Followers

Monday, May 17, 2010

KISAH SEWAKTU AKU BERADA DI LANGKAWI 14 & 15 MEI 2010

Hujung minggu ku yang sangat packed..

Hari Jumaat minggu lepas aku ke Langkawi..atas urusan kerja.audit mengaudit amalan mulia..so balik hari sabtu,sampai Penang dalam pukul 6 petang..tak sempat nak buat apa apa aku ke Alor Setar pula untuk memenuhi undangan rakan ke jamuan Makan Malam untuk menyambut hari ulangtahun kelahiran ibunya..Hari ahad jer lah sempat berehat dan lepak-lepak di rumah.

Bagaimana Hujung minggu anda??

14 MEI 2010

Bertolak seawal jam 7.30 pagi dari Penang menuju ke Terminal Kuala Perlis bersama 3 rakan lain..tak sempat bersarapan pagi,makanya kami singgah makan pagi di Hentian Sebelah Gurun..sampai di Terminal Kuala Perlis pada jam 10.25 pagi..ngam ngam masa untuk Feri jam 10.30 pagi..

1

Sampai di Pulau Langkawi jam 11.45 pagi..Hampir pukul 12 tengahari..Haji Zam ambik kitorang ke Stesen Teluk Ewa then di jamunya dengan Nasik Lemak dan nasik Gulai Ikan..makan makan kemudian kami bersiap untuk Solat Jumaat di Masjid berhampiran..Selesai Solat baru lah kerja pengauditan bermula..

2

First session-Site Review..jalan jalan sekitar stesen untuk lihat prestasi berkenaan alam sekitar..jangan tak taw aku ni auditor alam sekitar..hehehe..Alhamdulillah stesen ni kecik jer,so takder isu sangat nak di bangkitkan.

3

Second session - Documentation Review..dah tengok site so masa nya untuk semak dokumen berkaitan isu alam sekitar..dalam dua jam jugak spend masa di bilik mesyuarat ni..sampai pukul 5.45 baru lah setel semuanya..Terima kasih pada semua yang terlibat..Selasa depan baru buat Closing meeting.

4

Da siap audit perut lapar la pulak..kami bergerak dari Teluk Ewa ke Pekan Kuah nak tengok apa yang ada..Hari Jumaat Kedah Cuti so tak banyak kedai makan yang bukak..ish ish ish..nasib baik kedai ni masih beroperasi..ada Mee rebus,Cucur Udang,dan jugak Pasembur.Hantam sajalah labu..

5

best la pulak tempat makan ni..aku tak pernah menyinggah

6

Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan sekelian ni lah auditor lain yang pergi skali ngan aku..agak season bukan?haha..takper..banyak cerita diorang share..dari aku tak taw cerita dulu dulu semua aku taw bila duk sembang ngan depa..duk sembang pasal anak bini pun aku layan jer lah walaupun aku masih single.

7

MEE REBUS yang mantap!!keropok tu aku suka!

8

cucur udang ni pun sedap!

9

Lama tak layan ABC..kat sini diorang tak panggil ABC,diorang panggil es kacang..sama jer.tapi dari segi appearance tak menarik kan ABC ni sebab takder kaler kaler yang banyak..plain jer.

10

Kalau tak sedap takkan lah licin macam tu skali kan..:)Alhamdulillah.

11

Dalam pukul 7 lebih dah masa ni..Sunset dah ada..tapi tak berapa best sebab awan tebal..sembang dan sembang lagi pakcik pakcik ni..menyembang memang best kan,ada jer topik hangat.tapi diorang ni best kalau bawak menyembang..konpem pecah perut lah.

12

Gambar ni sekadar Hiasan semata mata..Dari kedai makan kami bergerak ke Tempat kediaman iaitu di KONDO ISTANA..first time aku check-in di Kondo ni.Biasa nya just lepak di Bayview Hotel atau Grand Continental..sekali sekala ubah selera apa salahnya kan..

13

Entrance depan KONDO ISTANA..nice la jugak.

14

Rate satu malam Kondo ni untuk satu malam ialah RM270..tapi ntah macam mana diorang leh dapat RM150 satu malam,kesnya sebab baik ngan Tokey Kondo.Ok sangat kan rate RM15O untuk kondo macam ni..ada satu Master Bedroom,ada dua bilik tidur lain,dua bilik air,di lengkapi dengan Dapur dan Ruang Tamu..Of kos lah aircond semua ada..cuma Astro takder..tapi memang dah ok sangat..

15

Pemandangan Dari Balkoni Ruang tamu.x cantik kan.haha

16

Yang best kat sini facility nya lengkap..ada Gym dan Kolam Renang.tu yang penting..Esok paginya lah aku nak terjun.petang ni tak sempaat nak terjun kolam sebab nak layan Piala Thomas Malaysia Lawan China separuh akhir..

17

So malam tu kami berempat berkampung kejap dalam Kondo tak pi mana mana sebab nak layan PIALA THOMAS malaysia lawan China ..takder rezeki Malaysia kalah dengan teruknya di Tangan China..they are unbeatable!whatever it is,Malaysia pasti akan cuba lagi next time..Malaysia Boleh!!

18

Habis layan Piala Thomas baru kitorang bergerak ke RESTORAN WAN THAI untuk makan malam..masa ni dah lambat.dekap pukul 10 malam dah..kami kiranya pelanggan last..takper..janji sempat lagi untuk makan malam.aku baru first time nak merasa makan kat sini.

19

nice decoration.tapi dah tak ramai orang sebab dah lewat

20

Diorang punya servis pun bukan main lagi..baguih..tapi masa nak tengok menu aku duk ambik gambar kulit menu diorang kata takleh ambik gambar..aku nak ambik gambar depan yang siap ada nombor tepon..boleh la promote kat Blog.dah korang tak kasi tak leh nak kata apo lah.korang gak yang rugeeee..hahaha..so jom tengok apa yang kami makan malam tu:

21

OTAK OTAK SEAFOOD - A

22

TOMYAM KUNG PLA (ISI IKAN DAN UDANG) - A

23

KERABU MANGGA - B+

24

SIAKAP STEAM LIMAU - A+

24a

Nasik putihnya diorang letak beras perang kat atas tu.Motifnya tidak lah aku ketahui tapi layan kan ajer lah.aku tak makan nasik sebab lauk dah banyak..ratah sahaja lah lauk pauk yang ada..tu pun dah more than enough..Colleagues aku yang lain tolong perabih nasik ni.Overall aku suk alah masakan di Restoran ni.ada kelas!

25

TEMBIKAI PENCUCI MULUT..

26

sessi makan makan sambil bersembang lagik..

27

Selesai makan memang takder orang dah kat Restoran tu.Kitorang memang Customer paling akhir..so dari Restoran kami terus balik ke Kondo dan tidor..aku tidor lambat duk layan Online ngan FB la..nak buat apa lagik.dalam pukul 2 pagi bari terlelap tidor..sejukkkkkk...

15 MEI 2O1O

Pagi pagi da bangun dalam pukul 6.30pagi.

Solat subuh,then aku sempat buat Cardio workout kat Gym..nak jogging kat Luar Hujan rintik rintik.habis buat Cardio workout my colleagues yang lain ajak pi sarapan pagi..aku ikut jer lah,then just minu Milo kosong sebab balik dari Sarapan aku nak swimming dulu..hehehe..rugi lah kalo tak swimming dulu sebelum check out.

27a

Swimming Pool ni buka pukul 9 am hingga 9 pm..sebelah jer ngan Coffee house Kondo Istana ni..tapi tak ramai yang swim.aku jer sorang sorang,,then ada lah dua tiga orang budak kecik yang mak bapak diorang bawak celup celup air..abis swimming balik bilik then siap siap untuk Check out.kami singgah di Pekan Kuah dulu to do some shopping.

28

kat Langkawi ni nak shopping merata ada HAJI ISMAIL GROUP punya kedai.memang diorang conquer la kat sini.kami pun memang just shopping nak beli cekelat kat sini,tak jalan dah kat kedai lain..colleagues aku yang lain cari barang barang untuk orang rumah.

29

Rambang mata lah jugak tak taw nak beli Cokelat apa..aku sambar lah apa yang patut..beli coklat dalam RM43.20..ntah coklat apa aku pun tak taw.macam banyak la pulak..haha..selesai shopping terus kitorang ke Jeti Langkawi dan beli Tiket balik pada pukul 1 pm..tak ramai orang ada,duk dalam feri sorang 4 seat in a row.boleh tidur terlentang lentang.

30

Sampai Kuala Perlis dalam pukul 2 lebih,then terus bergerak balik ke Penang..sempat la singgah makan di Restoran Haji Ramli Nasi Kandar Ayam kampung which is aku tak sure tu di area mana..anyway,enjoy lah pergi langkawi ngan diorang ni..sangat sporting dan gila-gila..young at heart.hehe..Thanks to abang Nazery,Tuan Syed dan Kamil..

Sampai Penang dekat pukul 6 Petang,dan aku terus ke Alor Setar pulak-memenuhi jemputan rakan untuk makan malam.nanti aku story pasal dinner tu in the next entry.

Adios!!

8 comments:

Faisal Admar said...

aku dah lama tak ke langkawi :( jom!

eZa said...

len kali pi langkawi beli kan coklat daim bebanyak eh. tq! :)

nasazfrog... said...

best betul tgk makanan2 yang ado kek blog ni... abc. uhhh

mohdkhairi said...

kat depan kondo istana seberang jalan tu adalagi tak kedai/gerai nasik lemak..best jugak lepak situ...masa aku bujang2 dulu sellau makan kat situ..hik222..

anyway selamat mengaudit..

rdgs khairi
gerbangkasih

eLLy said...

Okey ape jln dng otaii.. boleh belajar mcm mcm siap hari bulan buat buat Pak mentua ;p

Unknown said...

Sekarang da xbest....suram n kelam....agak mengerikan....huhuhu

Unknown said...

Sekarang da xbest....suram n kelam....agak mengerikan....huhuhu

Unknown said...

Skrg da xbest....persekitaran suram n seram walaupon pergi waktu cuti sekolah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails