Followers

Friday, February 5, 2010

VIETNAM TRIP - PART 3

Kembara di Bumi Vietnam bersambung lagi.kali ini masuk di Hari ke-Dua..

24 JANUARI 2010

Seawal jam 6.30 pagi kami dah bangun..bersiap solat subuh dan sudah bersedia untuk meneruskan agenda yang seterusnya di hari ke dua ini..Tapi sebelum meneruskan perjalanan,kena lah sarapan pagi dulu..complimentary dari Pihak Hotel-so kami breakfast kat hotel ni jer.

1

Cumanya yang menjadi persoalan ialah sama ada makanan kat sini HALAL atau tidak..rasanya memang la tak halal kan..

2

apa yang ada-Nasi Goreng,ayam Goreng,spaghetti bolognaise dan telur goreng...yang lain lain tu semua kami tak berani nak ambik makan..bab bab makan kena lah jaga supaya tak jadi darah daging kan..

3

Finally,Roti dan Telur ni jer dapat di buat sarapan.Ok lah tu.lebih dari cukup dah ni..

4

Buah pun ada..Buah Naga,buah Tembikai,dan juga Pisang.ada orang tu siap ambik Pisang duk bungkus dalam beg..hehe..sapa orang tu tak taw.:p

5

Mulanya aku ambik yang ni,tapi bila nak makan tengok ada macam Ham kat dalam tu.terus membatalkan niat murni.pi letak balik roti ni.haha..nak wat camana kan,aku ingat ada sayur jer kat dalam..kalau tak merasalah aku makan daging yang aku pun tak taw apa dia.huhuhu

6

Coffee anyone??

7

Masa makan pagi ni baru perasan rupanya pihak hotel ada sediakan perkhidmatan Internet percuma..sempat la Browse laman web apa yang patut..i think Hotel ni nice laa..dengan service dan accomodation yang di tawarkan,memang berbaloi baloi sangat..

8

Selesai Sarapan pagi ada bas datang Hotel,bas dari agensi tour yang lias dengan pengurusan hotel.kami just bayar then ikut jer lah.untuk hari ni kami akan ke CUCHI TUNNEL,terowong orang Vietnam buat zaman perang dulu..memang sejarah habis la hari ni punya tour.But it Interesting though,you can learn something new like this..

8A

Dalam bas kami bertiga duduk kat belakang skali..masa ni Zie yang tak sempat nak bekpes duk godek beg nikli cari biskut..tapi nak habaq mai-Bas ni ok,yang tak Ok nya cuma jalannya..all the way memang sangat Bumpy dan kalau sapa tak tahan memang dah muntah darah ler..opss takder la muntah darah tapi boleh termuntah la kalau sapa yang tak tahan..terus teringat Malaysia oh tanah airku..hehe

9

Yang tengah berdiri kat tengah bas tu namanya MR.LIM..dia lah yang akan guide kitorang nanti sepanjang tour separuh hari ini..dalam bas ni pun dia duk bercerita pasal sejarah Vietnam..banyak jugak lah dia berceriya,bagaimana Vietnam dari 3 million populasi asal tinggal 2 million akibat perang,then sekarang dah jadi 9 million since 1975 lepas diorang merdeka.Interesting jugak tahu pasal sejarah negara orang..

10

Our fisrt pit-stop:HANDICAPPED HANDICRAFTS SINCE 1976 ni..kata Mr.Lim kebanyakan yang bekerja di sini ialah mangsa perang dulu..so ramai yang kurang upaya dan hilang ability macam orang normal,and this is what they do for living..good for them though.

11

bekas raga rotan..

11A

ni kat bahagian luar kawasan kraftangan..diorang duk mengukir,duk tempek kulit telur,duk wat macam macam lagi lah yang orang duk buat Kraftangan biasa buat..aku pun dah pening apa aku duk merepek ni..hehe

12

best ker?

13

Ni kat kawasan dalam..dah macam buat lawatan sambil belajar pulak bila jalan siap ada instructor duk terang kat kita ni apa tu apa..haha..layan kan ajer lah..

13A

gigih akak ni duk menampal kulit telor..

13B

Tengok keadaan mereka yang kurang upaya macam ni kadang kadang bagus juga..sebab ia mengingatkan kita kepada kesempurnaan Fizikal yang kita miliki..dalam kita duk merungut pasal mender lain dan macam macam hal,ada lagi insan lain yang lebih malang dari kita.Maka bersyukurlah dengan apa yang ada..Alhamdulillah.

14

Mamamt ni duk sengih sebab dah lepas hajat.masa memula sampai kat sini dia orang first duk berlari lari anak ala ala berjogathon pi cari Toilet.nak terkuci.tu lah sapa suh duk minum kopi banyak sangat masa breakfast pagi tadi.hehe

14a

Kemudian dari kawasan diorang buat kraftangan tu kami semua di hidangkan dengan ART GALLERY yang besar ini,yang sebahagian besarnya menempatkan semua kraftangan yang nak di jual..

14b

Kesemua kat sini memang sangat cantik..tapi harganya agak mahal yer tuan tuan dan puan puan sekelian.maklumlah harganya dalam USD,makanya harganya pun melambung atas dasar kebajikan rasanya..so kalau korang ada duit lebih beli lah kat sini..kalau takdak nanti simpan duit bershopping kat Ben thanh market jer lah jawabnya.lebih murah.

14C

Neneks in Vietnam.Menetek tak hengat kan.

15

kalau nak ikutkan hati nak jer beli Dulang yang aku beli tuh.Nice sangat..tapi apa kan daya duit cukup cukup makan jer.lagi pun tak berbaloi lah beli kat sini..

16

antara barangan yang ada..

16a

cuba teka ni bekas apa?

16AA

nice to see nice to hold..Once broken considered sold

16b

Lukisan pun ada kat sini..

17

:)

17a

macam gading gajah jer ni..

18

yo yo yo wazap wazap!!

18A

dah puas pusing dalam ni..

19

WE cAN sHIP TO ANY COUNTRY-Kalau Korang nak buat Tempahan pun boleh la..suh ship kan ke Malaysia.haha..

20

bersama anti anti

21

cantik dan halus..

22

posing sakan ehh hang

23

Lebih Kurang dalam setengah Jam jugak kami di tinggalkan di kawasan Kraftangan tuh..Mat salleh ramai lah yang beli..kami tengok dan ambik gambar jer lah.perjalanan kami di teruskan dan kali ini menuju ke matlamat asal-CU CHI TUNNEL..

(To Be Continued..)

10 comments:

Kniedaz said...

byk jugak tmpat menarik kat sana..sila tulis lagi..^_^

Mak Su said...

mknn susah sikit kot tempat2 macam tu, takut kot tak ramai pengusaha muslim... iya ker?

sepul said...

berapa jauh dari hotel ke chuci tunnel xim?

Are_Long said...

akhir nyerr, jumpa jugak senyuman en nikli kita nie ekkk!!!!

@xiM said...

KNIEDAZ,

ok ok..nanti akan di sambung lagi..Insya ALLAH.

TERuskan membaca yek.thanks..:)

@xiM said...

MAK SU,

ada jer restoran yang HALAL kat sini..kena pandai carik..:)

@xiM said...

SEPUL,

Hotel kat tengah Town,Perjalanan makan masa satu jam jugak..tapi kematu bontot sebab jalan nya Hazab yang amat..Bumpy gilos!

@xiM said...

ARE-LONG,

lorrr penat aku duk cerita macam macam tu jugak yang dia nampak dulu.tapi memang pun.bukan senang nak tengok Nikli senyum lebaq macam tu..

Faisal Admar said...

1 komputer je ke jim? wei... jom plan ke sipadan???

aku nak join gak! :D

Nikli said...

nikli senyum..??
ehehheeee..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails