hubungan kami sekeluarga rapuh.Aku kira semua masalah yang datang,semua dugaan yang timbul datang dengan satu hikmah.Hikmah terbesar yang aku paling nampak-Ukhuwah yang terbina semakin kukuh-dengan cara kami tersendiri.Orang luar berhak untuk menilai apa-apa yang mereka mahu tetapi percayalah,hanya kami dan Tuhan sahaja mengetahu situasi sebenar.

(Masa yang berlalu menjadikan kita semua semakin matang dan bijak berfikir.Apalah erti sebuah kedewasaan tanpa mampu untuk berfikir secara matang..Dan kematangan itulah yang mampu menjadikan kehidupan kita semua menuju ke arah yang lebih baik..Sedih bukan jika kita masih melakukan kesilapan yang sama berulang kali tanpa belajar sedikit pun dari kesilapan lampau..Pathetic.)

Untuk sebuah institusi yang aku panggil KELUARGA,aku mahu kau tahu itulah kekuatan dalaman yang aku miliki apabila aku di rundung malang.Keluarga lah tempat aku bergantung harap jika berlaku apa apa yang tidak enak..aku sayangkan kalian,dan tiada galang gantinya lagi..Mak,Ayah,kak Tie,Abang Zali,Kak Ina,Kak Ija,Abang Shuk,Adek Dah,Ami dan Faiz,semoga kasih sayang antara kita semua tetap berkekalan hingga ke akhir hayat.Tiada yang abadi di dunia,semoga kita akan bertemu jua di Syurga sana..Insya Allah.

Catatan ini untuk kalian.Bacalah dan cuba fahami.Pasti kau akan mengerti isi hatiku.

JAZAKALLAHOHUKHOIR..

11 comments:

Wanpetunjuk said...

Salam Zim....I don't know of why towards something but I knew that I'm touched. Seronak pasti???.

InsyaAllah, jika tidak ada aral melintang, aku akan berada di Kerteh malam raya...berkumpul di rumah kakak dan ibu saudara. Jika tahun lalu, aku gagal untuk singgah, insyaAlla, tahun ini, rezeki kita...

Apa2pun, aku ingin mngucapkan selamat meneruskan ibadat puasa di bulan Ramadhan ini. Semoga kita semua terus dipelihara olehNYA. Semoga Allah memberikan kesihatan kepada kita untuk meneruskan bakti dan ibadat...kepada ibu bapa dan keluarga juga kepadaNYA....

Selamat malam Zim :)

Qumairah said...

Hmmm...sayunya rase bace tulisan nie. Saya balik gak kampung sebulan sekali, kalau dah berkumpul memang seronok sangat. Tapi sebab adik beradik 3 org semua perempuan kadang2 tak dapatlah jumpa mereka sebab dah ikut suami masing2. Terima kasih axim sebab highlight pasal kepentingan keluarga. kadang2 tu kita alpa sebab asyik dengan kerja.

Anonymous said...

En. Axim...

Touching. Itu saja yang boleh saya katakan... I'm feeling melancholic too right now. Ya, setiap kali berjumpa keluarga kita kembali kepada nostalgia itu.

...dan saya tidak terkecuali...

Barakallah...

- wan emily

@xiM said...

Wan Hidayat,

salam wan..tak salah untuk tersentuh kan sebab itu lambang kita masih di kurniakan tuhan hati dan perasaan..:)

oh,kau balik kerteh yaa malam raya..kalau takder aral jemput datang ke rumah..dah dekat sangat tu kerteh ngan kemasek..ada umur dapat lah kita berjumpa nanti k..

selamat meneruskan ibadat puasa jugak untuk wan dan keluarga..semoga kita sentiasa di beikan kesempatan oleh Tuhan untuk berbakti kepada kedua ibu bapa sementara mereka masih ada,hingga hujung nyawa..

Insya Allah..

@xiM said...

Qumairah,

Keluarga sendiri.sebuah institusi yang tak patut kita abaikan sebegitu sahaja..itu lah asal kita dan di situlah kita mula kenal dunia..

kalau ada kesempatan carilah masa untuk bertemu mereka kan..semoga kita sama sama beroleh Rahmat Allah..

@xiM said...

Wan Emily,

Nostalgia bersama keluarga-satu memori yang setiap daripada kita takkan lupa sampai bila bila..semoga kenangan yang indah itu akan tetap indah buat selamanya..

sepul said...

touching la bro. hmm aku pun sama la. kalau ada kesempatan seletih mana pun mmg aku akan balik perlis jumpak family aku. hmm ni pun baru sampai dari perlis pagi tadi terus mai kerja ni. dgn mata lebam mengantuk.
tapi worth it la dapat berbuka dgn family prepare juadah masak apa semua. tak sabaq nak raya.

err... mana entry makan lagi woi?? cepat bubuh lagi !!

eedany said...

Teringat my entry bila di awal Ramadhan, aku sedih2...

bila Ally baca entry tu, dia pun ikut nangis-nangis... at least dia tau aku sayangkan dia dan juga sayang dekat adik beradik semua.

bila baca entry ini...nangis lagi.
Family lah segalanya bagi saya.
Tak kira dalam senang atau susah.

Chowww... (sambil kesat ingus meleleh pakai tisu) eeeiiii ;p

zm said...

tu maksud nya ko kene la cepat2 kawin @xiM. tp entri ni mcm kurang skit gula la plak (sbb xde gambo) hahahaha..

Ziana said...

sedih plak baca entry nih...

ragam dlm family mmg jdkan kami sefamily teguh and terus bersatu.
gelak tawa sakat menyakat akan memesrakan lagi kami..
Alhamdulillah...

Tapi thn nih 1sttime tanpa ayah..
kehilangan tuh masig terasa..
tp i knw.. semua try to be strong..
Alhamdulillah..

ermm..
Take care to u ya!

rudy bluehikari said...

axim, im touched!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails