Followers

Saturday, February 20, 2010

MIRI/BRUNEI TRIP - PART 4 : NASI LALAPAN MIRI

Hari kedua kami di MIRI..

Semua terjaga lambat sebab malam tadi duk pulun karaoke sampai 3 pagi..tapi whatever it is kami semua memang enjoy sangat!!kononnya kalau sempat nak breakfast Nikli nak bawak kitorang sarapan kat tempat best..dah pukul 12 tengahari sarapan apa nya kan..sudahnya kitorang merancang untuk Lunch terus.Nikli bawak round-round kawasan kejap..di kawasan KAMPUNG PULAU MELAYU..ada orang main golf.

1

Nama tempat ni pun aku tak taw..tapi ramai orang memancing..

2
Ni PIASAU BRIDGE..betui kaa eja piasau macam tu??

3

Maka bermulalah sessi posing di sebuah tempat yang tidak aku ketahui namanya ni..walaupun perut masing masing lapar tak hengat tetap lah jua gagah memberikan pose terbaik untuk AXIMUD..cayalah korang!!

4
5
6
8
9
Dah la panas terik tetap kami tak peduli..dalam setengah jam jugak lepak kat tempat ni sebelum Nikli bawak kitorang pi makan tengahari di sebuah Restoran yang Glemer di Miri ni-RESTORAN MUARA WATERFRONT MIRI,terkenal dengan kesedapan NASI LALAPAN nya..kalau tak silap aku LALAPAN itu maksudnya ulam-ulaman..

10
11
Tengah cari tempat duduk tetiba terjumpa pulak my member masa High Scool dulu-Helmy..tak sangka boleh jumpa kat sini..macam tak logik kan tapi itulah,Malaysia ni memang kecik ajer,pusing pusing mana pun tang tu jugak kita jumpa..Nice to meet him,lama gila tak jumpa sekarang dia kerja ngan SapuraCrest Petroleum..Orang Minyak lah dia ni sekarang.Muka Otai kan??memang geng geng nakal mamat ni masa skolah dulu..aku jer geng geng baik..:p12
W.A.N.I.T.A

13
P.R.I.A

14
Semua duk pulun order teh o Limau

15
sempat lagi 3G ngan Liana..hehe..kawan sejati.

16
ni air tembikai AXIMUD..takder gula punya..

17
Dan inilah di LALAPAN yang di sebut sebut..yang ni LALAPAN EMPAL..ziana yang order..actually kitorang order semua lalapan yang ada supaya boleh share sorang sikit..tengok pun dah terliur kan..lapar..

18
LALAPAN AYAM-seperti yang di beritahu Nikli,sambal ni diorang buat asing asing-maksudnya diorang giling satu satu bukan skali buat..itu uniknya kot Lalapan kat sini..tu yang ada dapat yang pedas ada yang dapat kurang pedas..

19
Aku order LALAPAN IKAN BAWAL ni..besar ikannya..kongsi ramai ramai..

20
Yang paling juara Lalapan Empal ni..dagingnya lembut yang amat dan sangat lah berperisa..macam dah oerap ngan rempah ratus..sungguh enak skali!!lain kali kalau datang aku nak order yang daging ni lah.aku bukannya peminat daging pun tapi daging ni aku suka maknanya memang sedap lah!!

21
Kalau nak tahu sedap ker tidak makanan kat sini tengok lah semua pinggan yang licin di atas..semua habes..kata tak sarapan pagi tadik kan..kalau boleh ngan sambal sambal tu nak clearkan tapi sebab pedas so tak jadik.haha

22
Dari Restoran tu kitorang bergerak ke SARAWAK HANDICRAFT sebab nak beli barang barang kecik sebagai kenang kenangan nak bawak balik semenanjung..bukan nak cari apa paun-macam biasalah mesti nak beli keychain ngan fridge magnet..tu jer lah pun yang best untuk di beri kat orang..

23
macam macam ada dalam ni..pilih jer mana korang suka..

24
antara Fridge magnet dan keychain yang di beli..

25
Our Pit stop yang seterusnya-LUAK ESPLANADE..kat pantai ni ramai orang kata Nikli..masa ni baru pukul 4 petang,just nice lah untuk jenjalan..nak jugak aku tengok apa ada kat Luak esplanade,slalu dengar jer..

26
maka bermulalah kembali..pose mesra!!

27
ni pose nyanyi lagu NEGARAKU namanya..tegak semacam jaa!

28
Cycling By the Beach @ LUAK ESPLANADE
30
Mencari rezeki halal..KEROPOK LEKOR!!terus aku beli dua ringgit..

31
Kepak ayam pun banyak di jual kat sini.aku tak makan kepak ayam.mana ada isi..sedap ker?

32
Jagung Bakar yang mengancam!!tak beli sebab baru sudah makan tadik.

33
model KEROPOK LEKOR???

34
Kawasan sini baru sikit,Nikli then bawak kitorang ke kawasan yang lebih luas..untuk bermain ombak dan bermain dengan bayang-bayang sendirik...

(To be Continued...)


*sah!!!aku DEMAM..baru sudah pi Klinik tadik..suhu badan 38 Darjah Celcius..kena minum banyak air dan banyakkan rest..Ubat dah amik n dah makan..Doakan aku cepat sembuh ya kawan-kawan!!

28 comments:

Ziana said...

Lelapan Empal...!!
nyummy :)

Ziana said...

Lelapan or Lalapan..??
memane laa ek..
sik dak tau ;)

@xiM said...

LALAPAN EMPAL lah u..

hehehe

*suka tak layout baru??i likeeeee..

Ziana said...

tuh laa
LALAPAN EMPAL

mase dh publish..
mcm salah jek rase nye ;)

layout baru ni..
leh puas tgk pic..
iloike..!!

Ziana said...
This comment has been removed by the author.
@xiM said...

i dah edit balik,siap tambah cerita,hehehehhehee

Wahidah said...

ala sedihnyaa..
wai dh booked tiket flight nak p bercuti ngan family kt kuching 5 mac ne..tp mungkin wai fly 2 mac..so tk pat join..:(

Ziana said...

haaaa...
dh tau DEMAM
lagik mo edit gambo bagai..

get well soon..
:)

**dok komen bebyk lak.. sori.. perangai fb tebawak2 lak ke sini :P

eLLy said...

Wow besarrrr punyeeee ;)

Puas mata memandang..
tambah tambah klu gambar FOOD..
makin cepat la ter lioqqq ;p

kak ijan said...

Wah wajah baru ni. gambar2 kamu semua cantik2.. memang puas tengok bila besor gini ye... tak makan kepak ayam ke? uish, sedap tau! hehe.. selamat hujung minggu :)

CAHAYA said...

bestnya. ntah bila nak sampai miri ni. adik ngan mak cahaya skang kat sana. jeles!

tunbegia said...

been there done that, piassau bridge yg hanya one car can go, nasi lalapan, kampung pulau melayu, etc

sudah naik canada hill?

salamm,

@xiM said...

WAI,

takper,lain masa ada kan..
selamat fly ya wai!!

@xiM said...

zie,

tu lah pasal..duk edit bagai kan..

takper,,hope demam cepat sembuh..

@xiM said...

Kak Elly,

tu lah.besar punya...

tukaq template baru,hehe

memang terliuq la tengok gambaq makanan besar besar macam ni..

@xiM said...

KAK IJAN,

tahun baru azam baru template baru

ok tak?

hehe

kepak ayam takder isi.:p

@xiM said...

CAHAYA,

Tak dapat ikut sebab kerja kan?

nanti ada lah rezeki tu..

@xiM said...

TUN BEGIA,

Canada Hill tak sempat naik..masa suntuk..

kena pergi lagi lain kali..

Sofya said...

salam azim..

hmmm...sampai demam2 ye

kadang2 balik dari bercuti lebih dan bertambah penat walhal bercuti tuh..kan?

@xiM said...

SOFYA,

tu lah..Penat bercuti sampai demam demam..hehe

selamat berhujung minggu acik!!!

Faisal Admar said...

menarik pula aku tgk miri ni. setahu aku miri boring.

hehe, bila nak pi lagik?

Nikli said...

faisal:: haaaa, jgn ingat miri xbest..

puas skrg tgk gambar..

@xiM said...

FAISAL,

insya Allah akan pi lagi..

mau join?

kat sini jer Miri cantek.haha

@xiM said...

NN,

miri bosan lah.takder apa..

sekarang puas tengok gambar kena rajin datang komen lah pulak k.

:p

Dakjaat said...

jambatan ke pulau melayu.. hehehe! :P kat situ pun ada pantai gak.. tapi agak tak terjaga sikit.. dekat dengan airport lama lutong... :D

kepak ayam miri la paling sedap dalam dunia! kalau malam2 ko jalan kat area bandar, ko akan jumpa org jual kepak ayam yg besar2.. gemok2.. sedap..! MERAH wo!! harga sama dengan sini punya harga.. RM1.50. tapi kepak ayam sini pelik tol.. especially putrajaya. dah la kurus.. kaler kuning plak.. pastu cam hangus. aiya! makan pun tak sedap la!

Apize said...

Nice blog sis!

TheGreatLagenda said...

wow my town!!!

TheGreatLagenda said...

my town wa!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails