Followers

Thursday, November 24, 2011

FOOD REVIEW : SATAY WILLY, MEDAN SELERA SG.RAMAL,KAJANG

Alang-alang berada di Bangi,aku teringin nak makan satay Kajang.

Ajak serorang member aku makan satay Kajang.bila sebut satay Kajang aku maksudkan satay kajang Haji Samuri.tu jer satay kajang yang aku tahu.member aku ni stay di Putrajaya,so biasa lah dengan area Kajang dan Bangi.terus dia suggestkan supaya aku ke Satay Willy di Sg.Ramal Kajang.lagi sedap dari satay samuri kata beliau.ok ni First time aku dengar tapi ok jugak boleh mencuba sesuatu yang baru.Tapi yang hampesnya member aku yang suggestkan tu tak boleh pulak nak bawak aku saat akhir.so tukar plan.Teringat arman ada ajak lepak dua malam lepas.so aku mesej dia,and dia kata on.
S

Arman datang ambik aku kat Hotel.ok lah.aku memang tak tahu lah jalan untuk ke sini.rupanya dekat jer..tak lah jauh mana.tepi highway jer Satay willy ni.Bukan satu kedai jer satay willy ni,tapi terletak dalam satu food court yang luas kawasannya.berdekatan dengan satay yus.alamat nya macam mana pun aku tak sure..tapi lokasinya di Ramal Junction punya medan selera.


Apa maksudnya willy tu aku pun tak taw.dah nama depa buh lagu tu.Orang beratur punya lahh panjang..nasib baik tempat duduk ada.Kat Food court ni bagus jugak sistemnya sebab pakai sistem nombor.so korang duduk lah kat meja mana korang suka then nanti akan ada orang datang tanya nak minum apa.untuk makan korang layan diri sendiri lah nak makan apa sebab banyak pilihan yang ada.our main objective ialah nak makan satay willy.so order lah satay ayam dan daging.tak sabar nak tahu apa rasanya.adakah seperti yang di war war kan sedap.


Tunggu punya tunggu akhirnya sampai lah jugak satay ni..lebih setengah jam jugak tunggu.maklum lah orang ramai..sementara tunggu tadi kami duk layan tauhu bakar dan aku pulak gatal order nasi goreng sotong.tak tahan lapar maaa..so bila satay sampai baru teruja nak layan satay pulak.


Bila dah rasa satay ni,now aku faham lah kenapa orang kata satay willy lagi sedap dari Satay haji samuri..dari segi teksturnya lebih kurang saiz,tapi satay willy lebih berempah dan lebih juicy!!bila gigit tuh terasa bahan perapan terpercik ke dalam mulut.lagi sedap dari satay station..cuma satu jer komen aku,satay ayamnya macam banyak sangat lemak/kulit kat bahagian tengah..satay dagingnya pun sedap dan lembut.Kesimpulannya : lepas ni takyah makan satay samuri dah kalau nak makan satay yang best.makan satay willy pulak sebab ianya lebih sedap 7 petala langit dari satay samuri.hehe.ikut korang punya selera lah kan.


ok ni macam terkeluar topik sikit tapi tetap aku nak review jugak.Tauhu Bakar kat gerai mana aku tak ingat dah si Arman order,pun sangat sedap!!kitorang makan sampai 3 pinggan okeh!!rangup dan serasi bersama lah semua dalam pinggan tu.terbaekkk!


Untuk tempahan kat sini ada nombor telefon nya.Overall satay willy ni memang recommended lah.cuma kawasan parking kat area medan selera ni agak hazab which is sempit dan payah nak parking.kalau naik motor sangat lah di sarankan.naik kereta boleh tapi mesti akan parking jauh.takpaa lah,berjalan bakar kalori balik pun bagus juga..


Thanks to Arman sebab sudi ambik aku kat Hotel,and one more thing sebab belanja makan satay.Murah rejeki datang Bangi ni ramai jer orang nak belanja.Tadi tengahari abang Ijan dah belanja,malam ni arman pulak.Thanks bebanyak ler korang..kalau korang datang Penang turn aku pulak belanja ok..Sejak dua menjak rajin join berlari ni jadi baik pulak dengan arman padahal dulu just kenal dalam blog sahaja.baguslah.Berkawan biar beribu berkasih biar satu..Next time bawak aku makan kat Down town Bangi pulak yek.hehe.tq so much bro!!

*aku ada exam esok ni.wish me luck!!assignments ada lagi sikit tak siap.duk sakan sangat tiap malam keluar mana nak siap.haha..memang kena stay up sampai lewat lah ni.Goodnite semua!!meh teman aku study dulu..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails