Followers

Wednesday, February 10, 2010

MIRI / BRUNEI TRIP - PART 1 : JOURNEY TO MIRI

Bertemu lagi kita di Ruangan ini.

Ikut kan hati yang malas ni memang tak berupdate la Blog..tapi kena kuatkan semangat dan gigihkan hati..serta sanggup membuang masa menaip.haha.maka terimalah kisah percutian di Hujung minggu lalu ke MIRI,SARAWAK dan juga BRUNEI DARUSSALAM..

6 FEBRUARI 2010

Dari Penang aku naik bas ke KL..Aida pula naik bas dari JB,dan bertemu di Rumah Ziana..sebelum sampai Rumah Zie kami singgah makan di Pappa Rich Bukit Bintang sebab memang lapar.tak dinner lagik.lepas da siap makan dalam pukul 3 pagi..

1

Ingatkan duk Umah Zie nak rehat kan mata kejap.tapi sudahnya duk bersembang ngan Mama alih alih sampai 4 am..duk syok sangat bersembang pasal jiran lama yang selalu pengsan..hehe..Dalam pukul 5 pagi baru kami bergerak ke LCCT..(masa ni teringat kat NN..kalau ada dia sure kitorang dah kena marah..)

2

Sampai LCCT dalam pukul 6 pagi..mak aihhh punya lah ramai orang yang membanjiri LCCT pagi pagi buta nih..semua nak travel kah.kami bergegas pi Check In bag sebab dah buat web check in sebelum ni.(thanks Zie!!)

3

Sempat beli kek Chocolate Ganache kat The Obrama Chocolate Lounge sebab NN duk pesan suh bawak..Aida pulak ada bawak Cheese Tarat dari JB untuk dia..Murah Rezeki kan..(gambar atas:tengok lah ramainya orang yang que..nak nak flight ke Miri.semua orang KL nak pi Miri kaaa??)

4

Satu benda lagi yang NN duk pesan suh bawak-BUTTERSCOTCH GARDENIA..sebab kat Miri takder roti tuh.tak sempat nak shippin.kalau shipping pun sampai sana mesti dah expired.hehe.malangnya masa ni stock takder.takder rezeki lah yek orang Miri nak merasa Butterscotch yang ada kat Semenanjung ni aja.

5

Dalam duk menunggu masa Boarding,boleh pulak ternampak Datuk Rais Yatim(Menteri Penerangan) duk berjalan ngan Wife dia kat sini.nak kejar flight kot..dalam duk ralit ralit tuh tetiba nama kena panggil..Terkujat kami seketika..Rupanya kalau flight awal pagi memang boarding timenya awal dalam sepuluh minit.NN tak pesan awal awal kat kami.

6

nasib baik tak kena tinggal kan..

7

Selamat sudah masuk Flight..

8

flight kami pada jam 7.25 pagi.awal kan.matahari baru nak terbit

9

Berlepas tinggi ke angkasa Raya

10

Bulan lepas masa balik dari Vietnam,kempunan nak makan ORIENTAL cHICKEN NOODLES ni.so alang alang dah teringin order lah dulu noodle ni.aku ngan Aida duk skali.Kakak n Ziana duk kat Belakang.seat kami semua tak sama.Rasa Noodle ni aku tak gemar sangat..macam mee segera ajer.

11

sukanya dia makan mee..

12

Sambil makan sambil duk bersembang.dah puas bersembang baca majalah.da puas baca majalah tidor lah pulak.perjalanan ni mengambil masa selama dua jam..

13

Akhirnya tepat jam 9.25 pagi kami pun sampai di MIRI AIRPORT.keadaan masa ni sangat lah panas ya rabbi.melecur kulit aku.

14

Kereta VIP dah tunggu kami.Nikli dah mai jemput kitorang masa ni.sorry naa sebab kena tunggu lama,kaum wanita yang ada ni duk sibuk memandikan diri di Tandas Airport.jenuh nak menunggu.

15

here we are @ MIRI..:)

16

Kat sini pun sempat la bergosip dan berongsi cerita..dapat gak naik PHJ di Miri setelah sekian lama tak naik kereta ni..walaupun berdebu tapi kami tetap redahi..

17

Selamat Datang ke Miri..

18

Dari Airport ni Nikli duk bawak pusing pusing Town..sempat lah tengok keadaan di Miri ni macam mana..ada Hard Rock,ada tempat buat emas,ada tempat buat bom,ada segalanya..(jangan percaya perenggan ni ok.)..Then dia bawak kami pi makan sarapan merangkap tengahari sebenarnya,e satu cafe-PALMA CAFE nama di beri..

19

PALMA CAFE..tapi takder la pulak pokok palma dalam ni

20

Ni duk renyih lebaq sangat tak taw pasai apa.seronok kut sebab da boleh makan.perut boleh tahan lapar jugak.yang penting dahaga sebab Cuaca nya memang terik dan panas..sidai baju lima minit pun boleh kering.

21

seronok kaa kak nona?

22

Depa duk terjumpa Cornflake Pedas ni.khabarnya femes kat Miri.tapi kat lain takdak kot.kat Miri jer ada.apa yang kami order untuk makan?

23

ni LAKSA SARAWAK..Aida yang order..rasa kuahnya macam pelik.ntah.ok kot.tapi aku tak leh pi.tak kena ngan selera aku.tengok Aida makan habes jer.sedap lah tu maknanya.

24

aku pulak order MEE JAWA SPECIAL ni.mee jawa kat sini lain macam sikit kalernya.kalau kat tempat kita kan kuahnya mesti kaler merah.yang ni macam kuah Kurma dan manis.Rasa rempah pun yek.pun tekak aku tak leh nak terima jugak.tak habes makan yang ni.

25

Yang paling penting MEE KOLOK ni jugak tetap menjadi pujaan hati..macam mee wantan pun ada.mai sini sebab nak cari mee kolok ni lah.akhirnya tercapai hajat.sedap lah mee kolok ni!!dapat jugak merasa.tapi silap aku pi campur kuah sup dalam mee.terus jadi kembang semacam.sedap kalau makan kering macam ni jer rupanya..huhuhu

26

Kakak order NASI GORENG SEAFOOD..yang ni tak taw lah sedap ker tak sebab tak rasa.tengok licin jer kakak makan maknanya sedap lah kot.nampak pun mengancam jer..

27

Last but not least,Nikli Nodin makan Nasik campur ni..punya lah sikit dia makan patut la kuyus..

28

Kami berlima yang akhirnya bersua muka d Miri..last skali berjalan lima orang macam ni masa pi Singapore tahun lepas,pun naik PHJ jugak.banyak berjalan PHJ tuh.macam tuannya jugak.suka travel lah katakan..

29

Tengah tengah bersembang kawan Nikli datang join.Suhaili nama di beri.mulanya Wan dan Farid kamil pun nak join tapi depa ada hal lain so suhail jer lah yang sempat datang.First time jumpa dia,sebelum ni tengok kat FB jer..

30

dia baru sudah berdobi..datang sini makan mee jawa jugak.

31

Nice to meet you anyway!!

32

Da siap makan kami merancang untuk masuk ke Brunei..masa ni dah dekat pukul 12 tengahari.diorang kata nak masuk brunei better before 12 tengahari tapi macam dah lambat..so masing masing berkira kira nak masuk Brunei hari ni atau esok..

33

yang pasti posing itu tetap WAJIB!

34

Akhirnya kata sepakat di capai-kami masuk BRUNEI masa ni jugak..tapi sebelum tu balik menyinggah mandi bersiap segarkan badan kat Senadin,Rumah sewa NN..Then pada jam 2 petang,Perjalanan ke BRUNEI DARUSSALAM bermula..

(to be Continued..)


7 comments:

tunbegia said...

sungguh seronok gi miri n brunei tokk,

salamm,

Faisal Admar said...

tak sampai borneo lagik :( sedih betul.

kucingorengemok said...

adoi, tak tahan baca kata pengantar tu... "bertemu lagi di ruangan ini" keh keh keh

jengjengjengg said...

aok..aok

sepul said...

yeeehaaaa.. sungguh kuat PHJ ye merata dia bawak pi

Anonymous said...

Solar eneragy is the future for the world.
[url=http://www.solarcourses.org/]solar water pump[/url]

Nikli said...

en sepul:: mesti laa kene ikut tuannya..

tq sebab bawak macam2 ke miri hari tuh.. choc ganache dah abis dibaham, cheese tart ada lagik.. eja elok2.. cheese tart bukan cheese tarat.. hahaha..

nanti datang lagik..
time tuh kita explore e other part of miri pulak.. miri-bekenu-niah-bintulu.. hahaha..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails